Menang Motorsikal Cabutan Bertuah oleh Ustaz Azhar Idrus!

Allahuakbar, tak sangka saya boleh menang motosikal!


Seumur hidup saya, hadiah yang paling best saya pernah dapat sebab cabutan bertuah adalah kipas tapi semalam saya baru je menang sebuah motosikal yang dicabut oleh Ustaz Azhar Idrus pulak tu, memang betul-betul kenangan yang tak boleh dilupakanlah!


Alkisahnya semalam sebelum solat maghrib berjemaah, suami ajak saya pergi dengar ceramah Ustaz Azhar dalam Program Talk Show Anok Mude di bandar Kuala Terengganu. Saya pun dengan blur-blur buatlah tanya programnya dekat mana, padahal macam taknak pergi sebab malas nak bersiap.


Menang Motorsikal Cabutan Bertuah oleh Ustaz Azhar Idrus!

Disebabkan kitorang pun dah lama tak dengar ceramah live, jadi saya on je la lagipun ada Ustaz Azhar, memang tak mengantuk nak dengar ceramah. Suami bagitau Zizan pun ada jugak sebagai panelist, jadi lagi la best sebab saya fikir mesti lawak-lawak jugaklah ceramahnya dengan gandingan Ustaz Azhar dan Zizan Razak ni.


Kami sampai dan pasang tikar di bawah kanopi yang disediakan sebelum pukul 9 malam. Orang masih tak ramai dan banyak lagi ruang kosong yang tersedia. Program yang sepatutnya bermula jam 9 malam ni di drag pula ke pukul 9.30 malam, jadi suami dan anak-anak pergi ke kaunter pendaftaran dulu untuk isi kertas cabutan bertuah sementara saya pula menunggu di bawah kanopi.


Walau pun ramai yang beratur untuk isi nama di kaunter pendaftaran tapi suami tetap gigih nak beratur jugak. Disebabkan saya memang bukan sejenis yang rajin nak isi nama, nak-nak bila saya sendiri pun taktau apa hadiahnya malam tu jadi suamilah yang gigih dapatkan empat keping kertas cabutan untuk kami semua.


Bila dah dapat kertas tu, suami suruh kakak hantarkan kepada saya untuk saya isikan nama dan mereka bertiga pulak pergi pusing kedai untuk beli makanan buat kudapan masa dengar ceramah nanti. Saya yang ingatkan suami dah mendaftar nama kat kaunter tadi dah mula rasa blur kenapa suami kasi kertas lain untuk diisi lagi.


Menang Motorsikal Cabutan Bertuah oleh Ustaz Azhar Idrus!

Jadi dengan yakinnya saya isi semua empat kertas yang suami beri tu dengan nama saya semuanya kerana ingat suami dapatkannya di booth jualan. Suami pula beri kertas tersebut pada petugas program untuk diletakkan dalam tabung cabutan bertuah. Dan seterusnya kami dah taktau apa cerita tentang kertas itu dan kami memang langsung tak berharap pun yang kami akan memang memandangkan kami berdua bukanlah jenis yang bertuah pun selama ni :D


Bila je Zizan cakap majlis dah nak berakhir, kami start lipat tikar, bersihkan sampah dan kemas makanan untuk keluar daripada bawah kanopi. Yelah, bila majlis berakhir mestilah akan bersesak pulak dengan orang ramai yang nak balik kan, jadi plan kami nak balik awal sikit sebab taknak bersesak bila semua keluar serentak nanti.


Kami tak plan pun untuk tunggu sehingga ke part panggilan nombor bertuah. Sambil jalan balik pun boleh dengar kan tapi dalam otak ni memang yakin takkan menanglah sebab memang selalu macam tu pun, tak pernah bertuah. Dengan langkah nak balik tidoq, saya keluar daripada kanopi dan masa tu la nombor IC saya dipanggil oleh Zizan!

Unforgettable moment betullah! Sampai sekarang pun saya masih boleh rasa keadaan masa tu. Keadaan masa saya berpandangan dengan suami sebab nombor IC saya disebut dan saya berjalan laju menuju ke pentas untuk dapatkan hadiah utama..subhanallah. Jantung berdegup laju jangan cakaplah dengan tangan sejuk sebab excited dan malu nak naik ke pentas :D


Oh, lupa saya nak sebut. Dalam program ni juga ada ustaz Kamaruzaman sebagai moderator dan ustaz K ada tanya saya soalan datang dari mana semua tu. Disebabkan soalan ustaz tu buat adrenalin rush saya yang tengah gabra tu kurang nak merembes keluar, jadi thanks la ustaz sempat tenangkan hati saya sekejap.


Untuk rekod saya nak simpan moment ni untuk kenangan. Ustaz Azhar Idrus tarik nama saya daripada peti cabutan, Zizan Razak panggil nama saya dengan susah payahnya dan ustaz K tenangkan hati saya. Haha..takut terlupa jadi saya kena tulis semua supaya moment berharga ni takkan luput dari ingatan..ngeee..


Motor SM Sport E Hadiah Cabutan Bertuah

First time menang grand prize dan saya memang super duper excited. Malam itu kami balik pukul 12 tengah malam sebab nak bawak motor balik terus ke rumah dan saya tak dapat tidur sehingga ke pukul 3.30 pagi kerana hormon excited masih tak hilang. Lupa nak bagitau, saya menang motor SM 110 (btw saya pun baru tau wujudnya jenama motor SM ni).


Motor yang diterima saya hadiahkan pada suami sempena birthdaynya tahun ni, lagi pun saya memang tak pandai bawak motor. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu buat Syed Shariff Said Salleh. Terima kasih untuk segalanya. Alhamdulillah..

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Alhamdulillah
    Tahniah rezeki dapat hadiah

    BalasPadam
  2. la..awak ke yang menang tu..kita xperasan plk yg tu awak..ada orang share kat fb..klu thu kita tag awak..adoii..alhamdulillah..tahniah..rezeki rini ni..:)

    BalasPadam
  3. Tahniah Rini rezeki awak sekeluarga

    BalasPadam
  4. alhamdulillah murah rezeki .. rezeki tak penah salah alamat

    BalasPadam
  5. alhamdulillah rezeki besar...memang patut pun suami awak yang dapat kerana dia yang ajak pergii ceramah...dan awak sebagai pengantara rezeki....alhamdulillah dan tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kalau dia tak ajak memang saya tak tau pun ada ceramah tu kan. Alhamdulillah :)

      Padam
  6. bolehlah sebut selalu: "sy mng moto"😂 btw tahniah tahniah tahniah!!! best tu dpt hadiah bsr mcm ni. kalau sy dah melompat ke langit biru... tahniah tau!!👍👍👍

    BalasPadam