Ajar Anak Hafal Bacaan dalam Solat Cara Santai

 

Pernah tak ibu rasa susah nak mengajar anak? Tak kisahlah dalam apa perkara atau subjek sekali pun, terasa perkara tu perlu diberitahu cuma susah nak perkenalkannya pada anak-anak. Saya ada satu kelemahan yang saya perasan mula datang bila Auni dah makin membesar. Mengajar matapelajaran Jawi dan bacaan Quran kepada Auni adalah suatu perkara yang saya rasa paling sukar saya lakukan.


Meskipun sebelum ini saya pernah mengajar subjek Matematik dan Sains di sekolah, namun bila mengajar subjek jawi rasanya saya pula yang garu kepala memikirkan bagaimana caranya saya nak buat supaya Auni mudah faham dan ingat. Bila Auni dah mula belajar solat, terasa sukar pula saya nak mengajar Auni bacaan dalam solat yang panjang dan yang utamanya, bukan dalam bahasa ibunda. Untuk memperkenalkan bahasa asing kepada anak-anak dan meminta mereka menghafalnya tentulah perlukan masa dan usaha. I need a guideline bagaimana nak mengajar anak menghafal bacaan dalam solat. Buntu.

Ajar Anak Hafal Bacaan dalam Solat

Tapi sekarang saya dah jumpa jalan penyelesaiannya. Auni pun dah makin lancar menyebut bacaan dalam solat. Dia juga tak bergantung pada saya dan suami atau handphone lagi untuk solat. Disebabkan isu mengajar anak menghafal bacaan dalam solat pernah menjadi masalah saya dan pada masa itu saya juga kerap tertanya-tanya bagaimana ibu-ibu lain mendidik anak mereka menghafal, jadi apa kata saya kongsikan beberapa tips yang saya buat supaya Auni mudah menghafal bacaan dalam solat.


Btw cara ini mungkin berkesan kepada sesetengah kanak-kanak sahaja. Kalau anak tak mampu nak ikut, mungkin boleh cari alternatif lain untuk ajar anak menghafal bacaan dalam solat terutamanya buat anak yang belum pandai membaca. Takpe, slow-slow kayuh kan. Oh satu lagi, kalau anak masih belum pandai membaca, boleh guna >> Ajar Anak Hafal Fonik AEIOU dengan Pantas ini, semoga membantu.


Semoga dengan tips yang sedikit ini dapat membantu ibu-ibu mengajar anak bersolat dengan cara yang santai dan tak formal. Anak pun tak stress dan mudah menghafal, yang penting dalam mood ceria dan gembira. Tak banyak pun tips yang saya buat, ada dua sahaja. Nak tau tak apa tips tu? Jom baca..


1. Beli Buku Komik-M : Misi Solat Lima Waktu

Tujuan saya beli buku Komik-M ni sebenarnya untuk Auni penuhi masa lapangnya dengan aktiviti berfaedah. Kami selalu berada di rumah, jadi tak banyak aktiviti luar yang kami lakukan. Bila dapur mula diubahsuai pula, lokasi kami habiskan masa kebanyakannya hanya di dalam bilik sahaja. Meskipun saya boleh memasang cerita di laptop atau handphone, tapi saya tak gemar Auni habiskan masa dengan gajet. Jadi saya belikan beberapa buah buku ala komik untuk menarik minat Auni membaca, namun dalam masa yang sama buku itu haruslah berinformatif.

Ajar Anak Hafal Bacaan dalam Solat

Kebetulan saya juga dalam misi mendidik Auni untuk solat lima waktu, jadi saya pilih buku Misi Solat Lima Waktu sebagai bahan bacaan tambahan Auni. Tak sangka buku sekecil ini yang berharga hanya RM7, mengandungi banyak informasi berguna yang diilustrasikan dalam bentuk santai dan lawak. Auni seronok membaca dan dia juga terpengaruh untuk melakukan perkara baik yang dibacanya daripada buku tersebut. 


Saya perasan setiap kali Auni ingin masuk ke tandas, dia akan minta saya bacakan doa untuknya. Begitu juga apabila ingin keluar tandas. Bukan itu sahaja, Auni juga ambil buku Misi Solat Lima Waktu dan letakkan di sebelahnya ketika ingin solat. Pada mulanya saya tak pasti mengapa, namun setelah beberapa kali lihat Auni letakkan buku tersebut di sebelahnya ketika solat, baru saya tahu rupanya Auni ingin membaca bacaan dalam solat yang ditulis dalam tulisan rumi yang terdapat dalam buku Misi Solat Lima Waktu itu.


2. Tulis Bacaan dalam Solat dengan Tulisan Rumi

Jadi datang idea saya untuk tulis ayat bacaan dalam solat dengan tulisan rumi. Saya tulis ayat tersebut dalam kertas A4 dengan tulisan yang besar untuk memudahkan Auni membacanya ketika solat. Hanya letakkan kertas tersebut di tepi Auni ketika solat, jadi Auni boleh rujuk dan membacanya sekaligus menghafal tanpa rasa terbeban. Apabila diulang sebanyak lima kali sehari, tentu sahaja mudah untuk Auni mengingatnya.


Sekarang Auni sudah ingat hampir kebanyakan bacaaan dalam solat kecuali doa iftitah dan qunut. Saya tekankan ayat yang pendek dahulu dan apabila Auni sudah mengingat bacaan tersebut, barulah saya minta Auni membaca ayat yang panjang seperti bacaaan ketika duduk tahiyat. Saya baru sahaja amalkan cara ini dalam masa sebulan lebih ini dan bacaan dalam solat Auni sudah semakin lancar dan lebih baik daripada dahulu.

Ajar Anak Hafal Bacaan dalam Solat

Saya juga tak perlu tinggikan suara menyuruh Auni menghafal bacaan dalam solat kerana Auni lakukannya mengikut kehendak diri sendiri dan tidak rasa terbeban dengannya. Jadi proses ini jadi lebih mudah bagi saya dan Auni. Walaubagaimanapun, cara ini mungkin tak berkesan jika anak tidak melakukan rutin solat lima waktu kerana ilmu yang  diamalkan secara berterusan akan lebih cepat disimpan dalam minda berbanding amalan yang dilakukan sekali-sekala.


Jadi langkah pertama yang perlu dilakukan sekiranya anak-anak sukar melakukan solat wajib lima waktu sehari semalam adalah dengan menyuruh mereka mengerjakannya. Bagaimana ingin jadikan solat sebagai aktiviti harian mereka tanpa disuruh dan dipaksa? Mudah sahaja, solatlah berjemaah bersama anak-anak. Mereka akan lebih mudah melakukan sesuatu perkara melalui pemerhatian dan role model yang terbaik bagi anak-anak tentulah ibu bapa mereka.

Ajar Anak Hafal Bacaan dalam Solat

Semoga anak-anak kita membesar menjadi individu yang berjaya bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat. Dan semoga dengan tips yang sedikit ini dapat menjadi bekal untuk dibawa ke akhirat nanti. Anak-anak mencorak masa depan negara, bimbinglah dengan acuan agama semoga sentiasa dirahmati dan diredhai Allah selalu. Aamiin..

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. bagusnya... anak2 kecil mudah ingat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang nak ajar masa kecil ni, dah besar bimbang tak jalan pulak..

      Padam
  2. Wahh bagusnya.. dia berusaha untuk hafal atas kehendak sendiri.. alhamdulillah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..harapnya agar dia terus berusaha untuk belajar agama dan ilmu dengan baik lepasni..aamin..

      Padam
  3. menarik ni ada buku solat., bagus utk kanak2.,
    tuari wak ade beli tikar sejadah elektronik solat tapi mcm x function je., huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke? Saya pun ada survey sejadah elektronik tu sebelum beli novel2 ni, tapi review di FB macam tak berapa baik. Ramai yang order hingga berbulan2 tapi sejadahnya tak sampai. Terus tak jadi saya nak order..

      Padam
  4. alhamdulillah...bagus sangat info ini..

    boleh saya sarankan untuk ibu ( bayangan sahaja) kepada anak-anak saya nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya aamiinkan untuk awak..semoga bertemu bakal jodoh yang baik untuk membimbing anak-anak awak nanti ya..aamiin

      Padam
  5. alhamdulillah..bagus kakak auni..ciksha nak tiru la cara ibu tu..buat kat abang adan pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh boleh sangat CikSha, Abang Adan pun sama umur dengan Auni kan? Boleh sama-sama belajar la macamni..

      Padam
  6. mmg akan nampak sukar pd permulaan tp waktu kecil nilah yg terbaik utk kita ajar... insya allah mereka akan cpt igt selagi kita tak berhenti memberi galakan utk terus bersolat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang saya cuba nak buat awak tapi along the way nak jumpa satu jalan tu memang payah jugak. Banyak try and error kena buat, kena perah otak jadi kreatif pun ye sebab tanak anak bosan dan malas. Alhamdulillah Allah bukakan jumpa satu jalan..

      Padam
    2. x pe...dalam masa sama kita (ibu bapa) juga belajar... kalau semua mudah, tiada istilah pendidikan dlm dunia ni ;-)

      Padam
    3. Setuju wak..learning proses untuk anak, pun learning proses untuk mak ayah jugak..in shaa Allah terus berusaha! Hyeh!

      Padam
  7. Wah, good idea kak. tak terfikir pula buku komik sebenarnya boleh mendidi anak kecil dalam solat. Nice info kak. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Akak pun taktau method macam ni rupanya sesuai untuk Auni. Jangan nanti dia claim nak beli banyak komik sudahla :P

      Padam