Didik Anak Minat Belajar dari Kecil

 

Alkisahnya BFF saya merangkap ex-roomate di universiti dulu tiba-tiba whatsapp dan minta kongsikan cara saya mendidik anak bongsu untuk mula membaca. Pelik juga kerana anak saya yang bongsu ini masih belum boleh membaca lagi dan saya pun jarang kongsikan pasal perkembangan anak-anak di media sosial sekarang. 


Rupa-rupanya BFF minta kongsikan tips yang sesuai dan boleh diguna pakai olehnya untuk mengajar anak bongsu kerana saya pernah menjadi guru sebelum ini. Anak bongsu kami kebetulan sama umur, baru masuk 4 tahun. Fikir punya fikir akhirnya baru saya sedar yang banyak mendidik anak bongsu saya di rumah sekarang adalah kakaknya. Bukan saya.


Didik Anak Minat Belajar dari Kecil


Oleh kerana didikan adalah daripada kakak, jadi saya ceritakan sedikit berkaitan kakak kerana proses ini berangkai. Saya akan mengajar kakak lalu disampaikan kakak kepada adiknya. Jadi kepada BFF, mungkin awak dah boleh train kakak Adlina untuk mengajar adik lepas ini ya. Bagaimanapun cara ini mungkin sesuai dilakukan pada hujung minggu kerana BFF saya bekerja. Apa pun, ubah mengikut jadual awak sendiri okay ;)


Rutin Harian Kakak

Kelas PdPR kakak berjalan lancar setiap hari kerana kakak akan bangun seawal jam 6.30 pagi untuk solat jemaah bersama kami. Selepas itu, kakak tidak kembali tidur dan akan mula melakukan aktiviti hariannya. Aktiviti paling dinantikan adalah PdPR kerana saya akan berikan ganjaran kepada kakak apabila selesai menjawab soalan latihan yang diberikan guru. Apa ganjaran itu?


Tengok Youtube Selesai Jawab 10 Mukasurat

Syarat untuk terima ganjaran adalah wajib selesai menjawab soalan dalam buku sebanyak 10 mukasurat sehari. Tak kisah samada tugasan daripada guru atau tugasan dalam buku kerja di rumah, asalkan cukup 10 mukasurat, kakak dan adik layak untuk tengok cerita kegemaran mereka di Youtube. Kebiasaannya saya beri masa selama satu jam untuk tonton cerita mereka, samada setengah jam pertama cerita kakak atau sebaliknya, namun keduanya akan menonton cerita mereka bersama-sama.


Jadi jadualnya seperti ini. Pada waktu pagi, kakak akan selesaikan kelas PdPR dan tugasan dalam buku dengan 10 mukasurat soalan wajib buat setiap hari. Kebiasaannya jadual kelas tak menentu, kadang soalan diterima pada awal pagi dan kadang-kadang waktu petang baru lengkap terima semua soalan. Pada waktu tengahari, kakak mandi bersama adik, makan, solat dan siapkan kerja sekolah. Selepas itu barulah kakak dan adik menonton cerita kegemaran mereka. Waktu malam pula adalah family time iaitu waktu untuk menonton cerita kegemaran saya dan suami pula. 


Jika kakak selesai menyiapkan tugasan dan menonton cerita kegemarannya lebih awal, kakak perlu ulang kembali menjawab 10 mukasurat soalan lain jika mahu menonton lagi ceritanya. Kebiasaannya pada hujung minggu kakak boleh selesaikan 20 mukasurat soalan kerana tidak terikat dengan soalan yang diberikan oleh guru sekolah. Jika kakak tidak mahu menjawab soalan lagi, kakak akan bermain bersama adik atau bermain di luar rumah dengan kucing kesayangannya.


Kakak Ajar Adik Pula

Jika kakak buat kerja sekolah, jadi apa yang adik buat? Inilah proses berangkai yang saya maksudkan. Bila kakak sedang PdPR dan siapkan kerja sekolah, adik tiada kawan untuk main bersama. Jadi adik juga akan duduk bersama kakak. Kalau dulu adik hanya duduk bersama kakak untuk mengganggu kakak dan berbual dengannya, sekarang adik juga mula mengambil buku.


Didik Anak Minat Belajar dari Kecil


Bila duduk dengan buku bersama kakak, adik juga mula terikut untuk menulis. Saya berikan buku yang mudah untuk adik, buku sambung titik, mewarna dan buku conteng. Adik boleh pilih samada ingin menyambung titik, mewarna atau menconteng sahaja. Kalau dulu adik boleh siapkan hanya satu mukasurat dalam buku menyambung titik ABC, kini adik boleh siapkan dua mukasurat. Kalau dulu adik selalu kata tulisannya tak cantik, tapi kini tulisannya makin laju dan lancar menyambung titik.


Selepas solat, saya ajarkan adik alif, ba, ta untuknya mengenal huruf jawi. Sesekali saya keluarkan buku lama kakak dahulu iaitu buku 'Bacalah Anakku' dan minta kakak bacakan untuk adik. Tak lupa juga saya ajarkan adik bunyi fonik huruf vokal dengan gunakan cara yang sama saya pernah ajar pada kakak dahulu. Ini caranya >> Ajar Anak Fonik Vokal. Bukanlah mahu adik pandai membaca cuma mahu mengenalkannya dengan bunyi dan huruf. Rasanya terlalu awal pula untuk adik pandai membaca pada usianya sekarang.


Buku untuk Kakak dan Adik

Buku Kakak

Saya tidak berbelanja besar untuk buku kakak. Buku latihan kakak adalah jenis pakai buang kerana saya tak mahu simpan di dalam almari, almaklumlah almari buku di rumah kecil sahaja. Jadi jika buku latihan telah siap dijawab setiap mukasurat, saya asingkan untuk dihantar ke pusat kitar semula. Manakala bagi buku yang belum siap digunakan 100%, buku itulah yang akan kakak gunakan untuk menjawab 10 mukasurat soalan setiap hari jika tiada soalan daripada guru diterima. Ini termasuklah juga dengan buku sekolah kakak semasa tahun satu yang juga masih banyak belum diselesaikannya. 


Kebiasaannya saya hanya belikan buku latihan murah untuk kakak kerana ia bersifat pakai buang, namun semasa membeli saya check dahulu jenis soalan dalam buku tersebut. Buku latihan murah biasanya ada kekurangan dari segi soalan. Lukisan lebih besar dengan soalan sedikit dan saya pernah juga jumpa buku yang salah ejaan dan tertukar kedudukan gambar dan pernyataannya. Jadi saya akan pilih buku yang dirasakan sesuai sahaja. Buku latihan dengan harga mahal biasanya saya belikan bagi subjek matematik kerana ia mengandungi soalan berulang dan lebih tebal untuk menguatkan skill mengira kakak.


Buku Adik

Buku untuk adik adalah buku lama kakak yang tak siap dijawab olehnya. Mudah kan. Saya beli banyak buku latihan untuk kakak semasa kecil jadi banyak buku latihan mudah yang tak sempat dijawab 100% olehnya. Buku latihan ini tidak sesuai lagi digunakan kakak kerana terlalu mudah. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, buku untuk adik adalah buku menyambung titik, buku mewarna dan buku conteng. Tidak lupa juga buku 'Bacalah Anakku' namun buku ini hanya sesekali sahaja digunakan.


Didik Anak Minat Belajar dari Kecil


Bukan bermaksud saya langsung tidak membeli buku untuk adik cuma kebanyakan buku yang digunakannya sekarang adalah daripada buku lama kakak. Dan bukan juga bermaksud saya langsung tidak mengajar adik cuma banyak sesi mewarna dan menyambung titik, adik lakukan bersama kakak. Tiap kali kakak dan adik buat latihan, saya pasti ada bersama kerana meja kerja mereka berdekatan dengan meja kerja saya. Di mana? Tentulah di dapur. Sambil memasak di dapur, saya pantau kakak dan adik di meja makan. Lagi pula, di mana saya berada, di situlah juga kakak akan buat kerja kerana tak mahu berenggang dengan saya. Jadi secara automatiknya adik juga akan berada berhampiran saya. Nah, senang kan kerja saya? :P


Apa yang penting, tak perlu paksa anak untuk belajar kerana belajar merupakan perkara yang kurang menyeronokkan berbanding bermain. Jika anak dipaksa untuk belajar, tak mustahil selepas ini, melihat buku pun anak boleh menangis. Jadikan sesi pembelajaran mereka ceria dan menggembirakan. Boleh banyakkan aktiviti bermain sambil belajar jika lihat anak tak berapa minat belajar. Nak idea? Sogokkan mereka dengan bermain sambil belajar, selepas itu minta mereka buat latihan dalam buku. Keesokannya, minta mereka untuk belajar dahulu sebelum boleh bermain sambil belajar lagi. Amacam?

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Seronok tengok si adik dan kakak belajar sama-sama begitu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila tengok gambar rasa macam dah besar pulak diorang ni..cepat masa berlalu..

      Padam
  2. Kena didik anak2 minat belajar dari kecil lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju! Supaya mereka boleh bersedia untuk cabaran kehidupan akan datang..

      Padam
  3. Bagusnya kakak ajar adik belajar. Semoga minat membaca dan belajar sentiasa ada dalam diri anak-anak di zaman yang penuh cabaran ini.

    BalasPadam
  4. Betul tu, senang kerja sbb kakak pun sgt bertanggungjawab, jadi teladan utk adik. Btw, dekor rmh Nur lawa & kemas betul!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh tak la kak, ni sesetengah part je elok. Part lain hancur :D

      Padam
  5. seronok tengok kakak & adik belajar bersama, menonton cerita bersama..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak pun lega tengok diorang buat kerja sesama

      Padam
  6. waaaa seronok la study sama2

    BalasPadam
  7. Betul kena didik anak2 rajin belajar dr kecik lg baru tak rasa terbeban bila semakin meningkat umurnya

    BalasPadam
  8. bagusnyaaaa kakak ajar adik������

    BalasPadam
  9. teringin ada anak di sisi ..

    bila dah bujang balik macam nie

    BalasPadam
  10. Seronok baca lebih-lebih lagi bila si adik pun ikut sekali belajar. Bila nampak anak-anak belajar ada satu kepuasan sendiri.

    BalasPadam