Homestay Tepi Pantai Terengganu | Lokasi Strategik Qiema Homestay untuk Percutian Keluarga

Bila sebut saja tentang percutian di tepi pantai, automatik saya terbayangkan saat-saat menikmati pemandangan matahari naik di awal pagi. Saat pipi ditampar bayu laut dengan alunan ombak memukul pantai dan pemandangan fajar menyingsing tenang memang akan sentiasa mengalirkan adrenalin saya. Excited! Tapi lagi excited bila suami kata 'jom kita tidur homestay tepi pantai weekend ni, nanti boleh tengok sunrise'!


Homestay Tepi Pantai Terengganu | Lokasi Strategik Qiema Homestay untuk Percutian Keluarga
Pemandangan dari Qiema Homestay, buka pintu terus nampak pantai


Homestay Tepi Pantai Terengganu

Apa pula perasaan anda kalau dapat nikmati pemandangan sunrise daripada tingkap bilik? Buka pintu homestay saja dah boleh nampak matahari terbit. Lagi best, bila ada kedai makan pagi di hadapan homestay. Boleh bangun seawal pagi dan berjalan kaki ke tepi pantai yang berjarak hanya 50 meter daripada homestay. Bila dah puas nikmati pemandangan tepi pantai, dalam perjalanan pulang ke homestay boleh singgah isi perut dahulu di kedai makan sebelum pusing-pusing di sekitar bandar pula.


Homestay Tepi Pantai Terengganu | Lokasi Strategik Qiema Homestay untuk Percutian Keluarga


Berita baik untuk anda yang sedang mencari penginapan homestay di Terengganu yang terletak di tepi pantai! Saya ingin tawarkan sebuah banglo pada harga berpatutan yang dilengkapi dengan segala kemudahan asas dan kelebihan yang sukar diperolehi, iaitu hanya berjarak 50 meter daripada pantai! Tak perlu kelam kabut memandu kereta seawal pagi untuk mengabadikan saat matahari naik dalam bentuk fotografi, dari homestay juga anda dah dapat nikmati pemandangan sunrise hanya melalui tingkap bilik.


Lokasi Strategik Qiema Homestay

Qiema Homestay yang terletak di Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu merupakan sebuah banglo moden yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, satu ruang tamu, satu ruang makan dan satu ruang dapur. Setiap bilik mempunyai penghawa dingin, sebuah katil dan meja mini untuk kegunaan pengunjung. Mempunyai ruang parkir kenderaan yang boleh memuatkan sehingga lebih 10 buah kenderaan, homestay ini merupakan lokasi penginapan terbaik bagi mereka yang ingin bercuti bersama keluarga besar. 


Homestay Tepi Pantai Terengganu | Lokasi Strategik Qiema Homestay untuk Percutian Keluarga

Homestay Tepi Pantai Terengganu | Lokasi Strategik Qiema Homestay untuk Percutian Keluarga


Di ruang tamu tersedia sebuah TV, penyaman udara dan satu set sofa manakala di ruang makan pula dilengkapi dengan set meja makan untuk 6 orang, sebuah almari dan ruang menggosok baju. Penginap boleh terus melihat matahari terbit melalu pintu yang berada di ruang makan. Manakala pengunjung yang berada dalam bilik utama boleh melihat kecantikan sunrise hanya melalui tingkap bilik tanpa perlu berjalan keluar daripada bilik.


Homestay Tepi Pantai Terengganu | Lokasi Strategik Qiema Homestay untuk Percutian Keluarga

Homestay Tepi Pantai Terengganu | Lokasi Strategik Qiema Homestay untuk Percutian Keluarga


Di ruang dapur pula telah tersedia sebuah peti sejuk, penapis air panas sejuk dan kelengkapan asas untuk memasak seperti dapur gas, pinggan mangkuk dan periuk nasi. Jadi pengunjung boleh memasak sepanjang berada di homestay. Kelengkapan mandian badan juga tersedia di dalam setiap tandas. Sebuah tandas berada di sebelah dapur dan sebuah lagi tandas berada di dalam bilik tidur utama. Di luar rumah pula, tempat membakar bbq juga turut disediakan di bawah ruang parkir berbumbung. Anda boleh nikmati malam yang sejuk dihembus bayu laut sambil nikmati perapan daging bbq panas dan bergelak ketawa bersama keluarga tercinta.


Homestay Tepi Pantai Terengganu | Lokasi Strategik Qiema Homestay untuk Percutian Keluarga

Homestay Tepi Pantai Terengganu | Lokasi Strategik Qiema Homestay untuk Percutian Keluarga


Pengunjung berkeluarga yang mencari homestay tepi pantai sangat disyorkan untuk menginap di Qiema Homestay. Ia terletak bersebelahan pantai, jadi boleh berjalan kaki secara santai saja dan tak perlu angkut banyak barang untuk habiskan masa di tepi pantai. Ruang parkir juga besar, jadi tiada masalah berebut parkir. Jika lapar pada waktu pagi, kedai makan hanya berada di depan homestay. Pantai Kuala Abang juga tak terlalu ramai orang, jadi ia lebih menenangkan dan privasi. Pendek kata Qiema Homestay pastinya pilihan terbaik dan mesra keluarga untuk pengunjung yang bercuti di Dungun.


Homestay Berdekatan Pusat Tarikan 

Rugi rasanya jika bercuti di Terengganu tetapi tidak pergi berjalan-jalan di sekitarnya. Uniknya Qiema Homestay kerana ia berada di lokasi strategik yang berdekatan dengan kebanyakan pusat tarikan. Pantai Tanjung Jara yang terkenal dengan pasir memutih yang halus dan air laut yang jernih hanya terletak 1.2km sahaja daripada homestay. Manakala Pusat Konservasi Penyu Rantau Abang hanya berjarak 6.8km, jadi sambil bercuti boleh juga bawa anak-anak untuk melihat dan melepaskan penyu di tepi pantai.


Homestay Tepi Pantai Terengganu | Lokasi Strategik Qiema Homestay untuk Percutian Keluarga


Bagi ibu bapa yang merancang untuk menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan anak-anak di PULAPOL Rantau Abang, lokasi ini hanya berjarak 8.1km daripada homestay. Dengan lima minit pemanduan pula, ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak masuk ke MRSM Dungun masih sempat untuk menikmati pemandangan matahari naik. Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang pula berjarak hanya 7.6km. Sekiranya ingin ke bandar Dungun, hanya 10 minit pemanduan sudah mencukupi untuk tiba ke tengah bandar.


Homestay Tepi Pantai Terengganu | Lokasi Strategik Qiema Homestay untuk Percutian Keluarga


Ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak masuk ke Politeknik Dungun pula tak perlukan masa yang lama untuk tiba ke sana kerana ia berjarak hanya 18km daripada homestay. Jika ingin menghadiri majlis konvokesyen anak yang belajar di UiTM Dungun pula, usah kalut kerana ia berada hanya 20km daripada Qiema Homestay. Jika berlaku kecemasan dan perlu segera ke hospital, jarak daripada homestay ke Hospital Dungun adalah 10km dan di bawah 1km sekiranya ingin ke Klinik Kesihatan.


Ringkasan Jarak dari Lokasi Homestay

Di bawah, saya senaraikan ringkasan jarak perjalanan ke lokasi pusat tarikan yang sering dilawati pengunjung sekiranya berkunjung ke Dungun, Terengganu daripada Qiema Homestay:


Klinik Kesihatan Kuala Abang - 650m
MRSM Dungun - 5 minit
Bandar Dungun - 10 minit
Pantai Tanjung Jara - 1.2km
Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Rantau Abang - 6.8km
Institut Penyelidikan Prikanan Rantau Abang - 7.6km
PULAPOL Rantau Abang - 8.1km
Hospital Dungun - 10km
Politeknik Dungun -10km
UiTM Dungun - 20km


Masa mendaftar masuk (check-in) adalah pada jam 3 petang dan daftar keluar (check-out) adalah pada jam 12 tengahari. Jika anda ingin mencipta kenangan percutian yang menggembirakan di tepi pantai, apa kata buat tempahan segera dan menginap di Qiema Homestay. Pasti puas hati!


Qiema Homestay,
Lot 61248, Kampung Kuala Abang,
Kuala Dungun, Terengganu

Harga: RM250 semalam (boleh runding)
Hubungi/ Mesej: 019-2638609


Selamat bercuti ya! Semoga percutian anda di bumi Terengganu menjadi kenangan manis yang tak dapat dilupakan.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wow! menarik sekali, tepi pantai sungguh indah..nampak sunrise cantik ...Indahnya tu..terima kasih informasi ini

    BalasPadam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail