Senarai Produk Makanan dan Barangan Pro Israel untuk Diboikot dan Alternatifnya

Masuk je dalam kereta, suami kata 'beli makanan kat McD pun rasa berdosa, macam bawak balik plastik hitam time bulan puasa'. Hahaha..


Sebelum itu betul ke Tealive pro Israel? Kena baca di sini ---> Tealive Support Israel.


Sebenarnya kami dalam kempen memboikot McDonalds sebab kes McDonalds kasi makanan free pada tentera IDF yang sekarang tengah rancak mengebom Palestin. Disebabkan McDonalds juga kena bayar royalti kepada McDonalds Corporation setiap tahun kerana menggunakan jenama dan sistem perniagaan mereka, jadi kami secara tak langsung rasa bersalah pulak sebab support makan di sana.


Senarai Produk Makanan dan Barangan Israel untuk Diboikot

Walaupun sebelum ni kami dah boikot juga McDonalds tapi lepas tu kami pi makan balik, kali ni kami harap kami dapat bertahan lama untuk memboikot. Bukan tak kesian pada pekerja McDonalds yang kebanyakan orang Islam tapi kami geram kerana McDonalds lantang bersuara support Israhell laknatullah tu walaupun kekejaman mereka terpampang depan mata. Aish..jadi kali ni in shaa Allah lama la boikot harapnya.


Senarai Produk Makanan dan Barangan Israel untuk Diboikot

Kata nak boikot tapi pi beli makanan kat Mekdi? Sebenarnya kami pi redeem makanan guna points yang ada dalam apps sebelum nak uninstall aplikasi McDonalds di phone. Tak baik membazir kan, jadi sebelum lupus kita fully utilize dulu apa yang ada. Kami tak membeli pun, cuma redeem makanan guna points saja. Membazirkan salah satu amalan syaitan, jadi kita redeem dulu!


Senarai Produk Makanan Israel dan Sekutu untuk Diboikot

Sebelum ke McDonalds, saya pergi ke Mydin untuk top up barangan rumah. Sebaik masuk ke Mydin, saya ternampak produk Unilever tersusun kemas di tengah jalan sepanjang laluan masuk. Disebabkan saya tahu Unilever adalah antara brand yang perlu diboikot, jadi saya ambil sekotak untuk lihat barkodnya. 


Ini kerana saya ada terbaca barkod yang bermula dengan nombor 729 di hadapannya adalah berasal daripada Israel. Tapi bila dicheck, tak ada pula nombor kodnya bermula dengan 729. Jadi ia mungkin adalah produk daripada negara lain tetapi syarikatnya menyokong atau menyumbang kepada jenayah genocide yang dilakukan oleh Israel.


Ini maksudnya saya tak boleh lihat pada barcode saja. Saya kena keluarkan senarai produk makanan dan barangan Israel serta sekutunya yang telah saya simpan dalam phone. Harapnya semoga saya tak terbeli barangan mereka dan tak jadi penyumbang secara tak langsung untuk membeli alatan ketenteraan bagi membunuh manusia tak berdosa.


Jadi di bawah adalah antara barangan yang perlu dielakkan daripada dibeli. Ini adalah antara jenama yang saya selalu beli dan guna untuk kegunaan di rumah. Tak sangka banyak rupanya syarikat yang menyokong pembunuhan besar-besaran oleh Israel. Kalau sebelum ini saya boleh lihat lebih banyak senarai produk makanan yang boleh diboikot di sosial media dengan hashtag #boycotisraelbrands, tapi sekarang tak lagi. 


Senarai Produk Makanan dan Barangan Pro Israel untuk Diboikot dan Alternatifnya
Senarai Produk Makanan dan Barangan Pro Israel untuk Diboikot dan Alternatifnya


Senarai Produk Makanan untuk Diboikot

    1. Nestle
    2. Cadbury
    3. Maggi
    4. Lipton
    5. Sunkist
    6. Sariwangi
    7. Nescafe
    8. Kitkat
    9. Oreo
    10. Mars
    11. Snickers
    12. Pringles
    13. Milo
    14. Knorr
    15. Nestum
    16. MatKool
    17. Nutella
    18. Coca-cola
    19. Nestea
    20. Dasani
    21. Toblerone
    22. Snikers
    23. Hershey
    24. M&M’s
    25. Nescafe
    26. La Cremeria
    27. Haagen-Dazs
    28. Magnum
    29. Lady's Choice
    30. Horlicks
    31. Cornetto
    32. Wall's
    33. Fanta
    34. Sprite
    35. Pepsi
    36. Jacob's
    37. Redbull
    38. 7up
    39. Coffee Mate
    40. Costa Coffee
    41. Dasani Water
    42. Gatorade
    43. Halls
    44. Mondelez
    45. Unilever
    46. Belvita
    47. Nesquik
    48. Kellog's
    49. Koko Krunch
    50. Honey Stars
    51. Fitnesse
    52. Sjora
    53. Quaker Oats
    54. Smarties
    55. Lays
    56. Carnation
    57. Mountain Dew
    58. Kraft
    59. Danone
    60. Biskuat
    61. Doritos
    62. Twix


Senarai Barangan Rumah untuk Diboikot

    1. Colgate
    2. Listerine
    3. Oral-B
    4. Darlie
    5. Pepsodent
    6. Sensodyne
    7. Dove
    8. Palmolive
    9. Clean & Clear
    10. Vaseline
    11. Vick's
    12. Scott
    13. Breeze
    14. Joy
    15. Cif
    16. Downy
    17. Axion
    18. Sunlight
    19. Kotex
    20. Stayfree
    21. Carefree
    22. Laurier
    23. Huggies
    24. Pampers
    25. Mead Johnson
    26. Lux
    27. Vanish
    28. Febreeze
    29. Lifebuoy
    30. Johnsons
    31. Rexona
    32. Dove
    33. Nivea 
    34. Glade
    35. Pantene
    36. Sunsilk
    37. Head & Shoulder
    38. Safi


Senarai Barangan Kecantikan untuk Diboikot

    1. Maybeline
    2. Loreal
    3. Garnier
    4. Clinique
    5. Gillete
    6. Maybelline
    7. Louis Vuitton
    8. Giorgio Armani
    9. Johnson n Johnson
    10. Bath & Body Works
    11. The Body Shop
    12. Herbal Essence
    13. Victoria Secret
    14. Estee Lauder
    15. Ralph Lauren
    16. Neutrogena
    17. Valentino Beauty
    18. YSL Beauty
    19. Tommy Hilfiger
    20. Kerastase
    21. Lancome
    22. Revlon
    23. Chanel
    24. Cerave
    25. Kenzo
    26. Kieh'l
    27. Olay
    28. Dior
    29. Dove
    30. MAC
    31. La Mer
    32. H&M


Senarai Restoran / Francais Makanan untuk Diboikot

    1. Mcdonalds
    2. Starbucks
    3. Domino
    4. Piza Hut
    5. Burger King
    6. Subway
    7. Baskin Robin
    8. KFC
    9. Papa Johns
    10. Costa Coffee


Senarai Produk Susu Tepung untuk diboikot

    1. EveryDay
    2. Lactogrow
    3. Lactokid
    4. Cerelac
    5. Omega


Senarai Jenama / Pasaraya / Institusi untuk Diboikot

    1. Agoda
    2. Airbnb
    3. Amazon
    4. AXA
    5. Booking.com
    6. Carrefour
    7. 7Eleven
    8. Tesco
    9. Disney
    10. CNN
    11. Discovery Channel
    12. Fiverr
    13. HP
    14. HSBC
    15. Hyundai
    16. Mercedes Benz
    17. Motorola
    18. Movenpick
    19. PUMA
    20. Tag Heuer
    21. Volvo
    22. Ford
    23. Chevrolet
    24. Waze
    25. Nokia
    26. Siemens
    27. Nike
    28. Skechers
    29. Zara


Stesen Minyak untuk Diboikot

    1. Shell
    2. Caltex
    3. Petron


Senarai Produk Makanan Kucing untuk Diboikot

    1. Purina
    2. Friskies
    3. TOTW
    4. Whiskas

Seolah-olah berita tentang boikot jenama yang bersekongkol dengan Israel ini sengaja dipadam. Kejam kan mereka? Jadi jomlah kita boikot produk berjenama di bawah secara berjemaah. Lagi satu, awak boleh ke laman web boycot.thewitness untuk dapatkan senarai barangan yang perlu kita boikot bersama bukti kenapa kena boikot mereka. Walaupun laman web ni masih belum 100% lengkap, tapi ia bolehlah dijadikan rujukan.



Senarai Produk Makanan dan Barangan Pro Israel untuk Diboikot dan Alternatifnya

Senarai Produk Makanan dan Barangan Pro Israel untuk Diboikot dan Alternatifnya

Senarai Produk Makanan dan Barangan Israel untuk Diboikot


Alternatif untuk Beli Barangan Tempatan

Tapi agak susah juga untuk pilih alternatif bagi barangan yang selalu kami guna. Contohnya kami memang selalu restock mee segera berjenama Maggi tapi kali ni kami tak boleh nak beli Maggi, jadi kena ambil jenama lain dan kami ambil Numee mee segera. Tak tahulah rasanya sedap atau tak tapi takpelah. Demimu Palestin. Dibawah adalah antara alternatif barangan local yang boleh dipilih bagi menggantikan sesetengah barangan yang terpaksa kita boikot. Antaranya adalah:


1. Kopi : Starbucks digantikan dengan
  • Zus Coffee
  • Kopi Saigon
  • Tealive
  • Bask Bear
  • Cool Blog
  • GIGI Coffee
  • Richiamo.


2. Aiskrim : Nestle, Haagen-Dazs, Baskin Robbbins, Le Cremeria digantikan dengan
  • Inside Scoop
  • King's
  • Mokti's
  • Bubblebee

3. Coklat : Hershey, M&M's, Snickers, KitKat, Oreo digantikan dengan

  • Vochelle
  • Beryl's
  • Tango
  • Harriston


4. Makanan Kucing : Purina, Whiskas, TOTW, Friskies, Felix digantikan dengan

  • Powercat
  • Mimicoco
  • Meow Land
  • Tom Kraf
  • Misha
  • Sayangku
  • Cahaya Hati
  • PetLand


5. Ubat Gigi : Colgate, Darlie, Listerine, Sensodyne, Pepsodent digantikan dengan


6. Mandian : Dove, Bath and Body Works, Palmolive, Victoria's Secret, LVS digantikan dengan 

  • Antabax
  • Good Virtues Co
  • Bad Lab
  • Fruiser


7. Produk Kecantikan : Olay, Vaseline, Clean&Clear, Clinique, Neutrogena, Pond's, Avon, Maybelline digantikan dengan 

  • Aiken
  • Nano White
  • Kayman
  • Zarzou
  • Cosmoderm
  • Jelita KL
  • Nurish
  • Elianto
  • Pixy
  • Silkygirl
  • SimplySiti
  • Nurraysa


8. Minuman : Redbull, 7Up, Sprite, Dasani, Coca-cola, Sunkist, Pepsi, Lipton, Fuze Tea digantikan dengan

  • 100 Plus
  • BOH
  • Sabah Tea
  • Cameron Valley
  • Spritzer
  • F&N
  • Drinho
  • Cactus
  • Delite
  • Bleu


9. Sabun Pencuci : Downy, Axion, Breeze, Joy digantikan dengan

  • Kuat Harimau
  • Dozee
  • TLC
  • Good Maid
  • Toyyib


10. Kebersihan Wanita : Kotex, Stayfree, Carefree, Laurier digantikan dengan

  • Libresse
  • Sofy
  • Flowra


11. Francais Makanan : KFC, McDonalds, Burger King, PIzza Hut digantikan dengan

  • Marrybrown
  • The Chicken Rice Shop
  • Ramly's Burger
  • Ayamas
  • The Manhattan Fish Market


12. Makanan : Maggi, Omega, Koko Krunch, Oreo digantikan dengan

  • PAMA
  • Farm Fresh
  • Cintan
  • Vit's
  • Mamee
  • Dutch Lady
  • Cream-O
  • Numee


13. Stesen Minyak : Shell, Caltex, Petron digantikan dengan
  • Petronas
  • BHP


Senarai Produk Makanan dan Barangan Israel untuk Diboikot


Jangan lupa untuk doakan Palestin ye kawan-kawan. Semoga nasib mereka terbela dan ada negara besar yang lain akan berusaha selamatkan mereka daripada dibom lagi. Semoga syahid untuk yang terbunuh dan semoga Netanyahu dan Israel masuk ke neraka jahannam (aamiin). Ish, geram tau tengok muka Netanyahu dengan IDF depa, geram geram..


From the river to the sea, Palestine will be free.

Catat Ulasan

32 Ulasan

  1. banyak sangat produk untuk diboikot dan usaha membokot adalah hak masing-masing

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, kalau rasa mampu untuk boikot..boleh boikot tapi kalau taknak, tak perlu dipaksa kan. hak masing-masing untuk buat pilihan

      Padam
  2. banyak yang kita biasa guna.kena buat senarai untuk tukar kepada brand yang sepatutnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju! saya memang buat senarai dalam phone untuk senang masa nak membeli tapi kadang terlepas juga. Jadi mana yang terlepas masuk dalam bakul dan dah dibayar tu, kita tutup mata saja lah

      Padam
  3. Selama ini saya pikir Maggi produk Malaysia 😅. Ternyata bukan yaaa...

    Dari list di atas, saya banyak tak pakai memang. Krn alternatifnya ada banyak di jakarta sini, terutama lokal product. Tapi yg agak susah, MILO, itu rasanya dah yg paling best rasanya 🤣. Ntahlah anak saya mau tak diganti dengan yg lain atau tidak 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. kagum dengan pemerintah indo kerana sentiasa utamakan produk lokal. di malaysia, kami malah guna bahasa inggeris untuk terima tetamu walhal negara melayu, orang luar yang datang ke sini tapi kami yang kena belajar bahasa mereka.

      saya punya alternatif untuk milo tapi rasanya memang tak setanding milo, tapi enggak apa-apa la. saya bisa minum demimu palestin

      Padam
    2. Setuju kak. Tak apalah dibiasakan anak utk coba brand lain yg tak memihak kesana yaa ❤️. Pelan2 saya nak ajarkan anak2 juga.

      Padam
    3. Sekadar berkongsi... saya dah jumpa minuman koko yang lebih sedap / lebih kurang sama rasa Milo. jenama KOKORICH. packaging dia warna coklat. dah 3 tahun kami sekeluarga minum ni. mula2 tu terpaksa tukar sebab Milo mahal sangat. tapi sekarang bersyukur sebab tak beli Milo dah. Bolehla sis try n error ye. mana tau sesuai tekak :) Kita boikot semampu kita.

      Padam
    4. saya baru lepas google kokorich tu, tapi packaging yang saya jumpa warna purple la sis. betul ke pek warna coklat tu? sekarang saya tengah cuba sedap cocoa. sedap juga tapi lebih kepada rasa coklat, jadi memang tak sama rasanya macam milo.

      kena banyak try and error sebab baru je start bertukar daripada milo, masih mencari kalau2 ada yang rasanya macam milo

      Padam
    5. Jom Sokong Produk Koko Muslim contoh Munif Koko, Sawannah Koko..kita BMF. Tingkatkan ekonomi Muslim.

      Padam
    6. betul, saya dah start beli alternatif milo sejak boikot ni. tak beli dah milo. in shaa allah berpanjangan

      Padam
  4. Punyalah banyak syarikat2 yang menyokong Israel ni kan. Semoga sedikit pengorbanan kita ini ada nilainya di sisi Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah aamiin, semoga menjadi asbab kita ke syurga

      Padam
  5. Boikot ni hak masing² kan tapi kita kena la bijak.. yg masih ada di rumah tu kena habiskan dulu jgn terus buang... bila dh membazir jd amalan syaitan pulak dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. saya pun baru beberapa bulan lepas beli printer hp, kalau kena buang naya jugak tu, melayang duit nak beli lain pulak huhu

      Padam
    2. Yg pakai iphone pulak? xkan nk let go.... sayangggg.. hihi.. ertinya lepas ni x payahlah beli produk yg support israhael ni kan

      Padam
    3. setuju! tapi susah juga nak buat sebenarnya. sekarang masih bertatih lagi nak ingat barang produk pro israel. lepas ni kita try cari substitute lain untuk ganti kan

      Padam
  6. tu cakap ngan husband lepas kalau kita gi membeli barang rumah confirm kena pegi time tenang2...senang nak belek 1-1. Sebab kebanyakan barang yg kita nak boikot tu mmg ammi beli secara bulanan. Allahu Akbar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah ammi. Saya masa membeli tu memang ingat dah tenang-tenang sebab pergi waktu orang tengah bekerja, tapi eh ramai jugak orang. Nak memilih pun susah jadinya..dahla dengan nak buka list boikot lagi

      Padam
  7. ada brg2 di atas sy masih guna sbb isinya masih byk lg.
    mungkin slps ni selective sijit bla beli brg2 di atas. kite x mampu nk berjihad mcm saudara kita di sana. tp ni shj yg kita mampu utk menyatakan sokongan terhadap mrk

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama jugak dengan saya. milo pun masih banyak sebab restok haritu beli yang 2 kilo, jadi sekarang tengah dalam proses habiskan semua yang ada kat rumah. harap usaha yang kecil ni diberkati Allah..

      Padam
  8. Cuba check Safi. Ada dengar yg parent company Safi dari Israel

    BalasPadam
    Balasan
    1. betulla sis, lepas baca pasal safi baru saya tahu yang produk safi tu pro israel. saya baru update pasal ni di latest post. thanks ye share :)

      Padam
    2. aiken pun sama parent company ngan safi.. so boikot jugak lh kan?

      Padam
    3. oh, aiken pun sama bawah parent company wipro ye? saya baru tau ni

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Terima kasih infonya... banyak ilmu dapat..

    Tapi mohon betulkan saya kalau tersilap... rasanya DUTCHLADY pun menyumbang kepada Israel. Produk SAFI pun sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah sis, baru tau saya pasal safi tu dan saya dah up post terbaru pasal safi pro israel ni. kalau pasal dutch lady, belum sempat saya nak cari lagi..btw thanks ye sis share pasal safi dan dl ni :)

      Padam
  11. Milo sy x kesah. Anak2 boleh minum teh tarik lg sedap. Ternampak pula susu tepung anak tu pon masuk list...susu ni susah skit nk tukar2. Anak dah serasi minum. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah tu, saya pun susah kalau nak tukar susu anak. takpela, kalau tak mampu buat semua, kita buat mana yang mampu je sis. nak tukar susu anak tu agak susah sikit nak buat..

      Padam
  12. Alamak tidak tahu Wall's masuk sebab saya tengok laman bdnaash. Takpe saya tengok balik. Rupanya banyak juga produk saya guna yang saya tidak tahu yang sokong Zionis ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun baru tau hampir 80% produk yang saya beli support isnotreal. sekarang dah banyak barang saya tukar. cuma sensodyne masih belum ada alternatif lagi nak tukar brand apa

      Padam