Resepi Sihat Ayam Bakar Halia


Nak makan menu sihat tapi sedap sebab tengah diet? Kalau macam tu, resepi ayam bakar halia ni wajib awak cuba. Tak menggunakan banyak minyak dan dibakar, resepi ayam bakar halia ini juga bagus untuk hilangkan angin dalam badan sebab gunakan banyak halia.



Kebetulan dalam keadaan negara tengah menghadapi masalah berkaitan Covid-19, keluar cerita bahawa makanan dengan tambahan halia dan bawang putih bagus untuk merawat pandemik bawaan virus corona ini. Saya tak pasti tahap kesahihannya cuma apa yang saya tahu adalah virus corona diselaputi oleh struktur bersifat phospholipid protein yang bersifat takut-sabun.

Resepi Sihat Ayam Bakar Halia

Jadi jika kita mempunyai sifat takut-corona, maknanya kita kena selalu bermain dengan sabun yang mana sangatlah ditakuti oleh corona. Lapisan luar phospholipid protein boleh dipecahkan sekiranya terkena sabun, jadi bila struktur pecah dan tak lengkap, maka takdelah corona. Bila corona virus tiada, penularan Covid-19 juga dapat dikawal secara automatiknya.


Jadi apabila terpaksa berjumpa orang ramai atau keluar ke tempat awam, jangan lupa pakia mask muka dan sanitize tangan selalu. Bila dah balik rumah pula, cepat-cepat mandi dan guna sabun ke seluruh badan. Basuh juga muka dengan pencuci muka. Ini sebagai langkah mengelakkan dari terkena Covid-19. Tapi kalau dah ditakdirkan terkena penyakit berjangkit ni, bersabar dan kembali pada Allah ye. Ujian untuk kuatkan keimanan kepada-Nya.


Suami saya pula dah mula ditugaskan untuk buat carian contact rapat yang pernah berhubung dengan individu yang positif Covid-19 ni di Terengganu. Walaupun kami semua risau tapi ia memang dah dibawah job scope suami, jadi kami hanya mampu berdoa semoga dijauhkan daripada sebarang masalah tak diingini. Alhamdulillah sehingga saat ini, Terengganu adalah satu-satunya negeri yang masih bebas Covid-19.


Berbalik semula kepada resepi sihat ayam bakar halia kita. Pertama kali saya masak, suami asyik cakap rasa macam ayam Kenny Rogers. Cuma kalau diperap lebih lama tentu rasanya lagi umphhh. Bahan yang diperlukan pula adalah bahan asas yang selalu ada di dapur, jadi hari ni pun boleh buat kalau di dapur awak ada semua bahan ni. 


Cara Masak Ayam Bakar Halia

Bahan-bahan

Setengah ekor ayam (Kerat 4)
Sebiji bawang besar
2 inci halia
Setengah inci kunyit hidup
2 biji bawang putih
Satu sudu besar kicap lemak manis
Satu sudu besar cili kisar
Satu sudu besar gula
Satu sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit dan halia hingga hancur.
2. Masukkan kicap, cili kisar, gula, minyak dan perasakan dengan garam.
3. Masukkan ayam dan gaul sekata.
4. Perap ayam selama sejam dalam peti ais. Lagi lama perap lagi sedap.
5. Bakar dalam oven pada suhu 230 darjah selama 40 minit.
5. Siap!


Makan dengan nasi panas-panas pun sedap. Tapi rasanya tak jadi diet dah kalau makan nasi dengan ayam bakar halia ni sebab nanti confirm ambil nasi tambah pula. Jadinya dicadangkan untuk makan ayam saja tanpa nasi ye, kira awak buat diet atkin la :P


Btw, masa tengah tidur semalam saya ada dapat berita kematian mak saudara sebelah suami pulang ke rahmatullah. Dalam tahun 2020 ni, dah dua kematian yang saya terima melibatkan insan yang saya sayangi dan hormati. Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang beriman dan dijauhkan azab kubur. Mohon sedekahkan AlFatihah buat arwah Cik Da dan arwah Pakcik Hamid. Semoga tenang di sana :(


Lagi resepi ayam untuk dicuba Resepi Ayam Bakar untuk Menu Sihat
dan juga Resepi Ayam Masak Serai.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Perggghhh menggoda nau tengok ayam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, memang saya suruh ayam tu goda awak pun :P

      Padam
  2. Hana suka gila kunyah halia hahah... so resipi ni memang must try! ;) ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, wajib cuba tau. Pastu macam biasa, pos sini sikit..

      Padam
  3. Balasan
    1. Kalau buat terus meleleh airliur la camni kan?

      Padam
  4. alamakkk..tak boleh jadi ni..terliurrrrr..

    Salam takziah buat rini sekeluarga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih ada, semoga mereka ditempatkan di kalangan orang beriman..aamiin..

      Padam
  5. Balasan
    1. Ayam kata, 'hai gorgeous, taknak makan saya ke?' :D

      Padam
  6. Memang berselera naka makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dengan nasi panas2, makan pun bertambah ni..

      Padam
  7. Balasan
    1. Esok try masak lauk ayam bakar ni lah Rabia, tengah belajar masak jugak kan?

      Padam