Avillion Cameron Highlands : Hotel Mesra Kanak-kanak di Tanah Rata


Sebagai penutup bagi tahun 2018, saya dan keluarga memilih untuk bercuti di daerah perbukitan yang sejuk sambil menikmati strawberry dalam celupan coklat. Di mana? Ya, Cameron Highlands!


Seperti biasa, jika di Cameron Highlands, saya dan suami lebih suka berjalan kaki jika ingin ke kawasan sekitar, untuk menghirup udara sejuk perbukitan sambil menghabiskan masa berharga bersama. Oleh sebab itu kami pasti akan memilih hotel yang terletak di Tanah Rata kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan kebanyakan kedai dan restoran.

Hotel Avillion Cameron Highlands

Kali ini kami memilih untuk menginap di Avillion Hotel Cameron Highlands yang terletak di tengah pusat bandar Tanah Rata. Hasil daripada pembacaan saya di internet, Avillion Hotel Cameron Highlands dikatakan hotel mesra kanak-kanak.

Hotel Avillion Cameron Highlands

Jadi pilihan menjadikan Avillion sebagai hotel persinggahan kali ini adalah terbaik kerana Auni dan Ameera memang tengah lasak dan gemar bermain terutama apabila berada di tempat baru.

Avillion Hotel Cameron Highlands


Sebaik selesai urusan check-in di kaunter, kami melangkah laju menuju ke bilik. Perjalanan memenatkan selama 5 jam memaksa badan ingin segera mendarat di atas tilam empuk. Namun sebaik melangkah masuk ke dalam bilik, rasa penat terus hilang dan diganti dengan perasaan teruja!

Hotel Avillion Cameron Highlands
Hotel Avillion Cameron Highlands
Hotel Avillion Cameron Highlands
Hotel Avillion Cameron Highlands

Bilik jenis studio deluxe dengan keluasan 45 meter persegi ini dilengkapi dengan kemudahan seperti TV, sofa, katil, meja tulis, seterika dan pengering rambut. Di ruangan pantry telah tersedia mini refrigerator dan keperluan untuk membancuh air termasuk water heater.

Bagi pengunjung yang membawa barangan berharga, mereka boleh menyimpannya di dalam safe box jika ingin keluar berjalan. Wifi juga turut disediakan. 

Hotel Avillion Cameron Highlands

Keluasan bilik yang besar dengan pintu akses ke taman permainan menjadikan Auni dan Ameera tidak senang duduk. Kini saya faham mengapa ia dikatakan hotel mesra kanak-kanak.

Jenis Bilik


Studio Deluxe - 45m²
Suite 2 bilik tidur - 72m²
Suite Premium 2 bilik tidur - 73m²
Studio Superior - 35m²

Lokasi Strategik dan Selamat


Sebenarnya Avillion Hotel Cameron Highlands ini baru sahaja memulakan operasi mereka pada pertengahan bulan Januari 2018. Menerapkan konsep moden kontemporari dalam hiasan dalaman dan dekorasinya, Avillion Cameron Highlands merupakan hotel kelima yang dibina di bawah Kumpulan Hotel Avillion Sdn Bhd.

Hotel Avillion Cameron Highlands

Keadaan hotel yang masih baru, luas dan bersih memberi keselesaan kepada kami sepanjang berada di sini. Avillion Hotel Cameron Highlands terletak di dalam bangunan komersial Cameron Fair yang merupakan one-stop complex pertama di Tanah Rata.

Jadi jika terasa lapar namun malas untuk berjalan jauh, kami hanya perlu turun ke tingkat bawah bagi mengisi perut tanpa perlu menghadap kesesakan lalu lintas. Barangan keperluan harian juga boleh didapati di kedai yang banyak terdapat di dalam bangunan Cameron Fair.

Hotel Avillion Cameron Highlands
Hotel Avillion Cameron Highlands
Bersiar-siar dalam bangunan Cameron Fair

Bagi memastikan keselamatan pengunjung terjaga, Avillion Hotel Cameron Highlands menggunakan sistem kad akses bagi kawalan pintu masuk ke bilik, lif serta kemudahan lain seperti gymnasium dan bilik bacaan.

Hotel Avillion Cameron Highlands

Ruang parking luas yang dikawal oleh pengawal di bahagian basement juga memastikan setiap pelanggan di Avillion Hotel Cameron Highlands mendapat pengalaman percutian yang selamat, selesa dan menggembirakan.

Kemudahan yang Terdapat di Avillion Hotel Cameron Highlands


Dilengkapi dengan taman permainan kanak-kanak, bilik mesyuarat, gym, bilik bacaan, cafe dan bilik jenis suite dan studio, Avillion Hotel mengalukan kedatangan pengunjung yang bercuti di Cameron Highlands.

Kedudukannya yang strategik kerana berada di tengah pusat bandar membolehkan pengunjung mendapat kelebihan dari segi kemudahan pengangkutan dan akses ke kedai dan bank.

Hotel Avillion Cameron Highlands

Bermain di taman permainan kanak-kanak adalah perkara pertama yang Auni akan minta setiap kali bangun daripada tidur sepanjang tiga hari dua malam berada di Avillion Hotel Cameron Highlands.

Mengapa tidak, buka sahaja pintu belakang, pasti akan nampak taman permainan yang terletak di sebelah bilik. Apa lagi, seronok sakanlah Auni dan Ameera ingin keluar bermain.


Setiap bilik di Avillion Hotel Cameron Highlands mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh, bilik saya terletak di sebelah taman permainan manakala ada sesetengah bilik yang lain pula menghadap pemandangan berlatar belakangkan Cameron Highlands yang menakjubkan.

Jadi jika anda ada pilihan jenis bilik tertentu di dalam minda, jangan lupa untuk kemukakan pada staf semasa proses check-in.

Hotel Avillion Cameron Highlands
Auni berangan jadi princess di laluan pintu belakang ke playground

Senang hati saya untuk lepaskan Auni dan Ameera bermain bersama abi di taman permainan. Saya cuma perlu pantau melalui pintu bilik atau tingkap tanpa perlu keluar daripada bilik pun.

Auni dan Ameera juga dapat bermain dengan gembira dan tidak terperap di dalam bilik semata-mata. Taman permainan dibuka bermula jam 8 pagi dan ditutup jam 9 malam.

Hotel Avillion Cameron Highlands
Hotel Avillion Cameron Highlands

Terdapat dua jenis bilik mesyuarat yang disediakan di Avillion Cameron Highlands iaitu bilik mesyuarat jenis theatre dan boadroom. Bilik mesyuarat jenis theatre boleh memuatkan sehingga 70 orang tetamu manakala bilik mesyuarat jenis boardroom pula boleh memuatkan sehingga 30 orang tetamu pada satu-satu masa.

Bilik mesyuarat ini dibuka untuk tempahan luar sekiranya terdapat individu perseorangan atau syarikat yang berminat untuk menggunakannya.

Hotel Avillion Cameron Highlands
Bilik mesyuarat jenis boardroom
Hotel Avillion Cameron Highlands
Bilik mesyuarat jenis theatre

Jika Auni dan Ameera gembira bermain di taman permainan, suami saya juga tidak mahu kalah dengan menghabiskan masa di gymnasium. Gymnasium yang siap dengan kemudahan kelengkapan asas senaman hampir lengkap ini membolehkan golongan lelaki yang gemar melakukan workout untuk tidak mengabaikan penjagaan kesihatan meskipun ketika sedang bercuti.

Hotel Avillion Cameron Highlands

Di sebelah gymnasium juga turut disediakan dengan bilik bacaan / bilik permainan bagi pengunjung dengan anak yang tidak mahu melakukan senaman namun ingin menunggu pasangan ketika sesi workout.

Hotel Avillion Cameron Highlands
Ruang luas untuk kanak-kanak bermain

Selain itu, setiap tetamu yang menginap masuk di Avillion Hotel Cameron Highlands akan menerima complimentary coupon untuk breakfast bagi dua orang di cafe yang terletak bersebelahan bilik mesyuarat. Pelbagai juadah samada masakan melayu atau western boleh dinikmati saat berada di sini seperti nasi lemak, mee goreng, bubur, kuih-muih dan makanan cereal.

Hotel Avillion Cameron Highlands

Tarikan di Sekitar Avillion Hotel Cameron Highlands


Kedai dobi, restoran Old Town White Coffee dan kedai serbaneka Mr. DIY adalah antara kedai yang terdapat di dalam bangunan Cameron Fair. Bagaimana pula dengan suasana kedai di luar bangunan? Jangan risau, jika sudah namanya terletak di pusat bandar, kami dapat akses ke pelbagai jenis kedai yang terdapat di sekitar Avillion Hotel Cameron Highlands.

Hotel Avillion Cameron Highlands
Berjalan kaki ke Restoran Taman Apple Cameron

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke luar bangunan, pelbagai jenis kedai dan restoran sudah tersedia menantikan kehadiran kami. Hanya beberapa langkah daripada bangunan hotel, dan kami sudah tiba di kedai.

Hotel Avillion Cameron Highlands

Deretan kedai makan yang terdapat di Medan Selera Jalan Mentigi pula berada berhadapan dengan pintu masuk parking hotel. Ingin keluarkan wang di bank? Kami hanya perlu berjalan kaki untuk ke Maybank yang hanya terletak di seberang jalan. 

Tips Percutian di Avillion Hotel Cameron Highlands


Seperti biasa, ini adalah sedikit tips yang boleh anda lakukan sebelum memulakan percutian di Cameron Highlands dan menikmati percutian hebat di Avillion Hotel Cameron Highlands :

Hotel Avillion Cameron Highlands

1. Waktu check-in bermula jam 3 pm and check-out pada jam 12 pm.

2. Deposit diperlukan sebanyak RM200 semasa check-in.

3. Harga bilik bermula daripada RM200++ semalam sehingga RM700++.
Harga bilik pada weekdays adalah lebih murah berbanding weekend.

4. Bawa bersama akses kad jika ingin menggunakan bilik bacaan, 
gymnasium atau lif bermula tingkat 3 sehingga 7.

Kebersihan hotel yang terjaga, bilik yang selesa, dekorasi dalaman yang cantik, staf yang mesra pelanggan, ruang parking yang luas serta keselamatan yang dititikberatkan menjadikan Avillion Hotel Cameron Highlands merupakan penginapan terbaik yang wajar dijadikan pilihan keluarga semasa percutian di Cameron Highlands.

Hubungi


Hotel Avillion Cameron Highlands

Ingin menginap di Avillion Hotel Cameron Highlands? Hanya waze lokasi hotel dan cari salah satu bangunan yang tinggi di pekan Tanah Rata kerana ia terletak di atas bangunan Cameron Fair yang tinggi bersebelahan dengan Apartment Parkview.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh direct message ke:


Catat Ulasan

46 Ulasan

  1. Bagus lah complete pakej sesuai dgn kehendak ena yang ada anak ni. Kalau pegi sana ena nk try hotel ni. Tq dear sharing.

    BalasPadam
  2. In shaa Allah, pas ni klu naik Cameron boleh la booking kat Avillion ni, nmpk puas hati dgn kemudahan yg ada...thanks info auni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome, in shaa Allah best Lin. Nak pi Cameron nanti roger tau, nak join jugak :P

      Padam
  3. Dah lama gak ni tak naik Cameron Highlands. Nampak menarik, selesa, bersih Avillion ni. Dah save bookmark nanti nak plan tahun depan cuti sini lak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersih dan selesa wak. Kalau nak sewa khemah untuk anak2 bermain pun boleh. Harap enjoy cuti kat CH tahun depan ye..

      Padam
  4. selalu je duk tgk avillion ni lum ada rezeki lg menginap kat sini... InsyaaAllah cooming soon...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti pi jangan lupa roger tau kak, saya nak follow jugak. Tak dapat duduk kat seat belakang pun takpe, dalam boot pun okay :P

      Padam
  5. Dah lama tak naik Cameron ni. Sebelum ni memang nak pergi hotel ni sebab hotel ni pun baru je buka. Tak jadi pula. Kena plan next time menginap kat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next time boleh singgah sini ye. View cantik, hotel bersih..nak makan pun senang..

      Padam
  6. Wahhh nampak sangat selesa. Dah pernah ke Cameron Highlands sebelum ni tapi teringin juga nak repeat sebab memang berbaloi sangat. Cantik dan tenang! Sesuai untuk bawa satu famili. 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai sangat datang dengan family sebab suite untuk dua bilik pun disediakan. Lokasi pun strategik..

      Padam
  7. big comfort space to stay, love the pic here. I wanna go too but not sure when is free. Now school holidays but kids have to shop for their clothing and others before back to school. Yeah time fly, got to start saving before we plan our trip. Gonna buzz dear now on this place!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perhaps could start on New Year celebration at CH? Haha..but since school is opening, need to consider our kid's education first right..

      Padam
  8. Besar dan bersih bilik dekat Avillion ni. Susunatur pun cantik dan kemas. Pernah stay dekat Avillion PD je. Next time kalau ke CH boleh try nginap sini pula. Tgk kemudahan semua lengkap. Nk anjurkan kursus pun sesuai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Ana, semua kemudahan dah tersedia. Hotel yang best untuk percutian dengan colleagues dan family..

      Padam
  9. Cantik yer hotel baru Avilion kat Cameron Highland ni. Teringin sangat nak pergi bercuti ke sini dengan keluarga. semoga tahun depan murah rezeki dapat jejakkan kaki ke sini. InshaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. In sha Allah, semoga murah rezeki awak untuk jejak kaki ke CH tahun depan..aamiin..

      Padam
  10. Best best. Kami pun kalau ke mana-mana tempat, prefer stay di hotel yang mesra anak-anak. Kalau tak leceh gak ..ni boleh masuk dalam hotel list kami utk ke CH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh consider Avillion dalam list la camni. Anak2 memang keutamaan mak ayah kan, anak happy, mak ayah pun senang..

      Padam
  11. Hotel baru ni kan.. dekat dengan banyak tempat tu yang seronok. Ingat nak bawa anak2 bercuti ke sini so bolehlah datang ke sini nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hotel baru wak, baru je buka tahun ni..tempat strategik untuk stay Avillion ni. Selamat bercuti ye :)

      Padam
  12. Avilion hotel ni nampak mmg sesuai utk keluarga dgn ank2 kecil ni. Mouse mommy pun tengah nak lawat ke Cameron Highland bersama keluarga tahun depan. Terima kasih atas cadangan yg baik ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga mummy mouse enjoy bercuti di Avillion dan CH nanti ya :)

      Padam
  13. Memang sesuai sangat bercuti dan menginap di Avillion Hotel bersama keluarga. Semua kemudahan ada. Selesa pun selesa kan Nanti ada rezeki pergi Cameron, nak menginao di Avillion pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti bercuti jangan lupa roger saya tau, nak ikut bercuti jugak :P

      Padam
  14. Rindu cameron highlands.. mmg fav destination if nak bercuti. Avilluon mmg cantik sangat.. hotel2 avillion lain dlm malaysia pun mmg cantik dan sesuai utk family vacation

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, tak silap di Avillion PD ada kolam..kat sini tak boleh buat kolam, nanti semua masuk pool elok, keluar jadi ais pulak :D

      Padam
  15. ada nampak jugak hotel ni tapi tak book sebab banyak family. Next time boleh singgah sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hotel ni sediakan juga suite untuk family ramai dengan pintu asing tau. Dua bilik kat dalam tu..lepasni bolehla stay kat sini pulak..

      Padam
  16. Tengok gambar dan review dalam entry pon dah rasa Avillion ni perfect. Complete cover ntk pepabagai rate umur. Bijak². Bilik luas, view cantik, keadaan bersih dan menarik. Mmg bestlah kalau check in Avillion kan? Nanti naik Cameron Highland, boleh try usha sini pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bijak kan? Target semua lapisan umur, kalau ramai anak2 boleh duduk kat bawah dekat dengan playground. Kalau nak tengok view, boleh duduk tingkat atas..

      Padam
  17. niceee! all the facilities also looks great. hopefully i got the chance to stay there too if i happen to go cameron!

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah, can easily access to other places too..hopefully you get the chance stay at Avillion later :)

      Padam
  18. Thank you for the detailed review on this! I went to Cameron when I was little girl and never got a chance after that. But I am just wondering if the weather is cold or it has its moods as well?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriously Sharmin? You should go to Cameron, there's lot of changes happen there. With lot of new hotels build up, new location change for pasar malam..u will be surprised!

      Padam
  19. Cameron Highlands is a great place to visit, I really like the weather there,good to know there's a new place for me to stay on my next visit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Also love the weather, this year I went to CH 3x..haha. Hopefully will have the opportunity to go again next year..

      Padam
  20. Cantiknyaaaa hotel ni.. Lengkap betul siap ada pilihan lagi untuk bilik mesyuarat, sesuai betul nak stay sini tak kira apa tujuan pun kan.. 😍 😍

    Kena masuk list ni, tahun depan kalau ada rezeki lebih nak repeat CH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..bagi yang ada anak kecil, boleh stay kat bilik bawah, kalau nak tengok pemandangan cantik je, boleh stay kat tingkat atas..view cun..

      Padam
  21. terlajak selesa ni... mcm dah hotel 7 bintang

    BalasPadam
  22. Balasan
    1. Cantik dan selesa, nak main badminton pun boleh ni..

      Padam