Thursday, 22 February 2018

Resepi Ayam Masak Serai


Untuk ibu-ibu yang tak ada banyak masa nak memasak, boleh cuba resepi ayam masak serai ni pasal ia tak ambil banyak masa nak disediakan dan senang. Bahan yang digunakan pun adalah bahan asas yang biasa ada di dapur.

Resepi ni adalah untuk 2 orang makan.


 Ayam masak serai


Resepi Ayam Masak Serai


Bahan-Bahan

Ayam - 4 bahagian (goreng separuh masak)
Serai - sebatang (ketuk)
Bawang besar - sebijik (hiris)
Bawang putih - 2 biji
Cili besar - Separuh (hiris)
Asam keping - 1 keping
Kicap manis - 1 sudu kecil
Tomato - Separuh (hiris)
Air masak
Gula melaka/ garam/ perasa

*Bawang merah yang dihiris dibahagi kepada dua bahagian
* Instead of letak gula putih, saya ganti dengan gula melaka.


Resepi Ayam Masak Serai


Cara Penyediaan

1. Satu bahagian bawang merah dikisar bersama bawang putih dan cili besar
2. Bahan kisar kemudian ditumis di atas dapur hingga pecah minyak
3. Masukkan serai, asam keping dan kicap manis. Tambah air (kalau nak berkuah tambah air banyak)
4. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam masak
5. Masukkan bawang besar dan tomato
6. Perasakan dengan garam dan gula melaka


Dah siap! Senang kan?
Resepi ni sama je macam resepi ayam masak serai yang lain tapi di olah sedikit supaya mesra kanak-kanak. Tambah kicap dan cili besar untuk kasi kurang rasa pedas. Letak gula melaka untuk rasa berlemak sikit. Dan letak tomato untuk kasi warna merah menarik sikit serta tambah rasa masam.

Awak boleh cuba buat lepasni, awakla yang tengah baca tu :)

17 comments:

  1. wahhh... sesuai untuk orang bujang gak ni! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh boleh sangat tapi tambah cili banyak-banyak. Baru sedap

      Delete
  2. sedap nmpknya ni sis.. menggoda... lapar laaa..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya CikYan, jauh sangatlah nak ajak makan sekali

      Delete
  3. Wah nampak sedap. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sis Ana, sedap dan tak leceh pun

      Delete
  4. Sedapnya ayam masak serai ni, kalau tak pedas memang anak-anak suka makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan anak saya ni..nampak merah sikit dikatanya pedas. Padahal kita pulun masak nak kasi dia makan..aiseh

      Delete
  5. Ayam masak kicap pun Hana fail apatah lagi nak masak serai hahah! ^^ thank you bagi resepi :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahaha..takpe, belajar slow-slow..nanti lagi expert dari kami

      Delete
  6. Hehehe kena praktikkan ni...Nak kawin tapi tak tau masak T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opss..takpe sempat lagi nak belajar memasak ni dik

      Delete
  7. Sedapnya.. Mudah dan mesra kanak-kanak pula tu.. Best.. best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah cuma nak kena perap tu amek masa sikitla

      Delete