Karpet Berbulu Lembut Murah di Shopee

 

Ingat tak cerita tentang dinding bilik saya yang diselimuti dengan kulat sebelum ini? Jadi, jalan penyelesaiannya, kami cat semula bilik dengan warna putih supaya kulat tak lagi muncul dan kalau muncul pun, kami tak sakit mata memandang kerana warna catnya sama dengan kulat :P


Kini progres menghias bilik masih belum 100% siap tetapi ada bahagian yang telah siap sepenuhnya. Bahagian mana yang dah siap? Bahagian meja kerja saya! Yey! Akhirnya selepas alami masalah kulat, barulah kami betul-betul boleh deko bilik dengan jayanya. Sebelum ini cuma tangkap muat semuanya, tapi kali ini boleh mendeko sedikit dengan bajet duit yang ada dalam poket :D


Karpet Berbulu Lembut Murah di Shopee

Meskipun saya sangat suka warna purple bilik sebelum ini tapi warna putih juga tak kurang menariknya. Selain bilik tak nampak sempit dan menyerabutkan, ia juga nampak lebih aesthetic dengan padanan perabot dan perkakasan bilik yang juga berwarna putih. Cumanya masalah debu dan kotoran lebih mudah kelihatan dan tak dapat dielakkan apabila mengecat bilik dengan warna putih.


Karpet Murah Berbulu Lembut di Shopee


Oh, sebenarnya bukan pasal cat putih yang saya ingin kongsikan. Juga bukan tentang meja tulis saya. Tetapi kisah tentang karpet berbulu lembut yang berjaya buat saya jatuh hati lagi dan lagi. Serius betul-betul jatuh hati sebab bulunya lembut macam bulu kucing yang lebat dan panjang. Tak sangka pula di Shopee ada jual karpet berbulu lembut dengan harga murah dan cantik. Tak menyesal tau beli! 


Saya beli di sini >> https://cutt.ly/LnHTLkj


Kelebihan

Karpet di rumah sebelum ini saya beli di kedai karpet dan satu karpet lagi saya beli direct daripada Cina. Pada masa tersebut, Shopee belum wujud dan saya pada ketika itu, menjual baju yang diambil direct dari Cina secara online. Meskipun harga karpet murah, namun shipping kos agak tinggi. Jadi, apabila sampai di rumah, harganya jadi mahal kerana tambahan shipping kos.


Saiz karpet yang kami beli kali ini adalah lebih besar daripada karpet yang sedia ada di rumah namun harganya jauh lebih murah. Tak sampai seratus ringgit dan bulunya juga panjang dan lembut. Kedua-dua karpet di rumah kami berharga atas daripada RM200 tetapi untuk karpet yang bersaiz besar ini, saya beli dengan harga hanya RM80. Murah kan?


Kekurangan

Namun setiap yang best tentu ada kekurangannya juga. Antara kekurangan karpet berbulu lembut ini adalah meskipun nipis namun ianya terlalu lebat berbulu jadi mudah memerangkap kotoran. Amatlah tak sesuai diletakkan di laluan yang sering digunakan seperti ruang tamu atau tempat makan. Bulunya yang panjang menyukarkan untuk divakum kerana kotoran tak  dapat keluar daripada bulu. Jadi saya perlu mengutip secara manual (guna tangan) sampah yang terperangkap di dalam karpet. Adeh..


Jadi, ia lebih sesuai diletakkan di laluan yang jarang digunakan seperti tempat berehat atau di bawah meja kerja. Sambil buat kerja, boleh gosokkan kaki pada karpet berbulu lembut. Boleh juga menjadi terapi minda setelah penat berfikir. Selain itu, karpet ini tidak terlalu tebal macam kebanyakan karpet berharga mahal. Elakkan letak di kawasan orang ramai kerana karpet mudah terlipat dan berubah kedudukan. Kami letakkan double tape di bawah karpet untuk elakkan kedudukannya berubah. 


Karpet Berbulu Lembut Murah di Shopee?


Walau bagaimana pun dengan harga RM80 dapat karpet berbulu tebal yang lembut macam bulu kucing dah buat saya gembira. Lepas penat perah otak menaip di laptop, boleh terus barbaring di atas bulu-bulu lembut. Selesa...

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. cantiknya karpet.. rumah akak satu pun x de karpet :D. ada buat simpan jer, nak pakai karpet banyak musuh cicak... setiap lubang lampu tu tempat dia membuang lepas tu jatuh atas lantai hadoii..

    BalasPadam
  2. Cantik karpet. Memang tgh cari tp seller tgh bercuti pulak 😂😂 adoii terfikir nk letak kt mana nanti

    BalasPadam
  3. wah...best kalau dapat duduk atau berbaring atas karpet..

    nikmat dunia yang tidak boleh didustakan

    BalasPadam
  4. Teringin nak tambah karpet lagi.tapi karpet yang sedia ada ni pun tak terbentang.sebab ada kucing dalam rumah.tak nak ada bulu & habuk melekat.bentang pun bila ada tetamu datang.btw salam perkenalan.saya blogger baru.hi3

    BalasPadam
  5. bestnya baring atas carpet tu..

    BalasPadam
  6. Cantik tone warna karpet tu . Berbulu gebu

    BalasPadam
  7. p mr diy asik tengok kt kapet ne ja..mahallll nak beli dr china murah sikit kot.

    BalasPadam
  8. besar tu nk cari jg laa... kalau skt pinggang boleh trs rebah je 😆

    BalasPadam