Resepi Steamboat Sedap


Minggu lepas minggu husband request nak makan macam-macam. Dia punya mengada tu macam budak-budak. Layan je lah sebab tengah puasa kan. Sebelum ni memang dah plan nak masak steamboat sebab last masak di rumah ni 5 tahun yang lepas. Jadi kali ni kita nak buat steamboat untuk makan berbuka puasa pula.

Kalau makan steamboat, biasanya siap dengan grill pan untuk membakar sekali kan? Disebabkan takde set steamboat grill pan, jadi saya bakar dulu siap-siap ayam dalam pan atas dapur, lepastu steamboat masak dalam periuk nasi letak atas meja makan. Tarik extension panjang semata-mata nak masak atas meja punya pasal, senang nak senduk masuk dalam pinggan nanti. Sampai tersadung kaki jugakla terlanggar extension tu.


Resepi Steamboat Sedap


Sebelum ni saya guna resepi buatan sendiri. Masak tomyam style biasa mak saya masak lepas tu buat sos ala Johnny's. Tapi kali ni saya tak guna resepi tu. Bosan makan rasa yang sama, nak try resepi lain pulak. Google punya google akhirnya terjumpa beberapa resepi dan saya combine semua menjadi satu. Hasilnya? Walla! Haha..suami suruh buka kedai makan steamboat lepas ni. Mulut pulak pot pet pot pet cakap sedap. Mak is happy lagi :D

Jadi macam biasa, saya save di blog dulu resepinya. Taknak resepi hilang macam tu je sebab next time saya nak buat lagi guna resepi ni, kalau simpan dalam otak konfirm seminggu dah hilang. Virus infected brain, biasalah. Resepi ni highly recommended dan saya kasi 5 stars! Serious suami suka sangat makan.


Resepi Tomyam Steamboat


Sedikit isi ayam - guna tulang atau bahagian kaki pun boleh
Rempah tomyam - saya guna serbuk Seri Aji (1/2 bungkusan)
Bawang merah - 2 biji diketuk
Bawang putih -7 biji diketuk
Serai - 1 batang di ketuk
Lobak (potong bulat)
Air
Garam


Cara Penyediaan


1. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan ayam. Masak hingga ayam berubah warna.
2. Masukkan semua bahan lain dan kacau hingga masak.
3. Keluarkan tulang ayam dan bawang (hanya kuah diperlukan)




Resepi Steamboat Sedap 
Resepi Steamboat Sedap


Bahan untuk ditambah dalam Steamboat
Maggi / Mee / Bihun
Ayam / Daging
Sotong / Udang
Fish ball / fish cake
Cendawan inoki
Kangkung
Telur


Resepi Sos Cili


Cili kering - 15 keping rebus dalam air panas
Bawang merah - 4 biji
Bawang putih - 1 biji
Kiub ayam - separuh
Halia - setengah inci
Minyak - 1 senduk
Gula melaka
Garam


Resepi Steamboat Sedap


Cara Penyediaan


1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga hancur.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Masak hingga kering.
3. Masukkan kiub ayam dan perasakan dengan gula melaka dan garam.



Resepi Bahan Perapan Ayam untuk Grill



1. Perapan Madu


Ayam - dihiris nipis
Lada hitam
Sos tiram
Garam
Madu


Resepi Steamboat Sedap


2. Perapan Kari


Ayam - dihiris nipis
Serbuk kari
Serbuk kunyit
Garam


Resepi Steamboat Sedap

Cara Penyediaan


1. Dua jenis perapan disediakan. Perap ayam dengan semua bahan perapan. 
2. Simpan dalam peti sejuk selama satu jam.
3. Grill atas pan guna sedikit minyak grill.


Resepi Minyak Bawang (Minyak Grill)


Minyak
Bawang merah - sebiji ditumbuk halus
Bawang putih - sebiji ditumbuk halus


Resepi Steamboat Sedap

Cara Penyediaan


1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Gunakan minyak ini untuk grill ayam di atas pan.

Resepi Steamboat Sedap

Saya cuma sempat sediakan 2 jenis bahan perapan ayam memandangkan banyak bahan remeh lain nak disediakan. Di Seoul Garden, saya suka makan ikan salmon yang diperap dengan kari dan madu tapi saya tak tahu apa bahan yang digunakan untuk perapannya. Jadi saya cuma agak-agak sahaja untuk bahan perapan di atas. Kebetulan rasa hampir sama jadi boleh terus jadikan bahan untuk grill. Stok daging pula takde kat rumah, kalau ada boleh masuk sekali dalam bahan perapan untuk di grill. Mesti lagi sedap.

Resepi Steamboat Sedap

Kalau nak tambah bahan lain lagi, anda boleh cuba tambah. Mana tahu jadi lagi sedap. Walau macammana pun, resepi steamboat ini memang sangat sedap. Harap ada yang sudi belanja set steamboat grill pan kepada isterinya nanti :D

Untuk resepi nasi ayam lemon, boleh lihat > Resepi Nasi Ayam Lemon Ala Pakli Kopitiam.

Catat Ulasan

32 Ulasan

  1. wah lepas ni boleh buat kat rumah ni

    jemput join : http://www.shfyqhazhr.com/2018/06/giveaway-suka-suka-by-shfyqhazhrcom.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Sha, nanti saya join giveaway awak ye. Thanks tau sudi invite :)

      Padam
  2. bestnya buat steamboat di rumah... saya selalu makan steamboat dkt restoran sahaja :)

    Aerill Hassan

    BalasPadam
  3. wahhh lepas ni boleh buat dekat rumah ni.. bookmarks terus resepi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orait jugak tu Cik Ash, dah buat nanti bagitau camner rasanya kat sini ye :)

      Padam
  4. Sedap..Sedap...Sedap...Slmt Hari Raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Nieza, maaf zahir batin ye :)

      Padam
  5. Nasib baik singgah baca di malam hari haha :3 kalau esok tengahari risiko meroyan dia tinggi haha >_<
    .
    Thanks for the recipe kak!!! ^^ nanti share lagi tau! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak share banyak2 ni Hana buat tak? Ahahaha..

      Padam
  6. btw,lupa nak mention... Hana tag akak! ^^
    .
    http://pululudreams.blogspot.com/2018/06/comeback-giveaway-by-byzura-halifah.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak dah join pasal Hana tag tau, btw akak pun nak bagitau..akak tag Hana balik :P

      Padam
  7. sedap !! mek igt nk buat makan makan tp nk buat steambot ni la kononnya, tp masalhnya leceh nk kena bangun pergi bakor pulak. hukhuk. dh lame pendam nk buat benda ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bakar siap-siap kat dapur mek, yang tomyam tu je letak atas meja. Konfirm mek dah tak rasa leceh nak bakar lagi kan..ngee

      Padam
  8. dulu pernah buat sekali dekat rumah memang kenyang makan tapi tak buat yang grill lah sebab malas :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gigih saya buat yang grill sebab boleh makan dulu sementara tunggu steamboat siap masak :D

      Padam
  9. rs nyer laa thn dpn time raya mkn steamboat je laa hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ui tak boleh..jenuh nak masak sambil layan orang datang beraya..tak boleh..tak boleh..

      Padam
  10. sedapnya.boleh cuba resepi ni kat rumah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila buat Rabiah, jangan lupa pos sini sikit :D

      Padam
  11. buat sendiri lg puas hatikan, seronok makan bersama keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, tak perlu belanja besar pun untuk makan sedap-sedap, buat sendiri kat rumah je..

      Padam
  12. Rajinnya.. Sha ada set steamboat grill pan ini tapi malangnya tak boleh nak pakai.. Ada masalah teknikal.. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayangnya..saya kena request dengan husband dulu baru boleh dapat. Harapla beliau nak belanja :D

      Padam
  13. wahhh menarik ni rini. senang je nak buat. berbaloi makan ramai2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh buat lepasni Ana, lebih jimat dan puas hati makan..

      Padam