Kulit Berminyak dan Berjerawat? Cosmoderm Pilihan Terbaik

 

Mempunyai kulit wajah jenis kombinasi, perkara yang paling susah untuk saya sembunyikan adalah menghilangkan lebihan minyak pada bahagian T-zone di wajah. Tiada masalah pada awalnya namun selepas beberapa jam keluar bertemu sahabat handai, wajah saya pasti akan kelihatan seperti permukaan cermin yang memancarkan cahaya tiap kali apabila bergambar. Sadis kan? Nasib tidak baik pula jika wajah saya ditumbuhi jerawat, boleh bayangkan tak bila muka dipenuhi jerawat kemerahan dengan bahagian T-zone yang berminyak ala kuali dapur, oh malunya nak keluar >_<


Cosmoderm Tea Tree Oil Terbaik untuk Kulit Berminyak dan Bermasalah


Nasib baiklah saya dipertemukan dengan set penjagaan kulit wajah Cosmoderm yang boleh bantu kurangkan penghasilan minyak berlebihan di kulit wajah serta mampu merencatkan pertumbuhan jerawat. Mengandungi bahan aktif tea tree oil yang merencatkan pertumbuhan jerawat dan mengurangkan penghasilan sebum secara berlebihan di kulit wajah, saya perlu berterima kasih kepada Cosmoderm kerana telah memperkenalkan saya dengan set ini. 

Kulit Berminyak dan Berjerawat Guna Cosmoderm


Kelebihan Produk Cosmoderm

Saya yakin untuk menggunakan set kecantikan Cosmoderm bagi mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat kerana ia diformulasikan daripada ramuan utama teh hijau yang memang diyakini keberkesanannya dalam bidang kecantikan dan perubatan sejak berabad lamanya. Mempunyai kandungan anti-oksida yang tinggi, kandungan polifenol dalam teh hijau dapat membantu mengembalikan kecantikan kulit wajah dan melambatkan proses penuaan.


Selain itu, kandungan teh hijau dalam set penjagaan wajah Cosmoderm berfungsi  untuk:

  • merencatkan pertumbuhan jerawat. Kandungan anti-oksida dan anti-radang dalam teh hijau menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit serta mengurangkan keradangan seperti jerawat dan kegatalan.
  • mengawal penghasilan minyak berlebihan. Teh hijau mengawal penghasilan hormon andorgen (anti-andorgen) yang merupakan penyebab utama pengeluaran minyak berlebihan pada wajah untuk menjadikan wajah bebas minyak.
  • melambatkan proses penuaan. Kandungan antioksida yang tinggi dalam teh hijau membantu melambatkan proses degenerasi kulit dengan cara melindungi dan memperbaiki sel serta mengatasi masalah kulit kusam agar kelihatan cantik dan kekal muda.


Selain itu, set penjagaan kulit wajah Cosmoderm tidak mengandungi paraben sebagai bahan pengawet dan juga tiada tambahan SLS atau SLES. Jadi, ia lebih selamat dan menambahkan lagi keyakinan saya untuk mencubanya.


Set Perlindungan Kulit Berminyak dan Berjerawat

Basically, set penjagaan Cosmoderm didatangkan dengan kesemua tiga produk asas untuk pembersihan muka harian. Tiga produk tersebut adalah pencuci muka, toner dan pelembap. Guna tiga bahan asas untuk muka ini pun dah dapat membantu mengurangkan penghasilan minyak dan jerawat di muka. Namun bagi sesetengah orang yang mengalami masalah jerawat yang agak teruk, mereka mungkin memerlukan produk tambahan Cosmoderm untuk mengatasi masalah dengan lebih mendalam. Jom kita tengok setiap satu produk Cosmoderm dan cara penggunaannya.

Skincare Kulit Berminyak dan Berjerawat Guna Cosmoderm


1. Pencuci muka (Facial Cleanser)

Pencuci muka boleh digunakan dua kali sehari setiap pagi dan sebelum tidur. Hanya picit sedikit ke atas jari dan sapu ke seluruh kulit muka. Sental muka selama beberapa minit dan bilas. Pencuci muka Cosmoderm berfungsi untuk membersih sehingga ke liang pori untuk membersihkan kekotoran di muka sekaligus mengurangkan penghasilan minyak dan jerawat.


2. Toner (Clarifying Toning Lotion)

Meskipun namanya lotion tapi ia bukanlah losyen tetapi toner. Hadir dalam bentuk cecair jernih yang mudah diserap ke dalam kulit wajah, toner digunakan setiap kali selepas cucian muka dilakukan. Selain itu, toner juga boleh digunakan sekiranya kulit wajah mengalami kerengsaan. Sel kulit mati akan disingkirkan daripada kulit wajah dengan bantuan toner.


3. Pelembap (Day and Night Moisturiser)

Mengandungi SPF15 PA++, pelembap Cosmoderm digunakan setiap hari selepas toner untuk menyelaraskan penghasilan minyak berlebihan sekaligus membaiki tona kulit wajah. Ia juga berfungsi untuk membekalkan kelembapan serta membaiki sel kulit wajah agar kekal anjal dan muda. Bebas minyak, pelembap Cosmoderm tidak melekit dan mudah meresap ke dalam lapisan kulit.


4. Serum (Oil-Control Serum)

Gunakan serum tiga kali seminggu untuk penjagaan berpanjangan kerana serum dengan kepekatan bahan aktif lebih tinggi mampu meresap lebih baik ke dalam kulit wajah. Dengan ekstrak lemon, aloe vera dan buah-buahan, serum Cosmoderm merupakan gel tidak berminyak yang membantu mengurangkan jerawat, membersih liang pori tersumbat dan mengembalikan kelembapan semulajadi.


5. Masker (Purifying Mask)

Gunakan masker Cosmoderm dua kali seminggu bagi membersihkan kulit secara mendalam. Ia meresap kotoran dan minyak berlebihan serta membersih pori yang tersumbat untuk menjaga kulit wajah. Sapu masker pada muka selama 15 minit dan bilas. Jangan lupa untuk gunakan toner dan pelembap Cosmoderm selepas mencuci muka ya.

Skincare Kulit Berminyak dan Berjerawat Guna Cosmoderm

Dah pakai semua set perkindungan wajah Cosmoderm tapi muka masih ditumbuhi jerawat degil! Macammana nak buat? Dalam kes ini, kita boleh apply produk yang bertindak secara direct pada jerawat degil tersebut. Nak apply apa?


6. Tea Tree Oil Anti Blemish Xpress

Selepas cucian muka, sapukan Anti Blemish Xpress pada jerawat degil, bintik hitam dan bintik putih sebanyak dua kali sehari. Ia membantu untuk mengurangkan jerawat degil serta bintik hitam dan putih di kulit wajah dengan berkesan. 


7. Tea Tree Oil Anti Blemish Gentle

Sama seperti Anti Blemish Xpress, produk ini juga berfungsi untuk menghilangkan jerawat degil, bintik hitam dan bintik putih secara berkesan. Walaubagaimanapun, Anti Blemish Gentle sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit wajah jenis sensitif. Amalkan sebanyak dua kali sehari pada tempat yang ingin dihilangkan. 


Bagaimana jika saya tidak mempunyai masalah jerawat di wajah namun bahagian belakang badan saya banyak ditumbuhi jerawat? Kadang-kadang, tanpa sedar saya tergaru bahagian yang berjerawat dan kesakitan yang dialami mampu membuatkan air mata saya mengalir keluar. Cosmoderm ada penyelesaiannya!

Skincare Kulit Berminyak dan Berjerawat Guna Cosmoderm


8. Mandian (Shower Gel)

Dengan kepekatan dua kali ganda, mandian Cosmoderm bukanlah sebarang mandian. Selain berfungsi untuk menghilangkan kesan peluh dan kotoran pada badan, ia juga membantu merencatkan pertumbuhan jerawat serta menghilangkan bau badan. Tampil lebih yakin dengan badan bebas bau dan jerawat dengan mandian Cosmoderm.


Bukan sahaja melindungi kulit wajah, malahan produk Cosmoderm juga melindungi tubuh badan saya dari masalah jerawat dan minyak berlebihan. Terbaik kan? Harga bagi setiap satu produk Cosmoderm juga tidak mahal dan mudah didapati di kebanyakan kedai dan pasaraya. Turut dijual di drug store, jadi kebaikan produk Cosmoderm tidak dapat disangkal lagi. 


Kalau awak tak pernah guna sebarang produk Cosmoderm, apa kata cuba guna produk asas penjagaan muka Cosmoderm iaitu pencuci muka, toner dan pelembap hari ini. Boleh beli secara atas talian di Shopee Cosmoderm. Tekan je link di bawah untuk buat belian okeh. Jangan lupa untuk follow bagi dapatkan voucher diskaun juga. Jom jaga muka dengan Cosmoderm, atasi masalah kulit berjerawat dan berminyak.

https://shopee.com.my/cosmoderm

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Buatan Malaysia ni kan.. Produk bagus, support local😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, jom sokong local products! Tapi produk yang berkualiti macam Cosmoderm je la..tanak timbang kilo :D

      Padam
  2. Memang best la produk Cosmoderm ni. Jerawat degil zumal pun dah kurang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zumal pun ada masalah jerawat? Happy kan bila dah dapat atasi masalah muka ni, nak keluar pun tak segan..

      Padam
  3. selalu tngk ramai kata best tapi sendiri tak penah cuba..
    nanti kot2 berminat blh try..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli kat Shopee je wak kalau nak cuba, ada banyak voucher boleh apply. Btw beli kat official store ye

      Padam
  4. Cosmoderm adalah pilihan terbaik pada sesiapa yang mempunyai kulit bermasalah, dan yang pastinya kita sokong barangan buatan Malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Jom kita support local produk yang berkualiti!

      Padam
  5. bestnya kalau dpt guna 1 set.. semua ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuai dari muka hingga ke badan dan kaki. Boleh try wak..

      Padam
  6. rabia pernah pakai tapi pakai yg warna kuning tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah, yang kuning pun ada. Yang hijau ni lebih kepada berminyak dan berjerawat..

      Padam
  7. Wow, ada set penjagaaan kulit wajah & badan yg lengkap! Ini baru best! Semoga masalah kulit berminyak & jerawat sis gone forever lps ni. :)

    BalasPadam
  8. yg ada masalah kulit bolehlah cuba produk berkualiti ni... mn tau serasi kan

    BalasPadam