Kedai Makan Viral Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Wajib Singgah

Kalau datang ke Terengganu tapi tak pernah makan di kedai Nasi Dagang Atas Tol, rasanya memang tak lengkap percutian tu. Iyelah, kan negeri Terengganu terkenal dengan hidangan nasi dagang, dah alang-alang ke Terengganu wajiblah singgah di kedai nasi dagang viral yang ada di sini.

Kedai Makan Viral Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Wajib Singgah


Saya pernah kongsikan pasal kedai Nasi Dagang Atas Tol sebelum ini tapi kali ni saya cuma nak update tentang kedainya yang makin membesar sekarang. Kalau dulu saiz kedai kecil dan tak ramai yang boleh masuk untuk makan, tapi sejak daripada PKP ni, nampaknya saiz kedai dah makin besar dan bilangan tempat duduk pun makin cukup untuk cater pelanggan yang datang dine-in.


Datang Awal Kalau Taknak Beratur Panjang


Macam yang ramai tau, kalau nak makan di kedai Nasi Dagang Atas Tol ni kena datang seawal jam 6.30 pagi untuk mengelakkan daripada beratur panjang. Kalau tidak memang terpaksa beratur dalam barisan panjang di tepi jalan walaupun hanya datang nak beli makanan untuk bungkus bawa balik sekalipun.


Kedai Makan Viral Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Wajib Singgah

Kalau dulu, tiada sistem dalam kedai dilakukan tapi kini proses pembelian dah makin sistematik. Pelanggan yang datang perlu beratur untuk beli makanan dan tak boleh masuk ke dalam kedai untuk cop meja. Jika pelanggan datang dengan keluarga, ahli keluarga yang lain boleh duduk di ruangan menunggu sementara menantikan wakil yang buat belian dapat tempat duduk selepas ambil makanan.


Berbeza dengan dulu, jika meja dah penuh..pelanggan yang datang kemudian kena main cop tempat untuk dapatkan meja. Contohnya kalau saya datang lewat dan meja yang saya nak makan tiada, terpaksalah saya tunggu orang yang tengah makan untuk habis makan sebelum saya dapat duduk. Alah, macam senario biasa yang selalu jadi kat kedai makan tu. 


Kedai Makan Viral Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Wajib Singgah


Jadi sekarang tiada lagi isu saya tak dapat tempat duduk dan terpaksa berdiri menunggu di tepi meja orang yang tengah makan. Pendek kata proses membeli jadi lebih lancar dan mudah. Ditambah pula dengan bilangan meja dan kerusi yang makin bertambah, jadi orang pun tak berebut tempat makan lagi. 


Kerusi untuk duduk juga turut disediakan untuk mereka yang sedang beratur. Jadi kalau penat berdiri masa tengah beratur tu, boleh je duduk sambil beratur. Payung juga disediakan untuk pelanggan yang rasa panas masa tengah menunggu. Selalunya dalam pukul 8 pagi matahari dah mula naik atas kepala dan bantuan payung sangat diperlukan pada masa ni.


https://www.nurzariniismail.com/2018/03/nasi-dagang-tepi-kubur-kampung-atas-tol.html


Disebabkan kedainya viral dan selalu jadi tumpuan pelanggan, kebiasaannya kami terpaksa beratur tak kurang daripada 30 minit sebelum boleh mula dapat order untuk makan. Beratur tak kurang 30 minit bawah panas terik memang jenuh kan. Pernah juga kami habiskan masa selama sejam sebelum boleh mula makan. Sebab itulah kami pun tak selalu makan di sini. 


Kedai Makan Viral Nasi Dagang Atas Tol Terengganu Wajib Singgah


Bila rasa teringin nak makan nasi dagang je barulah kami menggigihkan diri angkut anak beranak makan Nasi Dagang Atas Tol ni.  Kalau tak, kami tak berapa rajin nak beratur panjang semata-mata untuk breakfast. Kami prefer tapau nasi minyak dekat kedai kawasan rumah atau paling tak pun pergi makan nasi kerabu KakJa yang tak sampai 15 minit dari rumah tu. Tapi kalau dah craving, beratur pun takde hal :P


Awak yang plan nak makan di kedai Nasi Dagang Atas Tol tu dah get ready ke dengan persediaan mental fizikal untuk beratur panjang sebelum breakfast? Haha..btw selamat bercuti ye korang dan enjoy jalan-jalan kat Ganu!

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Suka nasi dagang
    tapi tak sanggupla nak beratur panjang macam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..ramai jugak yang patah balik bila tengok Q macamni

      Padam
  2. semua orang boleh buat nasi dagang jika rajin mencuba dan tahu resepinya tetapi kenapa pula ada yang sanggup makan di kedai ?

    Inilah dinamakan rezeki tauke dan pekerja di situ

    BalasPadam
  3. pergh, beratur.. dah macam nasi kandar kat penang.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat penang ada nasi kandar, kat ganu ada nasi dagang. Jadi mohle beratur..

      Padam
  4. Wahhhh. Kalau dh berbaris mcm tu mesti sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap di kalangan warga ganu je la. Kalau orang luar ada yang tak suka sebab kuah manis sikit

      Padam
  5. pernah beberapa kali pi makan sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak pi makan kena datang awal kan..kalau tak jenuh

      Padam
  6. nanti bulan 7 sy dtg sana sebab sepupu kahwin. so mmg plan nak singgah sini nanti. plus nak cari ICT sekali

    BalasPadam