Resepi Brownies Kedut Kurang Manis Sukatan Cawan

 

Pengalaman pertama kali saya buat brownies adalah semasa pulang ke kampung beberapa tahun yang lalu. Pada masa itu, kami adik beradik merancang untuk pulang ke kampung bersama dan masak makanan istimewa yang jarang dimakan di rumah mak dan abah sebagai meraikan abah yang baru sihat. Sebelum itu abah ada masalah jantung dan perlu dibedah di Institut Jantung Negara.


Plannya saya akan buat brownies manakala adik perempuan saya yang berdua itu akan masak nasi ayam. Saya terjumpa resepi yang super simple dalam Facebook iaitu cara buat brownies menggunakan sukatan cawan. Senang resepinya dan saya pun pertama kali nak buat, jadi memang saya cari resepi sukatan cawan kerana lebih cepat walaupun ada penyukat masakan di rumah.


Saya sediakan bahan seperti dalam resepi dan membakar mengikut masa yang dinyatakan. Yey! Brownies saya keluar macam yang saya idamkan namun ia tak berkedut. Tak mengapalah, asalkan rasanya sedap itu paling penting sebab saya nak menjamu bos besar nanti. Saya potong sedikit dan makan, sedap! Tetapi rasanya manis..terlalu manis bagi saya :(


Resepi Brownies Kedut Kurang Manis Sukatan Cawan


Disebabkan brownies dah siap dan baunya pun dah membangkitkan selera orang dalam rumah, saya hidangkan buat mereka dan abah yang berada di luar. Abah yang sedang menonton TV memang senang hati lihat saya keluarkan brownies untuk santapannya. Saya pula terus kembali ke dapur untuk mencuci mangkuk loyang yang telah saya gunakan.


Lama berada di dapur sambil membersihkan apa yang patut, adik masuk sambil membisikkan kata yang abah masih belum berhenti makan brownies di luar. Katanya dah hampir habis sepinggan brownies yang saya keluarkan sebelum ini hanya abah yang makan. Saya terkejut. Mana tak risau abah baru lepas sihat dan brownies itu bagi saya terlalu manis rasanya. Bahaya jika abah makan terlalu banyak.


Jadi saya terus bangun dan menuju keluar. Mungkin akibat terlalu nak cepat kerana risaukan abah, saya tertinggi suara agar abah berhenti makan. Salah saya. Abah yang tengah kusyuk tengok tv sambil menjamah brownies dengan tangan kanan dan tangan kirinya memegang pinggan kiri menoleh ke arah saya dan terus berhenti makan.


Nak tau apa abah buat selepas itu? Abah ke bilik dan lama berada di dalam biliknya. Rupanya abah merajuk dengan saya..haha. Terpaksa pula saya minta maaf dengan abah. Jadi kesimpulannya selepas ini saya hanya perlu guna resepi brownies kedut kurang manis sukatan cawan di bawah jika mahu buatkan untuk abah. Btw saya telah kurangkan separuh daripada gula daripada resepi asalnya ya. 

* Tips agar brownies berkedut : campurkan Bahan A ke dalam Bahan B semasa masih panas. 


Resepi Brownies Kedut Kurang Manis Sukatan Cawan


Resepi Brownies Kedut Sukatan Cawan


Bahan A

Satu cawan coklat compound (dipotong kecil)

Setengah cawan mentega


Bahan B

Dua biji telur

Setengah cawan gula perang


Bahan C

Secawan tepung gandum

2 sudu besar serbuk koko

1/4 sudu kecil baking soda

Secubit garam


Cara Penyediaan:


1. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk besar dan letakkan mangkuk tersebut di atas periuk yang berisi air panas (kaedah double boil). Boleh rujuk di sini untuk >> kaedah double boil. Kacau sekali sekala supaya coklat cepat larut.

2. Dalam mangkuk lain, campur Bahan B dan kacau sekejap. Tak perlu kacau lama dan tak perlu pukul kembang.

3. Setelah Bahan A cair sepenuhnya, terus masukkan ia ke dalam Bahan B. Masukkan semasa masih panas kerana ia membantu hasilkan kedutan pada brownies.

4. Akhir sekali masukkan Bahan C dan kacau sebati.

5. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah dialas dengan baking paper supaya mudah dikeluarkan selepas siap.

6. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 20 minit atau sehingga masak.


Saya telah kurangkan separuh gula daripada resepi asal dalam resepi ini. Walau bagaimana pun, mengurangkan kuantiti gula boleh mengganggu kedutan pada permukaan brownies kerana tindak balas antara coklat panas dengan gula perang yang menjadikan permukaan brownies berkedut dan rangup. Kalau awak rasa resepi ini masih terlalu manis, mungkin boleh kurangkan lagi sukatan gula namun mungkin juga tekstur kedutan pada permukaan brownies akan terganggu. Saya pun tak tau apa resultnya namun apa kat kita try and error tengok jadi atau tak. Kalau masih boleh kurangkan lagi manisnya, saya pun nak kurangkan juga kerana saya taknak gemok tapi nak makan sedap sahaja :P

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Nampak sedap..tapi part baked memang surrender..x pandai..

    BalasPadam
  2. minta resipi ne.....nak juga yg kurang manis sebab nak diet kan..hehehehe

    BalasPadam
  3. brownies yg dijual selalu manis2 belaka...best kalau dapat yg kurang manis..

    BalasPadam
  4. wah...pandai awak buat ye.

    tak susah-susah untuk membeli lagi

    BalasPadam
  5. Sedapnyaa baru mkn sil bt tp manis potong kaki 😂😂

    BalasPadam
  6. Brownies memang selalunya manis hehehe

    BalasPadam