Takde Dividen, Kenapa Melabur di Wahed Invest?

Alkisahnya saya tak jadi nak angkat Iphone, jadi saya tambah satu lagi akaun pelaburan baru. Kali ni saya buka akaun pelaburan melalui robo advisor iaitu Wahed Invest. Tapi melabur di Wahed tak dapat dividen, jadi kenapa tak saya melabur di ASNB je? Paling kurang tiap tahun dapat wang agihan pendapatan atau dividen kan?
Kenapa Melabur di Wahed Investment? Takde Dividen, Baik Labur di ASB

Mereka yang terlibat dalam bidang pelaburan tentu biasa dengar ayat 'jangan letak semua telur dalam satu bakul'. Tapi kenapa tak boleh letak semua telur dalam satu bakul? Sebab kalau bakul jatuh, telur boleh pecah keseluruhan. Ini adalah perumpamaan untuk kurangkan risiko dalam pelaburan.


Melabur dalam pelbagai portfolio umpama menyimpan telur dalam banyak bakul.


Disebabkan saya dah ada akaun ASB, jadi saya buka pula akaun Wahed Invest. Tujuannya adalah untuk banyakkan portfolio supaya risiko kehilangan wang dapat dikurangkan. Walaupun Wahed tak beri dividen tahunan tapi mungkin ramai yang taktau, pelaburan melalui Wahed Invest pun boleh bagi banyak keuntungan jika kita tahu caranya.


Kenapa Melabur di Wahed Invest?


Sebelum ini saya sering tercari-cari instrument pelaburan yang sesuai untuk saya kawal selia sendiri pelaburan saya. Maksud kawal sendiri di sini adalah saya boleh tetapkan bila masa terbaik yang sesuai untuk invest dan banyak mana jumlah yang saya nak invest. 


1. Melabur Unit Amanah

Sebab itulah saya mendaftar sebagai konsultan unit amanah semata-mata untuk kawal pelaburan saya. Bila dah jadi konsultan, baru saya tahu agak leceh juga nak kawal pelaburan sendiri. Setiap kali nak tambah pelaburan, saya perlu isi beberapa keping borang dan perlu snap gambar setiap borang untuk diemail kepada HQ. Proses ini makan masa dan agak melecehkan.  


Meskipun saya buka dua jenis akaun iaitu jenis lump sum dan autodebit tapi proses mengisi borang merupakan proses yang paling menyulitkan. Tambah lagi membebankan bila mana setiap tambahan pelaburan akan dikenakan charge management yang agak besar iaitu 6%. Banyak kan?


2. Melabur Saham

Kemudian saya beralih pula kepada pelaburan saham di pasaran bursa. Saya nekad untuk manage sendiri wang dengan melabur dalam saham tanpa saya tahu risiko yang menanti di hadapan. Rupa-rupanya pasaran saham sangatlah berbahaya bagi mereka yang baru terlibat dalam bidang ini. Saya pernah alami kerugian sehingga RM400 sehari akibat salah beli kaunter bermasalah.


Pasaran saham terlalu volatile dan berbahaya. Saya mula ubah niat untuk kawal sendiri pelaburan tapi dalam medium pelaburan yang berisiko rendah. Jadi saya perlu elakkan saham kerana tak sanggup kehilangan wang dalam nilai besar. Walau bagaimanapun saya masih melabur dalam pasaran saham namun dalam skala kecil.


3. Melabur Melalui Robo Advisor

Medium terbaru yang saya jumpa sesuai dengan keinginan saya kini adalah Wahed Invest. Walaupun saya tak boleh aplikasikan kelebihan compounding dalam pelaburan Wahed kerana tiada dividen tapi saya boleh aplikasikan kelebihan saya dalam membaca graf hasil pelaburan melalui saham di pasaran bursa. Eh, sebenarnya tak perlu pandai baca graf pun masih boleh buat untung dengan Wahed :P


Kelebihan Melabur dalam Wahed Invest

Terdapat beberapa kelebihan yang saya nampak ada melalui pelaburan Wahed Invest dan inilah yang membuatkan saya tambah pelaburan di Wahed.


1. Cas Buka Akaun yang Rendah

Yang pertama tentulah kerana cas pembukaan akaun yang rendah. Dengan pelaburan minimum RM100, hanya RM1 sahaja akan ditolak sebagai bayaran perkhidmatan. Berbeza dengan unit trust, maksimum charge yang dikenakan boleh mencapai sehingga 7%. Jauh bezanya tu.


2. Tambah Pelaburan dengan Cepat dan Mudah

Hanya gunakan telefon bimbit dan saya dah boleh buat pelaburan segera. Tak perlu isi borang, tiada email dan tak perlu bimbang borang kena reject dan kena re-do. Saya juga buka akaun hanya melalui atas talian tak perlu pergi ke kaunter pun. Nak buat withdrawal juga boleh dilakukan secara online, cepat dan mudah!


3. Selamat dan diluluskan SC

Risau juga pada awalnya nak buka akaun Wahed kerana bimbang akan jadi seperti akaun Luno yang tiba-tiba menghilang dari radar, jadi saya buka laman web Suruhanjaya Sekuriti untuk dapatkan maklumat. Alhamdulillah, ada maklumat Wahed dan ternyatalah Wahed lulus SC sebagai salah satu badan pelaburan di Malaysia. Tak berlengah terus saya deposit duit dalam akaun Wahed lepas dapat confirmation :D


4. Pilihan Portfolio mengikut Tahap Risiko Pelabur

Pelabur boleh pilih jenis pelaburan berdasarkan tahap risiko masing-masing. Bagi pelabur yang baru berjinak dalam bidang pelaburan, pilihan portfolio amatlah penting memandangkan mereka belum terbiasa dengan proses kehilangan duit akibat pelaburan. Jadi mereka boleh tetapkan jenis pelaburan berdasarkan tahap risiko yang dirasakan mampu ditanggung.


5. Mudah Nak Agak Waktu Sesuai untuk Topap dan Withdraw

Graf yang ada dalam aplikasi Wahed Invest sangat membantu saya untuk manage sendiri akaun pelaburan saya. Meskipun proses tambahan wang akan mengambil masa sehingga dua hingga tiga hari bekerja, namun ia masih membantu saya untuk buat tambahan wang pada waktu terbaik. Nak buat withdrawal pun mudah bila ada bantuan graf.

Kenapa Melabur di Wahed Investment? Takde Dividen, Baik Labur di ASB

Aik, bukan kata baru buka akaun Wahed ke..takkan dah buat withdrawal? Tak sebenarnya saya belum buat tambahan atau withdrawal dalam Wahed lagi pun, cuma kesan daripada selalu tengok graf saham dan uruskan akaun unit trust, jadi saya dah boleh agak bila masa terbaik untuk keluarkan atau tambah wang pelaburan. 


Jadi sekarang masa yang terbaik untuk buat apa? Topap atau withdraw? Pilihan saya adalah tambah wang pelaburan. Bila graf berada di bawah, itu adalah waktu yang sesuai untuk topap dan bila graf berada di atas, bolehlah withdraw bergantung kepada target berapa peratus yang awak nak capai. Tak perlu simpan lama kerana pelaburan di Wahed tiada dividen jadi compounding effect sangatlah perlahan. Lebih mudah untuk topap dan withdraw untuk gandakan keuntungan.


Saya tak pasti samada awak faham atau tak apa yang saya bebelkan ini tapi jika ada masa nanti, saya akan kongsikan cara untuk baca graf dalam Wahed Invest dan bandingkan dengan graf daripada pasaran saham. Daripada perbandingan graf ini kita boleh agak untuk buat langkah apa seterusnya. Stay tune okeh!

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Sy pun ada melabur di wahed ini juga.. Tetapi dah withdraw.. Nak fokus kat asb sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kisah melabur di mana, asalkan dah mulakan pelaburan sendiri itu dah kira sangat bagus. Terbaik awak!

      Padam
  2. wahed ni lebih bagus utk pelaburan la kan

    BalasPadam
  3. ada terbaca kat twitter... someone explain kelebihan melabur kt wahed ni

    BalasPadam
  4. Penerangan yang bagus dan mudah....sebab itu saya faham...terima kasih kerana sudi berkongsi info ini

    BalasPadam