Rabu, 14 Mac 2018

Sampel Percuma Micronized Centella Essence Water dari Loreal Paris


Alhamdulillah.
Received another free parcel lagi arini. Tapi kalini bukan sebab join contest tapi dapat sebagai tester. Apa yang best adalah hadiah ni bukan lagi untuk kakak, tapi untuk saya pulak. Haha..excited betul rasanya. 
Jom tengok apa saya dapat.




Tada!
Revitalift Micronized Centella Essence Water dari Loreal Paris. Happy kot dapat benda alah ni, pasal barang percuma memang sentiasa menggembirakan hati. Harga market rasanya dalam RM70 untuk 130ml. Disebabkan ini adalah free product tester, makanya kena ada give and take la. Dalam masa 7 hari selepas pemakaian produk ni, saya kena share result hasil penggunaannya di instagram. Lebih kurang testimoni beserta report camtu la.


So nanti lagi 7 hari saya akan update result kat sini jugak. Untuk sesiapa yang tertanya-tanya saya dapat dari mana, awak boleh sign up di Home Tester Club. Club ni lebih kurang macam 1 stop centre untuk pengguna dapatkan review mengenai sesuatu produk dan juga pengguna boleh dapatkan sampel percuma sebagai tester. Best kan? Tapi pihak Home Tester Club akan tapis dulu siapa yang layak sebelum mereka bagi sampel. Bukan semua boleh dapat ye dan juga ada limitation berapa banyak tester yang mereka keluarkan. Just sign up dan isi je lah..mana tau rezeki kawan-kawan kan.




Tapi since saya tengah pakai serum nutox sekarang, perlu ke saya berhenti pakai nutox dan cuba essence water ni selama tujuh hari? Atau saya just pakai je produk ni serentak? Sebab setahu saya, essence water dan serum tu lebih kurang je fungsinya cuma serum dibuat lebih pekat dan essence water lebih cair. Betul tak pemahaman saya ni?




Apa pandangan kawan-kawan ye?
Jom share kat sini, macam dalam dilema pulak rasanya. 

18 ulasan:

  1. Esen dgn serum beza..boleh guna toner dulu..baru esen kemudian serum.. baru other produk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay! Thanks Shah, baru yakin sikit nak apply

      Padam
  2. Kali ni kasi chance sis pulak dapat hadiah kan? hehe ^^ kakak jangan jeles pulak huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kakak jeles, siapla kena debok dengan mak dia..haha

      Padam
  3. hal perempuan nie..

    belum ada info yang mendalam lagi..

    anyway..selamat mencuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baikla mrhanafi..haha.
      Nasib baik dah ada yang tolong. Thanks ye

      Padam
  4. Alamak.. Sha pun tak pandai sangat bab ini.. Dua-dua tak pakai.. huhuhu..
    selamat mencuba auni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Sha..it sokay
      Dah ada yang sudi menolong tu :)

      Padam
  5. eh sama lah kita guna nutox! Best kan serum nutox?! Nak tahu jugak apa jadi lepas seminggu guna sebab tak pernah guna lagi produk L'oreal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang best pakai nutox tapi bila dah pakai loreal ni, saya rasa awak better try pakai jugak. Seriously best sebab nampak effect glowing tu..tapi baru 2x pakai ni. Kita tengok seminggu nanti macammana ye, kot jadi muka Diana Danielle ke..aamiin..haha

      Padam
  6. dah lama tak dpt produk dr home tester club ni. salam kenal dr mamajue.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya first time dapat, baru je tau pasal hometesterclub ni..huhu

      Padam
  7. Balasan
    1. Best jugak pakai Loreal ni, cuma tak sure ada botol kecik untuk trial atau tak. Better beli trial pack dulu takut tak sesuai dengan muka kan

      Padam
  8. Macam mana cara2 pemakaian produk ni? Boleh ke bercampur dengan krim lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya campur je dengan brand lain awak. Cleanser dan toner brand Clinelle, serum pulak Nutox. Alhamdulillah takde bad effect pada muka walaupun campur brand.

      Padam