Pertama Kali Duit Adsense Blog Masuk Akaun Bank

Ingat tak saya pernah kongsikan kepentingan Adsense untuk buat duit online bagi pemilik blog? Kali ni saya nak kongsikan cara untuk pastikan duit Adsense terus masuk ke akaun bank sebaik sahaja akaun Adsense kita capai minimum pengeluaran yang dibenarkan. Mood tengah rajin nak update pasal Adsense almaklumlah sebab saya pun baru saja terima duit Adsense yang pertama bulan lepas. Bila tukar USD 100 ke MYR dapatlah dalam RM400++ duit hasil daripada Adsense, to be exact saya dapat RM448.13. Okaylah sebab duit geli-geli kan. Tapi lama juga saya ambil masa untuk dapat USD 100 ni, dua tahun beb..haha


Sebenarnya masa mula-mula buat blog, memang saya tak terfikir langsung yang saya boleh buat duit dengan blog. Jadi setiap kali saya update blog, saya ceritakan tentang perkara yang berlaku dalam hidup saya sebagai tempat luahan isi hati. Kalau baca balik artikel lama memang buat rasa nak tergelak je, macam budak-budak perangai dengan tulisan shortform apa semua. Tapi apa yang bestnya bila ada blog ni, kita boleh jadikan blog sebagai buku kenangan. Cerita 5 tahun lepas semua ada siap dengan details kejadian lagi, jadi kalau nak tengok balik kenangan lama..cari je kat blog sendiri.


Lepas dapat tau yang pemilik blog juga boleh buat duit dengan Adsense, jadi saya Google pasal Adsense. Kemudian saya cuba apply Adsense untuk dapatkan peluang buat duit sambil berblogging. Tak sangka sekali apply berjaya lulus Adsense! Kemudian saya mula letak script Adsense ke dalam coding HTML blog untuk mula mengira duit. Ka-ching! Tapi Ya Allah, rupa-rupanya nak buat duit dengan Adsense ni bukan mudah sebenarnya ye. Payah!


Sepanjang 3 tahun saya letakkan Adsense di blog, saya tak pernah merasa duit Adsense mencapai minimum USD 10 bagi membolehkan saya menerima nombor PIN dari Adsense. Nombor PIN ni penting kerana ia berfungsi sebagai verification yang menunjukkan kita adalah owner untuk blog yang didaftarkan itu. Hinggalah saya mula abaikan blog bila dah mula masuk kerja dan mula kembali cari balik blog bila dah resign dan jadi surirumah sepenuh masa pada tahun 2018. 


Bermula Februari 2018 saya mula tukar domain blog. Disebabkan domain berubah, jadi Adsense hilang pada blog saya dan perlu di re-apply untuk membolehkan saya kembali mengira duit Adsense. Setahun kemudian barulah saya dapat mengumpul USD 10 dalam akaun yang melayakkan saya untuk terima nombor PIN daripada Google Adsense. Bayangkan nak kumpul 10 USD pun kena tunggu selama setahun beb..haha. Sedih betul!

Cara Buat Duit Adsense Masuk Terus ke Akaun Bank

Tambah lagi setahun iaitu pada tahun ni dalam bulan Mac barulah saya berjaya terima USD 100 yang pertama daripada Adsense. Dua tahun ambil masa untuk dapatkan RM400++, apa ke lambatnya. Haha..tapi takpela, memang dari awal niat buat blog ni pun untuk suka-suka saja kan. Tambahan pula sekarang dah tak bekerja, kalau nak update sosial media setiap hari pun macam bosan juga. Paling kurang di blog saya boleh mengomel sesuka hati kerana tak ramai pun yang baca blog ni. Takde la rasa mengganggu ketenteraman jiwa orang lain asyik nampak post saya je naik (ayat seorang introvert) :P


Semoga lepas ni bolehla kiranya saya dapat cash out setahun sekali duit Adsense dan lepas tu sebulan sekali (amboi cita-cita tinggi..haha). Btw sebelum ni ada beberapa orang yang tanya saya cara nak pasang Adsense di blog dan cara nak cash out. Maaf sebab kedua-dua soalan tu saya tak dapat nak jawab sebelum ni sebab saya dah apply lama sangat Adsense ni. Jadi tak ingat cara yang tepat saya pernah gunakan untuk apply akaun Adsense. Cuma apa yang pasti ialah bila dah dapat akaun Adsense, baru boleh letak script pada coding blog dan jana income.


Bagi soalan cara nak cash out pula, akak baru sekarang dapat merasa duit Adsense dik. Jadi memang taktau cara lagi masa awak tanya tu. Awak dulu yang cash out duit walaupun akaun Adsense akak lagi lama dari awak..uh, sedih. Tapi disebabkan akak risau kot ada yang nak tanya cara duit Adsense terus masuk ke dalam akaun bank lepas ni, jadi akak siap-siap buat post ni supaya nanti senang akak nak share link :P


Cara Edit Setting Supaya Duit Adsense Masuk Terus ke Akaun Bank


1. Log masuk ke akaun Adsense
2. Klik Payments
3. Pada bahagian How you get paid, klik Manage Payment Methods 
4. Klik Add Payment Method dan pilih Add New Wire Transfer Details
5. Isi maklumat pada bahagian berikut:

- Name of bank account (nama pemilik akaun)
- Bank name (nama bank)
- SWIFT BIC (masukkan kod bank. Boleh cari kod bank di SWIFTCODE)
- Account number (nombor akaun bank)
- Re-type account number (taip sekali lagi nombor akaun)


Kalau dah lengkap isi semuanya, boleh klik Save okeh. Abaikan bahagian yang lain. Maknanya kalau dalam akaun Adsense dah cukup minimum wang untuk pengeluaran, Adsense akan terus masukkan duit ke akaun bank kita. Tak perlu lagi clearkan cheque di bank atau buat pindahan wang dengan Western Union. Jadi jimat masa kerana tak perlu pergi ke kaunter untuk urusan keluarkan duit. Proses untuk terima bayaran pun tak lama. Anggaran dalam masa satu ke tiga hari sahaja. Btw apa yang saya perasan, proses clearkan duit dari akaun Adsense ke akaun bank saya hanya ambil masa sehari sahaja.


Disebabkan kita masih perlu melalui proses PKP fasa kedua di rumah sekarang, jadi apa kata dalam masa tengah #stayathome ni awak buat satu blog untuk awak bercerita secara santai-santai. Mana tau blog yang awak buat hari ni akan generate income pada tahun depan kan? Kita tak tau selagi belum bermula. Jadi marilah kita sama-sama berblogging. Btw bila dah buat blog nant jangan lupa pula cari blog saya ni balik untuk tengok cara-cara edit setting pada akaun Adsense supaya duit terus masuk ke akaun bank ya. Take care, be safe and stay home.

Catat Ulasan

37 Ulasan

  1. waahh.. Tahniah.. best kan lau dah dapat payment...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih wak, memang seronokla masuk duit tetiba ni..sape je nak kasi kan :D

      Padam
  2. tahniah..kita xthu bila nak mrasa..jauh nau lagi perjalanan dia..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga ciknor dapat cepat2 claim duit adsense ciknor nanti, aamiinkan ye. Rezeki ni mana kita tau kan..entah2 bulan depan tetiba PV meroket naik..ha..masyuk..

      Padam
  3. tahniah, semoga terus dapat menjana income dengan Adsense:)-

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah tahniah. Rasa berbaloi blogging 🙋🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul wak, rasa berbaloi blogging yang bertahun-tahun tu bila dapat hasil..walaupun nak dapat hasil tu lambat kemain..huhu

      Padam
  5. alhamdulillah tahniah sis.. bervaloi kn,hehe.tukar domain tu maksudny dari blogspot kepada .com eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah wak, tukar dari .blogspot ke .com..sebelum ni bertahun2 guna blogspot je, .com ni baru masuk 2 tahun guna

      Padam
  6. bestnyaa duit masuk hehe.. best part jadi blogger hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan wak, ada duit belanja nak beli gula-gula sambil blogging lepasni..

      Padam
  7. banyak kali dah apply tapi tak lulus sebab masalah duplicate acc haihh tak tahu la bila boleh selesai. tahniah dah dapat merasa duit adsense

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah duplicate ni susah jugak nak kata sebab akak jadi kat Sushivid. Give up dah nak apply Sushivid sebab macam takde kesudahan je problem duplicate ni..

      Padam
  8. Tahniahhh.. blog saya tak ada adsense sadly XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak cuba apply wak, saya pun dulu apply suka2 je. Kalau ada rezeki, in shaa Allah lepas adsense..

      Padam
  9. tahniah kak . adsense rabia sikit demi sedikit naik usd .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Rabia dah start counting coins. Jom sama2 kita mengumpul coins lagi yuk..

      Padam
  10. Balasan
    1. Ala sabar Ray, slow2 nanti bertambahla coins tu. Keep writing ye..

      Padam
  11. Wow bestnya. Nurul walaupun dah bertahun blogging tapi tak pernah merasa duit iklan ni sebab memang blogging for fun sangat. Content pun entah pape. Hihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best tau baca blog Nurul, ayat Nurul guna pun bombastik sangat terutama baca dalam bi. Jatuh cinta nak baca sampai habis..saya selalu baca habis tau..big fan here, haha..

      Padam
  12. Wahh tahniah ye.. nanti nak try la tukar method banking tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukar mama lagi senang. Jom sama2 kumpul duit yuk..

      Padam
  13. seronok kan sambil2 tu ada duit masuk. rezeki siapa yang tahu. hehe. happy blogging sis~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks sis. Sama jugak untuk sis. Happy blogging, semoga murah rezeki ye :)

      Padam
  14. Samalah kita, bertahun ye nak dapatkan adsense..ahhaa.tapi okla, dapat juga kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..sekarang tengah tunggu untuk second cash out pulak. Harap tak makan tahun dah :P

      Padam
  15. ehemmm dah tuai hasil ya... kepsi seketul eh ehh

    BalasPadam
  16. Tahniah... Tapi.. bertahun juga ye? Cik TK ni baru je pasang adsense. Bilalah nak dapat cashout ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dua tahun wak, kalau yang belum kahwin tu mungkin dah kahwin, dah beranak tunggu nak cash out :D.

      In shaa Allah tak lama lagi masuk la tu wak, btw saya dah klik ads awak kat blog tu..hihi

      Padam
  17. Balasan
    1. Kan? Tiba2 je dapat 100 usd dalam akaun. Jom apply adsense..

      Padam