Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan Sedap dan Rangup


Siapa je yang tak suka makan biskut almond london? Sejak mula diperkenalkan di sekolah rendah, saya mula jatuh cinta dengan biskut ini. Masih saya ingat pada ketika itu, kawan saya hulurkan biskut almond london dan saya merasainya buat pertama kali. Disebabkan emak tak pernah buatkan almond london semasa Hari Raya, jadi saya fikir hanya orang kaya saja yang boleh makan biskut ni (nama pun london, ingatkan memang dibawa dari London). Manalah saya tau rupa-rupanya nama saja almond london tapi orang Malaysia yang buat :P


Membesar dengan biskut raya buatan sendiri, kebiasaannya kami jarang membeli biskut raya di kedai. Biskut raya yang biasanya akan ada di rumah hanyalah seperti biskut suji, dahlia, tart nenas, biskut cornflakes dan biskut kacang. Almond london? Setelah saya menginjak masuk ke sekolah menengah, barulah kakak saya mula buat biskut almond london di rumah. Namun ia tak berjaya mencipta kenangan manis buat kami kerana coklat yang kakak cairkan melalui kaedah double boil jadi keras! Pada masa itu, tiada bantuan Google dan Youtube untuk kami layari. Jadi coklat kakak tak boleh digunakan untuk menyalut biskut almond.


Kakak menangis akibat geram manakala kami pula hampa kerana tak dapat makan biskut almond london yang sempurna. Saya tak ingat apa yang jadi seterusnya, samada kakak sediakan bancuhan lain dan kami dapat makan biskut almond london atau tidak, namun kejadian tersebut memberi gambaran dalam minda saya bahawa nak membuat biskut almond london adalah susah. Kemungkinan biskut terhasil sempurna adalah rendah dan proses double boil coklat sangat menakutkan. Disebabkan itu saya lebih suka tunggu sahaja hari raya dan makan biskut almond london di rumah orang..haha..senang kan :P

Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan

Setelah bekerja, saya mula membeli biskut almond london kerana ia merupakan juadah kegemaran saya. Tapi sadisnya apabila di sebalik rupanya yang cantik namun tiada almond diletakkan di dalam biskut almond london saya! Haha..pernah juga terjadi kejadian dimana biskut almond london yang saya beli, almondnya berbau seperti lama dan tidak rangup. Sudahlah saya telah beli beberapa botol biskut, tak sedap pula tu. Patutlah harganya lebih murah. Hancur luluh tau hati ini. Selepas itu, saya hanya akan beli biskut almond london yang dijual pada harga mahal sahaja. Biasanya harga mahal lebih berkualiti :D


Sekarang saya kembali tak bekerja, jadi membeli biskut almond london yang mahal bukan lagi keutamaan. Apa yang boleh saya buat jika biskut almond london kegemaran saya tidak dapat lagi saya beli? Belajar buat sendiri! Senang bukan? Setelah buat sendiri baru saya tau rupanya tak susah mana pun nak buat biskut almond london ni. Keluarkan sedikit modal untuk beli barang mentah dan hasilkan sendiri biskut almond london sedap dengan rasa mahal seperti saya pernah beli dahulu. Lagi puas hati sebab saya dapat hasilkan banyak biskut almond london dan boleh makan sebanyak mana yang saya suka..yeay!


Resepi biskut almond london ini saya ambil dari laman web RASA. Kebetulan resepi ini bagi saya mudah disediakan dan doh biskut yang dihasilkan juga rangup, berseleralah kami makan setiap kali selepas berbuka puasa. Sedar tak sedar biskut yang saya buat untuk Hari Raya nanti dah habis pula dimakan kami sekeluarga. Takpe, saya ada resepinya dan proses membuatnya tak sesukar mana, jadi makanlah banyak-banyak :P


Tips ketika Mencairkan Coklat (Kaedah Double Boil)


Saya ada katakan di atas bahawa kaedah double boil amat menakutkan bagi saya gara-gara kegagalan kakak hasilkan coklat cairnya kan? Sebenarnya kesilapan yang dilakukan oleh kakak adalah disebabkan ada sedikit air yang masuk ke dalam coklat semasa proses double boil dilakukan. Pantang besar semasa mencairkan coklat adalah apabila air masuk ke dalamnya walaupun SETITIS! Walaupun setitis air ye kawan-kawan. Ini akan menyebabkan coklat jadi keras dan tak dapat digunakan sebagai bahan salutan almond london. Jangan risau, saya ada cara mengatasi masalah ini.


Bila difikirkan balik, baru saya perasan yang kakak akan masukkan coklat bar ke dalam bekas kecil sebelum dimasukkan ke dalam periuk besar berisi air panas. Cara ini amat berisiko kerana pada bila-bila masa sahaja air panas boleh terpercik masuk ke dalam bekas berisi coklat sekaligus mengakibatkan coklat menjadi keras. Untuk atasi masalah percikan air ni, apa kata kita tukarkan bekas kecil berisi coklat dengan bekas yang lebih besar daripada periuk? Letakkan di atas permukaan periuk berisi air panas. Dengan cara ini tiada percikan air akan masuk ke dalam bekas coklat kerana permukaan periuk telah ditutupi oleh bekas coklat itu sendiri. 


Susah untuk tahu samada doh yang dibakar dalam oven telah masak atau tidak kan. Cara saya, semasa sedang membakar, ambil doh dan lihat di bahagian bawahnya. Jika warna doh telah berubah menjadi perang kecoklatan, itu tandanya doh telah masak. Boleh lihat dalam video di bawah jika tak faham ye. Selain itu, jika cairan coklat terlalu pekat, boleh masukkan mentega atau minyak untuk melembutkannya. Dalam video saya, saya tak cairkannya dengan mentega atau minyak, jadi coklat agak pekat dan permukaan atas biskut almond london kurang licin. Nampak tak berapa menarik tapi rasanya sedap :D


Resepi Biskut Almond London Sedap dan Rangup Sukatan Cawan



Bahan-bahan

- Secawan mentega
- Setengah cawan gula kastor
- Sebiji kuning telur
- Satu sudu teh esen vanila
- 2 setengah cawan tepung gandum
- Setengah cawan tepung jagung
- Satu sudu besar tepung beras
- Satu sudu teh serbuk penaik
- 3 sudu besar serbuk badam 
(digoreng tanpa minyak terlebih dahulu selama 3 minit untuk merangupkannya)
- Biji almond secukupnya - anggaran 150 biji 
(digoreng tanpa minyak terlebih dahulu selama 5 minit untuk merangupkannya)
- Coklat bar satu papan


Cara Penyediaan

1. Masukkan mentega, gula kastor, kuning telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. 
Gaul campuran hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung beras, serbuk penaik 
dan serbuk badam ke dalam campuran. Gaul lagi hingga sebati.
3. Ambil sedikit doh dan bulatkan menjadi saiz anggaran duit syiling 20 sen. 
Masukkan sebiji almond ke dalam doh dan susun atas dulang pembakar.
4. Setelah siap, bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 minit. 
Sejukkan pada suhu bilik.
5. Cairkan coklat bar di dalam mangkuk yang diletakkan di atas periuk berisi air panas. 
Jika coklat terlalu pekat, boleh tambah satu sudu mentega untuk melembutkannya. 
Jangan sesekali tambah air untuk mengelakkan coklat menjadi keras!
6. Setelah coklat cair, ambil doh yang telah dibakar tadi 
dan tenggelamkan di dalam larutan coklat cair. Ratakan coklat ke seluruh permukaan doh dan masukkan doh bersalut coklat ke dalam paper cup.
7. Boleh dihiaskan dengan badam hancur di atas permukaan atas doh. 
Badam hancur digoreng dahulu tanpa minyak di dalam pan selama 3 minit untuk merangupkannya. 
8. Sejukkan pada suhu bilik dan 
kemudian bolehlah di simpan ke dalam bekas kedap udara.


Senang tak cara buat biskut almond london ni? Tak cuba tak tau kan. So apa kata awak cuba buat dulu. Dah buat, komenlah kat bawah ni nanti ye. Ini adalah resepi nak buat biskut almond london dengan sukatan cawan, sedap dan rangup! Selamat mencuba..

Catat Ulasan

30 Ulasan

  1. dulu masa kecik kalau raya rumah orang mesti cari biskut ni hahaha. lepas tu dah besar lama2 tak jumpa dah yang sedap. kini masanya untuk buat sendiri hahah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama la kita. Gimme five! Tapi awak dah buat ke belum tu :D

      Padam
    2. pasti la belummmm. ahahha. duk buat benda lain dulu kak. adehhh hehe

      Padam
    3. Ahahaha..takpe2. Take your time :)

      Padam
  2. Dulu pernah buat jgk. Rasa renyah hehehe. Lepas tu beli je :)
    Mungkin boleh buat sendiri pasni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya terpaksa buat sebab dah tak kerja kan. Kalau dulu pun memang beli je, kerja nak buat renyah tapi makan puas hati..

      Padam
  3. Pernah buat beberapa kali..tp banyak step sangat..haish..lama2 malas dah buat..beli je lah.hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha..leceh sikit kan step dia kak. Kalau saya kerja, saya pun konfirm beli jugak :D

      Padam
  4. dulu setiap kali raya, almond london wajib ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak dah besar ni baru tau almond london tu tak berasal dari London Ray :D

      Padam
    2. hahahahaahaha sama la kite XD. dulu selalu tertanya-tanya, kenapa la nama dye almond london.

      Padam
  5. biskut ni memang menjadi kegemaran..sampai sekrg mesti cari biskut raya..wah senang ni kalau guna sukatan cawan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pilih nak guna sukatan cawan sebab malas nak timbang. Tapi ada yang suka timbang, ha..pilihla mana satu nak, yang penting kita makan almond london tahun ni :D

      Padam
  6. tak pernah buat sebab tak reti coklat dia macam taknak keras. so lama tak buat. kalau nak makan, g je raya pasti jumpa biskut ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Saya dulu pun nak makan je pi cari kat rumah orang je la sebab taktau buat. Haha..btw kalau coklat tak keras lepas letak atas biskut tu, awak masukkan je dalam peti ais. Nanti dah keras baru keluarkan..

      Padam
  7. Balasan
    1. Nak ajak beraya rumah akak tak boleh pulak sebab covid..hurmm

      Padam
  8. mula-mula saya fikir perlu ke london untuk dapatkan biskut ini...rupanya kat malaysia pun ada hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita. Haha..punya ingat dulu rumah orang kaya je ada almond london ni :P

      Padam
  9. Tahun ni mak Hana tak buat almond london... banyak buat popiah ja. Tengah tak ada tetamu best jugak 'melantak' kuih raya kat rumah sendiri hahah
    .
    Thank you bagi resipi, selamat hari raya kakak! Jemput beraya kat blog Hana ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahha..tanak beraya, akak nak duit raya! Bak singgit, bak singgit :P

      Padam
  10. Guna sukatan cawan mudah sikit. Risiko salah timbang kuantiti tu kurang.

    Sebenanrnya Sha pun pernah je tak berjaya cair coklat kaedah double boil. Sedih betul bila ingat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Sekarang bila coklat saya tak cair, saya tambah butter je balik supaya coklat cair. Lepastu makan dengan bubble rice, pun sodap :D

      Padam
  11. wajib ada dihari raya hehe.. tapi spesis saya ni almond tu buang or kasi sesapa sebab suka sekut je =P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peliknya Siti..almond tu la yang paling sedap, paling mahal dalam resepi ni tau. Siti is unique..haha

      Padam
  12. raya haji ni ada buat x? kalau ada sy nk dtgh hehe

    BalasPadam