Beri Duit Poket Anak Tanpa Guna Wang Sendiri

 

Sejak jadi agen unit trust, baru saya terbuka mata sikit tentang ilmu pelaburan. Sebelum ini saya cuma dengar cerita orang lain tapi masih belum applykan dalam kehidupan, sekarang saya baru nampak betapa pentingnya pelaburan bagi saya rakyat marhaen yang tak berapa cukup duit kebiasaannya. 


Awak pernah dengar tak cakap-cakap yang orang kaya tak guna duit sendiri untuk beri duit poket pada anak mereka? Jadi mereka guna duit siapa? Duit pelaburanlah. Kalau mereka guna duit pelaburan, tentu duit mereka akan berkurangan kan? Tak juga sebab mereka cuma sentuh duit hasil keuntungan atau dividen sahaja. Duit modal mereka tak sentuh.


Sebagai contoh, Ali adalah orang kaya. Semasa anaknya berumur 5 tahun, Ali mula buka akaun unit trust untuk anaknya dan melabur sebanyak RM2000 setiap bulan sehingga anaknya berumur 17 tahun. Sekiranya keuntungan dikira sebanyak 5% setahun, wang modal asal yang dikeluarkan Ali untuk pelaburan anaknya hanyalah RM288,000 tetapi nilai keseluruhan pelaburannya ternyata telah membiak sehingga RM395,000. Mana datang lebihan wang RM107,000? Itulah pulangan keuntungan dan dividen pelaburannya.


Beri Duit Poket Anak Tak Guna Wang Sendiri?


Jika Ali mahu beri duit poket kepada anaknya setelah berumur 17 tahun, Ali tak perlu keluarkan kesemua wang pelaburan anaknya. Dengan keuntungan pulangan sebanyak 5%, Ali akan dapat RM19,750 setahun dan dia boleh gunakan wang ini sebagai duit poket anaknya. Adakah wang pelaburannya terjejas? Tidak kerana Ali hanya gunakan wang keuntungan serta dividen seterusnya dan langsung tidak sentuh pelaburannya sebelum ini. 


Tetapi pulangan keuntungan hasil pelaburan unit trust tidak tetap, boleh dapat nilai negatif atau boleh dapat nilai positif bergantung kepada sentimen semasa. Namun pulangan keuntungannya boleh juga melepasi sehingga 50%. Sebab itu disarankan untuk melabur melalui agen kerana agen boleh update waktu terbaik samada untuk topap atau keluarkan. 


Tak boleh ke melabur sendiri? Boleh. Banyak platform pelaburan unit trust yang boleh digunakan untuk melabur sendiri contohnya Wahed Investment. Tapi kena pastikan selalu peka dengan harga semasa kerana tak ada siapa yang akan pantaukan harga. Macammana nak pastikan kita tak rugi? Top up semasa harga turun lebih banyak. Jadi kita akan dapat dollar-cost averaging, harga purata yang lebih murah. 


Beri duit poket anak tanpa guna wang sendiri?
Keuntungan dana pelaburan unit amanah PMB Investment


Pada usianya yang kian bertambah, Ali tak perlu susah hati memikirkan tentang wang poket anaknya dan boleh terus fokus untuk pembangunan keluarga kerana wangnya membuat duit secara sendiri. Itulah yang disebut wang beranak dan membiak. Dalam tidur pun mereka masih boleh buat duit.


Namun kisah Ali hanyalah terpakai untuk golongan kayangan dan T20 kerana hakikatnya saya bukan termasuk dalam golongan tersebut. Itulah sebabnya kenapa saya buat potongan autodebit setiap bulan untuk pelaburan sendiri. Walaupun sedikit, saya harap ada juga wang yang boleh saya gunakan pada hari tua nanti dan saya akan ajar anak-anak tentang kepentingan ilmu pelaburan ini.


Eh, surirumah pun boleh buat potongan autodebit? Ya meski tanpa slip gaji pun saya masih boleh melabur secara autodebit dan lagi best, saya boleh top up pelaburan hanya dari rumah tanpa perlu ke bank atau berjumpa agen. Lagilah senang saya nak melabur kan :)

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Balasan
    1. Harap lepasni kita pun dapat buat begitu pada anak-anak..aamiin

      Padam
  2. money makes money..passive income..

    ramai yg buat pinjaman bank utk labur unit trust, during good time, dividen yg dpt boleh cover byrn balik & ada lebihan lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pendapat saya, tak sesuai untuk buat pinjaman bagi melabur unit trust. Sebaiknya guna duit lebihan sahaja sebab langit tak selalu cerah, dalam unit trust akan ada masa kerugian. Kalau buat pinjaman perlu bayar interest pada bank. Jadi seeloknya guna sahaja apa yang ada di tangan :)

      Padam
    2. Betul tu.Kalau buat loan untuk pelaburan, interest nak bayar lagi.Lepas tu terikat pulak dengan bank.Better guna duit yang sedia ada untuk buat investment.At least tak ada terbeban dengan hutang.

      Padam
  3. sekarang ini nak kumpul duit keuntungan hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pula masih mencari nak menjual produk apa..tak nampak bayang lagi. Huhu

      Padam
  4. Kita pun invest duit dekat Wahed jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Invest kat mana2 pun okay kan asal start sekarang..

      Padam
  5. Kena invest utk kegunaan anak2 di kemudian hari ni

    BalasPadam
  6. terima kasih berkongsi ilmu. sy setuju sgt bla kita dah mula menabung sedari ank kecil. kalau dr dlm perut lg bagus, kan?😊

    BalasPadam