Selasa, 4 September 2018

Jom ke SEEngapore : Traveloka Promo Code untuk Percutian Anda


Jika diberi pilihan untuk membuat tempahan perjalanan percutian melalui satu laman web sahaja, samada dengan menggunakan telefon bimbit atau dekstop, laman web manakah yang akan menjadi pilihan anda? 

Pilihan saya adalah Traveloka.

Selain membuat tempahan hotel penginapan, saya juga boleh terus membuat tempahan penerbangan dengan Traveloka. Kenapa perlu membuka dua laman web berbeza sedangkan Traveloka mempunyai kedua-dua pilihan hotel dan penerbangan untuk ke mana-mana destinasi percutian idaman. Buka sahaja satu dan anda dapat kedua-duanya! 

Kini ada berita baik untuk anda! Promosi istimewa dari Traveloka kembali lagi, kali ini dengan tawaran lebih menarik bagi anda yang ingin bercuti ke Singapura.
Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code - for a roaring good time!


Jom ke SEEngapore : Traveloka Promo Code untuk Percutian Anda



Traveloka Promo Code ke SEEngapore


Adakah anda sedang merancang percutian ke Singapura bersempena dengan sambutan Tahun Baru yang akan datang? Atau adakah anda ingin melawat saudara mara dan kenalan di Singapura sempena dengan cuti Krismas nanti? Kini adalah masa terbaik untuk anda buat tempahan kerana Traveloka sedang mengadakan promosi istimewa bagi perjalanan ke Singapura. Jadi rancang percutian anda ke Singapura hari ini dan tempah dengan Traveloka. Traveloka adalah pakar dalam menjadikan perjalanan dan percutian anda lebih menggembirakan. 

Traveloka merupakan teman terbaik buat penggemar percutian. Selain boleh diakses melalui komputer, kini Traveloka juga boleh diakses melalui aplikasi di telefon bimbit. Ia merupakan one stop travel app yang menawarkan kemudahan perjalanan atau percutian buat anda ke Singapura nanti.

Kini Traveloka menawarkan  flat rate disount bernilai RM50 untuk penerbangan pergi balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapura samada dengan tempahan melalui komputer atau melalui aplikasi di telefon bimbit. Hanya guna kupon "GOSG" untuk melayakkan anda menikmati diskaun hebat ini.

Bagi tempahan hotel penginapan pula, anda layak untuk menikmati diskaun sehingga 20% di Singapura sekiranya tempahan dibuat dalam masa promosi ini berlangsung dan ia akan di deduct secara automatik. Tiada kupon diperlukan. Mudah bukan?

Jadi apa yang anda tunggu lagi? 



Syarat-syarat Tempahan


Bagi memudahkan anda memulakan sesi tempahan dengan Traveloka untuk ke Singapura nanti, jom kita lihat dahulu beberapa syarat utama bagi melayakkan anda menikmati promosi Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code ini. 


Jom ke SEEngapore : Traveloka Promo Code untuk Percutian Anda


Antara syarat-syaratnya adalah:

1. Promosi bernilai MYR50 ini hanya sah digunakan untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia di dalam satu booking ID sahaja.

2. Sewaktu membuat pembayaran tempahan penerbangan melalui Traveloka, 
sila masukkan kupon kod "GOSG" ke dalam ruangan kupon.

3. Diskaun 20% bagi tempahan hotel hanya boleh diguna pakai bagi hotel tertentu sahaja. 
Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat.

4. Tempoh sah tempahan adalah di antara 1 September 2018 sehingga 30 September 2018 
(tertakluk kepada perubahan).

5. Tempoh perjalanan adalah pada bila-bila masa sahaja.



Bagaimana Mengetahui Promosi Terbaru untuk Mendapatkan Promo Code Traveloka?


Pasti anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk anda mengetahui promosi terbaru yang sedang dijalankan oleh Traveloka kerana tidak mahu terlepas peluang mendapatkan tawaran harga jimat bukan? Caranya mudah sekali. Anda hanya perlu menekan butang Promosi Semasa yang terdapat  pada laman web Traveloka atau di aplikasi Traveloka pada telefon bimbit anda. Semua promosi yang sedang berlangsung akan dipaparkan pada halaman tersebut. 



Cara Membuat Tempahan Menggunakan Promo Code 


Jika anda ingin membuat tempahan melalui Traveloka, pastikan anda menekan butang Promosi Semasa terlebih dahulu bagi mengetahui tawaran harga jimat yang sedang dijalankan. Bagi sesetengah promosi, terdapat promo code atau dipanggil juga sebagai kod kupon yang perlu anda gunakan semasa membuat bayaran tempahan. 

Jika anda membuat bayaran terus tanpa memasukkan kod kupon ini, bermakna anda telah membuat bayaran penuh tanpa menikmati harga promosi yang ditawarkan. Sayang bukan? Jadi pastikan anda lihat dahulu promosi yang sedang berlangsung bagi menikmati harga lebih murah.

 Tidak tahu cara memasukkan promo code untuk tempahan di aplikasi Traveloka? Tidak mengapa. Mari lihat cara membuat tempahan menggunakan promo code seperti di bawah:



1. Log masuk ke akaun Traveloka anda

2. Klik Penerbangan dan isi maklumat percutian secara lengkap.
Pilih Singapura sebagai lokasi destinasi pilihan.

3. Klik Cari dan buat pilihan syarikat penerbangan dengan harga yang anda ingini. 
Jangan lupa untuk semak semua maklumat bagi mengelakkan sebarang kesilapan.

4. Pilih cara pembayaran pilihan anda.

5. Masukkan Promo Code ke dalam ruangan kupon.
Promo code anda bagi promosi ini adalah "GOSG".

6. Selesaikan proses tempahan dengan membuat bayaran penuh 
yang telah ditolak dengan harga diskaun.

7. E-ticket akan dihantar ke e-mail dan anda kini telah 
berjaya membuat tempahan dengan Traveloka!



Jom ke SEEngapore : Traveloka Promo Code untuk Percutian Anda



Semudah ABC bukan?
Kini anda telah mengetahui cara untuk melihat promo code yang sedang berlangsung di Traveloka. Anda juga telah mengetahui promosi terbaru yang sedang dijalankan buat masa ini iaitu jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code. Malahan anda juga telah mendapatkan promo code anda untuk penerbangan ke Singapura iaitu "GOSG" dan 20% diskaun bagi tempahan hotel terpilih di Singapura untuk menikmati harga jimat.

Jadi apa anda tunggu lagi?
Tempahlah tiket penerbangan dan hotel anda ke Singapura sekarang dengan Traveloka. 
Promosi berakhir pada 30 September 2018.

57 ulasan:

  1. insya allah ada rezeki mmg nk g singapore... sblm ni dah pegi tp x 'tawaf' semua tmpt kt sana ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seronokla awak dapat pi travel satu Singapore, nak ikut pun tak dapat..ramai askar nak join..

      Padam
    2. sy bw ibu askar je laa yek ;-)

      Padam
  2. terbaek.. belum pernah lagi ke spore :)

    BalasPadam
  3. geram nak p book tiket ni hahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..pergi selalu Cik Ash (hasut ni) :P

      Padam
  4. ala bulan ni sibuk dengan kerj :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh takpe June, boleh book ticket dulu. Bila2 nak pergi takde hal sebab booking sahaja dalam bulan ni, nak fly anytime takpe..

      Padam
  5. last p spore 2012...tp pegi USS je tk sempat round2 tmpt menarik kt spore...booking dgn traveloka best ni sbb ada coupon bole dpt diskaun..mmg dh byk kali booking thru traveloka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, saya je baru tahu. Last month tempah tiket hotel dengan Traveloka, lebih murah bila applied kupon..selama ni tak tahu :D

      Padam
  6. tak pernah sampai singapore..kalau ada plan sana, guna Travelokalah sebab banyak promo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gimme five awak! Tak pernah jejak Singapore lagi jugak, takpe satu hari nanti sampaila sana kan..tempah dengan Traveloka pastinya..

      Padam
  7. Sangat mudah dan jimat dengan Traveloka ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting kena guna kupon, jimat berbaloi-baloi dengan kupon Traveloka kan Zumal?

      Padam
  8. Menarik juga tawaran Traveloka nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah boleh book tiket dengan Traveloka tu Sha :D

      Padam
  9. Baru2 ni ada tgk kawan2 share pergi jalan2 ke singapore..teringin jugak nak jalan2 sana.. Nantilah bila2 ajak family atau kawan2 ke.. Blh tempah guna traveloka ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi promo kod ni valid sampai akhir bulan ni je tau Zaza. Book dulu lepastu nak fly bila2 pun boleh..

      Padam
  10. Waaahh.... mau dong jalan jalan lagi ke Singapore via traveloka. Traveloka nih memang nest ya, sering ngasi harga promo pesawat maupun hotel buat traveling. Love deh pokoke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Traveloka memang best, saya pun tempah hotel guna Traveloka sebab ada promosi. Bila compare harga memang lagi murah dari apps yang lain..

      Padam
  11. Walaupun nwgara jiran. Belum pernah smpai ke sini. Dengan panduan ini senang Ika dtng Singapore bila ada peluang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni Ika boleh survey flight ticket dengan Traveloka. Nak book hotel pun boleh jugak..

      Padam
  12. Dah dua tahun planning nak ke singapura dengan suami tapi tiap tiap kali plan tu mesti ada yang menghalang. Tahun ni halangan dia, saya pregnant hahahaa. Tunggu tahun depan pulak nak plan ke singapura lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahaha..tapi congrats la sebab preggy. Lagi best tu dari pi travel tu. Next time pi Singapura ye :)

      Padam
  13. Sebenarnya ada sedara mara di Singapore. tapi tak tau kat mne diorg tinggal. Belum lagi berhasrat ke sana walaupun kampung dekat Johor jerk hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai ruginya taktau kat mana saudara tinggal di Singapore. Kalau tak dah jimat duit untuk hotel kan? Tapi orang Johor balik hari pun boleh ni :D

      Padam
  14. Macam macam kat Singapore ni. Belum lagi habis explore sebab selalu pergi short trip. Traveloka memang menarik can plan trip in just one apps.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Unluckily saya tak pernah sampai Singapore, dapat pergi in short trip pun best jugak. Atleast dah pernah sampai sana wak..

      Padam
  15. Syira tak pernah lagi ke singapore. Inshaallah ada rezeki nak jugak berkunjung ke sana. Macam macam ada kan kat sana. Dengan adanya Traveloka lagi mudah utk kita plan vacation

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita Syira, takpe one day mesti sampai jugak tu pasal negara jiran sebelah je..tak jauh mana pun :D

      Padam
  16. wah dapat code promo lagi best ni....tak sabar nk pergi singpore hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. SK dah boleh book sesiap la ye..nanti promosi habis, melepas nak grab harga jimat..

      Padam
  17. bestnya singapore.teringin nak kesana nanti.ada traveloka ni boleh guna untuk kupon .banyak lagi diskaun boleh dpaat kan. - Ibupantang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, ibu pantang tak boleh pergi berjalan dulu tau. Tunggu luka sembuh dulu, nanti pi holiday puas2 dengan Traveloka ye :D

      Padam
  18. Best la traveloka ni..byk bagi potongn harga tau.. liez lak mmg plan nak repat singapore sbb sblm pergi sebab kerja.. xsempat nak melawat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehla repeat lagi guna promo kod ni Liez, rugi kalau tak grab peluang berjimat. Jangan lambat tau, promosi habis end of dis month :)

      Padam
  19. Patut kita nampak ramai orang update pergi bercuti ker Singapura rupanya ada promosi dari Traveloka rupanya hehehe bestlah kita nak pergi tak ada orang nak bawa pergi sorang-sorang bosan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai..dah boleh start cari partner untuk join travel lepasni, bukan ke Singapore je, tempat lain pun boleh teman..carilah cecepat ye ;D

      Padam
  20. Suka betol saya hunting promo macam ni. Tahun ni nelum jejak kaki ke singapore lagi. Macam peluang baik je ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, memang sesuai untuk awak yang kaki jalan ni. Seronok tengok IG dia selalu travel sana sini..

      Padam
  21. Treveloka ni suka betul buat macam-macam promo kan..memang best sb ada peluang ke mana-mana dengan harga murah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, lepasni tak payah susah2 nak buka apps lain. Check je di Traveloka. Selalu je ada promosi best..

      Padam
  22. Traveloka memang terbaik. Selalu buat promosi walaupun belum berkesempatan nak grab. Suggest kat adik adik yang nak bercuti je untuk pilih traveloka ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la suggest pada yang suka bercuti tu. Untung mereka tempah guna Traveloka, selalu kasi promosi, harga pun jadi lebih murah..

      Padam
  23. Ibu teringin nak bawa mak dan ayah ke langkawi, boleh lah survey harga untuk waktu promosi ni. Mana tahu dapat harga lebih baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seeloknya kalau nak pergi Langkawi bawak mak dan ayah, better hari weekdays sebab weekend sibuk sangat. Kesian mak ayah nak bersesak nanti wak..

      Padam
  24. Mmg tak dapat dinafikan, singapore merupakan salah satu negara yg wajib dikunjungi. Walaupun negaranya kecil tapi sarat dgn tempat2 tumpuan perlancongan. Nak book lah dgn traveloka. Dapat diskaun tiket flight !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan diskaun tiket flight je wak, book hotel pun boleh dapat 20% diskaun tau. So Traveloka lah jimat..

      Padam
  25. Syoknya kalau dapat pergi..sebelah johor je..ni anak kecik-kecik nak angkut jalan juah payah ni..hahaa..tapi memang teringin nak pergi..tengok kawan pergi banyak tempat menarik dekt sana..ada universal studio

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak tempat menarik di sana, cuma currency mahal sikit la dari kita. Tapi memang nak angkut budak2 time travel satu kerja yang memenatkan. Tunggu diorang besar sikit pastu kita pi travel boleh tak? Haha..

      Padam
  26. Ya, semudah ABC..thumbs up Traveloka sebab selalu adakan promo best2..lets Singapore hujung tahun ni!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lets book your seat first. Jangan lupa oleh2 untuk saya :P

      Padam
  27. Bestnya klu dpt gi Singapore,dah lama xpg tentu dah byk perubahan.visit my blog:www.keunggulanwanita.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. At least sis dah pernah pi Singapura, saya belum pernah jejak lagi ni..haha..nangis..

      Padam
  28. ada rezeki boleh pergi lagi ni, last jejak 2012 rasanya.

    | blog aimanabdullah |

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah 6 tahun tu wak, boleh plan untuk next trip pulak ni :)

      Padam