Buat Duit Online Dengan Involve Asia


Selamat pagi semua..

Hati saya saya agak berbunga sejak menerima gelombang Malaysia baru beberapa hari ini. Terasa gembira juga melihat hasil pertama dengan Involve Asia walaupun sedikit.

Hari ini saya nak kongsikan cara buat duit secara online dengan Involve Asia.

Kalau sebelum ini saya ada kongsikan cara untuk buat duit secara online dengan cara menjawab soal kaji selidik di PanelPlace, kali ini saya akan kongsikan cara membuat duit online juga tetapi dengan cara berkongsi link di media sosial melalui Involve Asia.

Jika anda ingin membuat akaun di PanelPlace, boleh baca Cara Buat Duit Online di PanelPlace.

Involve Asia merupakan satu platform affiliate e-commerce yang membantu individu yang berpengaruh di laman maya untuk menjana pendapatan lumayan. Ia menghubungkan pengguna dengan pelbagai jenis laman web e-commerce terkenal di Malaysia seperti Zalora, Shoppe, Lazada dan banyak lagi.

Dalam bahasa mudah, anda iklankan link laman web e-commerce tertentu melalui Involve Asia di akaun sosial media dan anda akan mendapat bayaran. Mudah kan?


Buat Duit Online Dengan Involve Asia


Masih kurang faham?
Sebagai contoh, anda pilih untuk promosikan barangan di Lazada. Log masuk ke akaun Involve Asia, klik Lazada sebagai merchant pilihan dan generate link untuk diiklankan. Link tersebut anda copy dan paste kan samada ke akaun Facebook, Instagram, Twitter atau blog anda.

Jika ada yang berminat untuk membeli atau mendaftar melalui link yang anda iklankan, anda akan mendapat bayaran. Selain itu, ada juga merchant yang membuat bayaran melalui jumlah pengguna yang melawat laman web mereka melalui link yang anda iklankan.

Proses ini mudah dan menguntungkan. Kenapa?

Kerana anda hanya perlu membuat iklan sahaja. Jika berjaya membuat transaksi, anda akan menerima bayaran. Tidak perlu risau tentang produk kerana anda cuma berfungsi sebagai orang tengah (agen) atau affiliate.

Bagaimana cara untuk menyertai Involve Asia?

1. Anda hanya perlu mendaftar di Involve Asia.
2. Kemudian link verifikasi dihantar ke e-mail anda. Klik pada link yang diberi.
3. Log masuk ke akaun Involve Asia.
4. Klik pada menu 'Browse Merchants'. Kemudian mula memilih jenama yang ingin anda iklankan.
5. Klik 'Get Link' untuk dapatkan link pautan.
6. Klik 'Generate'.
7. 'Copy' link dan mula mengiklankan link yang anda terima di media social.


Perkara yang baik haruslah dikongsi agar semua mendapat manfaat. Saya telah mendaftar dengan Involve Asia sebulan yang lepas. Saya hanya iklankan dan biarkan sahaja. Kemudian setelah sebulan baru saya tergerak hati untuk melihat progress iklan tersebut.

Alhamdulillah rupa-rupanya saya dah berjaya kumpulkan USD0.62 dalam akaun Involve Asia. Walaupun tak banyak namun hanya dengan beberapa kali iklan, saya mendapat hasil. In shaa Allah beberapa bulan nanti akan bertambah menjadi puluhan USD. Sentiasa positif..

Jadi anda yang membaca, jom beriklan dan mula mendaftar dengan Involve Asia.

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Thanks for sharing kak!!! ^^ Inshaallah nanti-nanti kita cuba ya hehe student kena pandai cari duit poket :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome Hana. Try letak iklan kat blog, awesome jugak :*

      Padam
  2. Alhamdulillah, rezeki Auni sebab share dengan pembaca cara jana side income.. Semoga bertambah lagi rezeki Auni seterusnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..in shaa Allah, thanks untuk doa LZ. Semoga LZ juga dimurahkan rezeki :)

      Padam
  3. saya belum check lagi jumlah terkumpul involve Asia ..

    antah ada atau tidak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah ada rezeki tak kemana. Lepasni try check, mana tau dah banyak kot kan?

      Padam
  4. Pernah daftar benda ni tapi tak faham how it works.. Now baru faham.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh juga letak iklan di blog dengan tampal banner Flavnesz. Goodluck ye :)

      Padam
  5. Baru tahu ni. Menarik untuk dicuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba letak banner di blog jugak Gja, cari yang bayar per click.

      Padam
  6. alamak sy lupa nak letak involve asia lepas tukar template..anyway good luck

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks mrs Fuzy. Goodluck untuk awak jugak ye :)

      Padam
  7. 1st time dengar...bolehlah sy cuba nnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila anies, letak banner di blog pun boleh. Anyway, goodluck ye :)

      Padam
  8. Macam menarik.. cuma tak berapa rajin.. huhuhu..

    BalasPadam
  9. dah lama sign up tapi tak reti nak iklankan macam mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau taknak iklankan pun boleh Farhanna, just letak banner kat blog pun ok

      Padam
  10. Memang dah lama sign up dekat involve tu tapi tak reti laaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Involve Asia tu untuk iklankan produk, so Erni jadi orang tengah antara produk dan customer. Copy link dan iklan..macam tu. Try lagi godek ye. Goodluck tau!

      Padam
  11. Baru nak kenal dengan Involve Asia ni.. begitu rupanya..

    BalasPadam