Khamis, 12 Julai 2018

Bisnes Yang Saya Ingin Mulakan


Apakah bisnes yang saya ingin mulakan?
Jual produk atau perkhidmatan?

Mampukah bisnes saya bertahan atau akan bungkus di tengah jalan? Bagaimana saya akan berhadapan risiko yang bakal melanda nanti? Gaji pekerja, sewa kedai atau bil api dan air macammana pulak?

Banyak persoalan bermain di minda jika bercakap soal bisnes yang saya ingin mulakan.
Bukan sahaja hal produk malahan juga kewangan.
Bagaimana ingin memulakan suatu bisnes jika tiada modal dan produk?

Bukan masalah lagi untuk anda yang menghadapi masalah tersebut.
Cuma perlukan sedikit usaha dan kesabaran.


Bisnes Yang Saya Ingin Mulakan


Jadi bagaimana?

Jom kita mulakan dengan bisnes online. Mengapa tidak? Sekarang pun anda sedang melayari internet bukan? Sambil mengemaskini laman media sosial, anda juga boleh mengiklankan produk jualan sendiri. Jika anda mahir menggunakan Facebook, anda juga boleh membina kedai maya anda.

Oh, saya tiada produk dan juga tiada modal, bagaimana saya ingin iklankan produk?
Apa kata anda jadi agen DROPSHIP atau AFFILIATE!

Kedua-duanya tidak memerlukan modal. Malahan anda juga tidak perlu menyimpan stok. Hanya iklankan dan dapatkan pelanggan, kemudian anda akan dibayar mengikut jumlah yang telah dipersetujui.

Apakah itu DROPSHIP dan AFFILIATE?

Dropship adalah proses di mana anda mengiklankan produk orang lain, mendapatkan pelanggan dan meminta penjual menghantarkan barangan yang telah dipesan kepada pelanggan. Harga barang jualan dinaikkan sedikit daripada harga asal dan jumlah tersebut merupakan keuntungan anda jika suatu transaksi berjaya dibuat. Anda menjual produk dalam proses ini.

Affiliate pula adalah proses anda mengiklankan suatu laman web untuk mendapatkan jumlah pengunjung yang seterusnya akan membuat belian di laman web tersebut. Keuntungan yang diperoleh biasanya dalam bentuk komisen. Semasa proses ini, anda menjual perkhidmatan.

Adakah dropship dan affiliate merupakan suatu bisnes?

Ya! Kerana menurut Paul Freet, seorang usahawan dan pakar komersial barat, "Perniagaan adalah suatu proses yang berulang-ulang untuk menjana duit. Selain daripada itu adalah hobi".


Bisnes Yang Saya Ingin Mulakan


Adakah saya mempunyai bisnes?

Ya, saya baru bermula dengan bisnes kecil-kecilan secara online. Namun ia bukan dropship mahupun affiliate. Saya menggunakan sedikit modal untuk membeli produk dan menjual semula melalui online. Hubungi saya jika anda ingin membeli Intelligent Stick dan CelebrityLass ;)

Saya tidak merancang untuk menyewa kedai bagi bisnes ini kerana ilmu saya masih sedikit dan saya juga kekurangan modal awal untuk memulakan bisnes. Jadi langkah pertama saya untuk memulakan bisnes adalah dengan memasarkannya secara online.

Selain tidak memerlukan modal awal yang besar, saya juga tidak perlu menggaji pekerja, membayar bil elektrik dan apa yang paling menarik adalah saya tidak terikat dengan masa bekerja. Saya bebas melakukan bisnes saya dia rumah pada bila-bila masa.

Saya sudah memulakan bisnes pertama saya. Jadi bagaimana dengan anda?
Sudahkah anda fikir bisnes apa yang anda ingin mulakan?

Perlukan lebih banyak maklumat tentang bisnes dan perkara yang berkaitan dengan perniagaan?
Jangan risau. Jom baca di The Usahawan untuk lebih info dan maklumat. Anda boleh baca Strategi Pemasaran Power untuk Beginner jika masih tidak yakin untuk mula berbisnes.

Apa pun saya doakan anda dan saya berjaya dalam bisnes masing-masing. Jika kita tak berjaya untuk terus bertapak, harap kita dapat belajar sesuatu hasil daripada bisnes yang kita telah mulakan ini. Semoga berjaya dunia dan akhirat dan all the best!

64 ulasan:

  1. Sejujurnya, baru tahu pasal affiliate. Sebelum nie, tak pernah tahu dan search pun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Affiliate ni senang buat duit terutama kalau ada banyak follower.

      Padam
  2. Bagus dah ada business.goodluck to u.

    BalasPadam
  3. bagusla ramai yang dah dapat pendedahan tentang bisnes online. ia sebenarnya lubuk duit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, jangan malu nak bermula. Senang buat duit online sekarang sebab internet sekarang senang di akses kat mana2.

      Padam
  4. SA dulu bermula dengan dropship..pas tu dh jd pemalas..lepas ni ingat nak buat semula..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempat tak SA? Dengan kerja hakiki, update blog, jaga anak lepastu nak berbisnes? Macam penat jugak tu..

      Padam
  5. Sekarang ni kalau orang yang kata susah nak cari duit tu memang susah nak percaya kerana secara online pun dah ramai orang boleh buat pendapatan sendiri cuma nak mula tu jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Nak mula tu yang payah sikit. Bila dah start automatik tau nak buat apa untuk promosi barang.

      Padam
  6. Dulu pernah niaga online. Pastu sekarang dah stop sebab masa niaga tu memang tak cukup tangan dengan kerja lain. Tapi onie sendiri mmg suka niaga online. Best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan? Selain boleh jana income, boleh tambah networking jugak :)

      Padam
  7. Long time don't do online business. Dulu pernah la. masa zaman ebay.I sold a lot there and earn USD. Affiliates seriously doesn't work for me until now. guess I did it wrong way.

    BalasPadam
    Balasan
    1. But then why u stop doing online business? Dapat USD tu bukan sikit tau. Sayang pulak stop..

      Padam
  8. Sama lah dgn saya. Teringin bukak perniagaan sndri tp tak tahu bagaimana nk mula n nk dapatkn stok. Ramai juga yg syorkan sy baca di blog The Usahawan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh la kita start study di The Usahawan, banyak info untuk peniaga kat web tu kan?

      Padam
  9. Sis pun minat berniaga..sampai skrg minat. Dulu pernah bukak kedai salon n kedai makan..tpi dh tutup dh..then meniaga online sampai skrg..boleh duduk rumah n jaga anak..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, sis meniaga online apa ye? Seronok je kalau dah lama meniaga. Mesti dah dapat regular customer..

      Padam
  10. mudah-mudahan apa jua yg diusahakan akn diberkati dan berjaya aminnn

    BalasPadam
  11. Good luck . Bagus juga idea ni. Jadi drop ship tak perlukan modal besar sgt. Janji rajin tu konsisten

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Ayu, bagi yang tiada modal dan produk pun dah boleh mula menjual kan..

      Padam
  12. Business online antara yang paling mudah utk mulakan. Yg penting kena pandai marketing. Dropship pun ok sebab tak perlu modal tp kena cari seller yg jujur lah kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, penting cari seller yang jujur sebab saya pernah tengok ada yang rugi RM20k sebab pembekal bawak lari duit dan tak hantar barang melalui dropship ni..kejam betul.

      Padam
  13. Ada juga join affiliate program. Ada yang dah dapat hasil dan ada yang tak pernah dapat hasil lagi. Masuh kurang jelas macam mana nak promo affiliate dengan cara yang berkesan.. huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita. Pendapat saya untuk affiliate ni kalau ada followers yang ramai memang untung sebab ramai yang akan klik link affiliate kita tu. Saya followers sikit..hurm :(

      Padam
  14. Good luck in your new business... just get it start and money will flows in.. all the best~! ganbatte!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Kylie. Ganbatte to you too, in everything u do :)

      Padam
  15. All the best to you in your business. I used to sell stuff online as well more than ten years ago. Sudah berhenti cos I found other things to do that brought in more money.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah..share la other things yang u jumpa tu. Mana tau i pun boleh join sama :D

      Padam
  16. Sha ada join affiliate program tapi tak adalah secara fulltime..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah tapi kalau rajin je baru bukak..time malas memang berhabuk sawang la..

      Padam
  17. Baru tahu perbezaan antara dropship & affiliate ni. Dropship dah selalu tahu sebab kita banyak terdedah dengan info .Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, semoga bermanfaat ye :)

      Padam
  18. Hana pun terfikir jugak nak mula bisnes online.. tapi tu lah,tak reti lagi T^T huhuhu anyway chaiyok! chaiyok! kak!! ^^ semoga Allah permudah! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Caiyok! Caiyok untuk Hana jugak! Mai kita start bisnes sesama. Nanti Hana beli produk akak, akak beli produk Hana :P

      Padam
  19. Zaman sekarang memang kena fikir kaedah untuk menambah pendapatan. Pada awal memang untung tak banyak, tapi hanya yang bertahan akan dapat menambah keuntungan dan membesarkan skala perniagaan kan, Dalam berniaga perlu tabah dan konsisten.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Rawlins. Rawlins macam dah lama berbisnes je sebab semua point tu kena tepat. Harap nanti dapat besarkan perniagaan walaupun sekarang ni jual main-main je :D

      Padam
  20. You seem a hardworking person. Never give up your dream to own your own business. Starting you business in social media is the faster and free advertisement. No need keep stock as long you are hardworking

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agree with you Betty. Hardworking is the key point. But i am not that hardworking as you thought :P

      Padam
  21. info terbaek.. semoga dimurahkan rezeki :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..thanks Ejulz, awak jugak semoga dimurahkan rezeki..

      Padam
  22. Dropship n affiliate ni bagus sebab kita xpyah pun keluarkan modal kita...sekarang ni kena bijak ambil peluang depan mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, sekarang kena cuba buat semua yang free sebab kalau tak jadi pun kita tak rugi apa2 kan..

      Padam
  23. nice share.. so far masih belum berbisnes.. makan gaji je skrg.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. At least awak bekerja, saya tak bekerja so kena cari alternatif nak tambah pocket money :D

      Padam
  24. Salam,

    Saya setuju dengan perkongsian ini. Zaman sekarang ni dah banyak cara nak jana pendapatan melalui online salah satunya dengan program Affiliate, tak perlu keluar modal atau memiliki apa-apa produk pun.

    Saya pun masih belajar bagaimana nak bisnes online ni. Produk saya lebih kepada membantu orang ramai melancong dengan mudah.

    Saya ada buat program affilate sendiri. Jika ada kesempatan boleh la singgah atau join program affiliate saya ye www.naracards.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..saya dah lihat program affiliate tuan di naracards. Memang unik dan menarik. Nanti saya nak join affiliate jugak ye :)

      Padam
  25. Ya zaman sekranag ini kita perlu bijak mengambil peluang dengan adanya kemudahan internet, saya pun masih memikirkan bisnes yang sesuai utnuk dipraktikkan satu hari nanti.

    Jemput singgah : adibsite.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita diberi jalan untuk memulakan bisnes fizikal satu hari nanti kan :)

      Padam
  26. All the best. Syaza pun bekerja dari rumah jugak. Wat bisnes juga, jual Shaklee :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. All the best untuk awak jugak Syaza :)

      Padam
  27. Trime kasih, Zarini kerana join contest kami. Bagi rakan blogger yang lain, join skali jom. Matlumat contest ble dpt di sini:
    https://theusahawan.com/theusahawan-blogger-contest

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga TheUsahawan kerana ajak saya sertai contest ini :)

      Padam
  28. Selamat maju jaya, says pull Bari Mak berjinak Jinak dalam sun is blog ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat maju jaya juga untuk awak Bro Ahmad :)

      Padam
  29. Semoga tercapai impian bisnes tu. Insha Allah, good luck...

    BalasPadam