Tudung Sarung Instant untuk Si Muka Bulat

Mempunyai bentuk muka bulat bukanlah kemahuan hati saya tapi memandangkan saya suka makan dan gemar memasak serta sejak kecil lagi telah dianugerahi rahang kecil dengan lebihan isi di pipi, saya bersyukur sahaja apa adanya. Haha..ayat pasrah je ni :P


Memiliki bentuk muka bulat dengan pipi terjojol keluar mungkin agak comel bagi si anak kecil namun bagi si tua seperti saya, aduh susahnya nak mengenakan tudung yang sesuai bagi mengurangkan kesan muka bulat. Paling nampak ketara saya bermuka bulat apabila mengenakan tudung sarung instant. Namun nak taknak terpaksa juga pakai terutama ketika melakukan aktiviti riadah seperti renang atau taekwondo (ini cerita lama).

Tudung Sarung Instant untuk Si Muka Bulat

Itulah sebabnya saya jarang mengenakan tudung sarung instant kecuali dalam situasi terdesak dan nak cepat. Itu pun saya pakai ketika duduk di rumah atau dalam bilik pembedahan (masa nak beranak). Untuk mereka yang mempunyai masalah muka bulat, ada beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan masalah muka kelihatan bulat apabila memakai tudung.


Tips Memilih Tudung bagi Si Muka Bulat

Pilihan jenis tudung yang saya sukai adalah bawal memandangkan ia mampu menutup kesan muka bulat serta membuatkan muka kelihatan lebih panjang dan tirus. Walau bagaimanapun pada ketika ingin bersiap cepat, tudung bawal bukanlah pilihan terbaik. Ia mudah berkedut, jadi setiap kali ingin bersiap saya perlu menggosok dahulu tudung bawal sebelum boleh digunakan. Sesekali saya juga terasa untuk melaram dengan jenis tudung yang lain namun sebelum membeli, saya bandingkan dahulu dengan tips bagi si muka bulat ini.

Tudung Sarung Instant untuk Si Muka Bulat


1. Elakkan tudung melekap

Saya elakkan daripada membeli tudung yang melekap pada wajah untuk mengurangkan kesan muka bulat. Kebiasaannya tudung sarung instant tanpa awning mudah melekap pada wajah, jadi saya jarang membeli tudung sarung seperti ini. Tudung dengan awning pula memang boleh beri effect muka lonjong namun susah pula nak gosok pada bahagian awning tersebut.


2. Pilih tudung berat dan jatuh

Tudung berat dan jatuh bukan sahaja akan menampakkan muka lebih kecil malahan turut mempengaruhi tubuh badan kelihatan lebih slim. Cuba bayangkan jika kita yang bermuka bulat memakai tudung bawal jenis satin dan pada ketika  itu, angin bayu sedang bertiup lembut. Tudung mudah 'terbang' dan kita akan kelihatan lebih besar daripada asal dengan muka yang berbentuk bulat. Jadi saya sangat elakkan membeli tudung yang licin dan ringan.


3. Elakkan banyak aksesori pada tudung

Seeloknya elakkan memakai banyak aksesori pada tudung si muka bulat. Jangan gunakan aksesori penyepit bunga yang besar atau tudung yang berlapis-lapis. Elakkan juga memakai tudung yang terlalu banyak corak dan corak bersaiz besar. Ia bukan sahaja menyakitkan mata yang memandang malahan turut menampakkan wajah dan tubuh seseorang kelihatan lebih besar.


Slip On Malady Couture : Tudung Untuk Si Muka Bulat

Seperti yang saya sebut sebelum ini, amat sukar bagi saya mencari tudung instant yang sesuai dengan wajah bulat saya. Untungnya saya bertemu dengan slip on instant scarf daripada Malady Couture yang akhirnya mengembalikan keyakinan saya untuk menggunakan tudung instant. Dilengkapi dengan dual tie back yang boleh diikat dalam dua gaya, ia membuatkan wajah saya kelihatan lebih kurus dan tirus.

Tudung Sarung Instant untuk Si Muka Bulat


Kelebihan Slip On Tie Back Instant Scarf


Dengan tali pengikat di bahagian belakang yang boleh digayakan dalam dua cara, tudung sarung slip on adalah penyelesaian bagi masalah tudung saya. Diperbuat daripada premium matte spandex material, tudung instant ini sangat membantu urusan seharian saya. Tidak perlu memakai kerongsang atau pin, ia juga tidak perlu digosok. Hanya sauk dan ikat, dah selesai! Jika perlukan saya bersiap cepat seperti mendapatkan bungkusan penghantaran daripada posmen, saya hanya capai slip on daripada Malady Couture. Cepat dan ringkas namun saya masih kelihatan kemas dan menarik.


Diperbuat daripada kain yang tidak mudah berkedut dan tidak jarang, ia juga sejuk dan berat. Jadi slip on ini sangat sesuai digunakan ketika melakukan aktiviti riadah dan bersukan. Hanya perlu ikat talinya di bahagian luar dan saya masih boleh melakukan aktiviti sihat mengikut syariat Islam kerana labuh hadapan instant scarf ini adalah di antara 50 hingga 51cm. Tudung ini juga sesuai dijadikan sebagai tudung renang kerana sifatnya yang berat dan jatuh, jadi ia tidak mengganggu wajah ketika sedang berenang.

Tudung Sarung Instant untuk Si Muka Bulat

Sesuai juga dijadikan hadiah buat insan tersayang, setiap pembelian slip on instant scarf akan didatangkan dalam kotak kecil yang menarik. Jadi ianya boleh dijadikan hadiah buat si isteri atau adik tercinta. Tidak mudah berkedut, jadi penjagaannya di tahap minima. Namun elakkan membasuh slip on ini menggunakan mesin basuh kerana ia boleh merosakkan kualiti kain. Hanya rendam seketika dalam air sabun dan kemuadian boleh dibilas.


Harga Pengenalan

Dapatkan slip on tie back instant scarf dari Malady Couture ini pada harga pengenalan iaitu RM59 sebelum kembali pada harga asal iaitu RM65. Pada masa ini juga Malady Couture sedang mengadakan jualan My Hijrah yang menawarkan harga combo RM165 bagi belian tiga helai tudung. Jadi apa lagi, jom beli pilihan warna slip on awak harini.


Untuk lebih maklumat berkaitan slip on tie back instant scarf daripada Malady Couture, awak boleh klik di link page di bawah. Sebarang pertanyaan berkaitan harga atau cara pembelian, bolehlah terus direct message di sana ya. 

Instagram Page : Rini Malady Couture


Jom mudahkan hidup dengan slip on tie back instant scarf  daripada Malady Couture. Wajah tetap nampak cantik meski hanya menggunakan tudung sarung instant.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. SA plak suka je pakai tudung instant Syria...muka spesis muka bulat kan

    BalasPadam
  2. tqq info
    betul muka bulat memang remehh nk pilih tudung g
    yg kena he hee

    BalasPadam
  3. Kalau muka bulat pakai instant biasa lg bertambah bulat heheh. Cantik pakai tudung mcm ni

    BalasPadam
  4. peminat tudung instant boleh grab ni😊

    BalasPadam