Punca Kulit Muka Kusam dan Gelap | Jom Pakai Skincare Rutin Harian Ni!

Happy rasanya sejak dua menjak ni bila saya perasan masalah pada kulit wajah saya makin berkurangan. Walaupun tidaklah flawless, tapi saya tetap happy sebab muka saya tak lagi nampak kusam dan gelap.

Sebenarnya sebelum ni saya tertanya-tanya apa yang membuatkan kulit muka saya tak jadi bersih berseri macam adik beradik saya yang lain walhal saya dah follow semua step penjagaan muka yang saya tahu. Penat kan bila dah melabur banyak wang beli skincare terbaik dan dah ikut semua rutin skincare yang perlu dibuat setiap hari tapi muka masih nampak kusam dan gelap dengan tona kulit tak sekata ditambah lagi wajah yang semakin berkedut akibat penuaan.


Punca Kulit Muka Kusam dan Gelap


Disebabkan kulit muka saya dah nampak makin elok sekarang, jadi hari ni saya nak kongsikan apa yang saya belajar sepanjang beberapa tahun saya amalkan penjagaan muka secara try and error sebelum ni. Semoga bermanfaat ya!


1. Tak Amalkan Kehidupan Aktif

Ada beberapa sebab terjadinya masalah kulit muka kusam dan gelap. Tak keterlaluan saya katakan yang saya mula kesan perubahan positif pada wajah bila saya amalkan kehidupan lebih aktif dan sihat. Kurang melakukan aktiviti fizikal menyebabkan toksin dan lemak terkumpul dalam badan dan sukar dicerna. Simpanan toksin dalam badan bukan sahaja menjadi punca penyakit malah turut menyebabkan masalah kulit dan wajah.

Kulit muka berjerawat, kusam dan gelap adalah antara kesan yang bakal terjadi pada mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup aktif. Sebab itulah, saya sebolehnya akan luangkan masa paling kurang setengah jam setiap hari untuk melakukan aktiviti fizikal. Yang paling saya suka adalah jogging. Percayalah, awak akan nampak cantik semulajadi apabila exercise regularly!


2. Kurang Minum Air Masak

Semua tahu tentang kepentingan air untuk badan. Selain mengelakkan tubuh dehidrasi, air juga membantu dalam proses penghadaman dan pencernaan badan. Air yang saya maksudkan di sini adalah air masak dan bukan air manis ya. Salah satu punca masalah sembelit adalah disebabkan oleh kekurangan air dalam badan. Apabila tiada air yang bertindak sebagai pelincir, proses nyahtinja menjadi sukar sekaligus mengakibatkan sembelit dan pengumpulan toksin dalam badan.


Pengumpulan toksin dalam badan punca masalah kulit dan wajah. Nak cantik? Pastikan cukup minum air setiap hari supaya proses penyahtinjaan boleh berlaku. Bukan je kulit lebih cantik malah perut juga akan jadi lebih kurus. Siapa yang tak mahu kan bak kata Tokti :P


3. Makan Makanan Tak Berkhasiat

Selain mengamalkan gaya hidup aktif, soal pemakanan juga perlu diambil kira. Jika soal pemakanan tak diambil berat, jadi tak usah bermimpi untuk dapatkan kulit muka bersih dan berseri. Makanan berlemak, manis dan berminyak bukan sahaja punca penyakit diabetes dan jantung malah turut menjadi punca pengumpulan toksin dalam badan. Simpanan toksin punca masalah kulit dan wajah, jadi elakkan makan makanan punca penyakit ini.

Tapi takkan saya langsung tak boleh makan makanan manis kegemaran saya? Tentulah boleh, namun cara saya adalah untuk kurangkan kuantiti dan kekerapan pengambilan makanan tersebut. Kalau dah terlajak makan terlalu banyak, buat exercise atau berpuasa daripada makan untuk sementara waktu. Ingat, makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Berlebihan boleh mengundang penyakit, jadi makan secara berhemah ya.


4. Tak Amalkan Rutin Skincare

Yang ini paling penting. Ramai yang cakap 'saya takde masa la nak pakai skincare' tapi yang peliknya mereka ini boleh spend masa yang lama untuk pakai mekap tiap kali nak keluar rumah. Mana yang lebih penting, merawat kekurangan wajah dari dalam atau sembunyikan kekurangan di sebalik mekap? Bagi saya, merawat kekurangan adalah yang terbaik jadi tak perlu nak pakai mekap tebal tiap kali keluar rumah.


Cuba bayangkan apa akan jadi pada wajah jika seharian tak pakai sunscreen? Tentulah muka akan jadi gelap kerana dah terdedah pada cahaya matahari punca wajah sunburn. Jadi jangan hairan jika muka nampak kusam dan gelap kerana ia tak dapat perlindungan secukupnya daripada penggunaan skincare yang betul dan berterusan.


Rutin Skincare Saya

Penting rasanya saya share rutin skincare yang saya pakai memandangkan saya dulu pun tak tahu skincare apa yang perlu diamalkan. Seringkali saya confuse nak pakai skincara apa terlebih dulu dan kenapa ada pelbagai skincare baru yang keluar dengan nama berbeza. Semuanya agak mengelirukan.

Basic skincare yang wajib saya pakai setiap hari tak banyak pun, ada empat perkara saja. Cleanser, toner, moisturiser dan sunscreen. Bukan maksudnya saya tak pakai serum, mask atau exfoliator, saya pakai juga skincare yang lain cumanya untuk empat skincare yang saya sebut ini, wajib saya pakai setiap hari. Yang lain bergantung pada masa, kalau banyak free time baru saya apply. Stepnya pula bermula dengan cleanser kepada toner seterusnya moisturiser dan sunscreen.


Hansaegee Nature Skincare untuk Muka Kusam dan Gelap Saya

Beruntung rasanya saya dipertemukan dengan produk daripada Hansaegee Nature. Boleh saya katakan masalah kulit kusam dan gelap saya berkurangan sejak pemakaian moisturiser dan sunscreen daripada Hansaegee Nature. Disebabkan ia tak dijual di drugstore, jadi ramai yang kurang tahu tentang kehadiran produk penjagaan diri berjenama Hansaegee Nature ini.


Aqua Whitening Cream

Aqua Whitening Cream adalah moisturiser yang saya gunakan setiap pagi dan malam bagi mengekalkan keseimbangan lembapan dalam wajah. Bertindak untuk menghidrat, Aqua Whitening Cream jadi pilihan saya kerana sifatnya yang water-based. Saya pasti ramai yang dah tahu saya alami masalah milia seed di bawah mata jadi penggunaan skincare bersifat oil-based memang saya akan cuba elakkan.

Bintik air terbentuk apabila disapu ke wajah

Selain water-based, sifat moisturiser ini yang mudah meresap ke dalam kulit wajah dan tak melekit memang buatkan saya suka gunakannya setiap hari. Sejuk lembut setiap kali penggunaan, saya pakai Aqua Whitening Cream setiap awal pagi dan sebelum tidur supaya kulit saya menyimpan cukup air supaya wajah saya tak terdehidrasi.

Tekstur ringan, tak berminyak dan mudah meresap

Apa kaitan moisturiser dengan kulit kusam? 

Sebenarnya apabila terdedah pada cahaya matahari, kulit wajah mula dehidrasi. Sebum akan dihasilkan secara semulajadi dan keluar melalui liang roma bagi mengelakkan kulit dehidrasi. Sebum yang bersifat oily ini apabila dihasilkan secara berlebihan boleh memerangkap kotoran pada wajah dan menyumbat liang pori muka lalu menyebabkan berlakunya masalah jerawat. Masalah jerawat dan liang pori besar ini akan menyebabkan kulit muka nampak agak kusam dan tak flawless.


Aloe Vera Sunscreen

Wajib bagi saya untuk pakai Aloe Vera Sunscreen sebelum memulakan hari kerana cuaca panas di Malaysia bukan sahaja boleh buat muka sunburn malah turut boleh beri kesan kanser kulit jika terdedah di bawah pancaran matahari pada jangka masa panjang. Umum tahu bahawa pendedahan kepada cahaya matahari boleh buat muka gelap dan suram, jadi penggunaan sunscreen amatlah diperlukan.

Apa yang saya suka dengan Aloe Vera Sunscreen adalah krimnya tak berminyak dan tak melekit serta mudah meresap ke dalam kulit wajah. Diformulasikan dengan gabungan empat jenis ekstrak bahan semulajadi dengan bahan utamanya aloe vera, sunscreen ini tak tinggalkan white cast meskipun disapu berulang kali ke wajah. Selain itu, ia juga ringan pada muka.

No white cast

Dengan SPF50 dan PA+++, saya tak risau nak bergerak walau ke tempat yang panas terik kerana tahu saya akan tetap dilindungi daripada sinar UVA dan UVB oleh Aloe Vera Sunscreen. Boleh juga digunakan sebagai foundation, sapuan sunscreen ini sebelum mekap membantu menjadikan proses pemakaian mekap menjadi lebih mudah dan lancar kerana teksturnya yang lembut dan licin.


Nak Beli di Mana Produk Hansaegee Nature?

Tak susah pun nak dapatkan Aqua Whitening Cream dan Aloe Vera Sunscreen ni, hanya buat belian secara online je. Klik mana-mana link di bawah untuk dapatkan produk daripada Hansaegee Nature. Setiap pembelian boleh dapat pelbagai jenis free gifts dan kumpul points tau, jadi jom beli!



Best Sunscreen SPF50 untuk Kegunaan Harian | Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Saya lah tu yang amalkan perkara-perkara yang sebabkan kulit kusam tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun buat jugak kadang-kadang Diah, tapi bila nampak muka dah kusam, berat dah bertambah..terus insaf kejap :D

      Padam
  2. produk hansaegee mmg mama suka.. semuanya berkesan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, saya baru cuba dua produk ni..tapi memang sesuai dengan muka. Suka brand hansaegee

      Padam
  3. saya juga perasan...muka saya sudah ada tanda-tanda ketuaan....nasib belum ada tanda-tanda kematian hahaha

    BalasPadam
  4. sy pakai set cetaphil je dgn minum air kosong... so far brand ni yg sesuai utk org yg ada resdung mcm sy ni😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih baik macam apa yang awak buat tu, muka saya dah tak jalan dengan pakai cetaphil je. Pernah pakai dulu lepastu tukar pakai yang lain tapi cetaphil memang best, lembut je

      Padam