Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam

 

Perasan tak beberapa minggu kebelakangan ini, cuaca agak panas membahang? Terlalu panas sehinggakan kami fikir alat penyaman udara yang kami pasang dalam bilik telah rosak walhal aircond tersebut baru sahaja dibaiki sebelum ini. Rupa-rupanya cuaca panas terik yang dialami kini adalah akibat daripada Monsun Barat Daya yang dijangka berterusan sehingga pertengahan September nanti.

Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam

Disebabkan suhu panas yang meningkat, secara automatiknya saya pastilah akan menggunakan alat penyaman udara dengan lebih lama untuk menyejukkan tubuh. Tanpa disedari, ada pula yang terjejas akibat penggunaan aircond berterusan. Apa yang terjejas? Tentulah kulit wajah yang makin dehidrasi.


Punca Masalah Kulit Kering dan Kusam


Dengan iklim tropika panas dan lembap sepanjang tahun menjadikan masalah kulit wajah bukanlah suatu perkara asing kepada penduduk di Malaysia. Terdedah pada sinaran ultraviolet berlebihan ketika cuaca panas dan kelembapan tinggi semasa hujan menjadikan kulit terdedah pada risiko kulit kering, kusam, penuaan serta pelbagai masalah kulit lain lagi. 

Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam

Sinaran ultraviolet (UV) yang dipancarkan oleh matahari ketika cuaca panas bukan sahaja mampu menyerang permukaan kulit wajah malah juga mampu menembusi lapisan bawah kulit sehingga menyebabkan kerosakan pada struktur sel. UVA sebagai contoh mampu menembusi lapisan kulit sehingga mengakibatkan masalah penuaan, kulit kusam dan keradangan manakala UVB pula mampu menyebabkan lapisan kulit luar terbakar atau biasa disebut sebagai sunburn.


Kesan daripada ini, kulit wajah kehilangan lembapannya akibat terdedah pada sinaran UV berlebihan sekaligus menyebabkan dehidrasi dan kulit kering. Tambah memburukkan keadaan apabila penggunaan alat penyaman udara yang membantu memberi kesegaran pada musim panas turut menyumbang kepada berlakunya masalah kulit kering.

Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam

Kehilangan lembapan akibat kulit kering menyebabkan sel kulit mati bertambah seterusnya kulit wajah kelihatan pecah dan menggelupas. Pigmentasi dan tona kulit tidak sekata menambahkan lagi kekusaman sekaligus membuatkan wajah tampak tak bermaya. Bagi memastikan kulit sentiasa cerah dan cantik berseri sepanjang masa, saya perlu pastikan kelembapan kulit wajah sentiasa terpelihara agar masalah kulit kering dan kusam dapat dielakkan.


Hansaegee Nature: Atasi Masalah Kulit Kering dan Kusam


Untuk atasi masalah kulit kering dan kusam, saya suka menggunakan produk daripada Hansaegee Nature bagi mengembalikan kelembapan wajah saya. Telah berada dalam pasaran selama 10 tahun dan mendapat kelulusan KKM, Hansaegee Nature menjual produk penjagaan kulit wajah berkualiti tinggi daripada Korea secara atas talian. Apa yang menyebabkan saya suka menggunakan produk daripada Hansaegee Nature adalah kerana kebanyakan produknya sesuai dengan kulit saya dan kesan ketara setelah penggunaan, dapat saya lihat dengan jelas.

Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam

Bagi mengatasi masalah kulit kering dan kusam, saya perlukan produk penjagaan kulit yang mampu melindungi wajah daripada dasar hinggalah ke lapisan permukaan kulit. Dengan Hansaegee Nature, mudah bagi saya mendapatkan rangkaian produk yang diingini kerana ia menawarkan produk penjagaan kulit wajah berkualiti tinggi yang sesuai bagi masalah kulit kering dan kusam. Saya boleh membaiki struktur sel kulit bermula daripada dasar dengan menggunakan pelembap dan masker muka. Untuk melindungi lapisan permukaan kulit luar pula, saya gunakan CC Cream.


Amalkan Rutin Jagaan Wajah Yang Betul


Amalan penjagaan wajah yang betul dapat membantu mengekalkan lembapan kulit secara maksimum dan mengurangkan masalah kulit kering dan kusam. Terasa membazir dan membuang masa sekiranya rutin jagaan wajah yang dilakukan setiap hari rupanya tidak mengikut langkah yang sepatutnya dan menjadi antara punca mengapa wajah kehilangan lembapan yang diperlukan. Hanya dua waktu setiap hari dan kulit akan kekal berseri sepanjang hari.


  • Waktu pagi - Selepas mencuci wajah, sapukan Aqua Whitening Cream (moisturiser) dan Gold Nano CC Cream (sunscreen).

  • Waktu malam - Selepas mencuci wajah, sapukan 92% Aloe Gel Mask selama 15 hingga 20 minit dan Aqua Whitening Cream (moisturiser).
Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam

Hanya tiga produk diperlukan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik berseri. Produk tersebut adalah moisturiser, sunscreen dan masker. Moisturiser berfungsi untuk membaiki struktur sel dari dalam, sunscreen pula bertujuan untuk melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB manakala masker pula bertujuan untuk membaiki sel kulit yang telah rosak. Jom lihat produk yang saya amalkan bagi rutin harian penjagaan kulit wajah saya.


Waktu Pagi : Aqua Whitening Cream + Gold Nano CC Cream


Setiap pagi selepas rutin harian mencuci muka, saya akan guna Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream ke wajah sebelum memulakan aktiviti seharian. Aqua Whitening Cream bertindak sebagai pelembap yang membantu mengurangkan kehilangan air daripada kulit wajah manakala Gold Nano CC Cream pula bertindak sebagai base mekap serta pelindung dari sinaran UV berlebihan yang boleh mempercepatkan proses kehilangan air.


1. Aqua Whitening Cream (Moisturiser)

Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature bersifat water-based yang tidak berminyak dan tidak melekit. Ia mudah disapukan ke seluruh wajah dan meresap pantas ke dalam kulit wajah. Mengandungi minyak biji Camellia Japonica yang mampu menghalang kehilangan air, Aqua Whitening Cream bertindak mengekalkan lembapan dan menembusi lapisan kulit paling dalam untuk melindungi sel kulit wajah. Tidak menyumbat liang pori kerana sifatnya yang water-based, Aqua Whitening Cream membantu mengembalikan kelembapan kulit sekaligus mengelakkan masalah kulit kering dan kusam. 


Cara Penggunaan: 

Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam. Pada waktu pagi, sapukan Aqua Whitening Cream sebagai pelembap sebelum menggunakan Gold Nano CC Cream sebelum keluar bekerja atau melakukan rutin harian. Tidak menutup liang pori yang mampu menyumbang pada masalah jerawat, moisturiser ini merawat kesan kemerahan akibat sunburn. Kulit terasa lebih lembap dan menyegarkan setiap kali selepas sapuan.

Titis air terbentuk


2. Gold Nano CC Cream (Sunscreen)

Menggunakan CC Cream Hansaegee Nature terasa seolah tidak memakai sebarang krim di wajah. Teksturnya halus dan sangat ringan, tidak berminyak serta tidak melekit. Boleh digunakan sebagai asas mekap, ia juga memberi perlindungan maksimum ketika cuaca panas terik. Dengan kandungan SPF50 dan PA+++, CC Cream memastikan kulit kekal terpelihara daripada sinaran berlebihan UVA dan UVB yang mampu merosakkan kulit wajah.

Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam
Kulit nampak lebih cerah berseri setelah disapu cc cream


Mengandungi Niacinamide atau dikenali juga sebagai Vitamin B3 yang bertindak sebagai sistem pertahanan pertama badan, ia menghalang kulit wajah daripada pencemaran luar dan sinaran UV berlebihan sekaligus membantu mencerah dan melambatkan proses penuaan. CC Cream juga membantu menyeimbangkan warna kulit agar kelihatan cantik berseri secara semulajadi.

Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam

Cara Penggunaan: 

Gunakan pada waktu siang setiap kali terdedah pada cuaca panas atau ketika melakukan rutin harian. Sapu CC Cream sebagai base mekap dan sunscreen sebaik sahaja selepas menggunakan Aqua Whitening Cream. Tujuannya untuk menutup cela di wajah dan melindungi wajah daripada sinaran UV berlebihan. Kulit wajah kelihatan lebih cerah sekata secara semulajadi dan mengelakkan kulit menjadi kusam dan sunburn. Diperbuat daripada bahan bersaiz nano, ianya sangat ringan jadi tidak terasa seperti menggunakan krim di wajah meski sapuan dua tiga kali dilakukan.


Waktu Malam : 92% Aloe Gel Mask + Aqua Whitening Cream


Setiap malam sebelum tidur pula, saya pastikan wajah mendapat lembapan secukupnya sebelum memulai hari pada keesokan harinya dengan cara menggunakan 92% Aloe Gel Mask dan Aqua Whitening Cream selepas mencuci muka. Dengan cara ini, kulit wajah mendapat lembapan maksimum dan mampu menyimpan air secukupnya bagi meneruskan aktiviti pada hari berikutnya.


1. 92% Aloe Gel Mask

Mempunyai kandungan utama Aloe Vera sehingga 92%, Aloe Vera Gel Mask tinggi kandungan air yang membolehkan ia memberi kelembapan maksimum kepada kulit wajah. Selain itu sifat Aloe Vera yang tinggi lembapan ini membolehkan ia melembutkan sel kulit mati serta membuangnya dengan mudah. Ia juga dapat mencerahkan kulit kusam sekaligus menjadikan kulit tampak berseri dan bermaya.

Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam
Disaluti dengan pati aloe vera, mask tidak mudah koyak meskipun nipis


Cara Penggunaan: 

Guna sekali sehari pada waktu malam selepas cucian muka. Pemakaian berterusan Aloe Gel Mask sebelum Aqua Whitening Cream dapat meningkatkan kelembapan kulit wajah secara maksimum. Gunakan selama 15 hingga 20 minit setiap hari bagi memastikan sel kulit mendapat air secukupnya namun elakkan penggunaan lebih masa. Boleh juga gunakan di antara dua hingga tiga kali seminggu jika mahu namun pemakaian setiap hari memberi kesan terbaik pada kelembapan wajah.

Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam

Setelah mencabut Aloe Mask daripada wajah, dap seketika pada permukaan kulit dengan menggunakan jari bagi membolehkan cecair yang masih melekap pada wajah meresap masuk ke dalam kulit. Tidak perlu mencuci muka dengan air namun jika terasa terlalu banyak gel yang terdapat di muka, gunakan tisu untuk menghilangkannya. Ini bagi memastikan khasiat yang terdapat pada Aloe Mask digunakan secara optimum dan tidak hilang melalui kaedah cucian.

Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam

Saya suka gunakan Aloe Gel Mask sejam sebelum tidur kerana pada waktu itu saya sudah kepenatan dan saya boleh berehat sebentar sebelum menyiapkan diri dan anak-anak untuk tidur. Rasa sejuk pada muka saat memakai mask menjadikan kepenatan pada siang hari tidak terasa dan saya boleh menikmati waktu singkat ‘me time’ sambil mengadap telefon pintar saya. Apabila mask ditanggalkan, terasa lembut seluruh wajah dan saya percaya kulit saya telah mendapat lembapan secukupnya.


2. Aqua Whitening Cream

Sama seperti dalam rutin pagi, Aqua Whitening Cream berfungsi untuk mengekalkan lembapan pada kulit wajah dan membaiki sel kulit mati agar wajah kekal lembut dan cantik menawan. Setiap malam sebelum tidur, pastikan cuci muka terlebih dahulu dan kemudian, sapu Aqua Whitening Cream selepas Aloe Mask Gel ke wajah bagi membolehkan kulit menyimpan cukup lembapan kepada kulit sepanjang malam. Bangun pagi dengan kulit yang lebih anjal, lembut dan cerah berseri.

Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam


Review Setelah Menggunakan Produk Hansaegee Nature


Penting untuk pastikan wajah sentiasa hidrat sepanjang hari bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan kusam. Oleh sebab itu, saya pastikan pemakaian moisturiser dan sunscreen adalah perlu setiap hari bagi memelihara kadar lembapan dalam kulit wajah terpelihara. Namun bagi masker, saya gunakannya antara dua hingga tiga kali sahaja seminggu. Bergantung kepada keperluan.

Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam

Produk yang paling saya sukai tentulah Nano Gold CC Cream daripada Hansaegee Nature. Banyak perkara yang saya suka mengenai CC Cream ini hingga menyebabkan ia menjadi pilihan wajib untuk kegunaan harian saya samada ketika berada di rumah atau sewaktu keluar. Selain menjadikan kulit wajah kelihatan sekata secara semulajadi, ia juga ringan dan mudah digunakan. Tidak melekit dan tidak berminyak, terasa seolah tidak menggunakan sebarang krim di muka.

Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam

Aqua Whitening Cream juga tidak kurang hebatnya. Pertama kali saya menggunakan pelembap yang terasa seperti air namun dalam bentuk gel. Rasa sejuk sebaik menyapu di muka memberi kesegaran pantas dan ia juga mudap meresap ke dalam kulit wajah. Tidak melekit dan tidak berminyak, tak terasa menggunakan krim di wajah kerana sifatnya yang water-based terasa seolah menyapu wajah dengan air embun yang sejuk dan menyegarkan.


Setiap kali saya rasa stress dan fikiran agak berserabut, saya pilih untuk manjakan diri dan wajah dengan menggunakan Aloe Vera Gel Mask. Sambil melembapkan wajah dengan lembapan 92% aloe vera, saya dapat tenangkan diri dan merehatkan minda buat seketika. Rasa sejuk dan lembut dengan bauan harum menjadi terapi untuk saya menenangkan diri. Bukan sahaja terasa relaks malahan muka juga kembali anjal dan lembap sebaik sahaja selepas penggunaan Aloe Vera Gel Mask.

Atasi Masalah Kulit Wajah Kering dan Kusam

Brand: Hansaegee Nature 

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Produk baik akan memberi kesan yang baik juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengah konsisten gunakan produk ni sekarang, kualiti baik harap muka pun tetap baik juga :D

      Padam
  2. Seronokkan guna produk hansaegee.. memang best. Nampak perubahan di muka tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, dulu muka saya kering dan perasan banyak kedut. Eh sekarang dah makin better la sejak amalkan guna hansaegee. Love sangat!

      Padam
  3. ammi kena buat nota ni..umur dah 42 dan semakin terasa kusam, kering kulit. dan at this age baru terhegeh2 nak mula regime penjagaan kulit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun start agak lambat jugak ammi. Muka dah rosak baru nak baiki, tapi memang tak dapatla. Takpela, jaga mana yang mampu lah sekarang. Harap2 yang dah rosak tu, elok la kembali..

      Padam