Baru beberapa hari rasanya saya update tentang kandungan ketiga saya namun sayangnya, kandungan tersebut cuma mampu bertahan selama 10 minggu sahaja dalam rahim saya. Belum ada rezeki kami untuk kali ini. Doakan saya cepat sihat dan kembali dapat menimang cahaya mata yang baru ye kawan-kawan. In shaa Allah, aamiin..
Meskipun kami sangat bersedih dengan kehilangan ini namun kami redha kerana pasti ada hikmahnya mengapa Allah cuma beri janin menumpang sementara sahaja. Walaupun sebentar tapi cukup membahagiakan. Tak mengapa, saya masih ada anak-anak (Auni dan Ameera) yang perlu saya utamakan daripada bersedih tentang kehilangan. Lagipun baby sudah di syurga, tunggu umi di sana ya sayang.
Disebabkan musim PKP ini, jadi saya tak dapat pulang ke rumah mak untuk mengadu nasib. Saya juga perlu belajar sendiri cara untuk berpantang. Kalau sebelum ini, semua mak bantu..tapi kali ini saya kena belajar berpantang sendiri pula lah. Agak susah sedikit memandangkan suami pun sejak beberapa bulan ini sibuk mengendalikan kes positif covid-19, jadi kita cuma berpantang apa yang mampu sahajalah nampaknya.
Apa Perlu Buat Bila Keguguran
Apa yang perlu saya buat saat mengalami keguguran? Berikut adalah beberapa perkara yang saya buat sepanjang berpantang selama 14 hari di rumah. Tanpa bantuan suami atau emak, jadi saya berpantang pun mengikut mana yang termampu sahaja. Tak boleh keluar kerana PKP, tak boleh memandu ke kedai kerana masih dalam pantang dan tak boleh berurut kerana masih ada covid-19, jadi cuma buat apa yang wajib sahaja.
1. Berpantang Makan
Yang ini saya memang buat kerana mahu cepat sihat. Badan yang sihat tentunya akan membantu saya kekal positif dan mudah untuk memantau anak-anak di rumah. Apa yang tak boleh dimakan seperti seafood, minuman berkafein (meskipun saya sangat teringin nak minum kopi), sayuran sejuk dan makanan bersantan saya cuba elakkan.
Saya banyakkan makan makanan yang boleh membantu badan untuk cepat recover seperti ayam, telur, minuman susu kurma, kentang dan buah-buahan tinggi vitamin C seperti limau. Bila tiada siapa yang dapat membantu saya dalam urusan menyediakan makanan, menggoreng lauk makan tengahari menggunakan minyak terpaksa juga saya lakukan. Namun sesekali saya cuba juga untuk sediakan masakan bakar, sup dan stim untuk lauk berpantang yang terbaik.
2. Bertungku
Setiap hari setelah ketulan darah (kantung baby) keluar, saya mula bertungku. Takut apabila dengar ada kes ketulan darah tertinggal di dalam rahim dan menyebabkan komplikasi kepada ibu. Automatik saya jadi bersungguh-sungguh bertungku tiga kali sehari demi untuk memastikan tiada darah beku yang tertinggal di dalam rahim. Dan sesungguhnya saya takut jika terpaksa buat D&C di hospital, ngeri!
Bukan sahaja dapat mengeluarkan saki-baki darah kotor, malah bertungku juga dapat mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf di sekitar peranakan. Selain itu, ia dapat membantu memulihkan tenaga. Keadaan setelah bertungku memang menyelesakan kerana badan terasa lebih ringan dan saya perasan saya kerap sendawa dan darah keluar lebih banyak setiap kali selepas bertungku.
3. Memakai Bengkung
Saya memilih untuk memakai bengkung bagi menghalang peranakan daripada jatuh dan mengempiskan perut dengan lebih cepat. Meskipun begitu, agak sesak nafas bila menggunakan bengkung, jadi kebiasaannya saya hanya menggunakan bengkung sekali sehari sahaja. Samada pada waktu pagi sebelum makan atau pada waktu petang setelah makan. Tiada sebab yang spesifik, cumanya pada waktu tersebut perut saya agak kosong jadi lebih mudah menggunakan bengkung pada waktu tersebut :D
4. Memakai Stokin
Sebab utama saya memakai stokin semasa berpantang selain disebabkan oleh rasa sejuk adalah untuk mengelakkan daripada kaki terlanggar sesuatu yang keras hingga boleh menyebabkan tumpah darah atau bentan. Salah satu perkara yang amat saya takutkan apabila dengar perkataan bentan adalah kerana saya juga pernah mengalami tumpah darah (meskipun bukan disebabkan bentan). Takut membayangkannya lagi >_<
5. Kurangkan Pergerakan dan Banyak Berehat
Jangan paksa diri untuk buat kerja rumah. Kalau dulu, pantang tengok tandas berdaki, lantai berdebu dan baju penuh dalam bakul tapi kali ini saya butakan mata. Biarlah dulu. Kalau rasa benar-benar kotor dan sakit mata memandang, baru saya clearkan kawasan berkenaan. Buat masa sekarang, rehat lebih penting. Teringat masa mengandungkan Ameera, akibat terlalu rajin menyapu, sampai tak sedar saya dah tumpah darah.
Taknak lagi jadi hal seperti itu, panjang ceritanya nanti. Jadi lebih baik mencegah dari mengubati. Lebih baiklah saya banyak berbaring dan berehat daripada buat kerja rumah buat masa sekarang. Lagi pun saya nak cepat sihat, kerja pun sudah banyak yang beratur. Banyak hutang review yang saya nak kena buat, maaf dan terima kasih buat semua sponsorship person yang sangat memahami. Anda semua memang terbaik! Semoga Allah majukan lagi business anda sekalian.
Buat ibu-ibu yang keguguran, jangan salahkan diri sendiri akibat kehilangan ini ya. Pada awalnya saya juga salahkan diri sendiri kerana tak jaga kandungan sebaik mungkin (walhal terasa saya dah berikan yang terbaik). Ini bukan salah ibu-ibu. Allah dah rancang sebaiknya. Saya ingat kata-kata mak, baby dalam kandungan tak kuat dan katakan kalau baby selamat hingga dilahirkan, kita tak tau samada baby cukup sihat untuk jalani kehidupan di luar pula lepas ini. Jadi sabar dan redha. In shaa Allah ada sesuatu yang lebih baik menanti selepas ini..in shaa Allah..
Soalan daripada pembaca:
Saya terima email daripada pembaca, bertanyakan soalan mengenai kes yang dihadapinya. Maaf jika saya lambat membalas email puan tapi saya akan cuba kongsikan di sini ya.
hi saya baru mengalami keguguran minggu ini...selepas 2 hari di wad dan di
korek dengan mulut itik 4x doktor benarkan saya balik walaupun masih ada
lagi ketulan dalam scan. 2 hari sy dirumah sy ada ketulan dalam gambar
macam puan tu...boleh saya tahu tu apa ya? sbb sy blm ada pnglmn gugur sblm
ni...terima kasih.
Buat puan, salam takziah atas keguguran. Semoga Allah rezekikan dengan anak-anak yang sihat dan menyejukkan jiwa selepas ini. Berkenaan soalan puan, saya tiada jawapan untuk itu. Seeloknya puan pergi ke Klinik Kesihatan terdekat dan bertanya kepada doktor untuk dapatkan jawapan yang sahih. Meski ketulan berupa sama macam yang saya alami tapi saya tiada pengetahuan dalam bidang perubatan. Semoga puan diberi kesihatan segera dan dianugerahkan rezeki anak selepas ini. Aamiin..
11 Ulasan
Insya Allah, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kuatkan semangat.
BalasPadamIn shaa Allah kak..tengah berpantang sekarang :)
Padammoga dipermudahkan segala urusan kak . aminnnn..
BalasPadamAamiin, terima kasih wak :)
Padaminilah dinamakan bukan rezeki..
BalasPadammoga tabah dan jaga kesihatan selalu ye.
saya rasa simpati la pulak
selamat berpantang...inshaaAllah, ada rezeki lain yg menanti..
BalasPadamCik Ma baru tau,,, takziah Rini.. moga ada rezeki lain.,.. InsyaAllah...
BalasPadamSemoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh.inshaAllah nanti ada rezeki lain..
BalasPadamBerpantang keguguran dan melahirkan same je kan.. Beza tak de baby je..
Rehat cukup2 ye..
Jemput singgah
www.naniey.com/2021/02/segmen-pencarian-bloglist-2021-by.html
syafakillah... insya allah, mungkin Dia nak beri yg lebih baik lps ni... jaga diri baik2 tau
BalasPadamharap bertabah.. boleh cuba lg, ada rezeki tak kemana
BalasPadamInsyaallah akan ada rezeki yang baru nanti...semoga tabah dan jaga kesihatan ye
BalasPadam