Fish Prosperity Burger : Menu Terbaru dalam Keluarga Prosperity daripada McDonald's


Bermula daripada pengalaman pertama kali merasai sendiri Beef Prosperity Burger semasa belajar di UiTM Shah Alam dahulu, sehinggalah kini telah berkahwin dan beranak pinak, saya tidak pernah gagal untuk menjamah sajian ini menjelang tiba musim perayaan Chinese New Year setiap tahun.


Setiap kali hampir tiba sambutan Chinese New Year, pasti akan terbayang dalam kepala saya hidangan Beef Prosperity dengan kelembutan daging yang disaluti sos blackpaper dan hirisan bawang serta diapit bun bijan masuk ke dalam mulut. Setiap gigitan, meskipun pedas hingga berair hidung namun sentiasa berjaya memberi kepuasan kepada perut dan hati saya. Aroma sos blackpapernya sahaja sudah bisa bikin saya penasaran. Jadi memang sinonim dalam minda saya, jika Chinese New Year tiba, saya harus ke McDonald's untuk dapatkan Beef Prosperity Burger.

Fish Prosperity Burger : Menu Terbaru dalam Keluarga Prosperity daripada McDonald's

Pada tahun ini, saya memang bernasib baik kerana seawal hari kedua sajian Prosperity dikeluarkan, suami telah tapaukan set Double Beef Prosperity bersama Twister Fries dan minuman McFizz untuk isterinya ini setelah pulang daripada kerja. Seronok bukan mainlah saya. Hidangan kedua pula saya nikmati ketika menghantar suami ke tempat kerja, jadi saya singgah sebentar di McDonald's untuk take away Beef Prosperity. Siapa sangka hidangan saya yang ketiga dengan hidangan Prosperity kali ini adalah IKAN! Ya, IKAN! Awak tak salah baca, Fish Prosperity Burger!


Kebetulan pada hari kedua pelancaran Fish Prosperity, saya sedang mengopi di McDonald's bersama blogger otai Terengganu iaitu sis Gee dan sis Husniey. Pertemuan di luar urusan kerja ini merupakan pertemuan pertama kami setelah semua rancangan untuk berjumpa pada tahun lepas menemui kegagalan. Akhirnya bertemu juga kami untuk mengopi pada awal bulan ini! Lokasi pertemuan tentulah di restoran panas Kuala Terengganu iaitu di McDonald's.

Fish Prosperity Burger : Menu Terbaru dalam Keluarga Prosperity daripada McDonald's

Disebabkan rancak berbual sehingga kami tidak sedar masa berlalu dan hidangan menu breakfast di kaunter telah bertukar ganti kepada menu lunch. Perut kembali lapar dan makanan yang dibeli seawal masuk ke restoran pula telah habis. Kebetulan kami disapa oleh Nurul Wahida, salah seorang kakitangan McDonald's yang kami kenali sewaktu mengikuti >> Program Rumah Ronald di HUSM Kelantan. Beliau sedang melakukan proses audit restoran dan kami mengambil kesempatan untuk berbual seketika bersama Wahida yang cukup terkenal dengan keramahannya.

"Dah cuba ke menu Fish Prosperity yang baru?".

Fish Prosperity Burger : Menu Terbaru dalam Keluarga Prosperity daripada McDonald's

Pertanyaaan Wahida membuatkan kami berpandangan sesama sendiri buat seketika. Baru kami tahu rupanya ada menu baru yang dikeluarkan iaitu FISH PROSPERITY dan kami semua belum pernah merasainya. Jadi Wahida arahkan Siti iaitu salah seorang kakitangan McDonald's menghidangkan tiga set Fish Prosperity bersama Twister Fries dan McFizz untuk kami mencubanya. Langkah kanan kami pada hari tersebut. Alhamdulillah..tidak lupa juga ucapan terima kasih buat Pengurus McDonald's Terengganu untuk hidangan ini.


FISH PROSPERITY BURGER - MENU BARU KELUARGA PROSPERITY

Selain chicken dan beef, McDonald's memperkenalkan pula hidangan fish sebagai menu baru dalam keluarga Prosperity. Masih kekal sama seperti hidangan Prosperity yang lain, hidangan fish filet yang digoreng garing ini dicelup ke dalam sos blackpaper sebelum ditabur bersama hirisan bawang dan diapit bun bijan pasti menarik perhatian para peminat hidangan filet ikan untuk mencubanya.

Fish Prosperity Burger : Menu Terbaru dalam Keluarga Prosperity daripada McDonald's

Menurut Siti, berbeza dengan hidangan Prosperity yang lain kerana dicelup terlebih dahulu ke dalam sos blackpaper sebelum tempahan diterima, fish filet pula hanya akan dicelup ke dalam sos blackpaper sebaik sahaja tempahan diterima. Ini kerana struktur filetnya yang lebih lembut dan rapuh membolehkan ia mudah menyerap sos walaupun direndam seketika. Selain itu, ia juga bagi mengelakkan filet menjadi terlalu lembik. Ikan yang digunakan pula adalah jenis ikan dory


Bagi satu hidangan set Prosperity, pelanggan akan menikmati burger bersama Twister Fries dan minuman McFizz. Jika hidangan kecil tidak mencukupi, anda boleh dapatkan Double Prosperity Burger untuk menikmati dua kali ganda keriangan. Walaubagaimanapun, hidangan ini tidak akan kekal lama di kaunter McDonald's. Berakhirnya musim CNY bermakna hidangan Prosperity juga akan berakhir. Jadi jangan ketinggalan untuk menikmatinya hari ini!


BEEF PROSPERITY vs FISH PROSPERITY

Ramai di kalangan rakan yang bertanya tentang rasa Fish Prosperity sebaik sahaja saya memuatnaik gambar di media sosial. Kebanyakannya merasa pelik kerana pada fikiran mereka gabungan ikan dan roti dimakan bersama sos blackpaper adalah sesuatu yang tidak sesuai. Seolah-olah menikmati ikan celup tepung yang direndam ke dalam sos blackpaper dan dimakan bersama roti..erm, memang macam tak masuk kan?

Fish Prosperity Burger : Menu Terbaru dalam Keluarga Prosperity daripada McDonald's

Walaubagaimanapun, hidangan Fish Prosperity ini sedap dan langsung tidak menghasilkan rasa yang pelik apatah lagi berbau hanyir apabila masuk ke dalam mulut saya. Hirisan filet ikan yang lembut namun rangup apabila digigit menghasilkan rasa yang serasi apabila dimakan bersama roti ditambah dengan kehadiran rasa pedas daripada sos blackpaper serta rasa rangup hirisan bawang holand, menjadikan ianya sempurna.


Saya percaya golongan yang gemar menikmati sajian filet ikan pasti akan menggemari hidangan ini. Mengapa tidak? Saya yang kurang gemar hidangan filet ikan pun boleh menghabiskan satu hidangan Fish Prosperity tanpa rasa muak, apatah lagi bagi peminatnya bukan? Ianya lembut, tiada bau hanyir dan serasi dimakan bersama roti dan sos blackpaper!

Fish Prosperity Burger : Menu Terbaru dalam Keluarga Prosperity daripada McDonald's

Seperti yang saya nyatakan, saya merupakan peminat Beef Prosperity Burger. Seingat saya hanya sekali dua sahaja saya pernah makan Chicken Prosperity Burger, selebihnya adalah beef. Jadi apabila mencuba Fish Prosperity, adakah hati saya mula berubah? Jawapannya, tentulah tidak! Saya masih kekal setia pada Beef Prosperity. Bukan kerana rasa Fish Prosperity tidak sedap, percayalah ia sedap dan menyelerakan namun sejak dahulu lagi saya kurang gemar hidangan filet ikan. Jadi itulah sebabnya mengapa Beef Prosperity masih tetap kekal berada pada carta pertama perut saya.


Nikmati Fish Prosperity di McDonald's Sebelum Terlepas

Hidangan ini tidak akan kekal lama berada di kaunter, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri kelazatan Fish Prosperity Burger hari ini. Bagi yang berada di sekitar Terengganu, anda boleh ke cawangan McDonald's Kuala Terengganu yang terletak bersebelahan Mydin Mall untuk merasai sendiri pengalaman menikmati Fish Prosperity Burger sebelum terlambat.

McDonald's Kuala Terengganu DT
Lot 3540, Jalan Sultan Mohammad,
Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu.
Facebook Page : McDonald's Kuala Terengganu DT

Jangan lupa untuk menggunakan aplikasi McDonald's di telefon bimbit anda sewaktu membuat pesanan bagi mendapatkan harga belian yang lebih jimat!

Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. Balasan
    1. Set date terus sis, pastu zasss..jumpa kat McD :D

      Padam
  2. bila nak merasa taktau lah sebab menu baru ni macam best je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best wak, kalau lambat takde tau..baik pi cecepat :P

      Padam
  3. Balasan
    1. Ala..kan kata nak dating aritu tapi CikNor asyikla bz memanjang. Kita dating dengan orang lain la dulu..

      Padam
  4. belum try lg sbb lom sggh mb2 mekdi😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasni singgah boleh try wak..tapi jangan lambat, kalau tak tahun depan baru jumpa balik la..

      Padam
    2. Eleh tak cayer diet, kat blog dia banyak je gambar makanan best2..

      Padam
  5. Nak try lah fish prosperity ni. Nampak sedap. Yg lain tu dah pernah rasa.

    BalasPadam
  6. Emak akak pun mcm Auni - every year mesti cari Prosperity Burger. Akak pulak lain crita - sentiasa gagal utk menjamah Prosperity Burger. Seumur hidup, mgkn pernah mkn sekali je. Niat tu ada, tapi selalu lupa! hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa akak tak suka, best kot? Saya nak gimme five dengan mak akak je la cenggitu..haha

      Padam
  7. Best kan.. Not bad rasanga fish prosperity tu.. Thanks to you sebab pandai pilih tarikh. Hehehe nanti ngopi lagi! 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahaha..beres Husniey, pasni keluar ngopi sesama lagi ye :)

      Padam
  8. Nanti ada rezeki, saya nak try juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih ada lagi ke Prosperity sekarang wak? Kalau dah takde, kena tunggu tahun depan pulak ye, saya pun tiba2 rasa nak makan beef prosperity ni..

      Padam
  9. Balasan
    1. Boleh je Cik Ash, mai la datang ganu kita belanja :D

      Padam
  10. x cuba lagi ehehe tengah posa fast food. tatau nanti ada lagi ke x beger ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tahun ni tak sempat, dont worry wak. In shaa Allah tahun depan ada lagi :)

      Padam