21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai


Mendapat jolokan sebagai negeri pesisir pantai, Terengganu merupakan lokasi popular di kalangan pelancong yang cintakan keindahan alam semulajadi. Lokasi paling popular tentulah pantainya yang membiru dilatari pasir memutih pasti mendamaikan hati sesiapa yang memandang.


Untuk membantu anda mendapatkan pengalaman percutian menarik, apa kata menginap sahaja di hotel tepi pantai yang banyak terdapat di Terengganu? Jom lihat 21 senarai hotel di Terengganu yang best tepi pantai ini untuk dijadikan koleksi rujukan anda.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

1. White Sand Beach Resort


Terletak berhampiran Pantai Pasir Putih, White Sand Beach Resort merupakan destinasi penginapan yang boleh dipilih sekiranya anda merancang untuk membeli belah di Rantau Abang. Menyediakan bilik bermula serendah RM30, pengunjung bebas untuk mendapatkan bilik samada dengan pemandangan laut atau tidak.


Menyediakan bilik dengan keluasan sehingga 74m², White Sand Beach Resort merupakan pilihan terbaik bagi percutian keluarga kerana anak-anak boleh bebas bermain dalam suasana yang selesa. Bukan sahaja dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi, penyaman udara, kipas dan toiletries, kolam mandi turut disediakan bagi pengunjung yang ingin bermandi-manda.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Pengunjung juga boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan kanak-kanak atau di bilik permainan sementara golongan dewasa pula menghabiskan masa dengan aktiviti memancing. Terletak 50 km daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud, pengunjung turut boleh mendapatkan perkhidmatan shuttle ke lapangan terbang secara berbayar.

Harga bermula dari RM30 semalam
Beralamat di KM 46 Kampung Pasir Putih Merchang,
21610 Marang, Terengganu, Malaysia


2. Marang Village Resort and Spa


Terletak berhampiran Pantai Kelulut yang terkenal sebagai salah satu antara lokasi popular untuk memborong keropok lekor di Terengganu, Marang Village Resort and Spa boleh dijadikan pilihan sebagai lokasi penginapan sementara bagi pengunjung. Mempunyai kelebihan memiliki ruang pantainya yang tersendiri, pengunjung boleh mengabadikan kenangan melihat pemandangan matahari naik pada waktu pagi atau matahari tenggelam pada waktu senja di resort ini.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Selain mempunyai pilihan bilik jenis biasa, Marang Village Resort and Spa juga menawarkan bilik jenis dorm yang sesuai dijadikan penginapan bagi pengunjung yang datang bersama sahabat handai. Bermula dari harga serendah RM65 semalam menjadikan Marang Village Resort and Spa adalah lokasi terbaik bagi pengunjung yang inginkan percutian budget dengan pemandangan tepi pantai yang menarik dan indah.


Terletak hanya 20 km dari Pantai Batu Buruk, Marang Village Resort and Spa dilengkapi dengan kemudahan penyaman udara, bilik air peribadi, TV, saluran satelit, ruang BBQ serta katil yang selesa dalam ruang bilik yang luas.

Harga bermula dari RM65 semalam
Beralamat di 4177 KM 24 Kampung Kelulut,
21600 Marang, Terengganu, Malaysia


3. Chalet Kak Mah Homestay


Terletak hanya 2 km daripada Pantai Batu Buruk yang terkenal di Kuala Terengganu, Chalet Kak Mah Homestay merupakan lokasi penginapan sementara yang sesuai dijadikan pilihan bagi pengunjung yang datang secara berkumpulan. Menyediakan ruang penginapan yang luas dan besar, Chalet Kak Mah Homestay boleh memuatkan daripada 4 sehingga 15 orang pengunjung dalam satu masa.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh pengunjung sekiranya menginap di Chalet Kak Mah Homestay kerana ia terletak di tengah pusat bandar yang berdekatan dengan kebanyakan pusat aktiviti seperti di Muzium Negeri dan Masjid Kristal. Selain itu, aktiviti hari keluarga juga sesuai dilakukan di sini.


Selain mempunyai kemudahan penyaman udara, balkoni, ruang parkir, kemudahan BBQ, basikal sewa, Wi-Fi, dapur serta peti ais bagi tujuan memasak, Chalet Kak Mah Homestay juga mempunyai ruang pantainya tersendiri yang menjadikan ianya ekslusif dan best!

Harga bermula dari RM70 semalam
Beralamat di Lot 153 Jalan Sultan Mahmud,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia


4. Anggun Beach Guest House


Menawarkan pemandangan Pantai Tanjung Jara secara terus dari tingkap bilik, pengunjung yang menginap di Anggun Beach Guest House pasti tidak akan terlepas peluang menyaksikan keindahan pemandangan pantai samada pada waktu pagi, petang atau malam.


Terletak di lokasi strategik yang berdekatan pasar raya serta kedai makan, pengunjung boleh membuat pilihan samada ingin menempah sebuah rumah yang mempunyai tiga buah bilik keseluruhannya atau hanya menempah sebuah bilik sahaja semasa percutian.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Hanya 17 km dari Rantau Abang dan 9 km dari Pulau Tenggol, Anggun Beach Guest House turut menawarkan kemudahan BBQ bagi pengunjung yang bercadang menggunakannya. Pengunjung boleh menikmati pengalaman percutian tanpa risau di Anggun Beach Guest Resort kerana sistem kawalan keselamatannya adalah selama 24 jam serta ruang parkir kenderaan turut disediakan.


Anggun Beach Guest Resort merupakan penginapan teres satu tingkat yang telah dihias dengan dekorasi dalaman moden dan bersih serta dilengkapi dengan keperluan asas seperti penyaman udara, ruang tamu dengan TV skrin rata, Wi-Fi, bilik mandi samada dengan pancuran atau tab mandi, ruang makan dan dapur bersaiz kecil.

Harga bermula dari RM76 semalam
Beralamat di PT 13440, Jalan Pantai,
Taman Seri Bayu, Sura Tengah,
23000 Dungun,  Terengganu, Malaysia


5. Pandan Laut Beach Resort


Bukan sahaja menyediakan bilik untuk persendirian, backpacker atau family, Pandan Laut Beach Resort juga turut menyediakan pakej bagi pengunjung yang berminat untuk mengadakan seminar atau majlis perkahwinan di lokasinya. Ruang sekitar yang besar dan dikelilingi oleh pokok yang menghijau dan rendang menjadikan suasana di Pandan Laut Beach Resort sebagai lokasi ideal untuk mengadakan aktiviti keramaian.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Tidak sahaja dikelilingi oleh pohon menghijau, melangkah keluar sedikit daripada resort, pengunjung akan dikelilingi pula oleh pasir yang memutih dan akan dijamu dengan pemandangan Pantai Rhu Sepuluh yang membiru. Pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari naik di sekitar pantai sambil berjalan kaki mengabadikan kenangan dalam bentuk potret di sini.


Terletak berhampiran dengan beberapa lokasi pelancongan popular di Terengganu, pengunjung boleh memilih samada ingin bersiar-siar ke Masjid Terapung, Masjid Kristal, Pasar Payang atau Noor Arfa Craft Complex kerana lokasinya tidak sampai 15 km daripada resort. Dilengkapi dengan penyaman udara, peti sejuk mini, TV satelit dan bilik air, ahli keluarga juga boleh bermain air di kolam renang yang turut disediakan.

Harga bermula dari RM90 semalam
Beralamat di Lot 390, Pantai Rhu Sepuluh,
21010 Kampung Penarik,
Terengganu, Malaysia


6. D'Lavender Beach Resort Marang


Meskipun D'Lavender Beach Resort Marang merupakan resort berstatus dua bintang, namun pengunjung dapat menikmati pemandangan laut secara terus dari bilik hotel bermula dengan harga serendah RM90. Dikelilingi oleh pagar berbatu, pengunjung mempunyai akses ke masjid kecil dan gelanggang bola tampar yang terdapat berhampiran.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

D'Lavender Beach Resort Marang terletak di lokasi yang strategik kerana berdekatan dengan pasaraya dan kedai makan. Selain itu, jarak resort ke Kompleks Budaya Kraf hanya 11 km dan kurang dari 15 km ke Masjid Kristal. Mempunyai pantai peribadi, pengunjung hanya perlu berjalan kaki untuk menikmati suasana damai di pesisir laut bersama keluarga.


Dilengkapi dengan penyaman udara, meja kerja, TV dan bilik air, pengunjung yang ingin melakukan aktiviti laut seperti snorkeling dan menyelam juga boleh mendapatkannya di D'Lavender Beach Resort Marang pada caj tambahan.

Harga bermula dari RM90 semalam
Beralamat di Lot 418, Jalan Dungun,
Kampung Kijing, 21600 Marang,
Terengganu, Malaysia


7. Chalet Teratak SamuderaKita


Hanya terletak kurang daripada 6 km daripada Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu, Chalet Teratak SamuderaKita boleh dijadikan pilihan penginapan ibu bapa yang ingin melawat anak di universiti sambil bercuti di tepi pantai. 

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Chalet yang dibina berasaskan kayu dengan dekorasi kemelayuan dalam suasana kampung ini bukan sahaja menghadap pemandangan laut, malahan juga terletak berhampiran dengan kedai makan celup tepung yang popular di Terengganu iaitu Warung Pok Nong. Apa yang best mengenai chalet mesra keluarga ini adalah ia menyediakan ruang parkir yang luas, persekitaran yang bersih serta bilik yang selesa untuk pengunjungnya.


Selain dilengkapi dengan kemudahan BBQ, Wi-Fi, TV, meja kerja, penyaman udara, cerek elektrik dan dapur, Chalet Teratak SamuderaKita juga menyediakan perkhidmatan shuttle berbayar ke lapangan terbang. Satu unit sahaja tersedia bagi chalet ini, jadi jangan lambat untuk menempah kerana pada harga budget, anda dapat semua perkara yang diperlukan ketika percutian!

Harga bermula dari RM95 semalam
Beralamat di Lot 2868-C, Jalan Pantai Batu Rakit,
21020 Kampung Gong Badak,
Terengganu, Malaysia

8. Intan Beach Resort


Tidak perlu berjalan jauh untuk pergi ke pantai, hanya menginap di Intan Beach Resort yang terletak di Batu Buruk dan berjalan kaki ke pantai yang terdapat di sebelahnya. Terletak di bandar pesisir pantai, pengunjung bukan sahaja dapat menjamu mata dengan pemandangan pantai yang membiru malahan juga dapat melakukan urusan kerja di bandar kerana lokasinya yang terletak berdekatan.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Menyediakan dua jenis pilihan bilik samada deluxe atau standard pada harga budget, pengunjung pasti gembira menginap di Intan Beach Resort kerana menyediakan bilik yang luas dan selesa serta mudah akses ke kedai makan tanpa perlu menaiki kenderaan. Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti pantai sambil menikmati pemandangan menarik yang terdapat di sini. 


Dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi, seterika, cerek elektrik, TV satelit dan parkir percuma, pengunjung boleh bersiar-siar ke Masjid Kristal setelah 20 minit pemanduan atau ke Noor Arfa Batik yang berjarak hanya 10 minit pemanduan daripada resort.

Harga bermula dari RM100 semalam
Beralamat di 898N, Lorong Dato Jaya,
Jalan Haji Busu, Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu, Malaysia


9. Samudra Beach Chalet


Siapa sangka masih terdapat chalet dengan harga murah di Pulau Perhentian? Bermula dari harga hanya serendah RM105, pengunjung dapat menikmati percutian atas pulau dengan seronok dan selesa di Samudra Beach Chalet. Meskipun harga biliknya murah namun tahap kebersihan dan keselesaan tiada kompromi, pada tahap terbaik.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Dibina berasaskan kayu dengan konsep tradisional melayu, Samudra Beach Chalet dilengkapi dengan kemudahan pancuran air panas, katil yang agak besar, penyaman udara, almari dan bilik mandi peribadi. Pengunjung bebas untuk melakukan aktiviti sukan air seperti menyelam, snorkeling dan berkanu dengan caj tambahan di sini.

Harga bermula dari RM105 semalam
Beralamat di Teluk Dalam, Kuala Besut,
22300 Pulau Perhentian,
Terengganu, Malaysia


10. NK's Chalet


Tentu best jika dapat menikmati penginapan tepi pantai dengan keluasan bilik sehingga 40m² pada harga kurang daripada RM150 kan? Siapa kata tiada? NK's Chalet adalah tempatnya. Selain terletak di tepi pantai yang menjanjikan pemandangan menarik, NK's Chalet juga menyediakan kolam renang bagi mereka yang ingin bermain air dan berendam.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Hanya berjarak 10 km dari jeti Pulau Perhentian dan 20 km dari Jeti Pulau Redang, pengunjung boleh melakukan aktiviti one day trip ke pulau dan berkaraoke sepuas hati di chalet pada malam hari. Keluasan persekitaran yang besar membolehkan NK's Chalet juga sesuai dijadikan lokasi bagi majlis perkahwinan, seminar atau sambutan hari keluarga.


Dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi, penyaman udara, TV skrin rata dan balkoni, bilik di NK's Chalet amat besar dan boleh memuatkan sehingga empat hingga enam orang pada satu masa. Harga murah, bilik luas, persekitaran cantik, apa lagi yang anda mahu?

Harga bermula dari RM112 semalam
Beralamat di Lot 2204, Kampung Beting Lintang,
22200 Kampung Kuala Besut,
Terengganu, Malaysia


11. Teluk Lipat Seaview Inn


Menikmati pemandangan pantai yang membiru sambil disapa bayu pantai apabila berada di tingkat atas bangunan hotel boleh anda dapati sekiranya menginap di Teluk Lipat  Seaview Inn. Hotel bertaraf dua bintang ini terletak di tepi pantai Dungun berjarak hanya 15 km daripada Rantau Abang dan 7 km daripada Pulau Tenggol.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Merupakan hotel mesra keluarga, Teluk Lipat Seaview Inn menawarkan ruang bilik yang luas dan selesa serta terletak di lokasi yang strategik berhampiran dengan pelbagai pilihan kedai makan. Pengunjung yang cintakan keindahan alam semulajadi juga boleh mencabar diri meneroka Bukit Bauk atau Tasik Gadung kerana terletak hanya 7 km daripada hotel ini.


Pilihan bilik samada Deluxe Twin atau Deluxe Triple masing-masing dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi, TV skrin rata, penyaman udara, bilik air dan meja kerja. Teluk Lipat Seaview Inn juga menawarkan perkhidmatan shuttle berbayar ke lapangan terbang berdekatan sekiranya diperlukan oleh pengunjung.

Harga bermula dari RM149 semalam
Beralamat di 53, Jalan Pantai Sura,
23000 Dungun, Terengganu, Malaysia


12. Anjung Pantai Seberang


Apa rasanya jika seawal pagi hari anda disapa oleh bunyi deruan ombak terus dari bilik? Tentu best kan? Pengunjung akan dapat rasai pengalaman ini sekiranya menginap di Anjung Pantai Seberang yang terletak di Seberang Takir. Resort ala lodge yang bersifat mesra keluarga ini berkonsepkan binaan kayu dalam suasana kemelayuan.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Selain terletak berdekatan pantai, Anjung Pantai Seberang juga menyediakan taman permainan untuk kanak-kanak dan basikal bagi tujuan aktiviti riadah. Terletak sangat hampir dengan pelbagai lokasi popular di Terengganu, pengunjung boleh bersiar-siar di Masjid Kristal, Pantai Batu Buruk atau Muzium Terengganu yang berjarak tidak sampai 5 km daripada resort.


Banglo dengan tiga bilik tidur boleh ditempah bagi pengunjung yang datang dalam kuantiti yang ramai. Antara kemudahan yang disediakan di Anjung Pantai Seberang adalah penyaman udara, TV skrin rata, meja tulis dan kemudahan membuat minuman teh atau kopi.

Harga bermula dari RM150 semalam
Beralamat di Jalan Fikri, Kampung Baru,
20000 Seberang Takir,
Kuala Terengganu, Malaysia


13. Bayu Beach Penarek


Hanya 20 minit dari Pulau Redang, Bayu Beach Penarek menawarkan penginapan tepi pantai berkonsepkan kayu tradisional yang cantik dan selesa. Persekitaran yang tenang dihiasi pepohonan kelapa bertiup lembut disapa bayu pantai menjadikan lokasi ini amat mendamaikan.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Menawarkan chalet penginapan dengan jenis pilihan satu, dua dan empat bilik, chalet ini boleh menampung sehingga maksimum 8 orang dewasa pada satu masa. Pengunjung boleh membuat pilihan samada ingin ke pulau dengan melakukan one day trip ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah, atau menghabiskan masa di sekitar Pantai Penarek sambil menikmati masakan celup tepung yang banyak terdapat di restoran berdekatan.


Antara kemudahan yang terdapat di sini adalah Wi-Fi, dapur, mesin basuh, balkoni, tandas, katil yang besar dan kemudahan BBQ. Dengan segala kelengkapan ini, percutian pasti lebih berbaloi pada harga budget!

Harga bermula dari RM150 semalam
Beralamat di Lot 6572, Kampung Penarek Baru,
22100 Kampung Penarik,
Terengganu, Malaysia


14. Hotel Grand Continental


Mestipun terletak di tengah pusat bandar, namun pengunjung yang menginap di Hotel Grand Continental masih dapat menikmati pemandangan pantai yang membiru kerana lokasinya yang terletak bersebelahan dengan pantai. Merupakan hotel empat bintang yang dikelilingi dengan pelbagai pusat pelancongan menarik di Kuala Terengganu, pengunjung pasti tidak kering idea dan akan sibuk sepanjang berada di sini.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Antara lokasi popular yang boleh ditujui oleh pengunjung adalah Chinatown, Pantai Batu Buruk atau Masjid Kristal yang berjarak tidak sampai 5 km daripada Hotel Grand Continental. Aktiviti bermain air juga boleh dilakukan sambil menikmati panahan cahaya matahari ke wajah di kolam renang yang disediakan.


Menyediakan kemudahan hotel yang lengkap, setiap bilik dilengkapi dengan katil yang empuk, TV, tempat duduk, meja kerja, peti sejuk dan mini bar. Pengunjung juga boleh menikmati sarapan pagi secara percuma di Jala Mas Coffee House bagi setiap tempahan penginapan.

Harga bermula dari RM179 semalam
Beralamat di Lot 004023,
Jalan Sultan Zainal Abidin, Daerah 8,
20000 Kuala Terengganu, Malaysia


15. Kijalena Beach BnB


Dengan pemandangan cantik dan instaworthy, pengunjung pasti teruja apabila menginap di Kijalena Beach BnB kerana terletak hanya lima langkah daripada pantai. Menyediakan bilik yang bersih pada harga berpatutan, Kijalena Beach BnB mempunyai pemandangan tepi pantai yang indah dengan kolam renang serba baru dan selesa.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Pengunjung yang ingin melakukan aktiviti pantai seperti berkayak, snorkeling atau luncur angin boleh melakukannya di sini dengan bantuan kakitangan yang ada pada harga tambahan. Berjarak hanya 24 km daripada Lapangan terbang Kerteh, perkhidmatan shuttle ke lapangan terbang turut di sediakan bagi pengunjung yang memerlukan.


Dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi, penyaman udara, peti sejuk, TV skrin rata, seterika dan balkoni, pengunjung juga layak menikmati sarapan pagi secara percuma bagi setiap tempahan penginapan.

Harga bermula dari RM175 semalam
Beralamat di Lot 316, Pantai Penunjuk, 24100 Kijal,
Terengganu, Malaysia


16. Sutra Beach Resort Terengganu


Mempunyai persekitaran yang cantik dan mendamaikan, Sutra Beach Resort sesuai dijadikan lokasi berbulan madu bagi pengantin baru. Pengunjung boleh memilih pemandangan taman atau laut terus dari bilik untuk mewujudkan suasana romantis sepanjang percutian.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Terletak 3 km dari Terengganu International Endurance Park, 5 km dari Jeti Merang dan 15 km dari Pulau Bidong, pengunjung pasti akan sibuk sepanjang berada di sini. Bersarapan pagi di Restoran Merang, berjalan-jalan bersama pasangan di tepi pantai atau bermandi-manda di kolam renang besar yang disediakan boleh menjadi agenda utama pengunjung. Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti snorkeling berbayar dengan bantuan kakitangan hotel.


Mempunyai dekorasi yang cukup cantik dengan kelengkapan berkualiti, setiap bilik disediakan dengan kemudahan Wi-Fi, tab mandi, balkoni, mini bar, penyaman udara dan pengering rambut.

Harga bermula dari RM170 semalam
Beralamat di Kampung Rhu Tapai,
Setiu, 21010 Batu Rakit,
Terengganu, Malaysia


17. The Manor Beach Resort Besut


Berkonsepkan kayu ala kotej, The Manor Beach Resort menawarkan persekitaran yang cukup cantik dengan hiasan kayu dan lanskap yang menangkan jiwa. Terletak hanya 50 m dari Pantai Besut, setiap kotej dilengkapi dengan penyaman udara, TV skrin rata, balkoni dan mini bar.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Pelbagai aktiviti pantai boleh dilakukan oleh pengunjung di sini. Antaranya adalah menyelam, snorkeling dan mengikuti lawatan mencandat sotong dengan bantuan kakitangan. Makan malam BBQ dan lawatan ke ladang rusa juga boleh dimasukkan ke dalam list aktiviti. Jika malas untuk berjalan ke pantai namun masih ingin berendam, terjun tiruk sahaja di kolam renang yang disediakan bersama anak-anak. Pasti best!


Berjarak 20 minit perjalanan menaiki bot ke Pulau Rhu dan 1 jam ke Pulau Perhentian, pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat shuttle berbayar ke Lapangan terbang Sultan Ismail Petra yang terletak 52 km daripada The Manor Beach Resort.

Harga bermula dari RM200 semalam
Beralamat di Lot 23 Tanjong Demong, Jalan Bukit Kluang,
22200 Kampung Kuala Besut,
Terengganu, Malaysia


18. Primula Beach Hotel


Terletak berhampiran pusat bandar, Primula Beach Hotel sesuai dijadikan pilihan bagi pengunjung samada dalam urusan perniagaan atau percutian. Dibina pada tahun 1984, hotel perniagaan bertaraf antarabangsa ini merupakan salah satu mercu tanda terkenal di Kuala Terengganu kerana keunikan lokasinya yang terletak di tepi pantai.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Selain bersifat mesra keluarga, hotel empat bintang ini turut menyediakan kemudahan kolam renang, gymnasium, pusat urutan dan spa. Sekiranya lapar, pengunjung boleh menempah makanan daripada tiga buah restoran yang terdapat di sini. Harga biliknya turut termasuk sarapan pagi.


Dilengkapi dengan penyaman udara, seterika, mini bar dan balkoni dengan pemandangan pantai atau taman, pengunjung boleh melawat ke Muzium Terengganu yang terletak hanya 5 minit pemanduan dari Primula Beach Hotel.

Harga bermula dari RM160 semalam
Beralamat di Jalan Persinggahan,
20400 Kuala Terengganu, Malaysia



19. Resort World Kijal


Merupakan hotel bertaraf lima bintang, Resort World Kijal menawarkan kelainan kepada pengunjungnya dengan menyediakan permainan golf di padang yang terletak hanya 3 km dari hotel. Turut menambahkan keceriaan adalah pelbagai pilihan aktiviti boleh dilakukan oleh pengunjung di sini seperti berbasikal, memancing, bermain tenis atau pingpong dan bermain air di kolam renang yang turut dilengkapi dengan sauna, jakuzzi dan permainan air.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Pengunjung juga boleh melakukan aktiviti fizikal di gymnasium atau memanjakan diri dengan mendapatkan perkhidmatan urutan atau manicure di Taman Sari Royal Heritage Spa. Layanan profesional oleh para pekerja dan pelbagai kemudahan yang disediakan pasti berjaya menambat hati pengunjung.


Setiap tempahan penginapan turut termasuk sarapan pagi. Kelengkapan di dalam bilik yang disediakan termasuklah kemudahan Wi-Fi, TV skrin rata, tab mandi, pengering rambut, seterika dan cerek elektrik. Terletak hanya 30 minit pemanduan dari Cherating, pengunjung dapat menikmati pemandangan laut terus dari bilik hotel.

Harga bermula dari RM250 semalam
Beralamat di KM 28, Jalan Kemaman-Dungun,
24100 Kijal, Terengganu, Malaysia


20. Redang Paradise Resort


Pasti best kan kalau dapat berbaring dalam hammock yang digantung pada pokok kelapa sambil menikmati desiran pantai memukul pasir dalam suasana desa yang permai. Tentu sahaja boleh, menginaplah di Redang Paradise Resort. Terletak di Pulau Redang yang terkenal di kalangan pelancong tempatan dan asing, resort ini menawarkan chalet kayu gaya desa buat pengunjungnya.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Dibina berkonsepkan rumah kayu tradisional, setiap chalet dilengkapi dengan katil yang selesa, bilik mandi peribadi dengan pancuran air panas dan pengering rambut. Selain itu,  sarapan pagi disediakan setiap hari di sini. Pengunjung boleh menyertai aktiviti snorkeling di laut dalam atau jika malas menaiki bot, mereka juga boleh snorkeling di pantai berhadapan chalet.


Redang Paradise Resort terletak hanya 7 minit perjalanan menaiki bot ke Berjaya Airport Pulau Redang, 5 minit perjalanan ke Marine Park dan 15 minit perjalanan ke Projek Pemuliharaan Penyu.

Harga bermula dari RM369 semalam
Beralamat di GM41, Lot No 92, 
Tempat Pasir Panjang Besar, 
21090 Pulau Redang, Terengganu, Malaysia


21. Tuna Bay Island Resort


Menawarkan percutian pulau dengan pengalaman menyeronokkan, pengunjung pasti gembira jika menginap di Tuna Bay Island Resort kerana keindahan pantainya yang memukau. Pengunjung boleh memilih samada ingin menyertai aktiviti menyelam, snorkeling atau island hopping untuk melihat  keindahan alam dan kepelbagaian spesies hidupan laut.

21 Senarai Hotel di Terengganu yang Best Tepi Pantai

Di Tuna Bay Island Resort, pengunjung bukan sahaja dapat melayan perasaan ketika menikmati pemandangan laut yang indah, malah boleh juga melihat anak-anak ikan dan karangan di celah batu dan tepi gigi laut. Tuna Bay Island Resort hanya terletak 45 minit menaiki bot dari Jeti Kuala Besut.


Dilengkapi dengan bilik yang besar dan selesa, pengunjung akan disajikan dengan masakan tempatan, barat dan Cina sepanjang berada di sini. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati hidangan barbeku yang lazat dan enak dengan hidangan utama makanan laut seperti sotong dan udang.

Harga bermula dari RM730 semalam
Beralamat di Pulau Perhentian Besar, Kuala Besut,
22200 Pulau Perhentian, Malaysia


Hotel Best Tepi Pantai di Terengganu yang Mana Jadi Pilihan Anda?


Jadi anda telah buat pilihan hotel best tepi laut yang mana di Terengganu akan jadi lokasi percutian selepas ini? Pelbagai pilihan pantai yang boleh dituju, samada ke Pantai Rhu Sepuluh, Pantai Tok Jembal, Pantai Penarek atau ke Pulau Redang, Pulau Perhentian dan banyak lagi. Yang penting, semuanya cantik dan menarik!


Usah risau jika masih keliru untuk membuat pilihan percutian, bagasi.my boleh bantu anda! Baca lebih banyak maklumat percutian mengenai hotel terbaik dan destinasi menarik yang boleh anda tuju di bagasi.my. Jangan lupa, check it out..


Masih tiada penginapan bercuti? Dapatkan contact di sini >> Rumah Penginapan Terengganu. Nak makan malam di mana nanti? >> Makan Malam Sedap Terengganu. Atau nak naik drawbridge/ jambatan gantung? Tengok harga di >> Drawbridge Terengganu.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. antara negeri yang belum saya jejakkan kaki...Terengganu.

    in shaa Allah saya akan pergi dan dapatkan info dalam blog ini sebagai rujukan..

    terima kasih kerana menyediakan info yang banyak dan menarik

    BalasPadam
  2. harap2 ada rezeki sy 1 hari nnt nk menginap salah satu hotel yg disenaraikan ni

    BalasPadam
  3. rupanya banyak hotel best kat tepi pantai ni ,,

    BalasPadam
  4. semua nampak best sangat sangat. dalam banyak2 tu ana pernah stay di anjung pantai homestay di seberang takir tu. so far puas hati dengan rumah dia. depan tu dah laut memang syok cuma tak leh mandi lah.

    BalasPadam
  5. Antara negeri yang suka pergi dan nak repeat lagi. Best sebab suka makan

    BalasPadam
  6. Ni yang buat makin teringin nak gi Ganu heheh >_<

    BalasPadam
  7. Pilih je nak stay mana ikut bajet

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  9. Kalau berjalan mmg cari hotel tepi pantai...tq info

    BalasPadam
  10. Kena bookmark Ni almaklumlah mm.kan kuat jalan

    BalasPadam