Boikot Safi Sebab Produk Support Israel?

Ada pembaca blog saya bagitau yang produk Safi support Israel. Betul ke? 


Disebabkan saya rasa malas nak cari bukti yang menyokong pernyataan tersebut sebab terlalu banyak barangan pro Israel yang nak kena hadam, jadi saya terima sajalah. Tapi bila ada lagi pembaca yang lain pula kata produk Safi adalah produk support genocide aka Israel, jadi saya kenalah buat bacaan sikit.


Kenapa nak kena buat bacaan? Sebab dalam list Senarai Produk Support Israel yang saya dah tulis, jenama Safi tersenarai sebagai barangan yang tidak perlu diboikot. Disebabkan saya ambil senarai tersebut hasil gabungan daripada pelbagai sumber, jadi saya kena betulkan apa yang saya dah tulis. Taknaklah berkongsi fakta yang salah pulak walaupun saya dapat sumber asalnya begitu.


Benda boleh baca dan betulkan, jadi jomla kita buat research sikit..


Boikot Safi Sebab Produk Pro Israel?

Safi adalah produk halal penjagaan kulit dan diri yang dirumus khusus untuk pengguna muslim. Ia dimiliki sepenuhnya oleh Wipro Unza Malaysia Sdn Bhd dan merupakan sub-company di bawah Wipro Enterprise Limited. Menariknya pasal Safi brand adalah ia berasal daripada India, yang mana ownernya merupakan seorang Muslim bernama Mohamed Premji. Setelah kematiannya, anak beliau bernama Azim Premji telah ambil alih Wipro dan kekal sebagai non-executive member sehingga kini.

 

Boikot Safi Sebab Produk Support Israel?
Gambar dari siraplimau.com


Fakta tentang Wipro Enterprise ini boleh dibaca di Google ye kawan-kawan. Secara ringkasnya kita boleh conclude kan yang produk Safi ini adalah produk Muslim berasal daripada India yang dibawa masuk melalui Wipro Unza Malaysia yang dimiliki oleh orang Malaysia. Ha, senang faham kan? Jadi kita confirmlah Safi sebagai produk tempatan kepunyaan Muslim. 


Jadi tak payah boikot la kan? Eh, nanti dulu. Sambung baca lagi okeh. 


Wipro Enterprise Limited ini terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Wipro Consumer Care and Lighting (WCCLG) serta Wipro Infrastructure Engineering (WIN). Jadi toilettries yang ada dalam tandas rumah kita samada pencuci muka, ubat gigi dan mandian berjenama Safi semua itu termasuk di bawah WCCLG. Antara jenama barangan lain di bawah syarikat Wipro adalah Syahirah, Ginvera, MaxKleen, Nutene, Ebene, Bio-Essence, Dr. Dermis, NappiKleen dan Hygienix.


Tapi yang kita tak berapa familiar adalah tentang WIN. Rupa-rupanya Wipro juga ada buat bisnes kejuruteraan industri merangkumi kepakaran dalam bidang hidraulik, aeroangkasa, water treatment dan automation. Tapi kita tak familiar dengan produk perniagaan Wipro di bawah engineering kerana mereka tak buka kilang di Malaysia, jadi kita tak tahu tentang kewujudannya. Berita tak bestnya adalah salah satu kilang ini dibuka di Israel. Sehinggakan masa perang Israel-Palestin tercetus Oktober lalu, Wipro siap bagi arahan kepada pekerjanya di Israel untuk work-from-home. Tak percaya? Cuba tengok bukti di bawah.


Boikot Safi Sebab Produk Support Israel?
Di screenshot daripada businessoutlookindia.com


Jadi, saya cuba cari maklumat tentang WIN ini. Tapi bila saya buka websitenya, tak dapat dibuka pula. Takkanlah syarikat gah multi million dollar yang tersenarai di Bursa Saham New York ini ada masalah laman web pula kot? Tapi laman web WCCLG boleh pula diakses dengan mudah. Ha, di sini dah buat saya berfikir ada something wrong somewhere. Jadi saya pasang topi spy saya dan buat carian lagi. Akhirnya saya jumpa yang ini. Baca dalam gambar di bawah ya.


Boikot Safi Sebab Produk Support Israel?

Boikot Safi Sebab Produk Support Israel?
Screen shot daripada Tiktok hajarajab02


Patutlah laman web WIN tak dapat diakses. Rupa-rupanya mereka nak sembunyikan maklumat tentang kilang yang ada di Israel. Almaklumlah target market produk Safi ini adalah pengguna Muslim. Dan sekarang orang Islam sedang marah dengan Israel yang buat genocide di Palestin. Jika Muslimin tahu yang produk Safi difunded oleh Israel laknatullah, tentulah jenama mereka akan diboikot. Sebab itu laman web mereka tidak dapat diakses buat masa ini. Setelah perang berakhir, tentu secara automatik kita akan dapat akses kembali laman web WIN. Macam dah boleh agak kan?


Walau bagaimanapun ini hanyalah telahan memandai saya saja. Mungkin juga memang laman web WIN ada masalah dalaman yang sangat dahsyat sehinggakan tak boleh dibetulkan lagi (finger crossed). Tapi kalau saya jadi pelabur, saya takkan beli saham Wipro bila mana nak buka laman web pun tak boleh. Takkanlah saya nak melabur di syarikat Big Tech yang laman web mereka sendiri cannot be reached. Company kejuruteraan teknologi tapi laman web sendiri tak boleh baiki??? Tak masuk akal..


Jadi Nak Boikot ke Tak?

Terpulang pada awak. Kalau awak rasa Safi brand adalah produk Muslim yang memang keluaran Malaysia tanpa ambil kira faktor lain, bolehlah terus gunakan produk Safi tanpa was-was sebab produknya memang dah dapat pengikhtirafan halal pun. Tapi kalau awak nak ambil kira faktor luaran macam parent company Safi ada kilang di Israel, buat suspicious move sebab tutup laman web dan sebagainya, bolehlah boikot daripada guna produk Safi. Pilihan di tangan masing-masing. 


Bagi saya sendiri, nampak gaya macam saya kena boikot brand Safi sebab takde keperluan pun untuk saya support Safi. Dah lama saya tak beli barang berjenama Safi kecuali syampu rambut. Tapi sekarang saya pun dah tak berapa guna syampu Safi akibat rambut gugur yang tak boleh bawa bincang, jadinya saya pilih untuk boikot je lah. Lagipun nampak sangat yang Wipro adalah syarikat pro-Israel, jadi tak rugi pun kalau saya boikot..ha gitu..


Boikot Safi Sebab Produk Support Israel?


Satu lagi soalan yang saya terima, Dutch Lady support Israel ke? Aduh..otak saya dah penat lepas buat carian pasal Safi. Nantilah kalau saya rajin, saya tolong carikan maklumat pasal Dutch Lady pulak tapi tak janji sebab selalunya saya malas (jujur gitau ni). Tapi kalau awak ada maklumat tambahan nak bagitau pasal Safi, boleh komen kat bawah ye. Mungkin jugak ada kesalahan dalam maklumat yang saya kongsikan ini, jadi macam biasa bagitau je kat komen okeh.


Jomlah kita boikot produk pro-Israel. Semoga cepat ceasefire di Palestin. Semoga orang Palestin sentiasa kuat. Semoga kemenangan milik Palestin dan kekalahan maha dahsyat jatuh tertimpa kepada Israhell laknatullah. Aamiin..

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Bukan mudah nak boikot semua produk Israel.. sy sendiri pun kdg terlepas pandang juga produk2 Israel ne... sy boikot pelan2 mana yg sy tau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita. akak pun haritu tersilap lagi beli coco crunch nestle sebab memang biasa beli bila shopping..masasampai kat rak auto ambil coco crunch. dah sampai rumah anak2 bising sebab beli produk boikot tapi akhirnya diorang makan jugak haha

      Padam
  2. sy dah lama 'boikot' safi. bkn sbb israhell tp sbb mmg x sesuai dgn kulit. boleh gitu?😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahh, saya baru nak jadi geng awak ni. sep la sikit anies

      Padam
  3. pasal dutch lady tu sy dpt info kat X. selama ni belanda penyokong tegar israhell

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yeke? tak jumpa pulak saya pasal dutch lady tu. nanti nak kena tengok2. tapi nasib baik memang saya pun dah lama tak beli susu sutch lady. sebab dulu pernah terkena, beli fresh milk dua kotak 1kg..bila buka sekotak ada penutup dutch lady kat dalam tu. bila email depa tak jawab apa jadi terus boikot la lepastu

      Padam
  4. Untungnya saya tak pengguna safi. Jadi memang lebih memilih tak pakai, apalagi ada keraguan kan. Daripada tersalah, dah lah, skip langsung 😊😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha betulla tu, kalau dah confirm support israel..kita skip teruslah kan

      Padam
  5. Saya bukan pengguna Safi untungnya hehe.
    Dan sedang berusaha boikot produk² pro Israel. Sedikit demi sedkit mulai dari keperluan harian hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah kita. bila dah boikot ni baru perasan rupanya memang banyak produk pro israel yang saya guna, sampaikan nak cari ganti yang lain pun agak payah jugak

      Padam
  6. mmg dah masukkan dalam senarai boikot sebab dia dibawah Wipro tu. Semoga jihad kecil kita ni mampu goyahkan kewangan bangsa yang dilaknat itu

    BalasPadam
  7. Adda pengguna Safi tegar sebelum ni. Tapi sejak kenal Cosmoderm (produk tempatan) dah beralih arah dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, produk cosmoderm pun best pakai kan? saya pakai retinol yang warna merah tu, harga pun tak mahal sangat

      Padam
  8. Jenama Safi boleh guna tanpa was-was andainya info ini teapt..rasanya memang tepat

    BalasPadam
    Balasan
    1. errr..untuk saya memang dah taknak pakai safi ni..huhu

      Padam
    2. Sekarang Ni bukan pasal halal. Kita Tau mmg rangkaian Safi tu jakim dah iktiraf halal, tapi Kita kena boikot sebab Wipro support Israel.

      Padam
  9. usaha boikot ni walaupun kecil tapi kita buatlah yang kita mampu di tahap kita. nak berperang utk saudara di sana mmg jauh

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, nak selalu menderma pun tak berapa banyak duit juga. semoga dengan doa dan boikot dapat membantu saudara kita di Palestin..aamiin

      Padam
  10. Alamak saya baru beli ubat gigi jenama Safi. Saya tengok laman bdnaash itu takdelah senarai nama Safi.
    Apapun lepas ini mungkin tidak beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. takpe wak, kita habiskan mana yang ada ni dulu pasni boleh terus boikot beli

      Padam
  11. Dah beberapa bulan jugak dengar pasal safi antara brands under wipro and alhamdulillah memang tak pakai barangan safi. Tapi baru tau lepas baca artikel ni bio essence pun part of brands under Wipro (and i is dah research sendiri sahih bio essence is part of Wipro)😭😭 memang in love sgt dgn moisturizer dia but demi Palestine tercinta akan kuboikot forever any brands related to Isnotreal!!! Semoga kita semua terus istiqamah boikot pro isnotreal products aamiinn!!💪💪

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..tak dapat bantu berperang, kita bantu dengan cara boikot kan. semoga isnotreal kalah besar dan palestin mendapat kemenangan yang hak

      Padam