Cara Senang Download Video dari Facebook

 

Sejak dua menjak ni, saya asyik download video daripada Facebook untuk di save ke laptop. Jangan salah faham, bukan saya ambil video kepunyaan orang untuk dijadikan milik sendiri, sebenarnya video daripada HQ tentang tudung yang saya jual sekarang ni. Tudung apa? Slip on by Malady Couture lah.. 


Tiap kali nak download video, tiap kali tu juga saya akan Google dahulu cara nak dowload. Ha, jadi kali ni saya nak kongsikan di sini supaya senang untuk saya jadikan rujukan. Cara ini adalah yang senang saya jumpa dan telah banyak video yang saya download dengan gunakan cara ini. Sebelum mula, saya nak beri kredit dulu pada tuan blog medcom.id untuk ilmu ya. Saya cedok ilmu di blog awak :)

Cara Senang Download Video dari Facebook

Cara Senang Download Video dari Facebook


Menggunakan handphone

  1. Buka video di facebook
  2. Klik ikon tiga titik di sebelah kanan atas video
  3. Klik Copy Link
  4. Buka Google dan taip https://fdown.net/
  5. Paste link video tadi ke dalam ruang Download
  6. Klik Download
  7. Klik Download in HD Quality
  8. Bila video dah dimainkan, tekan lama pada video dan akan keluar paparan Download Video. Klik pada Download Video tersebut
  9. Siap!

Menggunakan laptop atau komputer
  1. Buka video di laptop / komputer
  2. Pada bahagian URL (bahagian atas yang ada alamat web bermula dengan https://www.), copy link tersebut
  3. Buka Google dan taip https://fdown.net/
  4. Paste link video tadi ke dalam ruang Download 
  5. Klik Download
  6. Klik Download Video in HD Quality
  7. Bila video dah dimainkan, right klik dan klik Save Video As dan tekan Save
  8. Siap!

Senang Nak Download 


Senang nak download video daripada Facebook ke peranti kita samada handphone atau laptop dengan gunakan cara ini. Kalau dulu saya pilih cara edit pada URL link tapi sekarang rasanya cara ini yang paling senang. Lagi pula saya simpan semua video di dalam pemacu cakera keras komputer, jadi lebih mudah menggunakan cara paste di fdown.net kerana saya boleh buka banyak tab dalam satu masa.


Kalau awak ada cara yang lebih baik, apa kata kongsikan di bawah. Mana tau saya boleh guna cara awak pula. Lagi senang, makin lah saya suka :D

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Nice tips .. boleh cuba buat nanti hehe

    BalasPadam
  2. wah...satu perkongsian yang menarik..

    saya nak cuba juga la

    BalasPadam
  3. bolehlah cuba nnt. sblm ni byk download dr IG je😊

    BalasPadam
  4. Eh menarik la...nanti nak cuba..balik rumah la..sebab kat opis FB kena blocked

    BalasPadam