Selasa, 2 Oktober 2018

Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Pembinaan Rumah Ronald McDonalds di HUSM


Majlis solat hajat, bacaan yasin dan tahlil doa selamat telah diadakan di hospital USM pada 1 Oktober 2018 yang lalu bersempena dengan permulaan kerja pembinaan rumah Ronald McDonalds.


Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Pembinaan Rumah Ronald McDonalds di HUSM

Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Pembinaan Rumah Ronald McDonalds di HUSM


Beberapa rakan daripada Blogger Pantai Timur juga turut berpeluang untuk memeriahkan majlis sebagai tanda menyokong usaha murni pihak HUSM dan McDonalds dalam memulakan proses pembinaan rumah penginapan sementara bagi golongan berpendapatan rendah. Majlis yang bertempat di tapak pembinaan rumah Ronald McDonalds di hospital USM Kubang Kerian ini dihadiri hampir 100 orang kakitangan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia, kakitangan McDonalds Malaysia serta wakil pihak RMHC dan blogger. Mengikut jangkaan awal, rumah Ronald McDonalds ini akan disiapkan sepenuhnya pada bulan Mac 2019 jika tiada sebarang aral dan majlis perasmian pembukaannya akan dilakukan serentak dengan Majlis Sambutan Ulang Tahun HUSM yang ke-50.

Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Pembinaan Rumah Ronald McDonalds di HUSM

Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Pembinaan Rumah Ronald McDonalds di HUSM

Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Pembinaan Rumah Ronald McDonalds di HUSM


Selain memohon keredhaan agar proses pembinaan Rumah Ronald McDonalds yang akan dijalankan bermula 2 Oktober 2018 nanti berjalan lancar, majlis solat hajat, bacaan yasin dan tahlil doa selamat ini juga diadakan sebagai platform hebahan kepada mereka yang hadir, mengenai pelancaran Bulan Komuniti McDonalds. Bulan Komuniti McDonalds yang diadakan setiap bulan Oktober setiap tahun dilancarkan bertujuan untuk menyokong aktiviti masyarakat setempat dan mendekati golongan kanak-kanak. Dicetuskan sejak bulan Oktober 2017, Bulan Komuniti McDonalds telah merangka pelbagai aktiviti seperti pengumpulan buku, alat permainan, lawatan sambil belajar, sambutan hari kanak-kanak di rumah anak yatim dan mengemas rumah kebajikan kanak-kanak.


Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Pembinaan Rumah Ronald McDonalds di HUSM

Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Pembinaan Rumah Ronald McDonalds di HUSM


Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim selaku Pengarah Kampus Kesihatan USM dalam ucapannya berkata, projek pembinaan Rumah Ronald McDonalds ini akan memberi impak besar dalam membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pesakit berkaitan kos penginapan dan dapat memastikan keluarga sentiasa berada dekat dengan anak yang sedang dirawat. Dalam ucapannya lagi, profesor Dato' Dr Ahmad Sukari berharap agar proses pembinaan Rumah Ronalds ini berjalan lancar dan dapat disiapkan memang tempoh yang ditetapkan. Tambah beliau lagi, pihak USM sentiasa komited dalam memastikan kelancaran ketika projek pembinaan ini dijalankan. 

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Encik Azmir Jaafar, selaku Presiden RMHC merangkap Pengarah Urusan McDonalds Malaysia, Encik Mohd Nasri Mohd Nordin, selaku Pengurus Besar RMHC dan Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset Hospital USM iaitu Profesor Dr Nik Hisamuddin Nik Abdul Rahman. Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran ketua-ketua jabatan, kakitangan McDonalds Malaysia Pantai Timur serta kakitangan RMHC Malaysia.


Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Pembinaan Rumah Ronald McDonalds di HUSM

Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Pembinaan Rumah Ronald McDonalds di HUSM

Majlis Bacaan Doa Selamat dan Solat Hajat Sempena Pembinaan Rumah Ronald McDonalds di HUSM


Majlis dimulakan seawal jam 10.30 pagi dengan ucapan aluan daripada Pengarah Kampus Kesihatan USM seterusnya diikuti dengan solat hajat berjemaah. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan bacaan yasin dan tahlil doa selamat. Tetamu yang hadir dijamu dengan hidangan istimewa daripada pihak McDonalds Malaysia sebelum majlis berakhir jam 12 tengah hari. Semoga proses pembinaan rumah Ronald McDonalds ini berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan serta mendapat sokongan daripada semua pihak.



Latar belakang rumah Ronald McDonalds


Rumah Ronald McDonalds di hospital USM merupakan rumah kedua selepas awal penubuhannya di PPUKM Kuala Lumpur. Berikut adalah sedikit pengenalan kepada rumah Ronald McDonalds.

a) Rumah Ronald McDonalds di PPUKM, Kuala Lumpur
  • ditubuhkan pada tahun 1999 dan merupakan rumah Ronald McDonalds pertama di Asia hasil kerjasama di antara RMHC dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). 
  • dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali pada 21 Jun 1999.
  • sejak penubuhannya 19 tahun yang lalu, lebih daripada 850 keluarga telah menggunakan rumah ini dan RMHC telah membelanjakan hampir RM5.5juta sepanjang temph tersebut. 


b) Rumah Ronald McDonalds di HUSM, Kelantan
  • rumah Ronald McDonalds yang kedua di Malaysia dan dijangka siap pada bulan Mac 2019.
  • dilengkapi dengan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik permainan dan pelbagai lagi kemudahan yang lain.
  • menyediakan tempat tinggal sementara kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang menjalani rawatan di HUSM.
  • proses pembinaan akan bermula pada 2 Oktober 2019 dan memerlukan belanja sebanyak RM4 juta.
  • berjaya mengumpul RM3.6 juta sehingga kini dan masih memerlukan sejumlah RM400,000 untuk menyempurnakan pembinaan rumah ini. Sumbangan diterima hasil daripada sumbangan syarikat korporat dan orang ramai melalui tabung derma di kaunter restoran McDonalds seluruh negara.
  • sumbangan daripada orang ramai adalah dialukan samada menerusi tabung derma yang terdapat di kaunter restoran atau menerusi pindahan bank dan online. Derma boleh dibuat ke akaun Maybank Persatuan Kebajikan Ronald McDonalds Malaysia : 5125-3014-1938.
  • Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh dilayari di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.

12 ulasan:

  1. Tahniahh pada RMHC kerana mengadakan projek besar begini.. 👍👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, masih ada yang prihatin dengan nasib rakyat..

      Padam
  2. semoga projek dan usaha murni ini akan berlangsung dgn jayanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..semoga dapat keredhaan dan dipermudahkan..

      Padam
  3. p/s

    https://aniesandyou.blogspot.com/2018/10/terima-kasih-penghargaan-untuk-suku.html

    BalasPadam
  4. moga tercapat impian utk siapkan rumah ni nanti

    BalasPadam
  5. terbaek.. semoga bermanfaat kepada mereka yg memerlukan..

    BalasPadam
  6. Semoga usaha murni McD ini dipermudahkan Allah

    BalasPadam