Tempat Makan Malam Sedap dan Menarik di Kuala Terengganu

Tiap kali bercuti ke sesuatu negeri, saya akan masukkan list untuk Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) sambil bercuti kerana makan kan perkara wajib dilakukan setiap hari, jadi alang-alang dah berkunjung ke tempat orang..apa salahnya rasa menu sedap yang ada di tempat mereka. Lebih kurang macam tugas Maria Tunku Sabri la, bezanya kami malu-malu kucing nak buat video, cuma mampu snap gambar je sebelum makan :P


Tempat Makan Malam Best dan Menarik di Kuala Terengganu


Kali ini, dengan niat nak membantu pelancong yang mungkin berkunjung ke Terengganu atau yang tengah staycation di negeri penyu bertelur ini, saya terfikir untuk kongsikan beberapa kedai makan malam yang best dan menarik jadi kegemaran kami sekeluaga yang terdapat di sekitar Kuala Terengganu. Saya bukan kongsikan senarai kedai yang tawarkan menu viral, tapi kedai makan yang pada saya cantik mata memandang dengan menu sedap hingga menjilat jari gitu.


Apa lagi, jom kita tengok senarai kedai yang mengungguli carta hati saya!


Kedai Makan Malam Menarik di Kuala Terengganu


1. Oliva Cafe

Salah satu feature yang saya suka tentang Google adalah saya boleh dapatkan review yang tepat dan jujur daripada pelanggan melalui Google Review. Antara lokasi tempat makan yang saya berjaya cuba hasil daripada bacaan di Google Review adalah Oliva Cafe. Dan hasilnya, Oliva Cafe berada dalam ranking nombor satu saya untuk senarai kedai makan waktu malam yang sedap, best dan menarik di Terengganu!


Tempat Makan Malam Best dan Menarik di Kuala Terengganu


Meskipun harga makanan di Oliva Cafe boleh dikatakan agak mahal jika dibandingkan dengan kedai biasa, namun kami suka makan di sini (tapi tak boleh selalu, lari bajet nanti). Kebanyakan makanan yang dihidangkan datang dalam portion besar dan sedap. Menu yang paling saya suka adalah smoked duck sphagetti aglio olio kerana rasanya yang tak terlalu pedas dan sedap.


Tempat Makan Malam Best dan Menarik di Kuala Terengganu


Rib eye steak yang dimasak well done pula jadi pilihan suami. Hidangan bersaiz besar dengan sos istimewa yang cukup rasa, memang buat kami terliur bila membayangkannya. Servis staf di Oliva Cafe juga lima bintang. Pernah menu yang kami order lambat sampai, hampir 30 minit menunggu dan kami dah mula rasa geram akibat perut yang berkeroncong. Tiba-tiba staf datang sambil meminta maaf dan hulurkan kami dessert percuma berupa aiskrim kerana hidangan kami yang lambat tiba. Eh, tiba-tiba hati kami pun cool down pula, pandai mereka ambil hati ya :D


Kedai dibuka bermula jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 10 malam pada setiap hari kecuali Isnin.


2. Syrup vs Soda

Gara-gara menonton rancangan Jalan-Jalan Cari Makan yang dihoskan oleh Abang Naz beberapa tahun lalu, kedai makan Syrup vs Soda kini jadi pilihan tempat makan malam kegemaran kami sekeluarga. Namun kedai ini selalu full house, jadi jika mahu makan di sini, kami perlu datang seawal jam 8 malam untuk elakkan kesesakan dan tiada tempat duduk. 


Dengan menu yang lain dari yang lain, peminat minuman soda boleh mencuba pelbagai kombinasi minuman soda di sini yang unik dan menarik. Pernah makan nasi goreng ikan aye atau nasi goreng rameng? Kalau tak pernah, boleh cuba makan di Syrup vs Soda (tapi kami pun belum pernah cuba nasi goreng rameng tu).


Tempat Makan Malam Best dan Menarik di Kuala Terengganu


Sama seperti di Oliva Cafe, makanan yang dihidangkan di sini adalah dalam kuantiti yang besar dan banyak. Jadi tiap kali kami ke Syrup vs Soda, kami cuma order dua pinggan hidangan menu utama sahaja dan side dish jika mahu. Jika order lebih daripada itu, pasti ada yang tak habis dan seterusnya akan jadi pembaziran pula. 


Tempat Makan Malam Best dan Menarik di Kuala Terengganu


Menu kegemaran saya di sini adalah chicken parmigiana yang crunchy dengan sos blackpaper yang cukup rasa. Selain itu, hidangan chicken chop dan sphagetti carbonara juga sedap dan kena dengan tekak kami. Menu ini seringkali kami pesan setiap kali ke Syrup vs Soda. Jangan lupa juga untuk cuba air potong kaki mereka dengan tambahan aiskrim dan topping coklat yang super manis tapi sedap!


Kedai dibuka bermula jam 4 petang dan berakhir jam 11 malam setiap hari kecuali Jumaat. Operasi kedai akan dihentikan pada jam 6.30 petang sehingga 8 malam bagi menunaikan solat maghrib.


3. Salaza and Sons

Apa yang menariknya di Salaza and Sons ini? Lokasinya yang terletak di tengah padang tanpa gangguan kedai lain dengan tiupan bayu daripada pantai serta diceriakan dengan cahaya jingga daripada lampu pada waktu malam menyerikan suasana makan malam kami setiap kali berada di sini.


Tempat Makan Malam Best dan Menarik di Kuala Terengganu


Ada beberapa menu yang saya suka di sini, antaranya kami suka hidangan spaghetti carbonara yang sedap dan tak muak dimakan. Hidangan chicken chop dengan sos blackpaper yang pekat dan tak pedas juga berjaya menjadi kegemaran kami serta tak lupa juga mee mamaknya yang lebih sedap daripada di kedai mamak sendiri (tapi tak pasti samada menu mee mamak ini masih dikekalkan sehingga kini atau tidak).


Tempat Makan Malam Best dan Menarik di Kuala Terengganu


Salaza and Sons berada dalam senarai kedai makan malam best dan menarik kegemaran kami kerana suasana yang terdapat di sekitar kawasannya yang tenang dan damai. Berada satu-satunya di dalam bangunan dua tingkat yang diterangi kecerahan lampu gantung dengan angin sepoi-sepoi bahasa, tiap kali ke sini kami suka bergambar dan berbual sambil bergurau senda. Entah, moodnya seperti berada di pulau pada waktu malam pula.


4. One Corner

Kedai makan yang sedap dengan harga berpatutan jatuh kepada One Corner! Berada di tepi jalan besar yang menghubungkan jalan Kuala Berang ke bandar Kuala Terengganu, One Corner jadi pilihan saya setiap kali terasa malas nak memasak. Bukan sahaja harganya yang berpatutan, malahan juga ada satu menu special di sini yang selalu buat saya terliur nak makan, Nasi Goreng One Corner!


Tempat Makan Malam Best dan Menarik di Kuala Terengganu


Nasi Goreng One Corner lain dari yang lain kerana ada daging pekasam goreng (saya agak je pekasam sebab rasa macam pekasam) dan daging inilah yang buat saya asyik teringat-ingat. Ramai juga yang kata sup tulangnya sedap tapi saya masih belum cuba. Set hidangan nasi putih pun terbaik sangat dengan hidangan ikan siakap stim dan daging goreng kunyit yang lembut. Cuma mungkin servis staf perlu dipertingkatkan lagi.


Jadi kedai di atas adalah antara kedai makan waktu malam yang sedap, best dan menarik bagi saya dan keluarga. Kalau bercuti di Terengganu, jangan lupa untuk singgah makan di salah satu lokasi ini ya. 


Masih tiada penginapan bercuti? Boleh dapatkan contact di sini >> Rumah Penginapan Terengganu. Nak menginap di tepi pantai? Banyak pilihan hotel di >> Hotel Tepi Pantai

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. hanya orang rajin boleh dapat review begini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, orang tak berapa rajin pun boleh buat review camni tuan. Sebab saya pun bukan rajin mana pun :P

      Padam
  2. Balasan
    1. Semua kedai sedap2 tu Ada, boleh pi try kalau mai bandor..

      Padam
  3. ok sy bookmark page ni. nnt sng nak terjah terengganu bln 7 nnt

    BalasPadam