Nak Buat Duit Online dari Rumah? Install App Review Ini | Partipost

Pernah dengar Partipost? Kalau awak berminat untuk mula buat duit di rumah melalui review job, jangan lupa untuk install aplikasi Partipost ini di handphone. Saya berjaya buat banyak wang sampingan melalui jobs yang terdapat dalam app ini.


Adakah ia legit?


Ya ia legit dan in fact, saya pernah merasa pendapatan mencecah empat angka melalui aplikasi ini. Tak percaya? Di bawah adalah bukti pendapatan yang saya perolehi melalui aplikasi Partipost. Sebelum wujudnya app Partipost, kami hanya berinteraksi melalui Telegram. Jadi pendapatan terdahulu tak dapat direkodkan dalam transaksi terbaru ini.


Banyak Job Review di Partipost


Apa yang saya suka mengenai Partipost adalah ia banyak menawarkan job review dengan bayaran tinggi. Sesetengah aplikasi sebegini hanya tawarkan job secara bermusim, tapi tidak dengan Partipost. Saya perlu selalu alert dengan job terbaru jika mahu grab banyak job kerana ramai juga yang berebut mahu buat job di Partipost. Jika tempat telah penuh, submission tidak lagi diterima.


Nak Buat Duit Online dari Rumah? Install App Review Ini | Partipost


Selain itu, saya tak perlu risau samada saya memenuhi kriteria yang diperlukan atau tidak kerana setiap job review yang ditawarkan akan disepadankan dengan profile setiap individu. Tanda alert berwarna merah akan dikeluarkan sekiranya profile saya tidak memenuhi kriteria yang diingini, jadi saya tahu bahawa saya tidak layak untuk memohon job tersebut.


Kelebihan dan Kekurangan Partipost


Antara kelebihan yang ada pada app Partipost adalah:

  • Banyak tawaran job review

Pelbagai tawaran job review terdapat di aplikasi Partipost dan tidak terhad kepada pengiklanan di platform Instagram semata-mata. Sesetengah job memerlukan individu yang aktif di medium seperti TikTok atau juga Facebook. Banyak pilihan medium bersesuaian yang boleh dijadikan pilihan.

  • Mudah digunakan

Penerangan yang ringkas dan mudah difahami, staf Partipost juga ramah dan pantas dalam menjawab pertanyaan. Saya sudah beberapa kali mendapatkan bantuan mereka sebelum ini dan mereka sangat memudahkan urusan saya menyelesaikan job review yang diterima.

  • Cas transaksi yang rendah (5%)

Transaksi pengeluaran hanya boleh dilakukan sekiranya wang dalam akaun Partipost mencapai nilai minimum RM20 dan cas transaksi sebanyak 5% akan dikenakan. Cas ini boleh dikatakan lebih murah berbanding sesetengah aplikasi lain yang mengenakan cas tetap walaupun nilai yang dikeluarkan adalah kecil.

  • Bayaran per job yang tinggi

Sesetengah bayaran bagi job di Partipost adalah tinggi dan menguntungkan meski pun ada jua sesetengah bayaran yang ditawarkan adalah kecil nilainya. Tak susah, jika rasa bayarannya tak berbaloi saya tak akan apply untuk job tersebut.


Semua best tentang Partipost ni? Tak ada keburukan ke? Eh, tentulah ada contranya juga. Ada beberapa perkara yang saya tak suka di Partipost. Antaranya adalah:

  • Persaingan tinggi

Persaingan agak tinggi bagi mereka yang berminat untuk buat duit di Partipost. Pastikan memohon job yang ditawarkan secepat mungkin supaya kita tak terlepas daripada menyertainya akibat tiada slot kosong yang tinggal.

  • Perlu update mengikut masa

Setiap kali selepas membuat post di platform yang dikehendaki, jangan lupa untuk menghantar insight mengikut masa ditetapkan. Pembayaran boleh dibatalkan sekiranya butiran insight tidak diterima pihak Partipost. Perkara yang paling sukar adalah jika insight IG Story terlupa diambil kerana ia cuma boleh diakses dalam tempoh 24 jam sahaja.

  • Cas transaksi dikenakan

Cas transaksi yang dikenakan tentulah suatu kerugian kan? Namun ia juga boleh jadi sesuatu yang baik kerana kita tak perlu bersusah payah untuk cari job review di luar sana.


Cara untuk Mula Buat Duit dengan Partipost


Tak sabar untuk buat duit dengan Partipost? Caranya mudah. Hanya ikut langkah di bawah dan mula buat duit dari rumah secara online hari ini.

  1. Daftar masuk ke Partipost.
  2. Kemaskini akaun Partipost dengan jawab semua soalan dan update laman sosial media yang terkini.
  3. Mula register campaign untuk sertai.
  4. Baca arahan seterusnya pada butiran campaign yang dipilih.
  5. Siapkan tugas mengikut masa dan hantar butiran insight.
  6. Terima bayaran.

Jom mula buat pendapatan sampingan bersama di Partipost!

Catat Ulasan

5 Ulasan