Kenapa Tiada Alahan Mengandung?

 

Salam tahun baru buat semua! Walaupun dah lambat nak ucap, tapi better late than never kan? Semoga tahun baru 2021 ini akan bawa lebih banyak berita gembira untuk kita semua. Alhamdulillah, awal tahun baru saya agak baik. Syukur pada Allah.


Dah berapa minggu saya tak update blog, semua gara-gara kemalasan mengatasi kerajinan. Bila dah malas ditambah pula dengan berita yang saya mengandung (one of the good news), lagi lah kemalasan merajai hidup seorang perempuan yang memang pemalas. Apo pun tak boleh jawabnya. By the way, alhamdulillah..saya mengandung lagi!

Kenapa Tiada Alahan Mengandung?
Adik dah sedih umi pregnant lagi :P

Proses mengandung sebelum ini, saya alami alahan teruk, sehingga dimasukkan ke wad sebab kurang air dalam badan akibat muntah dan alahan berterusan. Tapi di antara dua kandungan tu, saya pernah alami keguguran (walaupun tak check di hospital tapi naluri keibuan kuat mengatakan saya mengandung masa tu). Disebabkan masa tu kami baru berpindah di flat Kepong dan saya tak berapa familiar dengan klinik di sana, jadi saya tak pergi laporkan kandungan dan keguguran tersebut (aish, teruk ni perangai).


Kalau dua kandungan berjaya sebelum ni (dapat kakak dan adik) saya alami alahan teruk, tapi kandungan yang tak berjaya itu saya tak pula alami muntah-muntah walaupun ada beberapa tanda mengandung seperti mual dan kerap terkencing. Saya pernah tulis di sini >> Tanda-tanda Keguguran. Alhamdulillah untuk kandungan kali ini sebab saya kurang alami alahan teruk terutamanya muntah.


Alahan yang saya alami sekarang cumalah alahan biasa macam rasa panas, terasa mual tapi jarang muntah, bau busuk suami dan dapur. Sama sangat macam kandungan yang gugur sebelum ini. Walaupun begitu, tiap-tiap pagi saya akan rasa perut sebu seperti kosong dan lapar tapi tak boleh nak makan sebab takde selera. Jadi kebiasaannya waktu pagi dan petang saya akan terbuang banyak di atas katil, selain itu saya juga makin kerap mengantuk dan nak terkencing selalu.


Bila tiada alahan, saya pula yang risau. 'Betul ke aku mengandung?'. 'Kenapa takde muntah-muntah lagi ni?'. Risau sebab dah mengharap nak dapat baby, tapi kot-kot pregnancy test kit hari tu kasi false result. Haha..adeh. Walaupun dah ada tanda mengandung tapi masih bimbang kenapa belum muntah dan sepanjang kandungan ni, saya pernah alami pendarahan kecil sebanyak tiga kali (masa tu belum tau mengandung dan ingat darah period, jadi tak risau sangat).


Semasa mengandungkan adik sebelum ini, saya alami pendarahan juga pada awal kandungan. Masa tu memang risau sangat sebab darah agak banyak dan tak sangka mengandung. Yelah, period datang macam biasa dan teratur, jadi langsung tak fikir ada baby. Bila berlaku pendarahan, doktor kata baby lemah dan saya kena banyak berehat serta makan supplement. Jadi untuk kandungan kali ini, walaupun saya tak alami alahan tapi disebabkan dah alami tiga kali pendarahan, maknanya saya kena bertapa sahaja di rumah tanpa buat kerja berat. Hurm >_<


Disebabkan saya confuse samada saya mengandung atau tak, jadi macam biasalah, Mr Google jadi tempat saya untuk bertanya. Dan saya juga ada rujuk beberapa group ibu mengandung untuk cari kebenaran betul atau tidak yang saya mengandung meskipun takde alahan! Ceh, macam mission impossible pulak.


Kenapa Tiada Alahan Semasa Mengandung


1. Genetik mengandung tanpa alahan - Bersyukurlah kalau tergolong dalam golongan yang mengandung tiada alahan hasil daripada genetik mak atau nenek moyang sebelum ni. Tapi genetik saya memang diakui alahan teruk. Mak pun pernah cerita proses dia mengandung dulu, memang penuh dengan liku dan cabaran sebab alahan sepanjang 13 kali mengandung, sehinggalah keluar 13 orang anak macam sekarang. I love you ma!


2. Belum sampai masa - Mungkin masa saya tengah gembira-gembira fikir saya mengandung tanpa alahan sekarang, rupa-rupanya alahan saya akan start pada trimester kedua. Atau mungkin juga trimester ketiga nanti baru mula muntah-muntah. Ha, jangan rasa selamat sangat sebab tak alahan. Mungkin sebab belum sampai masanya lagi, semua berkait rapat dengan hormon. Jadi get ready okeh!


3. Nak dapat baby boy - Yey! Yang ni paling best bila dapat tau alahan dan baby boy amatlah tak kamcing. Kemungkinan dapat anak lelaki bila tiada alahan masa mengandung adalah tinggi. Tapi tak boleh percaya 100% sebab takut dah mengharap nanti rupanya Allah nak kasi anak perempuan juga kan. Tapi hasil daripada pembacaan dan bertanyakan family members yang lain, katanya mengandungkan anak lelaki lebih kurang alahan berbanding anak perempuan. Jadi kita just wait and see je lah dulu.

Kenapa Tiada Alahan Mengandung?

Tak kisahlah dapat anak lelaki atau perempuan, semoga anak dalam kandungan ini membesar dengan sihat dan sempurna. Comel, manis dan kiut. Duduk elok-elok tau dalam perut umi sayang. Doakan saya ye kawan-kawan, semoga saya jadi mak yang lebih baik dan penyayang. Paling penting nak dekatkan diri dengan Allah. Azam lama yang masih belum tercapai. Terima kasih Allah untuk nikmat-Mu.


Untuk kawan-kawan yang masih belum dikurniakan anak, semoga bersabar dan yakin dengan Allah. Allah mendengar doa kita dan sedang sediakan tarikh yang sesuai untuk berikan rezeki zuriat. Sekarang baru saya faham kenapa Allah tarik rezeki anak pada kandungan yang gagal sebelum ni. Sebab pada masa tu, financial kami bermasalah. Kami juga baru lepas diuji dengan masalah besar pada ketika itu, baru sekarang saya nampak hikmahnya. Tapi ujian itu menjadi pendekat kami pada Allah. Semoga ada rezeki yang lebih baik untuk kawan-kawan lepas ini. Teruskan berdoa dan bertakwa ya. Big hug.


Update Terkini :

Saya telah keguguran semasa kandungan berusia sepuluh minggu. Doakan saya dikurniakan zuriat lagi selepas ini ya, semoga awak yang membaca juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta membesar dengan sihat sejahtera. Aamiin :)

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. macam betul je part nak dapat baby boy tu sebab my mom dulu pun alahan tak teruk sangat masa mengandungkan adik2 lelaki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Allah ya tuhanku, aamiin..haha. Akak nak baby boy jugak ni :D

      Padam
  2. Waaahhhh..tahniah rini..se geng la baby kita nanti eh..hihi

    Adda masa peknen 3 yang sebelum ni takde alahan. Yang nombor 4 ni pun sama. Alahamdulillah. Tapi memang kuat tidur. Hahaha. Lagi satu kalau gosok gigi kadang2 termuntah. Hidung pun super sensitif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah Ada takde alahan. Saya alahan jugak sekarang ni tapi tak teruk macam yang dua sebelum ni. Dah syukur sangat sebab boleh bangun masak sekarang. Dulu muntah pagi petang malam..scary ingat balik

      Padam
  3. tahniah. jaga diri. semoga selamat semuanya.. doakan sy jugak dikurniakan zuriat bila tepat masanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah aamiin..semoga Allah kurniakan zuriat soleh solehah pada masa yang terbaik..

      Padam
  4. Tahniah. semoga dipermudahkan segala urusan..

    Jom join GA sahabat kita ni :)

    https://ejulz.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ejulz. Semoga berjaya jadi pemenang GA ye :)

      Padam
  5. Tahniaj sis atas kehamilan. Semoga dipermudahkan segala urusan 😊

    BalasPadam
  6. sebab tak ada pengalaman jadi tak reti nak komen apa bab2 mengandung.. cuma didoakan semuanya selamat sis take care yaaa =)

    BalasPadam
  7. sy plg suka bc cerita isteri pregnant tp suami pula yg alahan teruk... ada yg ckp, tu tandanya suami syg isteri lbh😆😆😆

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sama. Rasa macam best je bila suami boleh rasa alahan isteri, takde la isteri tanggung sakit mengidam sesorang kan :P

      Padam

Rini Ismail Rini Ismail Rini Ismail