Pelan Simpanan Pendidikan Anak-anak untuk Masa Depan

 

Tengah sibuk install apps baru ke dalam tablet, saya terjumpa satu application yang saya rasakan bagus untuk agen pelaburan seperti saya. Dalam apps tersebut ada bahagian "Education Planning" yang membolehkan saya mengira jumlah simpanan yang perlu dimulakan sekarang bagi membolehkan anak saya menyambung pelajaran di universiti mengikut belanjawan yang dikehendaki.


Apabila melihat anggaran simpanan yang perlu disediakan, saya terfikir pula tentang anggaran kos majlis kahwin anak untuk dua orang, kos bagi saya dan suami menunaikan haji serta akhir sekali kos sara hidup perlu ditanggung selepas suami pencen. Ma shaa Allah banyak rupanya yang saya terlepas pandang. Hidup pada masa kini tanpa mengambil kira situasi pada masa hadapan, patutlah ada golongan veteran yang masih lagi bekerja pada usia emas..mungkin ini adalah antara faktornya.

Simpanan Pendidikan Anak-anak

Selain mengira anggaran kos, saya juga perlu mengambil kira kesan inflasi ke atas simpanan saya. Harga barangan dan perkhidmatan tentu akan meningkat berkali-kali ganda pada masa anak saya mula menyambung pelajarannya nanti, jadi kadar inflasi juga mempengaruhi anggaran simpanan saya. Hanya merancang tanpa mereliasasikan, bukankah itu suatu tindakan sia-sia? Jadi apa tindakan saya sekarang?


Pelan Simpanan Anak-Anak


Memandangkan saya sendiri tak bekerja dan fokus menjadi agen pelaburan adalah hanya untuk menambah ilmu pengetahuan dan menguruskan bakul simpanan keluarga semata-mata, jadi saya tiada sumber pendapatan tetap. Oleh sebab itu, saya tak dapat menyediakan pelbagai jenis pelan pendidikan untuk anak-anak. Walau bagaimana pun saya ada beberapa akaun wajib sedia bagi anak-anak. Apa akaun wajib tersebut?


1. Akaun Tabung Haji

Membuka akaun tabung haji adalah tindakan pertama saya setelah anak mempunyai wang simpanannya sendiri. Bukan sahaja anak mempunyai peluang untuk mengerjakan haji pada kos yang rendah sekiranya terpilih untuk menunaikannya, malahan tuntutan mengerjakan haji adalah syarat Rukun Islam yang kelima wajib dipenuhi bagi yang berkemampuan. Saya melihat hal agama ini adalah perkara wajib saya sediakan untuk anak-anak sementelah usia mereka masih muda. 


Masa menunggu juga agak panjang untuk mengerjakan haji di bawah Tabung Haji, jadi lebih baik saya segerakan pendaftarannya dan penuhkan simpanan minimum RM1300 untuk membolehkan mereka berada dalam waiting list. Meskipun pulangan tahunan tak menentu dengan pulangan paling rendah adalah 1.25% pada tahun 2018, namun pulangannya juga pernah mencapai 8.25% pada tahun 2014 yang mana lebih tinggi jika dibandingkan simpanan fixed deposit (simpanan tetap). 


2. Simpanan SSPN-i

Simpanan SSPN-i adalah akaun wajib ada sekiranya saya ingin anak melanjutkan pelajaran ke universiti dengan pinjaman PTPTN. Bukan bermaksud saya berhasrat anak saya buat pinjaman, tapi saya mengandaikan jika anak tidak dapat sebarang sumber bantuan pendidikan yang lain seperti biasiswa, jadi anak masih boleh memohon pinjaman PTPTN bagi melanjutkan pelajarannya dan saya juga tidak perlu runsing memikirkan nak cekau wang dari mana nanti.


Akaun SSPN-i adalah akaun wajib ada bagi anak-anak kerana dengan minimum simpanan RM1000, anak-anak dapat menikmati faedah perlindungan takaful yang bernilai sehingga RM1 juta. Buat ibu seperti saya yang tak mampu nak menyediakan perlindungan takaful bagi anak-anak, ini merupakan tawaran yang perlu saya grab demi untuk masa depan anak saya. Selain itu, ibu bapa juga boleh mendapat pelepasan cukai taksiran pendapatan daripada simpanan anak-anak ini.


3. Pelaburan Amanah Saham (Unit Trust)

Salah satu sebab saya mendaftar sebagai agen amanah saham adalah untuk menguruskan bakul simpanan keluarga saya sendiri. Saya melihat pelaburan amanah saham mampu menawarkan pulangan tahunan paling tinggi dibandingkan dengan simpanan di tempat lain kecuali pelaburan saham. Ingin melabur saham, rasanya saya tak sanggup untuk menanggung kerugian hingga 100% modal sekiranya market sedang bearish. Jadi pilihan yang ada dengan pulangan tinggi dan risiko kerugian modal lebih rendah hanyalah amanah saham dengan pulangan tahunan antara 10-12%. 

Simpanan Pendidikan Anak-anak

Ramai yang takut melabur dalam amanah saham kerana risau mengalami kerugian dan modal berkurang daripada asal. Disebabkan pelaburan amanah saham adalah berkait rapat dengan pasaran saham Bursa Kuala Lumpur, jadi setiap pelabur pasti akan merasai saat untung dan rugi. Itulah sebabnya mengapa pelaburan amanah saham bersifat long term kerana ia bertujuan untuk meminimumkan kerugian pelabur. Pelaburan amanah saham amatlah tak sesuai bagi mereka yang berhasrat melabur di bawah jangka masa 3 tahun. Rugi ya kawan-kawan.


Disebabkan anak saya Auni mempunyai tabungan hasil pemberian duit raya daripada saudara mara dan tabung wang hasil simpanan belanja sekolah hariannya, jadi saya bercadang untuk gunakan wang tersebut bagi membuka akuan pelaburan amanah sahamnya yang pertama. Saya tak berhajat untuk mengeluarkan wang pelaburan ini sehingga Auni habis belajar dan wang ini boleh digunakannya ketika di universiti kelak untuk menampung kehidupannya sebagai pelajar.


Tak perlu simpanan setiap bulan. Jika wang simpanan Auni telah mencapai nilai minimum pelaburan, barulah saya akan masukkan ke dalam dana amanah saham miliknya. Auni tak terikat dengan komitmen dan pada akhirnya dia juga akan menikmati pulangan dalam bentuk compounding return dan dividen. Saya juga tak pening kepala untuk pantau wang simpanan Auni kerana kada pulangannya lebih tinggi dan risiko kerugian diminimumkan kerana melabur dalam jangka masa panjang.


Pelaburan Masa Depan


In shaa Allah selepas ini saya akan buka pula akaun amanah saham saya yang kedua secara auto deduction bulanan sebagai persediaan untuk menghadapi hari tua setelah suami pencen nanti. Kebetulan harga market sedang jatuh, jadi ini adalah peluang terbaik saya untuk melabur pada harga rendah. Suami agak boros, jadi saya terpaksa merangka strategi agar kami tidak menyesal di kemudian hari dan saya juga tak mahu lihat suami terpaksa bekerja pada usia emasnya. 


Selain itu, jika kami tak layak menunaikan haji menggunakan simpanan di Tabung Haji akibat waiting list yang panjang, saya boleh bergantung harap pada wang pelaburan dalam amanah saham PMB. Tak perlu risau kerana semua dana di bawah PMB adalah patuh syariah dan dikawal selia di bawah Bank Negara Malaysia. Yang penting halalan toyyiban..in shaa Allah. Doakan saya ye kawan-kawan. Dan saya juga doakan kawan-kawan semua diberi kebebasan kewangan selalu. Aamiin..


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. bagus persediaan sis..nak try la juga apps ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak cari UTC Tool apps. Tapi currency dalam USD, so kena convert dulu lah dari MYR-USD okeh..

      Padam
  2. Mmg perlu menabung utk kegunaan masa kecemasan akan datang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah saya dah berjaya buat autodebit untuk long term investment ni. Harap takde kebocoran wang lagi lah lepas ni..

      Padam
  3. bgs ada apps sebegini. betul... akn dtg sistem pendidikan akn lbh advance dan semestinya memerlukn perbelanjaan lbh. kalu kita x berjimat dan menyimpan mulai skrg, kita jg yg akn 'penat' kelak... andai kita yg pergi dulu, kebajikan anak2 sekurang2nya ada utk mrk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul wak. Saya nak cuba disiplinkan diri dengan investment walaupun tak bekerja sekarang. Harap anak-anak saya nanti boleh merasa hasilnya..in shaa Allah

      Padam