Kenapa Saya Melabur dalam Unit Trust

 

Kenapa saya terfikir untuk melabur dalam unit trust walhalnya duit saya bukan banyak pun dalam akaun bank, ada hati pula untuk membuat pelaburan? Ingat boleh kaya ke dengan melabur? Ha, wajib tau untuk melabur unit trust terutama bagi golongan yang belum kaya macam saya ni. Dengan pelaburan barulah kita ada konsistensi nak menyimpan wang. Kalau tak, akhir bulan je baki akaun tinggal RM5, tapi tak tau wang yang lain digunakan ke mana dan buat apa. Rugi kan?


Sebenarnya ada mesej yang saya ingin sampaikan kepada anak-anak apabila saya melabur unit trust. Sebagaimana saya terinspirasi dengan kisah abah, saya juga harap anak-anak saya nanti agar tidak boros dan sentiasa berusaha untuk menyimpan wang dan melabur seperti saya yang telah melihat perjuangan abah.


Kisah Pelaburan Abah


Untuk pengetahuan semua, abah tak ada pelajaran yang tinggi. Sebaik habis belajar di sekolah menengah, abah dapat kerja menjadi tukang gunting rumput di bangunan LLN (sekarang kita panggil TNB). Rezeki abah baik bila mana abah diterima bekerja sebagai staf LLN. Pada masa tu abah cuba nasib ketika ada tawaran kerja kosong. Sehinggalah abah pencen, jawatan abah yang tertinggi hanyalah sebagai juruteknik.


Cuba bayangkan dengan anak seramai 13 orang serta isteri yang tak bekerja, abah menyara keluarga besar kami dengan gajinya yang hanya sebagai juruteknik. Tetapi apa yang saya kagum dengan abah, meskipun seorang diri membanting tulang menyara kami sekeluarga, abah masih mampu menyimpan aset. Apa aset yang abah kumpul? Tanah! Dan sehingga abah pencen, abah mempunyai 7 bidang tanah yang setiap satunya kini mencecah harga ratusan ribu ringgit.


Kerja keras abah dulu kini dinikmatinya setelah pencen. Abah tak perlu lagi bekerja seperti dahulu. Meskipun kini abah merupakan tenaga pengajar di sekolah (guru Al-Quran kelas petang) tetapi itu hanyalah untuk mengisi masa lapangnya. Abah tak perlu risau memikirkan wang saraan yang perlu digunakan pada masa kini kerana abah ada back-up kuat dengan asetnya. 


Tapi saya ada back-up apa? Apa kami kena buat pada ketika suami telah pencen di usia 60 tahun nanti? Adakah cukup dengan duit pencen suami untuk menyara kami pada usia emas? Di mana saya nak cekau jika berlaku hal kecemasan dan saya tiada simpanan? Terima kasih abah, Che Ismail bin Abdullah yang mengajar saya tentang hal simpanan dan pelaburan. Abah terbaik kesayanganku selalu! Semoga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki serta berada bawah lindungan Ilahi selalu. Aamiin..


3 Sebab Kenapa Saya Perlu Melabur


Kenapa Saya Perlu Melabur dalam Unit Trust

1. Menerima Wang Setiap Bulan dalam Jumlah yang Tetap

Meskipun saya adalah seorang surirumah sepenuh masa dan tidak bekerja, namun saya masih menerima gaji tetap setiap bulan. Daripada siapa? Tentulah daripada suami dalam bentuk wang nafkah bulanan. Setiap bulan saya hanya menggunakan anggaran 40% daripada wang nafkah dan selebihnya saya simpan dalam akaun simpanan di bank.


Wang tersebut tidak disentuh dan saya akan gunakannya ketika waktu kecemasan sahaja. Namun jika tidak disentuh dan saya masih mempunyai back up tambahan iaitu barang kemas yang ada untuk saat kecemasan, mengapa tidak saya laburkan sahaja dalam unit trust? Paling kurang dividen yang diperolehi adalah lebih tinggi daripada simpanan biasa di bank.


Kadar inflasi juga menyebabkan saya memilih untuk melabur dalam unit trust. Cuba bayangkan, jika pada tahun 1999 saya beli burger pada harga RM1.50 sebiji, adakah masih sama harga sebiji burger pada tahun 2019? Tidak, kini sebiji burger berharga RM3.50! Walaupun harga sebiji burger terus meningkat tetapi tangga gaji dalam pelbagai sektor pekerjaan samada swasta atau kerajaan di Malaysia masih lagi berada pada takuk yang sama.


Itulah kesan inflasi dalam kehidupan kita. Gaji hanya naik 5% setahun tetapi hutang isi rumah naik sehingga 13% setahun. Jika kita masih rasa wang yang disimpan dalam bank simpanan tidak akan susut nilai, silap ya. Mungkin kita perlu buat sedikit kira-kira dan buat pembacaan mengenai inflasi.


2. Dividen Simpanan Akaun Biasa di Bank Hanya 0.3% -0.5%

Tahukah awak bahawa dividen tahunan yang diterima oleh penyimpan akaun simpanan biasa di bank hanyalah antara 0.3% hingga 0.5% sahaja? Pada tahun 2018, kadar inflasi negara direkodkan pada 1% menurut Bank Negara Malaysia. Jika diteliti, dividen simpanan tidak sampai 1% dan penyimpan mengalami susut nilai wang antara 0.5% hingga 0.7% disebabkan oleh inflasi. Inilah antara bukti bahawa simpanan biasa di bank mengalami susut nilai.


Apabila saya dapat tahu tentang susut nilai akibat inflasi dan nilai dividen yang rendah ditawarkan untuk simpanan biasa, hati saya terus meronta-ronta ingin cari medium simpanan baru yang menawarkan dividen yang lebih tinggi dan selamat serta patuh syariah.


Maksud selamat di sini adalah bukan skim cepat kaya yang menawarkan pulangan tidak masuk akal a.k.a scam. Selain itu, saya juga tidak mahu melabur dengan pelaburan yang menawarkan dividen tinggi namun risikonya juga tinggi seperti stock market. Saya bukan seorang yang boleh menerima risiko kerugian besar, boleh sakit jantung jadinya nanti. Ada beberapa medium pelaburan yang saya temui dan salah satunya yang menarik minat saya adalah pelaburan unit trust PMB yang bersifat patuh syariah.


3. Pulangan Pelaburan adalah Lebih Tinggi dan Bersifat Mudah Cair

PMB telah berada selama 53 tahun dalam pasaran dan merupakan milik kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 100% dimiliki oleh MARA, PMB menawarkan 14 jenis dana unit trust patuh syariah untuk pilihan pelabur. Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan dikawal selia di bawah Bank Negara Malaysia, jadi ianya sah dan selamat. Dengan nilai minimum komitmen bulanan sebanyak hanya RM50, pelaburan di PMB adalah mampu dan tidak membebankan buat golongan surirumah seperti saya.


Pelaburan di PMB adalah 100% patuh syariah kerana mempunyai penasihat syariahnya sendiri. Jika pelaburan dana lain memerlukan pelanggan membuat pilihan samada ingin membeli dana patuh syariah atau tidak, di PMB tiada masalah itu. Pulangan tahunan yang ditawarkan juga menarik iaitu di antara 10-12% setahun untuk pelaburan jangka panjang.


Sekiranya saya memerlukan wang segera untuk hal kecemasan, saya boleh bergantung harap kepada wang yang dilaburkan dalam unit trust kerana ia bersifat mudah cair. Mudah cair di sini bermaksud wang boleh diperolehi selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh jual. Ini berbeza dengan pelaburan aset serta property kerana mengambil masa lebih lama untuk dicairkan meskipun kebiasaannya dividen yang ditawarkan lebih tinggi.


Walaubagaimanapun, pelaburan di PMB adalah lebih sesuai untuk jangka masa sederhana hingga panjang iaitu daripada 3 tahun dan ke atas. Pelaburan jangka pendek di bawah 3 tahun adalah tidak sesuai dan tidak digalakkan di PMB. Disebabkan saya memang mempunyai target untuk melabur demi simpanan hari tua, jadi pilihan terbaik saya adalah melabur di PMB!


Saya tak mampu nak beli hartanah seperti abah, jadi pelaburan unit trust adalah yang terbaik untuk saya. Bayaran bulanan kecil dengan dividen tinggi tanpa risiko kerugian besar..jadi awak tentu dah faham kenapa saya perlu melabur dalam unit trust kan? Oh, btw kalau awak berminat nak melabur unit trust di bawah PMB, boleh roger saya. In shaa Allah saya boleh bantu. Saya adalah konsultan berdaftar :)

Catat Komen

12 Ulasan

  1. mentaliti org ramai, melabur sbb nk kaya pd hal ini slh satu bentuk simpanan ms dpn. 40-50 akn dtg x kn sm dgn keadaan pd hari ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah sama la pandangan kita, jom jadi geng nak tak? :D

      Padam
  2. bagus melabur ni sebenarnya kalau kena tempat dibuat pelaburan tu kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye wak, jangan terkena skim cepat kaya sudahla..boleh kayap nanti menangis bucu katil..

      Padam
  3. GV mmg kurang ilmu dalam bidang pelaburan ini tapi tahu ianya bagus untuk masa depan. PMB ni sama konsep macam ASB ke kak. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang sama tapi keuntungan dan risiko berbeza wak..kalau nak dapat pulangan setahun antara 10-12%, meh pm akak :D

      Padam
  4. Unit trust pelaburan jangka panjang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul cikgu. Jadi kalau ada lebihan wang tak diguna, boleh masukkan dalam uunit trust untuk pelaburan jangka panjang..

      Padam
  5. Kagum dgn abah sis yg byk tanah. Saya ni dah tua2 baru terfikir ttg unit trust. x tau pula ttg unit trust PMB. Monthly commitment RM50 tu kira rendah, ada minimum initial deposit?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minimum initial deposit cuma RM100 je wak. Saya pun masih kagum dengan abah sampai sekarang. Itu sebab sanggup buat autodebit bulanan walaupun tak bekerja..demi nak jadi macam abah

      Padam
  6. kelebihan awak...pemulisan yang sedap dibaca.

    kelebiihan ayah awak...gigih berusaha dan rezeki berkat.

    saya juga ada pelaburan di Public Mutual..

    moga duit terus berkembang menjadi bunga yang indah di taman hahaha

    bunga itu bukan interest kerana pelaburan yang saya buat patuh syariah

    BalasPadam
  7. saya pun ada buat pelaburan unit trust, ambil dari KWSP..

    BalasPadam