Apabila sekolah ditutup dan PdPR mula dijalankan, saya rasa kasihan pula bila lihat kakak seringkali kebosanan di rumah. Jadi saya beri kebenaran untuk kakak bermain games bagi mengisi masa lapangnya. Namun saya tapis dahulu games yang saya rasakan sesuai untuk kanak-kanak. Cari punya cari, akhirnya saya terjumpa satu laman web free online games yang bertepatan dengan ciri-ciri yang saya kehendaki. Kakak boleh bermain sambil belajar, tanpa iklan pula tu! Lagi bagus!
Bermain Sambil Belajar untuk Kanak-Kanak
Ada ke free online games yang sesuai untuk kanak-kanak bermain sambil belajar? Tentulah ada, jom saya kongsikan beberapa games yang anak boleh main di rumah secara online. Saya benarkan kakak bermain games ini dengan syarat, siapkan kerja sekolah dahulu dan main hanya dalam tempoh masa yang dibenarkan sahaja. Jom kita tengok..
1. Ball in the Cup Physics Game
Menguji kemahiran berfikir kanak-kanak untuk meneka kedudukan sesuatu bola yang sedang jatuh bergolek mengikut hukum fizik, game ini agak mudah namun mungkin mencabar bagi mereka yang jarang menggunakan daya imaginasi. Menggunakan konsep Hukum Newton Pertama, daya berfikir akan diasah kerana kanak-kanak perlu meneka di mana kedudukan yang bakal dilalui oleh objek bulat bergerak dan mereka juga perlu memasukkan objek tersebut ke dalam bakul. Bunyi macam mencabar kan? Tapi sebenarnya mudah sahaja!
2. Mr Bean Matching Pairs
Saya selalu bermain permainan matching pair semasa kecil dan ia akan jadi lebih mencabar jika kita telah melepasi tahap tertentu. Begitu juga dengan game Mr Bean Matching Pair ini. Anak hanya perlu meneka kedudukan dua keping kad gambar serupa untuk dipadankan. Jika kad berjaya ditemui dalam masa ditetapkan, game akan disambung ke tahap seterusnya dengan lebih banyak padanan kad. Lebih banyak kad bermaksud lebih kuat otak perlu dikerah untuk mengingati kedudukan kad yang sama. Daya berfikir dan mengingat kanak-kanak akan diuji dalam game ini. Mudah ke?
3. Math Boy
Gabungan empat operasi Matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam satu game ini pasti dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan mengira kanak-kanak. Mereka boleh memilih samada ingin menyelesaikan satu jenis operasi matematik dalam satu masa atau gabungan keempat-empat operasi matematik sekaligus. Tahap soalan yang tidak terlalu sukar bagi kanak-kanak dan kebanyakan soalannya boleh diselesaikan secara mencongak sahaja. Saya amat galakkan kakak bermain permainan ini dalam operasi darab kerana kakak masih dalam proses menghafal sifir.
4. Spell School Word Spelling Game
Game ini sangat sesuai bagi ibu bapa yang mahukan anak mereka menguasai perbendaharaan kata Bahasa Inggeris tahap rendah. Berbeza dengan Spelling Bee, kanak-kanak perlu memilih dan menyusun abjad dalam susunan ejaan yang betul mengikut gambar yang diberi. Menggunakan konsep bermain sambil belajar, anak tentu tidak merasa terbeban untuk mengingati susunan ejaan mudah dan akan menggalakkan mereka untuk lebih peka semasa membaca buku demi meningkatkan kosa kata yang dimiliki.
5. Equalz: Addition Solving Logic Puzzle
Menghubungkan konsep matematik dan pemikiran logik, game ini memerlukan kanak-kanak menghubungkan beberapa nombor sehingga mencukupi nilai 10 untuk membolehkan mereka layak ke peringkat seterusnya. Apa yang menjadikan ia mencabar adalah kerana terdapat lebih daripada satu nilai 10 yang perlu diselesaikan dan kanak-kanak hanya boleh menghubungkan nombor yang berada bersebelahan sahaja samada di sebelah kiri, kanan, atas atau bawah tanpa boleh melompat nombor. Daya berfikir dan mengira amat diperlukan dalam menyelesaikan game ini.
Free Online Games di Plays.org
Semua senarai free online games di atas boleh diakses daripada satu laman web yang sama iaitu Plays.org. Laman web Plays.org menyediakan pelbagai koleksi games menarik yang sesuai dinikmati oleh seisi keluarga termasuk dewasa dan kanak-kanak. Sejak mula diperkenalkan pada awal tahun ini, Plays.org telah mengeluarkan ratusan koleksi games dan melakukan proses kemaskini penambahan sekurang-kurangnya beberapa games terbaru pada setiap hari.
Kelebihan Plays.org
Terdapat pelbagai kelebihan Plays.org hingga membuatkan saya memilih laman web ini sebagai medium interaktif bagi anak saya untuk bermain games pilihan mereka. Mempunyai pelbagai koleksi games yang mudah dan menghiburkan sesuai untuk seisi keluarga, saya tidak perlu memuat naik aplikasi Plays.org apabila ingin menggunakannya. Saya boleh terus mengakses laman web ini pada bila-bila masa dengan hanya menaip pada ruangan Google Search sahaja. Mudah kan?
Langsung tiada iklan dipaparkan dan saya boleh bermain games dengan tenang tanpa gangguan iklan. Selain boleh diakses menggunakan laptop, games yang terdapat di Plays.org juga mobile friendly, jadi saya juga boleh menggunakan telefon pintar untuk bermain games. Bermain di Plays.org amat mudah kerana saya tidak perlu mendaftar masuk untuk mengakses laman web ini dan yang paling best, semuanya percuma di Plays.org! Tiada bayaran dikenakan untuk menyambung permainan ke peringkat seterusnya!
16 Ulasan
anak2 suka main..sekali dgn mak2 die main..hehe
BalasPadamHaha..geng la kita wak :D
PadamAbi pun main, tp yg level tinggi je.. Haha (nada tok belagak).
BalasPadamAmboi berlagak eh dia :P
Padammemang seronok main game dekat website tu
BalasPadamHans suka main The Siege
Level 91 jer paling tinggi
hahaha
Baca komen awak, saya terus bukak website nak try game The Siege..
Padammain games ni bagus utk exercise otak...ada yang percuma lg best..hehe..
BalasPadamBetul tu..asyik membaca je pun bosan jugak kan
PadamBestnya main game bukan saja utk kanak2 org dewasa pun boleh main.
BalasPadamAah, boleh jugak release stress lepas penat buat kerja rumah
Padamtq rini.
BalasPadamWelcome :)
Padammak pak pun layan skali kan?����
BalasPadamEh, mana tau ni? Haha..kantoi..
Padamsy dah lama.skodeng😆
PadamTgk hubby main mcm best hahah tp bila anak bangun xboleh nak bt kerja
BalasPadam