Jumaat, 9 Februari 2018

Resepi Ayam Bakar untuk Menu Sihat


Mood arini rasa nak makan ayam bakar. Pasal suami tengah on diet, jadi kita masak tanpa minyak ye. Google dari beberapa blog, dan seperti biasa kami selalu tak cukup bahan. Walau macammana pun, misi menu sihat tetap diteruskan.

Resepi Ayam Bakar untuk Menu Sihat
Ayam bakar

Resepi Ayam Bakar

Ayam - 5 bahagian (potong 14)
Bawang merah - 4 biji
Bawang putih - 3 biji
Bawang holand - setengah biji
Tomato - setengah biji
Cili besar - separuh (taknak pedas)
Serai - 1 batang
Kunyit - 1 inci
Lengkuas - 1 inci
Lada hitam - setengah sudu kecik
Garam
Perasa

Resepi Ayam Bakar untuk Menu Sihat
Bahan dihiris kecik

Cara Penyediaan

1. Semua bahan diatas kecuali lada hitam, garam dan perasa dipotong kecik kemudian di blend sampai hancur. Kalau nak tumbuk pakai lesung pun takde hal. Proceed.
2. Kemudian campurkan semua bahan sekali. Gaul sebati. Masukkan ayam.
3. Perap sejam dalam peti ais
4. Bakar dalam oven

Resepi Ayam Bakar untuk Menu Sihat
Dah blend, masukkan bahan berserbuk pulak. Gaul rata
Resepi Ayam Bakar untuk Menu Sihat
Tengok tv kejap, yang ni masuk peti ais sejam

Time nak bakar, letak semua bahan perap dan ayam atas dulang pembakar kemudian bahan perap tu cover atas ayam secukup rasa. Masa tengah bakar, bila dah nampak macam ayam separuh masak, terus terbalikkan untuk kasi ayam masak sekata. Kami bakar dalam oven, senang kerja..hihi

Resepi Ayam Bakar untuk Menu Sihat
Oh ayam oh ayam, cepatlah masak

Kalau nak bakar manual atas api pun lagi sedap sebab ada bau arang. Selain tu boleh jugak masak guna pan atau masukkan je dalam pemanggang ajaib. 

Serius memang resepi ni  sedap sesuai ikut anak tekak kami, memang kami akan buat lagi la lepasni. Nak buat pun tak  susah cuma masa memasak dengan nak perap tu je lama sikit. Apa ada hal, nama pun menu sihat, kenalah rajin sikit kan. Makan dengan sup sayur campur...mabeles!

12 ulasan:

  1. Alhamdulillah..sebenarnya pada kulit ayam tu pun dah mengeluarkan minyakkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah betul tu tapi yg goreng tu sedap sbb rangup kan

      Padam
  2. wahhh sedapnya...boleh cuba ni resepi ni..lama betul la cikyan tak memasak sedap2 mcm ni..thanks for sharing sis !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masakla CikYan, tapi pos kat sini sikit

      Padam
  3. Dap! Dap! Dap! teringin nak melantak sekarang! heheh ^^ thanks for the recipe ya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat tau..jgn malas-malas adik kecik..hihi

      Padam
  4. tengok gambar pun dah tahu sedap. nak buat tapi oven takde :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh bakar atas pan Farhanna tp kena tutup la

      Padam
  5. menggoda keimanan betul lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah dpt nasik manggey kan? Jgn makan bnyk2 nanti gemuks

      Padam
  6. nyummm. sedapnya ayam bakar :D nak buat la esok :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah buat jgn lupa pos kat sini jugak tau Azah..ngee

      Padam