Buat Duit Online dari Rumah Tanpa Modal


Alhamdulillah kerana sepanjang hampir dua tahun kembali aktif berblogging, tanpa sangka saya mula menjana duit secara online hanya dari rumah. Bukan hanya disebabkan oleh blog semata-mata, terdapat beberapa cara lain juga boleh dilakukan hanya dari rumah untuk buat duit secara online tanpa memerlukan sebarang modal. 


1. Buat Blog

Ini merupakan target utama saya dalam menjana wang secara online hanya dari rumah tanpa memerlukan modal yang besar. Bagi blogger yang telah menukar domain blog, kami terpaksa mengeluarkan sedikit modal namun bagi pemula yang ingin menjadi blogger, awak boleh mula membuat blog secara percuma tanpa sebarang modal tau.


Bagaimana duit boleh terjana dengan blog? Dua cara iaitu samada melalui review berbayar atau melalui Adsense. Review berbayar biasanya diterima apabila pengiklan ingin mengiklankan produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan di blog. Sebagai pulangan, blogger pula akan menulis mengenai kebaikan produk mereka di blog.

Buat Duit Online dari Rumah Tanpa Modal
Upah dari Google Adsense

Adsense pula merupakan suatu platform pengiklanan yang diletakkan di blog dan merupakan antara perkara wajib ada pada setiap blog. Jumlah bayaran bergantung kepada bilangan pembaca yang melihat iklan serta jumlah klik yang diterima pada iklan. 


Selain itu, Nuffnang, Klikjer atau medium pengiklanan lain juga boleh digunakan untuk menjana wang bagi blogger namun tidaklah selumayan dan semudah Adsense.


2. Instagram

Instagram merupakan antara medium pengiklanan yang paling laku dan mudah dilakukan berbanding blog serta menghasilkan bayaran yang lumayan. Itulah sebabnya mengapa wujud golongan instafamous bagi mereka yang popular dalam komuniti Instagram.


Bagi mereka yang ingin membuat duit secara online tanpa modal hanya dari rumah, bolehlah mula mengumpul follower di Instagram. Tidak perlu menulis di blog, tidak perlu mengiklankan di media sosial yang lain, hanya post di Instagram dan terima bayaran. Namun dengan syarat, follower Instagram haruslah tinggi.


Tetapi jangan pula membeli follower dengan menggunakan apps ya. Tanpa engagement, jumlah follower yang tinggi tidak menjanjikan instagrammer akan menerima job kerana PR juga melihat kepada nilai engagement yang tinggi.


Usah risau, saya juga tidak mempunyai jumlah follower yang ramai namun telah berjaya menghasilkan duit daripada Instagram. Jika berminat, instagrammer boleh mendaftar di apps KOMACI, Sushivid atau Ittify untuk mendapatkan peluang job di Instagram.


3. Involve Asia

Berkongsi kod link kepada rakan-rakan atau sahabat handai juga boleh menghasilkan duit tau. Dengar macam tidak logik tapi ini kenyataan. Mendaftar di Involve Asia dan berkongsi link daripada senarai merchant yang terdapat di laman web Involve Asia boleh menghasilkan duit secara online hanya dari rumah tanpa mengeluarkan modal.


Saya sendiri tidak sangka akaun Involve Asia yang saya buat secara suka-suka sebelum ini juga menghasilkan duit walaupun setelah sekian lama saya tidak membukanya. Selain berkongsi link, awak juga boleh berkongsi banner atau deeplink.


Tapi ada syaratnya. Orang yang masuk ke akaun melalui link yang diberi perlu membuat belian atau mendaftar dengan merchant tersebut. Sekiranya berjaya barulah bayaran akan dibuat. Klik sini untuk mendaftar >> Involve Asia atau baca sini untuk mengetahui cara mendaftar serta info lanjut >> Buat Duit Online dengan Involve Asia.


4. PanelPlace

Bagi mereka yang tidak mahu mengiklankan produk atau perkhidmatan seperti dalam senarai ketiga-tiga cara di atas, ada satu cara yang boleh dipilih iaitu melalui soal kaji selidik. PanelPlace menyediakan perkhidmatan ini. Dengan PanelPlace, awak hanya perlu menjawab soal kaji selidik dan dibayar setelah semua soal selidik lengkap dijawab.


Tidak perlu mengiklan, tidak perlu keluar rumah dan tidak terikat dengan masa. Buat duit dengan menjawab kaji selidik hanya dari rumah secara online tanpa sebarang modal. Mudah kerana ia terpulang kepada diri sendiri ingin menjana wang sebanyak mana yang dikehendaki melalui soal jawab selidik semata-mata.


Klik sini untuk mendaftar >> PanelPlace dan baca sini untuk cara mendaftar dan info lanjut >> Buat Duit dengan PanelPlace.


Jadi, ini adalah antara apa yang saya lakukan sepanjang tahun 2019 untuk buat duit secara online hanya daripada rumah tanpa memerlukan modal yang besar. Pelbagai jenis apps dan alternatif lain yang boleh juga dilakukan selain daripada senarai di atas. Apa kata share cara awak pula bagaimana buat duit daripada rumah secara online, mana tau saya pun boleh join sama..

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. takleh fokus nak baca sbb sakit gigi. sobs

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesiannya, semoga gigi dah tak sakit lagi ye Ray..

      Padam
  2. Wah, menarik. Saya dah lama mencari platform platform begini, Thank you sudi share.

    BalasPadam
  3. sekarang dah lebih advance. mau dgn malas je yg membezakan kita bla ckp buat kerja dr rumah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat tapi kadang2 masa mencemburui jugak sebab banyak spend kat sosial media..cakap pasal diri sendiri ni :D

      Padam
  4. banyak option skrng untuk jana pendapatan kena dengan gaya yang sesuai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, kalau buat konsisten in shaa Allah boleh dapat banyak income..

      Padam
  5. terima kasih perkongsiannya dan tipsnya..

    BalasPadam
  6. Makin banyk pilihan dah sekarang nie.. janji rajin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalkan ada kemahuan, semua boleh jadi kan sha..

      Padam
  7. da lama tak jenguk hye sis..yeayy jana duit melalui online sahaja heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi sis, surirumah macam saya cuma mampu buat yang ni je la..thanks datang melawat :D

      Padam
  8. banyak sumber pendapatan kan walaupun duduk di rumah mama doakan semoga murah rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaminn, thanks mama. Semoga murah rezeki mama juga ye

      Padam
  9. jana pendapatan secara online
    punca rezeki
    rajin iklan
    lumayan income

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, saya tengah merajinkan diri mengupdate blog sekarang sebab nak cepat cash out adsense :D

      Padam
  10. nice share.. pakar nih.. mesti dok rumah goyang kaki je duit masyuk nih.. hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aish, mana ada la wak. Buat tampung sikit2 boleh la...banyak2 takde

      Padam
  11. waaa~ terima kasih atas perkongsian. Nak cuba yang lain lepas tak pandai no 1-4 . haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe, cuba je mana yang rasa sesuai tu wak. Semoga sukses ye..

      Padam
  12. Tq atas perkongsian. Banyak platform boleh digunakan untuk jana pendapatan online. rajin tak rajin je :)

    BalasPadam