Boleh ke Buat Untung dengan Wahed Invest?

Kembali kepada topik last saya iaitu kenapa nak melabur dalam Wahed Invest, walhal Wahed tak kasi dividen, jadi kali ni saya nak sambung pula dengan topik macammana sebenarnya nak untung dengan Wahed Invest.

Boleh ke Buat Untung dengan Wahed Invest?

Sebelum tu, bagi yang belum ada akaun Wahed bolehlah klik link di bawah untuk install aplikasi Wahed. Awak akan dapat RM10 jika melabur minimum RM100 dengan masukkan referral kod ini cheche255. Jadi apa lagi, install dan jangan lupa masukkan kod cheche255 dalam bahagian referral nanti okay.

BUKA AKAUN WAHED INVEST


Wahed Invest Boleh Untung?

Sebelum bercerita tentang untung, kita kena tetapkan dulu matlamat pelaburan. Setiap individu ada matlamat berbeza dalam pelaburan contohnya melabur sebab nak pergi haji, melabur untuk persediaan perkahwinan dan pelbagai lagi.


Tapi pelaburan dalam Wahed tak perlukan matlamat sebegitu. Kita cuma perlu tetapkan matlamat dalam bentuk peratus keuntungan yang kita inginkan. Kenapa hanya matlamat peratusan? Ini kerana Wahed tak beri sebarang dividen atau agihan pendapatan tahunan jadi tak perlu untuk melabur jangka panjang di Wahed. 


Kata kuncinya adalah, nampak duit terus lari!


Maksudnya bila keuntungan pelaburan dah capai nilai peratus yang kita target, boleh terus keluarkan duit daripada Wahed dan simpan dalam simpanan sendiri dulu, tapi jangan pula gunakan wang tersebut untuk kegunaan harian. Ini kerana, kita akan masukkan pula wang tersebut ke dalam akaun Wahed semasa harga jatuh nanti. 


Baca Graf dan Buat Untung di Wahed

Ambil contoh graf pelaburan Wahed saya seperti di bawah. Saya mula melabur pada 24 Oktober 2022. Belum cukup sebulan dan saya dah buat keuntungan sebanyak RM27.87 yang bersamaan dengan 5.58%. Melabur di ASB ambil masa setahun untuk dapat dividen 5% macamni tapi di Wahed tak sampai sebulan pun dah 5% dalam tangan.


Eh, nanti dulu. Keuntungan ini hanyalah untung dalam app, bukan untung di tangan. Jika saya mahukan wang keuntungan tersebut, saya perlu keluarkan daripada Wahed untuk dapatkan nilai 5% tersebut. Jika tidak, nilai tersebut boleh berkurangan atau boleh juga naik lebih tinggi bergantung kepada pasaran saham.

Boleh ke Buat Untung dengan Wahed Invest?

Setiap pelaburan ada pro dan kontra yang tersendiri. Melabur di ASB akan dapat dividen tahunan dan tak perlu risau samada wang modal akan berkurang atau tidak. Pelabur juga tak perlu pening untuk plan bila mahu tambah atau keluarkan pelaburan. Manakala pelaburan di Wahed pula mempunyai volatility yang lebih pantas berbanding ASB.


Namun, disebabkan matlamat peratus keuntungan saya inginkan adalah sebanyak minimum 15%, jadi saya tak akan sentuh wang pelaburan dalam Wahed sehinggalah dah capai nilai tersebut. Tapi boleh ke dapat sehingga 15%? Unit amanah pun cuma offer average dividen 12% je setahun. Takkan Wahed boleh kasi sampai 15%. Tak logik kan? 


Ha, ini yang ramai tak tahu. Sebagai konsultan unit trust, mereka tak boleh beri satu fix amount keuntungan walau pun sebenarnya pelaburan buat untung besar. Ini kerana pelaburan unit trust takkan selama-lamanya untung, sama macam pelaburan lain. 


Security Commissioner tak benarkan syarikat pelaburan overclaim kerana mungkin tahun ni syarikat buat untung 50% tapi tahun depan rugi pula sehingga -64%. Jadi mereka kena letak average keuntungan saja bila nak beritahu pada pelanggan. Sama macam pelaburan unit trust, kita juga boleh dapat keuntungan yang tinggi dengan Wahed asalkan bijak cari peluang.

Boleh ke Buat Untung dengan Wahed Invest?
Duit lebihan yang tak digunakan boleh dimasukkan ke dalam Wahed dengan gunakan formula seperti di atas. Tambah pelaburan setiap kali graf berada di bawah dan keluarkan wang apabila graf dah capai target peratusan yang kita inginkan.


Risiko pelaburan sentiasa ada di mana-mana. Jadi saya claim siap-siap yang ilmu yang saya kongsikan ini adalah ilmu asas dalam pelaburan. Pastikan pilih waktu yang sesuai untuk buat pelaburan. Jika harga dah naik, tunggu sehingga harga turun untuk invest. Tak perlu takut ketinggalan kerana akan sentiasa datang waktu yang sesuai untuk melabur. Cuma perlu sabar menunggu saja ya.

Catat Ulasan

2 Ulasan