Thursday, 8 March 2018

Nasi Dagang Tepi Kubur Kampung Atas Tol


Signature dish utama Terengganu adalah nasi dagang dan keropok lekor. 
Jadi arini saya nak share satu kedai nasi dagang paling famous di Terengganu. Peminat nasi dagang memang tak sah kalau tak pernah sampai di kedai nasi dagang ni. Kedai tersebut adalah kedai nasi dagang tepi kubur di Kampung Atas Tol.


Nasi Dagang Tepi Kubur Kampung Atas Tol


Bukti kedai ni paling famous adalah kerana setelah 4 kali percubaan, baru 2 kali je saya dapat makan di kedai ni. Lagi 2 kali terpaksa balik dengan perut berkeroncong pasal Q nak beli makanan je dah sampai ke jalanraya. Kereta parking kiri kanan macam pergi makan kenduri pulak gayanya. 


Nasi Dagang Tepi Kubur Kampung Atas Tol


Kebetulan semalam kena monthly check up untuk baby, so suami tolong hantar ke Klinik Kesihatan. Sebelum ke KK, kami singgah makan di kedai nasi dagang tepi kubur ni. Lega bila tengok takde orang beratur sebab hari bekerja kan. Pernah weekend sebelum ni, kami dah sampai di kedai jam 7.30 pagi tapi jam 8.30 pagi baru dapat makan pasal Q panjang yang amat.


Nasi Dagang Tepi Kubur Kampung Atas Tol


Bagi saya, rasa nasi dagang ni memang sedap dan kena dengan anak tekak. Harga pulak standard RM4 satu pinggan. Total harga untuk 2 pinggan nasi dagang, sebiji telur, 4 keping keropok lekor dan segelas air teh buih bersaiz kecik yang kami order ni adalah RM14.90. Disarankan kalau nak datang ke sini adalah lebih baik pada hari bekerja sebab orang tak ramai. Kalau nak datang pada hari minggu, make sure datang awal dalam jam 6.30 pagi. Datang lambat jawabnya bersabarlah menunggu dan bersedialah mencari seat untuk duduk. 

19 comments:

  1. Hye! Kakak... ^^ kak Hana datang2 sini tiba2 ter'mengidam tanpa sengaja hahaha :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha..eh eh..mengidam ada baby ke ada najis je ni? :P

      Delete
  2. adoi dgr nama tepi kubur cam scary je sekali tgk menu aii terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Samalah first time nak pergi kedai ni dulu. Takut-takut jer rasanya, dah sampai jenuh beratur la pulak

      Delete
  3. cikyan kurg minat nasi dagang.tapi kalau dpt tu...kalau kena yg betul2 sedap..mak aii..bestnya laa...siap tambah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikYan kena datang try makan kat sini. Mesti menambah rasanya

      Delete
  4. nama seram juga
    tapi kalau dah sedap memang tak kisah dah
    hehehe
    nampak dalam gambar pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar nama tu memang scary sikit tapi dont worry, ramai orang kat sini..tak sempat nak seram dah

      Delete
  5. Murahnyaaa. Hehe. Tapi nama menu tak kena dengan menunya ehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahahaha..comel pulak Ika ni. Tu bukan nama menu la dear, kedai tu lokasi sebelah kubur..hahah

      Delete
  6. amboi3.. bukan main lagi dia tgk buih air.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sabar nak minum tu..haha. Muka excited je masa air sampai

      Delete
  7. murahlah rm4 nasi daganggg. adoi lapar balik. hahaha. yang buih2 tu pun nampak sedap je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah murah kan? Yang buih-buih tu bukan sabun tau..haha

      Delete
  8. Sha pernah sampai sini, malangnya kami sampai salah timing, makanan dah habis.. Lepas tu bila datang esoknya kedai tutup.. Rasa cam nak nangis.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya Sha..samala perasaan kita masa sampai tengok orang beratur panjang. Tak larat nak Q dengan anak, terpaksa balik je. Sedih pulak kita aritu

      Delete
  9. wahhh murahnya harga nasi dagang. Dekat Subang ni dah cecah RM6 dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahalnya RM6, maybe sebab nasik ni signature dish Terengganu kot..tu harga murah lagi tu

      Delete