Tips Mudah Menyimpan bagi Orang Boros

Risau rasanya bila baca yang negara kita mungkin akan alami kelembapan ekonomi menjelang tahun depan. 


Mengikut laporan Bernama, bank-bank pusat dah mula naikkan kadar faedah pada tahap yang tak pernah disaksikan sejak lima dekad lalu untuk melawan inflasi. Kesannya kita mungkin akan berdepan dengan kenaikan harga barang dan kadar pengangguran yang tinggi nanti. Aish, mak ghisau!

Tips Mudah Menyimpan bagi Orang Boros

Ditambah dengan isu pertelingkahan berpanjangan antara Ukraine dan Rusia serta pertumbuhan ekonomi yang sangat perlahan oleh tiga buah negara ekonomi dunia iaitu USA, China dan Eropah, penting rasanya untuk kita ambil berat tentang isu kelembapan ekonomi yang mungkin akan beri kesan pada kita nanti.


Mula Menyimpan untuk Masa Depan


Walaupun pakar ekonomi jelaskan yang negara kita mungkin tak banyak terkesan dengan isu ini, tapi adalah lebih baik untuk kita mula sediakan payung sebelum hujan kan? Paling tidak, sekurang-kurangnya pada saat kritikal nanti kita masih ada daya untuk bertahan. Saya rasa solusi yang boleh kita buat pada masa ini adalah dengan menyimpan wang!


Buat simpanan demi masa depan adalah antara langkah bijak yang boleh kita lakukan. Bak kata pepatah, 'bersusah dahulu bersenang kemudian'. Meskipun rasa terbeban untuk menyimpan, namun pada akhirnya simpanan itulah yang akan membantu kita pada saat sukar di kemudian hari.


Macammana nak saving? Asal ada duit je, habis. Memang tak sempat nak menyimpan pun.


Ha, saya faham sangat. Dalam situasi saya, baru je dapat pegang duit tiba-tiba duit habis. Nak kata saya boros tapi peliknya saya sendiri pun tak pasti barang apa yang saya dah beli. Disebabkan saya tak bekerja dan merupakan surirumah sepenuh masa dengan hanya suami sahaja yang bekerja dan menjadi bread-winner dalam keluarga ini, jadi bila takde duit memang terasa kepayahannya kat situ. Sebab itu saya paksa diri buat simpanan.

Tips Mudah Menyimpan bagi Orang Boros

Walaupun tak bekerja, tapi sekarang saya dah berjaya buat simpanan kecemasan enam bulan gaji dan juga buat simpanan tetap setiap bulan. Macammana saya boleh buat simpanan walhal saya tak bekerja? Jom saya kongsikan tips yang saya gunakan untuk menyimpan. Semoga awak juga boleh mulakan simpanan tetap awak selepas ini. Let's go!


Tips Menyimpan Wang


Ada banyak tips yang saya nak kongsikan tentang bagaimana cara saya buat simpanan tapi rasanya saya kongsikan hanya yang penting sahajalah kan. Risau terlalu banyak, penat pula awak nak hadam. Marilah kita bermula dengan small steps dahulu sebelum ke langkah seterusnya.


1. Jangan simpan banyak duit dalam bank simpanan

Masalah saya adalah bila nampak banyak duit dalam akaun bank, terus diri terasa kaya. Bila dah rasa kaya, mulalah shopping tak ingat dunia. Kemudian datang rasa menyesal bila duit dah berada di paras kritikal. Ditambah pula sekarang semua boleh buat di hujung jari termasuklah membeli-belah, jadi shopping online memang musuh nombor satu saat duit berkepuk dalam bank.


Cara saya untuk elak daripada ternampak seolah banyak duit dalam akaun bank sendiri adalah dengan buat potongan autodebit untuk simpanan. Melalui simpanan autodebit, saya secara tak langsung akan buat simpanan secara tetap setiap bulan dan duit dalam akaun akan menyusut tanpa perlu saya bazirkan ke tempat yang tak diperlukan.


Duit tersebut akan dipotong masuk terus ke dalam akaun unit trust saya. Dengan cara ini, susah untuk saya keluarkan duit tersebut kerana terikat dengan terms dan condition pengeluaran yang ambil masa selama beberapa hari serta melihat juga kepada untung rugi akaun pelaburan tersebut. 


2. Duit simpanan kecemasan letak dalam ASB

Kita diingatkan untuk ada simpanan kecemasan bagi tempoh tiga atau enam bulan gaji bagi menghadapi situasi yang tak dijangka seperti kemalangan atau kerosakan kenderaan. Simpanan wang kecemasan penting bagi mengelakkan kita terpaksa meminjam daripada orang luar akibat kesempitan wang pada saat memerlukan.

Tips Mudah Menyimpan bagi Orang Boros

Untuk elakkan masalah sukar kawal diri bila nampak jumlah duit kecemasan yang besar dalam akaun bank (duit banyak auto gatal nak shopping), jadi saya pilih untuk simpan duit kecemasan dalam akaun ASB. Tapi kenapa ASB? Ini kerana kadar dividen yang diberikan oleh ASB adalah lebih tinggi berbanding simpanan di bank biasa. Selain itu, proses untuk keluarkan wang daripada ASB juga mudah dan tak ambil masa yang lama sekiranya berlaku sebarang hal kecemasan. 


3. Asingkan duit simpanan sebaik dapat gaji

Bila dah pernah bekerja dan pegang duit sendiri, kita pasti akan mudah untuk berbelanja sebab kita tahu yang gaji akan masuk ke dalam akaun bank setiap bulan. Tapi bila saya dah tak bekerja ini, memang saya banyak korbankan nafsu untuk berbelanja barangan yang tak diperlukan. Saya paksa diri untuk buat simpanan sebanyak 50% daripada pendapatan yang saya perolehi melalui kerja freelance dan juga wang nafkah yang saya terima.


Saya gunakan nisbah 30% bagi simpanan, 20% komitmen dan 50% perbelanjaan. Syukurlah kerana semua perbelanjaan rumah diselesaikan oleh suami, jadi saya dapat buat simpanan dan sesekali berbelanja untuk keluarga. Dengan bantuan aplikasi Money yang saya download daripada Play Store, bukan sahaja dapat bantu saya untuk track semua perbelanjaan bulanan malah dapat ingatkan saya untuk berhemah dalam perbelanjaan.


Jangan Lupa Bayar Zakat Harta

Ada yang cadangkan bila dah buat simpanan nanti, jangan ingat dan lupakan terus tentang duit yang disimpan. Cara itu baik untuk elakkan kita daripada berkeinginan untuk keluarkan duit simpanan. Cuma yang tak eloknya bila kita tak sempurnakan kewajipan zakat harta akibat terlupa tentang simpanan yang dah dibuat. Jangan ye, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Jadi selesaikan kewajiban zakat harta sekiranya simpanan dah cukup haul. 


Bagi saya pula, bila selalu tengok perkembangan simpanan yang dah dibuat, saya jadi lebih teruja untuk lihat compounding effect yang bakal saya terima. Jadi saya cenderung untuk menyimpan lebih lagi dan lagi. Semakin bertambah nilai compounding interest, semakin banyak rasanya keinginan saya untuk menyimpan. Tapi jangan pula jadi kedekut untuk berbelanja kepada ahli keluarga dan bersedekah kerana itu juga merupakan salah satu punca rezeki.


Track Simpanan dan Compounding Effect di SavingsCalculator

Macam mana nak tahu berapa banyak compounding interest yang saya dah terima hasil simpanan saya? Mudah! Saya cari je SavingsCalculator.org di Google search. Tak payah download aplikasi dan tak payah bayar monthly commitment untuk dapatkan akses kepada laman web ini, hanya buka dan masukkan nilai simpanan serta beberapa maklumat lain dan tekan "Calculate". Saya boleh terus dapat tahu jumlah total simpanan termasuk compounding interest yang dah atau bakal saya terima!

Tips Mudah Menyimpan bagi Orang Boros

Semakin lama menyimpan, semakin tinggi nilai compounding interest dan semakin banyaklah duit simpanan kita, sebab itu kita digalakkan untuk menabung seawal usia. Rugi rasanya sebab saya lambat tahu tentang compounding effect dan SavingsCalculator ni. Kalau tidak tentu saya dah mula menabung sejak habis belajar di universiti dulu lagi. Tapi takpelah, better late than never kan? Paling kurang saya dah bermula sekarang dan masih konsisten menyimpan. 


Macam mana pula dengan awak? Dah mula menyimpan? Kalau sudah, baguslah tapi kalau masih belum menyimpan, jom mula menyimpan hari ini. Masih belum terlewat untuk bermula.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. setakat ni ammi menyimpan di bank simpanan. No debit card utk akaun yg itu walaupun boleh bershopping online. Hati kena kentallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagusnya awak. Saya selalu terjebak shopping online gara-gara guna bank yang sama keluar masuk duit dengan akaun online shop. Tak pepasal duit selalu habis. Nak aktifkan akaun bank lain, terasa malas nak beratur panjang pulak

      Padam
  2. terima kasih berkongsi. so far saya dah kurangkan berbelanja barang-barang macam pakaian, makanan dan minuman ringan. dapatlah menyimpan sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun dah mula kurangkan beli barangan kehendak macam tu. Harap boleh konsisten lah..

      Padam
  3. Dah kena fikir-fikir kan dan cari back up plan. Kita tak tahu apa akan jadi kan. Jomlah menabung

    BalasPadam
  4. Akaun yang nak disimpan jangan sekalikan dengan akaun gaji. Kalau Mrs. A lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada satu akaun tu je la, yang tu akaun shopping, yang tu akaun keluar masuk duit..bahaya. Memang kena asingkan kalau boleh.

      Padam
  5. wah...bagus juga tips ini....biasa orang sukar untuk menyimpan kerana kos hidup terlalu tinggi dan income pula terlalu kecil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, memang kebanyakan pekerja kat Malaysia ni underpaid tapi harga barang sentiasa naik. Penat..

      Padam
  6. setujuuuu sgt! nk menyimpan ni kite mmg kena paksa diri. kalau x smpi bla2 pun akn jd payah. dulu sy sgt skaptikal dgn insurans. tp bla dah dtg kesedaran sy paksa diri utk ambil insurans. lps.lbh 10 thn sy rs lega dgn tindakan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belum langgan insurans lagi ni, memang plan nak cari insurans mampu milik tapi masih tercari-cari lagi

      Padam
  7. Bukan mudah utk menabung terutama sekali bagi yg gaji cukup2 makan. Melihat senarai di atas, simpanan dlm ASB paling sesuai bg saya, terutama lps akaun ASNB linked dgn akaun bank utama. Best tengok simpanan meningkat ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Rasa macam sangat membantu bila akaun ASNB boleh link dengan bank simpanan kita. Bila2 nak topap, boleh terus buat. Sangat memudahkan.

      Padam