Cosmoderm Perfect Balanced dengan Khasiat Prebiotic dan Calamine untuk Kecantikan

 

Pelik tak kalau dalam skincare kita ada tambahan prebiotic dan calamine? Yes, memang ada dan saya pun tak sangka! First time tau saya dapat tahu dalam set cucian muka ada tambahan prebiotic. Kalau campuran calamine mungkin dah biasa dengar tapi prebiotic? Hurm..biar betul..


Selama ini saya hanya tahu prebiotic adalah bakteria baik yang digunakan untuk membantu proses pencernaan makanan di dalam usus, rupa-rupanya ada banyak manfaat prebiotic yang tidak saya ketahui. Secara umumnya, prebiotic banyak digunakan dalam produk makanan kerana manfaatnya namun kini ia mula digunakan secara meluas dalam bidang kecantikan kerana berupaya menyeimbangkan keadaan kulit wajah. Ilmu baru kan?

Cosmoderm Perfect Balanced dengan Khasiat Prebiotic dan Calamine

Teruja dengan tambahan prebiotic dalam set kecantikan muka, jadi saya dapatkan produk terbaru daripada Cosmoderm iaitu Perfect Balanced untuk mencuba sendiri bagaimana kesan kehadiran prebiotic dan calamine pada wajah saya. Kali pertama tengok kotak bungkusan Cosmoderm Perfect Balanced telah berjaya buat saya jatuh hati apatah lagi apabila melihat isinya pula, comel sangat!


Tampil dengan campuran prebiotic dan calamine, Cosmoderm Perfect Balanced sesuai digunakan bagi semua kulit wajah dan tersangatlah sesuai jika digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif dan berjerawat. Sebelum bercerita panjang tentang set Perfect Balanced Cosmoderm ini, jom saya kongsikan sedikit manfaat prebiotic dan calamine dalam bidang kecantikan.


Prebiotic dan Calamine dalam Kecantikan


Prebiotic atau juga dikenali sebagai bakteria baik umum digunakan dalam bidang kesihatan kerana kemampuannya menentang pathogen dalam sistem penghadaman badan. Walau bagaimanapun, prebiotic kini mula digunakan dalam bidang kecantikan secara meluas kerana kebolehannya melindungi lapisan kulit wajah daripada kekotoran sekaligus merencat pertumbuhan jerawat.


Kebolehan prebiotic melindungi lapisan kulit wajah membolehkan keanjalan muka dikekalkan serta keradangan kulit yang disebabkan oleh pencemaran persekitaran mahu pun kulit sensitif dapat diatasi. Selain itu, prebiotic juga mampu mencerahkan kulit wajah secara semulajadi serta berfungsi sebagai agen penuaaan sekaligus meningkatkan kemampuan kulit wajah untuk mengekalkan keseimbangannya.

Cosmoderm Perfect Balanced dengan Khasiat Prebiotic dan Calamine

Calamine pula kebiasaannya didapati dalam produk kesihatan bagi merawat masalah kegatalan atau kesakitan kecil pada bahagian kulit akibat kerengsaan ringan. Sifatnya yang pantas mengering, menjadikan calamine mampu mengeringkan jerawat yang disebabkan oleh minyak berlebihan sekaligus mematikan puncanya.


Khasiat lain calamine dalam bidang kecantikan antaranya adalah untuk melembap serta mengurangkan bintik hitam pada kulit wajah. Calamine juga mempunyai sifat anti radang yang sesuai untuk merawat masalah kulit sensitif. Ini bermakna, Cosmoderm Perfect Balanced dengan kandungan prebiotic dan calamine sangatlah sesuai digunakan oleh mereka yang berhasrat untuk memiliki kulit wajah kekal sihat serta bebas jerawat dan keradangan.


Empat Langkah Mudah untuk wajah Perfect Balanced dengan Cosmoderm


Hanya empat langkah mudah setiap hari dengan Cosmoderm Perfect Balanced dan saya boleh mulakan hari saya dengan yakin. Tak perlu banyak, saya hanya perlu cuci muka dengan Foaming Cleanser, tutup pori terbuka menggunakan Toning Lotion, lembapkan kulit wajah dengan Soothing WOW Cream dan lindungi kulit daripada sinar UV berlebihan dengan Sun Milk SPF25PA++.


1. Foaming Cleanser - Tidak berbau dan lembut, saya gunakan dua kali sehari setiap pagi dan malam untuk membersihkan kulit wajah daripada benda asing serta membuang sel kulit mati di wajah.

2. Toning Lotion - Wajib untuk saya menggunakan toner setiap kali selepas mencuci kulit wajah bagi menutup kembali liang roma terbuka akibat cucian sebelumnya. Pakai dua kali sehari, meski tidak berbau namun rasanya sejuk apabila ditekap ke muka. Sangat selesa.

3. Soothing WOW Cream - Setelah toner kering di muka, saya gunakan pula pelembap bagi memberi kelembapan berkekalan sekaligus menganjalkan kulit wajah. Tidak berminyak dan hadir dalam botol pump mudah tekan, saya gunakannya dua kali sekali.

4. Sun Milk SPF25PA++ - Juga hadir dalam bekas pump mudah tekan, saya gunakan sun milk selepas penggunaan krim terutamanya ketika ingin keluar rumah atau pada ketika cuaca panas. Ia berfungsi untuk melindungi kulit wajah daripada pancaran terik cahaya matahari dan mengelakkan sunburn.


Produk Cosmoderm Perfect Balanced telah diuji secara dermatologi, jadi saya tak risau untuk menggunakannya. Saya juga pernah menggunakan beberapa siri produk Cosmoderm yang lain sebelum ini dan saya gembira dengan hasilnya. Disebabkan saya tidak memiliki masalah kulit wajah yang ketara, jadi Cosmoderm Perfect Balanced adalah yang terbaik untuk saya kerana ia berfungsi untuk menyeimbangkan kecantikan kulit wajah saya secara menyeluruh.

Cosmoderm Perfect Balanced dengan Khasiat Prebiotic dan Calamine

Selain tampil dengan botol yang mesra pengguna, iaitu dalam bentuk pump mudah tekan, urutan nombor berlabel 1, 2, 3 dan 4 yang terdapat pada setiap botol Cosmoderm Perfect Balanced juga amat memudahkan saya. Bagi mereka yang baru belajar menggunakan set penjagaan muka, bilangan nombor begini tentunya sangatlah membantu. Ikuti sahaja langkah penggunaan menggunakan turutan nombor yang terdapat pada botol, mudah kan!


Dengan adanya Cosmoderm Perfect Balanced, saya tak perlu risau tentang masalah kulit muka kerana ia membantu menyeimbangkan kecantikan kulit wajah saya serta melindunginya daripada kekotoran particle asing. Cosmoderm Perfect Balanced sesuai digunakan untuk semua jenis masalah kulit termasuklah kulit jenis sensitif dan berjerawat.


Untuk dapatkan produk Cosmoderm Perfect Balanced, awak boleh terus ke laman web Cosmoderm atau jika ingin buat belian, boleh terus ke Shopee Official Cosmoderm. Penting tau jaga kecantikan kulit wajah dari muda, jom jaga muka sama-sama dengan Cosmoderm Perfect Balanced, ada khasiat prebiotic dan calamine.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Suka set yang ni sebab SA ada masalah breakout muka...sekarang dah kembali pulih walau x sepenuhnya

    BalasPadam
  2. the best skincare yang Ada pernah pakai..and i'm in love with this pinky set..

    BalasPadam