Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya

 Hari Raya AidilFitri makin tiba dan saya dah mula pening kepala memikirkan banyak perkara yang saya nak kena sediakan nanti. Samada nak memasak untuk tetamu, bersihkan rumah atau jaga kebajikan keluarga, semua tu saya kena bagi perhatian. Untuk elakkan masalah di kemudian hari, saya cepat-cepatlah restock tisu Carina kat rumah.


Eh, apa kaitan antara Hari Raya dengan tisu Carina pulak?


Ha, sebenarnya di musim perayaan ni lah saya akan sangat perlukan kepada penggunaan tisu. Tetamu tertumpahkan air minuman, saya berpeluh kebasahan masa melawat saudara mara, anak-anak nak lap tangan lepas makan dan banyak lagi kejadian di pagi raya nanti yang buatkan saya rasa kehadiran tisu dalam rumah saya sebagai pelengkap di musim perayaan.

Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya

Sebab itu tak fikir panjang, saya restock set tisu Carina sebagai persediaan awal menjelang Hari Raya. Tapi kenapa tisu Carina?


Tisu Carina Pelengkap Hari Raya


Sebab utama kenapa saya pilih tisu Carina dalam kegunaan harian adalah kerana ia diperbuat daripada 100% pulpa semulajadi dan 100% kapas tulen asli, jadi ia lembut dan sesuai untuk digunakan buat seisi keluarga. Jenama yang dah diasaskan sejak tahun 2009 sebagai pengeluar tisu pertama di Malaysia ni direka khusus bagi penuhi keperluan harian penduduk negara beriklim tropika panas dan lembap macam Malaysia.


Sebab itulah tisu Carina jadi pilihan saya kerana ia lembut dan berkualiti tinggi sesuai dengan keperluan saya yang kuat berpeluh terutama ketika berada di luar rumah sewaktu panas terik. Bukan itu saja, tisu Carina juga tak sebabkan iritasi pada kulit kerana dibuat dengan kapas tulen asli tanpa campuran bahan kitar semula. Jadi ia sangat sesuai bagi mereka yang ada masalah kulit sensitif atau eczema.

Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya


Tiada campuran bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan, lembut pada kulit dan mudah dibawa ke mana saja jadikan tisu Carina dekat di hati saya. Ia sesuai digunakan oleh semua peringkat usia termasuk bayi dan dewasa, samada bagi kegunaan luar rumah atau kegunaan kecantikan serta kebajikan keluarga di rumah.


4 Ciri Tisu Carina bagi Situasi Berbeza

Tisu Carina ni dipek dalam saiz yang berbeza, ada yang dipek dalam bungkusan kecil dan ada juga dipek dalam bungkusan besar jadi ia sesuai untuk kegunaan individu mahu pun keluarga. Selain itu, ia juga turut direka khusus sesuai dengan kegunaan dalam setiap situasi berbeza.


Antara ciri-ciri yang ada pada tisu Carina adalah:


1. Selamat dan hypoallergenic – Set tisu kering Carina dibuat daripada 100% pulpa dara menjadikan ia lembut dan selamat pada kulit termasuk kulit sensitif manakala set kapas pula dibuat daripada 100% kapas tulen asli yang bersifat hypoallergenic, jadi tak menyebabkan iritasi dan kerosakan pada kulit. Ciri ini jadikan ia sesuai untuk kegunaan jagaan kecantikan.

2. Kuat – Dengan tiga lapisan tisu bagi penjagaan bilik mandi jadikan tisu Carina sesuai bagi sentalan kasar.

3. Mudah meresap – Mudah membersihkan permukaan berminyak dan basah membantu saya mengekalkan kebersihan dapur setiap kali selepas memasak.

4. Bebas paraben – Set tisu basah mengandungi 99% air, bebas paraben dan tak menyebabkan alahan. Ia sesuai bagi kegunaan kesihatan keluarga.


Tiga kategori tisu Carina yang ada dalam pasaran adalah:

Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya

1. Set Tisu Kering (Dry Tissue)
  • Carina Handkerchief Tissue
  • Carina Kitchen Tissue
  • Carina Wallet Tissue
  • Carina Box Tissue


2. Set Tisu Basah (Wet Tissue)
  • Carina Antibacterial Wipes
  • Carina Wipes


3. Set Kapas (Cotton)
  • Carina Cotton Bud
  • Carina Facial Bud
Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya



1. Carina Wallet Tissue

Saya memang simpan satu pek Carina Wallet Tissue dalam beg. Sesuai dengan namanya yang bersaiz seperti wallet, tisu ni kecil, nipis dan jadi kegunaan saya saat on-the-go. Jadi mudah saya nak selitkan ke dalam ruang beg saya yang memang dah sedia kecil dan bawa ke mana saja saya pergi.

Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya


Carina Wallet Tissue ni adalah antara tisu yang paling laris jualannya tau. Dengan kualiti yang lembut dan tak makan banyak ruang, memang tak hairanlah kenapa tisu ni jadi hot selling tissue. Saya selalu gunakan Wallet Tissue ni sebagai tisu lap muka tiap kali muka basah akibat peluh. Ia selamat pada muka dan antibakteria juga, jadi amat baik untuk kulit saya.


2. Carina Soft Pack Tissue

Hadir dalam bungkusan kecil namun tebal, Carina Soft Pack Tissue juga merupakan antara tisu yang laku keras jualannya. Berbeza dengan Wallet Tissue, saya jadikan Soft Pack Tissue sebagai tisu lap mulut Ameera tiap kali lepas makan atau pengelap tiap kali berlaku tumpahan air.

Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya


Disebabkan ketebalannya yang agak besar, saya lebih prefer letakkan tisu ini dalam kereta kerana ruang beg saya yang tak berapa besar. Walaupun kedua-duanya mempunyai saiz yang kecil namun perbezaan ketebalan buatkan saya lebih memilih Wallet Tissue sebagai pendamping perjalanan saya.


3. Carina Cotton Series

Dibuat daripada 100% kapas tulen asli, set kapas Carina bukan sahaja baik digunakan dalam penjagaan kecantikan malah juga bagi amalan penjagaan kesihatan. Terdiri daripada cotton bud dan facial cotton dalam cotton series ini, saya gunakan cotton bud untuk membersihkan telinga saya dan keluarga. Sesekali saat grooming kucing, saya turut juga gunakan cotton bud Carina pada telinga si bulus.

Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya


Facial Bud pula saya gunakan ketika membuat sapuan toner pada wajah dan juga ketika ingin membuang mekap di muka. Kapasnya yang halus dan lembut tak menyakitkan wajah saya tiap kali cucian mekap dilakukan.


4. Carina Wipes Series

Carina Wipe Series terdiri daripada Carina Wet Wipes dan Carina Antibacteria Wipes yang mengandungi 99% air tulen. Tisu basah bebas alkohol dan paraben ni bukan sahaja sesuai digunakan pada permukaan kering malah selamat juga digunakan pada kulit wajah kerana ia mengandungi campuran aloe vera dan Vitamin E.

Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya


Membasmi sehingga 99.9% bakteria, tisu Carina sesuai digunakan sewaktu melakukan aktiviti luar rumah atau ketika berada di dalam rumah. Lembut pada kulit, ia juga bebas bau. Terdapat dua jenis rangkaian set tisu Carina iaitu Carina Lavender dan yang terbaru dilancarkan adalah Carina Green Tea.


Tisu Carina Green Tea Pelengkap di Hari Lebaran

Tisu Carina Green Tea dicipta khas dengan kesegaran teh hijau yang memberikan rasa segar dan tenang apabila menggunakannya. Tak menyebabkan iritasi pada bahagian kulit yang sensitif, ia sesuai digunakan samada oleh individu atau keluarga tak kira di mana berada kerana saiznya yang kecil dan compact. Antara tisu Carina Green Tea yang ada adalah:

Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya

  1. Carina Green Tea Handkerchief
  2. Carina Green Tea Wallet

Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya


Macam yang kita tau, khasiat teh hijau dalam bidang kecantikan dan kesihatan amatlah luas. Antaranya adalah dapat melambatkan penuaan, mencegah kedutan dan membaiki struktur sel dari radikal bebas. Sebab itulah tisu green tea Carina ni bukan je baik untuk muka malah juga berbau wangi dan lembut tau. 

Dapatkan Tisu Carina di AEON


Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya


Kesemua jenis tisu Carina boleh didapati di pasaraya AEON BiG dan AEON Wellness yang terdapat di seluruh Malaysia. Apa yang best adalah sempena Hari Raya yang bakal tiba, Carina tawarkan promosi Tawaran Istimewa RAYA bagi produk Carina. Jadi jangan lupa untuk restock tisu Carina di rumah atau bagi yang belum pernah guna tisu ni, bolehlah beli sekarang pada harga promosi..jimatlah sikit. 


Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya
Tisu Carina Green Tea Pelengkap Sambutan Hari Raya Saya


Jarang risau kalau awak taktau kat mana lokasi AEON BiG dan AEON Wellness yang ada berdekatan rumah awak. Boleh klik link ini >> Senarai AEON BiG dan AEON Wellness untuk dapatkan lokasi AEON yang terdekat. Awak beli satu set tisu Carina terus, nanti senang bila time Raya, tak payah terkejar-kejar nak beli tisu sebab habis pulak kan.


Boleh Beli Online Ke?

Mestilah boleh! Kalau rasa malas nak ke AEON untuk beli tisu Carina, apa kata buat belian online je. Senang dan cepat. Boleh klik mana-mana link di bawah untuk lihat lebih lanjut. Samada nak buat belian di page Instagram, Facebook atau Tiktok..takde masalah!



INSTAGRAM


FACEBOOK


TIKTOK




#AeonBig #AeonWellness #CARINAMALAYSIA #MildAndGentle #comfortable #pure #SoftAndTender #CarinaMalaysia #CarinaCares #HealthyTissue #VITAMEDIA #CARINA #CarinaGreentea #LiveWithCarina #CarinaEveryday #CarinaEverywhere #AlwaysCarina

#AeonBigKepong #AeonBigPutraJaya #AeonBigKlang #AeonBigAmpang #AeonBigBukit Rimau #AeonBigSubangJaya #AeonBigTunHusseinOnn #AeonBigSriPetalingJaya #AeonBigShahAlam #AeonBigPuchongUtama #AeonBigWangsaMaju #AeonBigMidValley #AeonBigPenangPrai #AeonBigBukitMinyak #AeonBigIpoh #AeonBigSuteraUtama #AeonBigKluang #AeonBigBatuPahat

#WeCareWeLove #beautytissue #BetterLife #CarinaMY #MYCarina #Tissue #CarinaTissue #handkerchieftissue #handkerchief #VirginPulp #PurePulp #Wallettissue #CarinaLavender #CarinaCaringLife #CarinaForAll #BetterwithCarina #CarinaFamily #Carina100natural #CarinaNature

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. wahhh banyaknyaaa stok puas pakai ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..saya suka tisu. kat rumah memang setiap bahagian bilik mesti ada tisu

      Padam
  2. Balasan
    1. senang, borong siap-siap dapat lebih banyak diskaun Rabia

      Padam
  3. menarik lah. ada byk variasi pula tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah, kualiti tisu pun kuat dan tebal. Sesuai sangat nak guna untuk lap peluh masa panas terik mama

      Padam