Sebelum ini saya ada kongsikan tentang bengkel Jelajah PKSK Fly High di Terengganu, kali ini saya nak kongsikan pula tentang kelas online anjuran Fly High Education Centre. Sejak saya sering kongsikan tentang kelas online yang disertai Auni bersama Fly High, ada beberapa sahabat lama yang mula bertanyakan tentang kelas ini.
Saya yakin tentu ada ramai lagi ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai tuisyen online yang boleh disertai anak masing-masing kerana option ini lebih memudahkan bukan sahaja ibu bapa malah turut anak-anak. Jadi mengapa tidak saya berkongsi cerita mengenai kelas tuisyen Fly High di dalam artikel ini supaya mudah untuk dijadikan rujukan ibu bapa yang sedang mencari kelas persediaan untuk anak-anak. Semoga dapat membantu ibu bapa semua..
Kelas Tuisyen Online Sekolah Rendah
Saya telah diperkenalkan dengan kelas online ini oleh seorang kawan. Anaknya telah terpilih untuk menyambung tingkatan satu ke MRSM. Apa yang saya lihat, beliau sering kongsikan journey pembelajaran anaknya belajar online bersama Fly High Education Centre. Disebabkan perasaan ingin tahu, jadi saya daftarkan Auni untuk mengikuti kelas pembelajaran secara atas talian bersama Fly High. Kalau Auni tak serasi dengan pembelajaran online ini, saya rancang untuk keluarkannya daripada kelas pada bulan seterusnya.
Saya daftarkan Auni dalam kelas premium dan MAP Fly High. Walaupun saya agak ragu-ragu juga dengan sesi pembelajaran online kerana bimbang Auni akan mudah mengantuk atau tidak fokus, namun pilihan ini adalah terbaik memandangkan saya tak perlu menghantar Auni ke kelas fizikal dan saya juga dapat pantau Auni sewaktu sesi pembelajaran sedang dijalankan.
Fly High Education Centre
Bagi yang belum mengenali Fly High Education Centre, ia sebenarnya ialah sebuah pusat pendidikan yang semakin dikenali di Malaysia kerana tawarkan kelas tuisyen online interaktif untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Beralamat di Shah Alam, Fly High menggunakan platform online sepenuhnya untuk sesi pembelajaran yang menjadikannya lebih fleksibel dan mudah diakses untuk pelajar dari mana-mana lokasi.
Apa yang membezakan Fly High dengan tuisyen online yang lain ialah pendekatan yang diaplikasikan oleh guru-guru mereka yang kreatif dan mesra. Kelas bukan sekadar mendengar dan menyalin nota, tetapi penuh dengan aktiviti interaktif seperti kuiz, perbincangan kumpulan, dan mini games yang membuatkan pembelajaran jadi lebih menyeronokkan.
Selain itu, fokus Fly High bukan hanya untuk skor akademik semata-mata. Mereka juga berhasrat melahirkan pelajar yang yakin, berani, dan bersedia menghadapi cabaran masa depan. Sebab itulah mereka sering adakan Jelajah PKSK dan sering membuat slot motivasi bersama ikon negara demi membantu pelajar membina keyakinan dan semangat diri untuk berjaya.
Suasana Pembelajaran Online
Sebaik berakhir kelas pertama Auni bersama kelas Fly High, dia tanya saya bila pula tarikh untuk kelas seterusnya. Wow, Auni nampaknya enjoy belajar bersama Fly High! Kata Auni, kelas online ni best dan cikgu pun kelakar. Paling bagus bila banyak tips dan teknik baru yang Auni belajar. Saya sendiri lihat cara pengajaran guru sewaktu kelas online dan saya faham kenapa Auni berminat untuk masuk ke sesi kelas seterusnya.
Dalam kelas premium Fly High, suasananya lebih kecil dan eksklusif. Auni dapat lebih perhatian daripada guru. Kalau ada apa-apa soalan, terus boleh tanya dan guru akan layan dengan sabar. Manakala dalam MAP Fly High, program ini bukan akademik semata-mata. MAP lebih kepada nak mengasah potensi anak dari segi cara fikir kritis, keyakinan diri, dan komunikasi. Ada juga slot motivasi dalam program MAP ini untuk naikkan semangat anak-anak untuk berjaya.
Kelebihan Belajar Online bersama Fly High
Kalau ada ibu bapa yang tengah fikir atau tengah cari kelas online kanak-kanak di Malaysia, saya memang rekomen cuba tengok kelas premium atau MAP Fly High ni. Modul pembelajaran disediakan sebelum kelas, jadi saya cuma perlu print dan beri pada Auni untuk disiapkan. Kemudian modul tersebut akan digunakan untuk sesi perbincangan jawapan di dalam kelas. Sesi rakaman kelas juga disediakan untuk rujukan anak-anak pada masa akan datang. Kelas untuk subjek UASA juga disediakan.
Pendekatan yang digunakan oleh guru-guru di Fly High untuk tarik perhatian pelajar memang terbaik. Sebagai ibu, saya rasa lega bila tengok Auni enjoy dalam pelajaran dan lebih yakin diri. Fly High Education Centre bagi saya bukan sekadar tempat belajar, tapi satu komuniti pembelajaran yang bantu anak-anak berkembang jadi lebih yakin, positif dan bersedia untuk cabaran masa depan. Pembelajaran di Fly High lebih santai dan menyeronokkan, tapi tetap serius bila masuk bab pembelajaran.
Bagi ibu bapa yang merancang nak daftarkan anak mereka dalam kelas tuisyen online bagi subjek sekolah rendah atau menengah bersama Fly High Education Centre, boleh klik link di bawah ya!
Facebook Page : Fly High Education Centre
0 Ulasan