Khamis, 30 Ogos 2018

Resepi Nasi Ayam Lemon Ala Pakli Kopitiam


Saya selalu teringin nak makan nasi ayam lemon di Restoran PakLi Kopitiam tapi apakan daya jauh sangat nak pergi. Untuk perjalanan dari Terengganu ke Shah Alam semata-mata nak makan nasi ayam lemon memang sangat tak berbaloi, jadi apa kata kalau saya belajar buat sendiri kan. Kalau dulu tiap kali rasa nak makan je, boleh set hari nak pergi tapi sekarang kita kan masterchef, apa adahal buat aje lah (padahal nak masak pun tak tau) :P

Bagi sesiapa yang belum pernah makan nasi ayam lemon di Restoran PakLi Kopitiam, anda memang bernasib baik. Disarankan agar anda tidak perlu pergi dan rasa sebab nanti mengidam nak makan lagi, leceh pula. Bagi mereka yang sama-sama craving nak makan macam saya tapi jauh, jomlah kita buat bersama. Tak susah pun rupanya cara nak buat, cuma kena ada kesabaran yang tinggi sebab kena prepare semua bahan dari awal. Kalau pergi ke PakLi Kopitiam, main order je terus sampai kan. Ha..malas betul nak masak.


Resepi Nasi Ayam Lemon Ala Pakli Kopitiam


Lauk utama dalam menu ini adalah nasi ayam dan lauk kuah ayam lemon. Tapi disebabkan ayam goreng tu nak kena goreng dulu bersalut tepung dan baru dimasukkan ke dalam kuah lemon, jadi saya ringkaskan dengan perap ayam dalam tepung ayam serbaguna, ringkas dan cepat. 
Cekidaut resepi penuh di bawah ni ya..


Bahan Sup Ayam

Ayam
Air - secukupnya
Kiub ayam knorr - 1 kiub
Halia - seinci dihiris halus
Garam

P/S : Tak perlu sup pun dalam menu ni cuma sup ayam perlu digunakan dalam penyediaan nasi dan kuah lemon nanti. Jadi memang kena sediakan sup ayam ye. Tak perlu guna bahagian isi ayam pun tak mengapa. Saya gunakan bahagian tulang macam tekak, kaki dan kepak ayam sahaja.


Cara Penyediaan

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga ayam empuk dan sup mendidih.


Bahan Nasi Ayam

Minyak - 2 sudu besar
Serai - sebatang diketuk
Bawang merah - sebiji dihiris halus
Beras - dibasuh dan ditos terlebih dahulu
Sup ayam - Secukupnya untuk masak nasi
Pewarna kuning - 2 titis


Cara Penyediaan

1. Tumis bawang merah dalam periuk nasi hingga layu. Kemudian masukkan serai.
2. Masukkan beras dan kacau sekejap.
3. Akhir sekali, masukkan sup ayam dan pewarna ke dalam periuk. Tutup dan masak macam masak nasi biasa. Tak perlu letak garam sebab sup ayam dah masin.


Bahan Ayam Goreng untuk Kuah Lemon

Tepung serbaguna - saya guna tepung Kentucky
Putih telur - sebiji
Ayam
Air


Resepi Nasi Ayam Lemon Ala Pakli Kopitiam

Resepi Nasi Ayam Lemon Ala Pakli Kopitiam


Cara Penyediaan

1. Air dan putih telur dimasukkan ke dalam tepung dan digaul sebati. Kalau nak senang boleh ikut langkah memasak macam di belakang bungkusan tepung.
2. Masukkan ayam ke dalam tepung dan gaul sebati. Perap selama setengah jam.
3. Ayam yang telah diperap, digaul dalam tepung yang kering (tak larut dengan air dan telur) sebelum digoreng dalam minyak penuh.
4. Angkat dan tos.


Bahan Kuah Lemon

Bawang merah - sebiji dihiris halus
Bawang putih - sebiji dihiris halus
Halia - seinci dihiris halus
Lemon - setengah biji diperah ambil jus sahaja
Tepung jagung - 1 sudu besar dilarut dalam air
Sup ayam - secukupnya
Pewarna kuning - 2 titis
Gula


Cara Penyediaan

1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu.
2. Masukkan sup ayam dan jus lemon, kacau seketika.
3. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dilarutkan dan pewarna ke dalam kuah. Ikut kehendak sendiri nak kuah pekat atau cair.
4. Perasakan dengan gula. Gula agak banyak digunakan sebab rasa lemon masin, jadi seimbangkan rasa dengan gula.
5. Bila dah masak, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau sekejap. Siap.


Bahan Sambal

Cili kering - 5 keping dikisar
Cili halus - 3 biji dikisar
Bawang putih - 2 biji
Halia - setengah inci
Garam dan gula


Resepi Nasi Ayam Lemon Ala Pakli Kopitiam



Cara Penyediaan

1. Kisar semua bahan.
2. Masak atas dapur hingga pekat. Tidak perlu letak minyak.


Percubaan pertama saya nampaknya menjadi dan suami suka. Almaklumlah suami pun suka makan nasi ayam lemon di PakLi Kopitiam, jadi bila menjadi ni memang berselera betul makannya. Bagi saya semua dah okay cuma tepung ayam Kentucky tu mungkin saya kena tukar pada tepung bancuh sendiri kot. Sebab tepung serbaguna ada banyak tambahan rempah, kalau ikut ayam lemon di PakLi Kopitiam kurang rasa rempahnya. Yang itu kita cuba next time pula. 


Resepi Nasi Ayam Lemon Ala Pakli Kopitiam


Satu perkara lagi yang perlu ada rasanya timun hiris tapi disebabkan tiada stok timun di rumah, jadi kita tukar dengan salad. Disebabkan resepi ni sedap dan berjaya menambat hati suami dan anak, maka macam biasa..saya simpan di blog dulu. Mana tahu nak buat lagi nanti tak perlu susah nak perah otak, buka je blog. Lagi pun sharing is caring kan. Kalau ada yang nak buat tu, bolehlah cuba resepi nasi ayam lemon ala PakLi Kopiatiam ni. In shaa Allah sedap.

33 ulasan:

  1. alahai..sja jer buat org lapar pagi2 ni..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala CikNor apsal tengok pepagi? Next time try tengok waktu malam pulak ye? :P

      Padam
  2. terbaek. nampak sedap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahah..try buat dulu baru tau sedap tak :D

      Padam
  3. Kena merajinkan diri ini kalau nak buat.. kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Kalau saya malas ni, memang tak buat. Kebetulan pulak time tu rajin, inilah hasilnya :D

      Padam
  4. Uniknya nasi ayam ni kak rinie, thank you for sharing the recipe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try buat tau Husniey, sedap je rasanya..tapi kalau tak pernah makan nasi ayam lemon yang di PakLi Kopitiam tu, susah jugak nak agak hasil rasa dia jadi camne..

      Padam
  5. tak pernah makan lg nasi ayam lemon pakli..nanti ciktom nak try la resepi ni nmpk sedap sgt!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try CikTom tapi time nak buat kuah tu kena tambah gula tanpa henti tau. Dah puas hati baru stop sebab kalau tidak rasa kuahnya masam lemon tak best pulak..

      Padam
  6. Tak boleh lah tengok gambar lemon tu >_< terus merecik air liur ni heheh :3
    .
    Thank you bagi resepi ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you je Hana? Nak buat bila? Resepi dah kasi ni :P

      Padam
  7. sedapnyaaaa nampak !! bestla orang pandai masak ni. penah rasa gini tapi kena pi kedai makanan cina baru dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pandai masak pun wak..dah kahwin baru nak belajar. Teruk kan isteri orang ni? Nangis..

      Padam
  8. wow..sedap tu.

    kalau saya makan boleh jadi gemuk la nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takdela mrhanafi. Awak makan banyak mana pun tak gemuknya badan awak tu. Kurus je saya tengok, kena makan lebih sikit tau :D

      Padam
  9. tak pernah lagi makan nasi ayam lemon. Terliur pulak baca resipi ni :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh try la Farhana tapi time masak kuah ayam lemon tu kena hati2 sebab kalau terlebih masuk lemon jadi masam pulak nanti..

      Padam
  10. Terima kasih kerana selalu terjah & komen blog ejulz ^_^

    http://ejulz.blogspot.com/2018/09/senarai-pengomen-tegar-ogos-2018.html

    BalasPadam
  11. Nanti boleh lah cuba buat dekat rumah. .Hihi.. Ekin suka makan nasi ayam ni.

    Anyway, ekin singgah sini sambil follow.. Jom singgah ke blog ekin juga..

    https://asyiqinroslee.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Ekin sudi singgah. Kami datang melawat nanti ye :)

      Padam
  12. Tetiba perut berbunyi minta diisi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PakLi kat pekan port klang tu dari cawangan yang sama ke, memang sedap zumal makan kat situ...

      Padam
    2. Alamak, saya jarang makan di Port Klang la Zumal..lagipun dah lama tak ke sana. Tapi kalau namanya Pak Li Kopitiam dan signboard hitam putih rasanya dah betulla tu..

      Padam
    3. Ooo betul la tu, tempat fevret ayah dan mak zumal tu

      Padam
    4. Kalau macamtu, tempat feveret ayah dengan mak Zumal tu samalah dengan tempat feveret saya :D

      Padam
  13. saya terus lapar balik ni wpn dah sarapan ;-)

    BalasPadam
  14. nak trylah buat guna resipe sis share ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila wak tapi time buat kuah ayam lemon tu kena perah lemon sikit2 tau, takut masam sangat pulak nanti..

      Padam
  15. Balasan
    1. Try la Cik Ash, nak ajak makan..jauh sangat pulak..

      Padam