Masak Guna Induction Cooker aka Dapur Induksi Philips


Ada beberapa perkara yang saya impikan pada tahun 2020 sudah tercapai dalam bulan ini. Salah satunya adalah untuk menambah koleksi di dapur. Induction cooker atau dikenali juga sebagai dapur induksi (betul ke?) adalah antara koleksi terbaru yang saya hajatkan sebelum ini dan baru saya miliki. Alhamdulillah..



Induction cooker berjenama Philips dipilih memandangkan saya sekeluarga suka makan steamboat. Jadi apa kaitan antara steamboat dengan dapur induksi ni? Sebabnya adalah induction cooker mudah diangkut dan dibawa ke hulu hilir berbanding periuk nasi yang saya gunakan untuk memasak steamboat. Ingat tak saya pernah masak steamboat dengan periuk nasi?


Boleh baca di sini >> Resepi Steamboat Sedap.

Masak Guna Induction Cooker aka Dapur Induksi Philips

Dengan adanya induction cooker, lebih senang saya nak memasak steamboat di atas meja makan selepas ni. Selain merebus, saya juga boleh menggoreng. Hanya perlu tukar periuk atau pan sahaja untuk memasak dan proses memasak juga jadi lebih pantas berbanding menggunakan dapur gas biasa.


Cara Masak Guna Induction Cooker @ Dapur Induksi Philips


Disebabkan kami berdua baru pertama kali menggunakan dapur induksi Philips, makanya berlakulah perkara di luar jangkaan yang menyedihkan. Ameera menyentuh permukaan dapur induksi yang masih panas dan menangis kesakitan!


Aduh..kami ingatkan permukaan dapur tidak terlalu panas selepas memasak kerana tidak menggunakan api, rupanya kami salah faham. Nasib baik hanya merah sedikit sahaja di jarinya. Saya kongsikan video cara memasak menggunakan dapur induksi di bawah. Enjoy watching ya..


Disebabkan induction cooker tidak menghasilkan api semasa memasak, jadi permukaannya tidak panas. Walaubagaimanapun, periuk atau pan yang berada di atas induction cooker tetap mengalirkan haba ke persekitaran menyebabkan dapur induksi akan turut berasa panas. Jadi, sebaiknya jangan sesekali menyentuh permukaan dapur induksi selepas memasak ye.


Kebaikan dan Keburukan Induction Cooker


Ada kelebihan dan keburukan tersendiri apabila memasak dengan menggunakan induction cooker ni. Antara kebaikannya adalah:

  • Ia kecil dan ringan jadi mudah diangkut ke mana sahaja.
  • Tidak perlukan ruang memasak yang besar.
  • Proses memasak lebih pantas.
  • Tidak menggunakan gas, hanya plug-in.


Walau bagaimana sempurna pun sesuatu produk tentulah akan ada kelemahan juga kan. Antara kekurangan menggunakan induction cooker adalah:

  • Hanya boleh memasak dengan menggunakan periuk atau pan yang diperbuat daripada bahan logam telap medan magnet.
  • Hanya boleh memasak jika mempunyai sambungan tenaga elektrik.
  • Hanya pan atau periuk dengan permukaan bawah yang rata sahaja boleh digunakan.


Tak sabar saya nak gunakan dapur induksi Philips untuk memasak nanti. Tapi masakan yang menghasilkan percikan kuat seperti sambal mungkin perlu gunakan dapur biasa sahaja untuk mengelakkan dapur induksi Philips aka induction cooker saya ni berminyak nanti. Jika nak bersihkan, hanya perlu lap permukaan dengan kain kering okay. Selamat memasak!

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Adoo~ sebab tak suka masak tanpa api. Risau terbako. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, takde api tak terbako wak sebab takde api..ahahha :D

      Padam
  2. akak pon teringin tapi suami dah warning toksah duk beli mcm2 dapur kecik tak tau nak letak celah mana dah..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapur rumah saya pun sempit kak tapi masih jugak saya sibuk nak tambah koleksi, pastu menyesal sebab taktau nak letak kat mana :D

      Padam
  3. Teringin jugak induction cooker. Tengok rancangan masak sheila rusly guna induction cooker, senang sangat. Bestnyaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang tapi kena masak laju2 tanak kasi hangit. Cepat panas ni wak..

      Padam
  4. Balasan
    1. Samalah, tak reti lagi. Slow2 guna yang penting dah ada kat dapur sendiri..huhu

      Padam
  5. Wahh hajat 2020 dah tercapai. Pasni makin rajinlah masak steamboat. heehe bila nak buat rancangan memasak kat youtube?
    .
    Thanks for the review kakak manees =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak masak lagi pun Hana, nak beli barang buat steamboat entah bila..simpan je la dulu cookernya. Haha :P

      Padam
  6. boleh selalu makan stimbot lew kalo cemni..
    dlu masa dok uni adala beli ni sebab xleh bawa gas.
    lepas tu pas kat junior la =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, zaman kat uni lagi awak dah pakai benda alah ni. Lagi advance oii..

      Padam
  7. nampaknya orang kaya mampu beli dapur induksi ..

    tahniah dan saya tumpang gembira

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum kaya lagi tapi saya nak aminkan ye. Doa tu..aamiin

      Padam
  8. pernah ada try guna tapi tak reti. hahahahaha. hati rasa tak puas guna >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, tak puas hati guna sebab tak boleh letak kuali yang tak rata. Kita suka masak dalam kuali lonjong tu, best nak menggoreng..

      Padam
  9. salah satu wishlist ni. Belum ada rezeki nak membeli lagi. Teringin ada satu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga lepas ni ada rezeki lebih untuk awak beli sebiji induction cooker ni ye. Aamiin..

      Padam
  10. philips punya induction mmg terbaik. sy dah guna kt opis punya selama 2 tahun. x menghampakan.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah milikki kemudahan..bahagia keluarga

    BalasPadam
  12. Paling leceh dengan induction cooker ni part periuk dan pan tu la. Terpaksa beli baru kalau nak pakai induction cooker hihihi

    BalasPadam