Review : Revitalift Micronized Centella Essence Water dari Loreal


Masih ingat tentang sampel percuma yang saya terima iaitu Micronized Centella Essence Water Loreal Paris sebelum ini? Jika tidak, anda boleh baca di >> Sampel Percuma Micronized Centella Essence Water dari Loreal Paris. Saya ada janji yang saya akan buat review tentang essence water tersebut sebelum ni. Jadi mari baca review di bawah.

Sebenarnya saya telah gunakan essence water ini hampir 3 bulan secara on off. Terpaksa on off kerana kedang-kadang saya terlelap dulu semasa tidurkan anak. Jadi terpaksa skip. Namun disebabkan saya adalah fulltime housewife, jadi saya tetap akan buat routine facial setiap hari walaupun pada waktu siang. Maknanya bertempek jugakla essence water ni di muka walaupun siang hari pun.

Review : Revitalift Micronized Centella Essence Water dari Loreal


Saya pilih untuk buat review setelah tiga bulan untuk memastikan yang saya betul-betul mengoptimumkan penggunaan essence water ni. Kalau buat review lepas sebulan pakai, mana tahu lepas sebulan tu baru ada side effect pada muka ke kan. Jadi tiga bulan ni saya rasa maksimum penggunaan sebelum saya boleh share review berkaitan dengan produk.

Kulit muka saya adalah jenis kering dan tidak berjerawat. Masalah utama adalah di bawah mata terdapat milia seed dan kulit berkedut di sekitar mata dan bibir. Disebabkan milia seed tidak dapat dibuang kecuali dengan menggunakan laser treatment, jadi kita abaikan tentang masalah tersebut. Buat masa ini saya harap agar penggunaan micronized centella essence water dapat mengurangkan masalah kedutan di sekitar wajah saya.

Cara Penggunaan


Untuk cara penggunaan, saya akan basuh dahulu muka dengan pembersih muka dan dilapisi dengan toner. Kemudian step seterusnya saya sapukan lapisan micronized centella essence water sebelum diakhiri dengan penggunaan serum muka. Cuma kadang-kadang saya skip penggunaan serum.

Loreal Essence Water Review


Saya dapati kulit muka saya lebih lembut dan tegang seawal tiga hari penggunaan. 
Setelah penggunaan berterusan, saya boleh katakan yang kulit muka saya terasa lebih lembut berbanding dahulu dan muka saya lebih lembap dan tegang. Kalau sebelum ini, kulit saya kering dan kesan kedutan nampak ketara, sekarang walaupun masih kelihatan kesan kedutan, namun ia berkurangan sedikit kerana kulit muka saya lebih lembap dan ia menutupi bahagian kering sekitar wajah. Selain lembut, kulit muka juga terasa lebih anjal dan kelihatan lebih lembap. Mungkin kerana kulit saya yang kering sebelum ini, jadi bila ia kelihatan lembap saya sukakan hasil tersebut. 

Kebaikan Loreal Essence Water


Kenapa kulit menjadi lebih anjal? Ini kerana essence water ini diformulasi daripada 92% ekstrak Centella Asiatica atau disebut juga sebagai pegaga dipercayai mampu menyembuhkan dan memperbaiki tanda penuaan serta menggalakkan penghasilan kolagen baru bagi memberi keanjalan dan ketegangan pada kulit wajah. Selain itu, ia membantu mengurangkan keradangan dan kemerahan yang diakibatkan oleh jerawat.

Titisan mikronya membolehkan ia diserap lebih cepat ke dalam kulit wajah untuk membaiki dan menghidrat sekaligus memberi kesan lembap dan tegang yang diingini. Saya tidak perlu risau kulit muka terdehidrat sepanjang bulan Ramadhan ini kerana hasil penggunaan essence water ini, tiada masalah dehidrasi bagi kulit wajah saya.

Apa yang paling best adalah suami saya juga sudah mula menjaga muka dan akan minta untuk saya lakukan facial routine di wajahnya juga setiap kali sebelum tidur. Katanya bila selalu buat facial routine, kulit mukanya lebih lembut dan jerawat malu-malu nak naik :D

Review : Revitalift Micronized Centella Essence Water dari Loreal

Sebagai penutup saya gembira dengan hasil daripada pemakaian micronized centella essence water ke atas kulit muka saya. Namun saya cadangkan agar pihak Loreal Paris dapat hasilkan muncung mulut botol yang lebih efektif seperti dalam bentuk spray atau dropper bagi memudahkan proses pemakaian. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering dan penuaan, mungkin anda boleh mencuba micronized centella essence water dari Loreal ini. Jika anda telah gunakannya, apa kata kongsikan hasil pemakaian anda di ruangan komen.

Harga pasaran adalah dalam anggaran RM70.

Catat Ulasan

43 Ulasan

  1. tak penah gna loreal sbb takut it wont fit to my skin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kalau dapat try tester dulu maybe boleh cuba. Rugi beli kalau tak sesuai dengan kulit muka kan..

      Padam
  2. wahhhh dah lama tunggu review ni sebab baca post dapat tester free ni. Tengok Halalkan Hati Yang Kucuri pun Delisha selalu promote. Nanti nak try jugak la pakai :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik saya pun dah beli sebotol pasal kakak dia selalu promote siap kasi pakai tester lagi. Kalau dekat boleh kasi Anna pakai tester dulu, kalau sesuai bolehla beli..

      Padam
  3. Terima kasih atas info.. Insyaallah akan cuba juga.. sbb kulit muka pun jenis kering & kusam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah tak rugi cuba untuk yang berkulit kering dan kusam..harap muka Along akan lebih brighten lepas ni :)

      Padam
  4. Penjagaan muka ni kena rajin. Tapikan mai kus kus malas tu adoiiii malas juga nak menjaga....hehe. Nak cantik kena la rajin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Time keje berlambak dengan buah malas tu datang, memang kusam la muka. Time muka cantik berseri2, maknanya tengah rajin la tu :D

      Padam
  5. Rawlins rasa nak cuba juga la. Almaklum apabila usia makin bertambah nie, kita memang memerlukan pelbagai bantuan untuk mengekalkan keremajaan kan. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah..dulu masa muda rasa muka flawless sangat. Sekarang semua ada kat muka, memang kena jaga muka untuk kekalkan keremajaan, kalau tak muka bersawang..

      Padam
  6. It seems a good product . I want this essence water to prevent ageing happen. I will a try on this product.

    BalasPadam
  7. Essence memang bagus. Tapi kena tengok kesesuaian kepada kulit. Pastu kena tengok kerajinan kita. Macam kak ruby busy dengan anak dan kerja, kalau bleh nak kurangkan produk. Boleh la guna revitalift ni nanti. Tp bau dia kuat kan. Hurmm. Kena survey bebetul sebab mahal RM 70 wakakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harganya memang agak mahal tapi rasanya berpadanan dengan saiz kak Ruby sebab walaupun saya berkongsi guna dengan husband, still liquid dia tu banyak lagi. Macam baru guna 5% dari keseluruhan. Tapi bab kerajinan nak pakai tu betul, memang kena selalu apply untuk dapatkan hasil yang best. Kalau skip pakai tak berapa menjadi rasanya..

      Padam
    2. Oh, rezeki awak. At least kalau tak sesuai dengan muka, takde rasa rugi sangat kan sebab dapat free. Gimme five la wak!

      Padam
  8. Kulit saya bukan jenis kering. Don't know if it's suitable. Sometimes dapat free sample pun takut nak guna. Kalau boleh, nak cuba dulu produk Loreal ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, tak boleh pakai sewenang-wenangnya. Memang kalau boleh nak pakai tester dulu sebelum beli, sayang kan kalau beli tapi tak boleh pakai. Kalau Em nak try, mai ambil tester dengan saya sikit :D

      Padam
  9. Loreal is a really reputable brand, I've not used their products but from your review it sure sounds good.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, has been in market since i was a kid. So don't afraid to try it, surely not a timbang kilo product :D

      Padam
  10. I need to start using all these anti-ageing products, because of my sleepless nights my eyebags and wrinkles around the eyes are starting to show, with your review in mind, this could actually work to help me get rid of the wrinkles.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Same goes to me, wrinkles around eyes and mouth make me afraid to smile. But it help a bit with consistent use every night. Just need to be patient. Later you will see the result..

      Padam
  11. Loreal Paris has some really good product. the price is affordable too. love the luxurious packaging. it's so nice to use, right

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes agree! The smell is good and the product is amazing with luxurious packaging. Only if they can make it either in spray or dropper packing, then it will be much more easier to use.

      Padam
  12. Yes! I use it before and i love the moisturizing effects. Use it together with the cream to see a better results.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, need to buy the cream for better effect. Thanks Kelly for telling me this..will survey the price later :)

      Padam
  13. Hana kalau pakai ni confirm kena kecam satu rumah hehe maklumlah! spesis macam Hana ni mana pernah kesah muka dah serupa kertas pasir ke tak? haha btw,Nice review kak!! ^^
    .
    Selamat Hari Raya!! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala..Hana tak payah pakai takpe, kulit muka penuh kolagen. Akak muka dah menggerutu, terpaksa melabur sikit. Selamat Hari Raya jugak Hana, maaf zahir batin tau :D

      Padam
  14. oo yang ni ke yg di iklan kan dalam halalkan hati yg ku curi? bgus tu kalau nampak berkesan mcm tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, memang berkesan untuk saya. Kulit rasa lebih lembut cuma kena rajin menempek kat muka selalu. Kalau tak rajin, memang tak nampak kesan..

      Padam
  15. Dah lama xpkai produl loreal...xsangka loreal buat produk berasaskan pegaga...centella tu nama scientific utk pegaga..dulu masa study n practical saya ada buat projek n study case psal centella/pegaga ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tahu sebab adik yang bagitau, katanya pegaga..sedap pulak scientific name dia centella :D

      Padam
  16. smlm cari sun block ada jg terpegang botol ni...tp x beli pn ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Next time terpegang dan terbeli pulak kot kan :D

      Padam
  17. suka tengok orang jaga muka nih tapi diri sendiri guna cleanser cetaphil je. haha. brg mekap bedak dgn lipsik je. siap jaga muka :'D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde la jaga muka sangat Azah, cuma bila dah takde kerja kat rumah..tu yang tempek sana sini tu :D

      Padam
  18. Kenkadang sedih tengok kulit muka sendiri... hahahah as lelaki, memang jarang ambil port bab2 penjagaan muka nie..

    tapi kenkadang, tengok cermin, nampak macam makin hensem pun ye juga hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahahaha..yang ni tak tahan. Isi bakul angkat sendiri ye bro? Ye la kasi can..bro memang hensem :P

      Padam
  19. Cantik packaging dia. Tapi saya jenis kulit degil. Pakai lamaaa baru nampak kesan kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam tu kena rajin menempek la Wahidah..in shaa Allah berkesan nanti..

      Padam
  20. antara yg wajib ana bawa masa travel. guna as toner. sesuai utk kulit ana yg jenis kering ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Ana guna jugak? Best kan guna, buat sebagai toner tu okay jugak sebab dia melembapkan..

      Padam