Kenal Pasti Punca Rambut Rosak dan Rawat dengan Miko Galere

Halus berkilat serta beralun lembut saat ditiup angin dengan keanjalan yang mempesona dalam setiap helaian menjadikan rambut sihat sebagai mahkota idaman setiap wanita. Penggayaan rambut yang sesuai bukan sahaja mampu menyempurnakan penampilan luar si pemiliknya malah turut menaikkan seri pada wajah seseorang.


Kenal Pasti Punca Rambut Rosak dan Rawat dengan Miko Galere


Rambut yang sihat tampil mudah melentur dan beralun, kelihatan licin berkilat serta ringan dan mudah digayakan. Meski rambut terhasil daripada gabungan jutaan folikel rambut yang nipis dan halus, namun jangan dipandang enteng pada kebolehannya dalam memberikan masalah kepada si pemilik jika tidak dijaga rapi.


Punca Rambut Rosak



Saya sudah buat macam-macam tapi rambut tetap rosak!


Rambut bercabang, kering, gatal dan rapuh adalah antara masalah biasa yang sering dialami oleh setiap orang. Tanpa penjagaan rapi, masalah ini bukan sahaja mencacatkan kecantikan rambut malah mampu merosakkan akar sekaligus memberi masalah berpanjangan dan menimbulkan rasa tidak selesa kepada pemiliknya.


Berada di Malaysia dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun, individu berhijab pastinya sangat terkesan saat mengalami masalah rambut rosak. Tentu sukar bagi mereka memberikan tumpuan dalam tugasan di pejabat dengan keadaan kulit kepala tidak selesa dan dilitupi tudung selama 8 jam setiap hari. Namun apa yang pasti masalah rambut tentunya akan berlanjutan dan memburuk jika tiada rawatan diambil. Oleh itu, kenal pasti punca rambut rosak bagi membolehkan rawatan segera dilakukan.


Kenal Pasti Punca Rambut Rosak dan Rawat dengan Miko Galere


Berikut adalah beberapa punca penyebab rambut rosak:


1. Pemakanan Tak Seimbang


Seperti badan, rambut juga memerlukan vitamin bagi mengekalkan kesihatan struktur seratnya. Melalui diet seimbang, vitamin ini dapat diserap oleh badan samada melalui buah-buahan, sayur-sayuran atau hidupan laut. Pengambilan makanan yang tidak sihat dan rendah nutrien boleh mempengaruhi proses pembentukan rambut sihat.


Vitamin A, B, C, E dan D adalah antara vitamin penting yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut sihat dan kuat. Kehadiran antioksidan dalam buah-buahan seperti limau, kiwi dan avokado membantu melawan radikal bebas penyebab kerosakan tisu badan manakala pengambilan telur, salmon dan cendawan pula membantu pertumbuhan rambut lebih cepat. Itulah sebabnya mengapa diet seimbang memainkan peranan penting dalam mengembalikan kecantikan dan kesihatan struktur rambut dari dalam.


2. Penggunaan Bahan Kimia


Rambut yang digayakan mampu membuat si pemilik tampil kelihatan lebih anggun dan menawan. Walau bagaimana pun, gemar bereksperimentasi dengan dandanan rambut yang pelbagai dan berterusan juga turut mampu merosakkan struktur dan akar rambut. Meski rambut terlihat cantik ketika digayakan tetapi kesan buruknya boleh dilihat sebaik sahaja dandanan rambut dilepaskan saat ingin dicuci.


Proses dandanan rambut seperti bleaching atau highlight melibatkan penggunaan bahan kimia yang tinggi. Kemasukan bahan kimia ke dalam kutikel rambut secara langsung menghilangkan nutrien asal yang terdapat dalam folikel rambut sekaligus mengubah struktur lalu merosakkannya. Hasilnya rambut mungkin terlihat kasar, kering dan sukar dibentuk kembali seperti asal.


3. Kandungan Metal dalam Rambut


Ramai yang tidak tahu mengenai kehadiran metal dalam rambut. Kehadiran metal berpunca daripada aliran air yang menghakis permukaan paip besi dalam sistem perpaipan sekaligus mengakibatkan pengumpulan dan pemendapan metal dalam serat rambut ketika mandi. Kandungan metal ini juga terdapat dalam air di lautan. Setiap individu mempunyai kadar metal yang berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti kualiti air dan keronggaan serat rambut.


Kehadiran metal dalam rambut memberi kesan kepada kelembapan sekaligus mengakibatkan rambut kering, rapuh dan bercabang. Menggayakan rambut dengan cara pewarnaan juga turut menyumbang kepada peningkatan jumlah metal dalam serat rambut. Oleh itu, proses rawatan diperlukan untuk meneutralkan struktur rambut sekaligus menguatkan kembali akar daripada dasar.


Miko Galere Tawar Rawatan Rambut dengan Jaminan 8 Hari



Miko Galere merupakan salun rambut unisex yang menawarkan khidmat dandanan serta perawatan rambut melalui diagnosis profesional oleh pendandan rambut pakar. Diasaskan sejak 1994 oleh Miko Au, salun rambut Miko Galere kini makin dikenali dengan pembukaan enam cawangan salun dan satu kiosk produk telah berjaya dirasmikan.


Kenal Pasti Punca Rambut Rosak dan Rawat dengan Miko Galere


Menumpukan penekanan kepada potongan rambut gaya klasik kepada pelanggannya demi memastikan kutikel rambut kekal sempurna, salun rambut yang terletak di Kuala Lumpur ini menawarkan kelebihan dengan jaminan 8 hari di mana pelanggan boleh kembali mendapatkan pengubah suaian rambut secara percuma dalam masa lapan hari selepas dandanan bagi servis potongan rambut, mewarna, perming atau rebonding.


Melalui 'Program Jaminan 8 Hari' ini, pelanggan bukan sahaja mempunyai masa yang panjang untuk mempertimbangkan gaya lain sekiranya tidak berpuas hati dengan gaya terdahulu, malah pelanggan juga boleh bereksperimentasi dengan gaya dandanan baru dan pelbagai. Tawaran ekslusif ini sudah tentulah tidak ditawarkan di mana-mana salon rambut seumpamanya.


Kenal Pasti Punca Rambut Rosak dan Rawat dengan Miko Galere


Dengan misi memberi hanya yang terbaik kepada pelanggan, para hairstylist profesional di salun rambut Miko Galere akan mengkaji terlebih dahulu secara teliti tekstur rambut, warna kulit dan bentuk wajah seseorang sebelum mula mendandan demi menentukan gaya terbaik setiap pelanggannya. Bukan itu sahaja, salun rambut Miko Galere juga turut memberi bantuan dan khidmat rundingan sebelum, semasa dan selepas dandanan bagi memastikan pelanggan mencapai kehendak mereka pada tahap maksimum.


Turut menggunakan rangkaian produk daripada dua jenama terkenal dan berkualiti tinggi iaitu Kerastase dan Loreal untuk sesi rawatan, setiap pelanggan akan didandan dalam ruang ekslusif dengan suasana tenang dan selesa. Senarai harga yang dikenakan juga adalah berpatutan dengan kualiti terbaik yang ditawarkan oleh para jurugaya berpengalaman. Selain khidmat potongan rambut dan basuhan biasa, pelanggan juga boleh dapatkan khidmat rawatan serta dandanan rambut yang melibatkan penggunaan bahan kimia seperti rebonding atau hair extension.


Kenal Pasti Punca Rambut Rosak dan Rawat dengan Miko Galere


Kemampuan mendandan rambut oleh para hairstylist di Miko Galere tidak dapat disangkal lagi apabila beberapa kakitangannya berjaya merangkul anugerah di Malaysia's 100 Supreme Hairstylist Award 2019 manakala Miko Galere sendiri turut dilantik secara rasmi oleh The L'Oreal Group sebagai Duta Artistik dalam usaha mengikhtiraf kehadiran dan kecemerlangannya dalam industri dandanan rambut di Malaysia.


Kenal pasti punca rambut rosak dan dapatkan rawatan segera di Miko Galere untuk pengalaman dandanan rambut serba mewah dan profesional hari ini.

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Balasan
    1. Takpe Ada, salah satu tanda rambut sihat, dia gugur tiap hari. Kalau tak sihat tak gugur la tu..jadi senyummmm haha

      Padam
  2. saya, masa rambut panjang ada masalah bercabang. then trs potong pendek. lg satu masalah rambut gugur sbb ada resdung. so berubat dgn cara tukar diet

    BalasPadam