Jelajah PKSK Terengganu bersama Fly High Tingkat Keyakinan Anak

Minggu lepas, saya berpeluang menghantar Auni ke bengkel Jelajah PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus) di bawah anjuran Fly High Education Centre. Bengkel yang berlangsung selama dua hari di Dewan Kenanga TER, Terengganu ini bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 6.00 petang.


Jelajah PKSK Terengganu bersama Fly High Tingkat Keyakinan


Ini merupakan bengkel PKSK pertama Auni secara bersemuka bersama Fly High. Kalau sebelum ini, Auni hanya sertai kelas secara atas talian tapi kali ini, ia merupakan pengalaman baru buat Auni. Berjumpa dan berkenalan dengan sahabat baru dan bertemu secara face-to-face dengan tenaga pengajar membuatkan Auni bagai burung murai tercabut ekor, asyik bercerita pengalaman mengujakan beliau menghadiri bengkel secara bersemuka ini kepada kami.


Pengalaman ini sangat bermakna bukan saja kepada Auni malah kepada saya juga kerana ia membuka mata saya tentang betapa pentingnya membuat persediaan awal sebelum menghadapi PKSK. Sesi bersama Cikgu Shahril dan Cikgu Koala merupakan waktu paling menyeronokkan bagi Auni namun, saat yang paling tak dapat dilupakan adalah sewaktu slot motivasi bersama angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar.


Jelajah PKSK Terengganu bersama Fly High Tingkat Keyakinan


Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan pengalaman sepanjang dua hari Auni mengikuti jelajah ini dari segi suasana, subjek yang dipelajari, hingga ke kemuncak program. Moga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa lain yang mungkin sedang mencari maklumat tentang jelajah PKSK atau sedang membuat pertimbangan untuk menghantar anak pada sesi akan datang.


Apa Itu Jelajah PKSK Fly High?

PKSK atau Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus adalah ujian yang wajib diambil oleh pelajar Tahun 6 yang berhasrat untuk memohon masuk ke sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Bagi pelajar yang tidak berhasrat menyambung pelajaran ke sekolah khusus, mereka tidak perlu menduduki ujian PKSK.


Jelajah PKSK Terengganu bersama Fly High Tingkat Keyakinan
Jelajah PKSK akan datang di Shah Alam


Jelajah PKSK di bawah anjuran Fly High Education Centre pula merupakan inisiatif para guru daripada Fly High Education Centre untuk membantu pelajar tahun enam membuat persediaan berfokus bagi ujian PKSK. Ia bukan sekadar kelas biasa tetapi lebih kepada simulasi, bimbingan, dan motivasi supaya pelajar lebih yakin dan faham tentang bentuk soalan serta strategi menjawab.


Suasana Hari Pertama (15 Ogos 2025)

Seawal pagi lagi ibu bapa sudah memenuhi ruang Dewan Kenanga TER. Saya tiba mengikut masa, namun tak sangka pula dewan sudah pun dipenuhi pelajar dan ibu bapa. Terpaksa Auni duduk di tempat duduk belakang kerana kerusi di hadapan telah penuh. Ibu bapa yang menghantar anak juga turut dibenarkan berada di bahagian belakang dewan buat sementara waktu sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Jadi sempatlah saya rakam beberapa keping gambar Auni ketika berada di dalam dewan untuk dijadikan kenangan.


Jelajah PKSK Terengganu bersama Fly High Tingkat Keyakinan


Ibu bapa yang hadir bukan sahaja daripada sekitar bandar Kuala Terengganu sahaja malah ada yang turut datang daripada Dungun dan Setiu demi untuk memastikan kejayaan anak-anak dalam pelajaran mereka. Hari pertama dimulakan dengan subjek Matematik yang dikendalikan dalam suasana penuh gelak tawa anak-anak. Meskipun hanya untuk seketika, saya tinggalkan dewan dengan rasa gembira setelah melihat sesi pembelajaran yang dijalankan dalam suasana penuh santai dan ceria. Tentu Auni teruja dan tak mengantuk di dalam dewan.


Tiga sesi pembelajaran yang dijalankan pada hari tersebut adalah Matematik, English dan Pengetahuan Am. Manakala untuk slot khas, sesi bersama Ustazah Dr Widad pula membicarakan soal ulul albab. Saya tak perlu risau tentang soal makan Auni kerana makanan disediakan oleh pihak Fly High dan surau untuk solat juga turut tersedia. Kelas berakhir sekitar jam 5.30 petang.


Suasana Hari Kedua (16 Ogos 2025)

Hari kedua lebih menarik kerana selain sambungan sesi akademik, Auni berpeluang untuk bertemu mata dengan angkasawan negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shah melalui slot motivasi. Kehadiran angkasawan negara memberi aura luar biasa di dewan apabila banyak cerita mengenai pengalaman sewaktu berada di angkasa lepas menjadi topik perkongsian Dr Sheikh Muszaphar. Beliau turut berkongsi pengalaman bagaimana disiplin, fokus, dan keberanian membawanya ke angkasa lepas.


Pening juga kepala saya sepulangnya Auni ke rumah kerana tiba-tiba sahaja soalan Auni banyak berkisarkan tentang angkasa lepas seperti kenapa planet Marikh berwarna merah, adakah bakteria hidup di angkasa lepas dan banyak lagi soalan berkenaan outer space. Semua gara-gara slot motivasi dengan angkasawan negara terus membuka minda Auni tentang kehidupan yang wujud di ruang angkasa lepas. 


Jelajah PKSK Terengganu bersama Fly High Tingkat Keyakinan


Sesi akademik lainnya yang dijalankan pada hari kedua adalah Bahasa Melayu, Sains dan Kecerdasan Insaniah. Yang paling banyak Auni sebut tentulah kelas Cikgu Koala dan sesi slot motivasi! Sebagai ibu, hati saya memang gembira. Inilah yang saya harapkan, Auni bukan sekadar dapat ilmu, tetapi juga semangat dan inspirasi.


Apa Anak Saya Dapat Daripada Jelajah Ini

Selepas dua hari penuh dengan pengisian, saya perasan beberapa perubahan pada Auni. Auni nampak lebih yakin dan bersemangat apabila berbicara tentang PKSK. Saya sendiri juga kini semakin jelas tentang PKSK setelah melihat cara Auni menjawab soalan daripada buku PKSK yang kami dapatkan daripada Fly High. Buku ini ada dijual di bahagian pendaftaran sewaktu jelajah ini berlangsung.


Jelajah PKSK Terengganu bersama Fly High Tingkat Keyakinan


Auni juga semakin faham cara untuk membina strategi bagi menjawab soalan terutama bagi soalan Matematik yang melibatkan lebih banyak struktur pengiraan. Motivasi Auni untuk berjaya juga nampak lebih ketara setelah sesi bersama angkasawan negara berakhir, mungkin Auni terinspirasi daripada pengalaman sebenar yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar dalam slot motivasi. 


Kelebihan Sertai Jelajah PKSK

Untuk ibu bapa yang mungkin masih berkira-kira samada nak hantar anak sertai jelajah ini atau tidak, saya sangat cadangkan untuk ibu bapa mendaftar tanpa fikir panjang! Saya senaraikan apa kebaikan yang anak saya perolehi hasil daripada sertai Jelajah PKSK ini untuk rujukan ibu bapa.


Sepulangnya Auni daripada bengkel, mulutnya umpama bertih digoreng kerana bercakap tanpa henti tentang sesi yang disertainya. Banyak cerita menyeronokkan Auni ceritakan termasuklah tentang dua sahabat baru yang dikenalinya sewaktu di bengkel. Daripada sini saya tahu bahawa bengkel ini berjaya menarik minat Auni untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru.


Jelajah PKSK Terengganu bersama Fly High Tingkat Keyakinan


Auni kini sudah dapat pendedahan awal tentang ujian sebenar PKSK. Kalau sebelum ini, Auni agak ragu-ragu bagaimana ujian PKSK dijalankan, apa soalan yang bakal keluar dan banyak mana soalan perlu dijawab, kini Auni tak risau lagi kerana sudah diberi pendedahan awal. Bukan Auni sahaja, malah saya sebagai ibu yang mempunyai anak sulung bakal menduduki PKSK juga kini dapat gambaran lebih jelas tentang PKSK dan tahap persediaan anak.


Suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan santai membolehkan Auni menerima ilmu tanpa rasa stress. Slot motivasi tambahan juga membuka mata Auni untuk berusaha gigih demi menggapai impian dan cita-citanya. Sesi pembelajaran luar kelas tanpa buku teks membolehkan Auni berfikir di luar kebiasaan dan tidak tertumpu kepada apa yang ada di depan mata sahaja.


Berbaloi & Patut Dicuba

Secara keseluruhannya, pengalaman menghantar anak ke Jelajah PKSK bersama Fly High ini memang sangat berbaloi. Bukan sahaja anak saya dapat ilmu, malah saya sendiri belajar sesuatu iaitu betapa pentingnya kita menyokong anak dalam perjalanan akademik mereka, terutama bila melibatkan masa depan pendidikan.


Saya percaya ramai ibu bapa di luar sana yang sedang mencari cara untuk bantu anak hadapi PKSK. Kalau ada peluang, saya memang sangat cadangkan sertai jelajah seperti ini. Ia bukan sekadar kelas persediaan, tapi sebuah pengalaman yang boleh mengubah cara anak melihat pembelajaran dan masa depan mereka.


Jelajah PKSK Terengganu bersama Fly High Tingkat Keyakinan


Disebabkan terdapat permintaan yang tinggi oleh ibu bapa untuk dapatkan satu sesi lagi Jelajah PKSK di Terengganu, jadi pihak Fly High berbesar hati untuk menjalankan sesi bengkel ini teristimewa untuk penduduk Terengganu. Jadi jika ibu bapa berminat nak daftarkan anak-anak, boleh hubungi nombor yang terdapat pada gambar di atas dan kelas akan dijalankan pada musim cuti sekolah nanti. Manakala untuk Jelajah PKSK pula, lokasi seterusnya adalah di Shah Alam. Jadi jangan tunggu lagi dan cepat daftar bagi ibu bapa yang berminat!


Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak gambaran kepada ibu bapa lain. Doakan anak-anak kita semua berjaya dalam PKSK dan seterusnya melangkah ke sekolah impian mereka.

Catat Ulasan

0 Ulasan

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail