Biskut Raya Tak Jadi? Ini Tips Asas Buat Biskut

Sejak terlibat dalam dunia membaking ni, serasa saya baru hari ni saya faham asas membuat biskut. Perkara asas macam apa langkah yang perlu dibuat dulu, kena tambah telur atau tak dan beberapa perkara lain yang dulunya saya tak tahu baru je saya tahu. Almaklumlah sebelum ni kalau buat biskut raya, saya memang 100% ikut resepi je, tak fikir apa dah :D


Kebetulan masa saya tengah sibuk menggoogle resepi baru, saya terjumpa tips yang saya rasakan memang saya perlu tahu sebab saya suka buat biskut raya dan cookies. Jadi, untuk elakkan daripada terlupa saya nak simpanlah di sini, paling kurang boleh juga saya refer balik selepas ni dan boleh juga dijadikan rujukan buat kawan-kawan yang tengah belajar buat biskut. Semoga bermanfaat. Jom mula!


Tips Buat Biskut dan Cookies 


Biskut yang paling mudah dibuat dan paling tak leceh tentulah biskut chip coklat. Bukan je senang sebab tak perlu mould untuk dibuat, bahannya pun tak banyak. Campur semua bahan dan bakar, rasa pun sedap. Senang! Jadi saya akan ambil contoh cara buat biskut chip coklat dalam situasi ini ye.

Biskut Raya Tak Jadi? Ini Tips Asas Buat Biskut


1. Gunakan sukatan cawan dan sudu yang betul


Sebelum ini saya ada kongsikan satu video Resepi Chip Coklat di Youtube channel saya. Resepi yang saya kongsikan itu adalah resepi yang saya ambil 100% daripada adik Danish Harraz. Boleh dikatakan resepi itu adalah antara resepi terbaik saya pernah buat kerana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli keluarga.


Kebetulan saya buat biskut chip coklat tersebut pada bulan puasa tahun ini. Seperti tahun-tahun yang lepas, saya akan buat dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada mak saya dan mak mertua. Adik beradik tersayang banyak memuji keenakan biskut tersebut, sehinggakan mak terpaksa sembunyikan biskut chip coklat itu supaya tak cepat habis akibat ramai yang berkenan nak mengunyahnya. Btw kalau awak nak cuba buat biskut chip coklat  tu, tengok je video di bawah ni. 


Kembali kepada cerita asal, pada bahagian komen dalam video tersebut ada seseorang yang komen 'susah guna cawan kerana sukatan tak sama' kerana saya menggunakan cawan minuman untuk menyukat bahan. Tapi pada masa tu saya masih belum dapat tangkap lagi apa yang cuba diberitahu si pengomen tersebut. Saya ingat beliau tak suka gunakan sukatan cawan dan lebih suka resepi yang gunakan sukatan gram kerana lebih tepat.


Rupa-rupanya maksud beliau adalah supaya tidak menggunakan cawan minuman sebaliknya gunakan cawan yang memang digunakan untuk menyukat bahan mentah. Sebelum ini saya tak pernah tahu ada cawan penyukat untuk buat biskut dan kek, lepas saya faham maksud tersirat pengomen itu teruslah saya beli cawan penyukat saya sendiri. Inilah akibatnya kalau tak reti masak, semua pun baru tau. Haha..takpe, takpe..paling kurang ada something yang saya dah belajar kat sini. 


2. Asingkan campuran bahan kering dan bahan basah


Yang ini pun saya baru perasan lepas beberapa kali buat biskut. Campuran bahan basah dan bahan kering perlu diasingkan supaya proses memukul bahan basah dan mengayak bahan kering jadi lebih mudah untuk dilakukan. Jika bahan basah dicampur dalam bahan kering sekaligus, proses memukul mentega supaya kembang akan mengambil lebih banyak masa dan tenaga.


Jadi proses yang seeloknya adalah mentega, telur, susu dan esen vanila di asingkan dalam satu mangkuk dan dipukul menggunakan mixer, manakala tepung, serbuk coklat, soda bikarbonat dan baking soda di ayak bersama dalam mangkuk yang lain. Setelah siap barulah dicampur kedua bahan tersebut dalam satu mangkuk yang sama dan dikacau sebati menggunakan senduk.


3. Jangan guna terlebih atau terkurang bahan


Sebenarnya tips terlebih dan terkurang ini yang nak sangat saya kongsikan kerana saya pun baru tahu tentang hal ini. Apa jadi jika saya terlebih masukkan tepung? Terkurang mentega? Tak letak telur? Perkara ni memang kena tau sangat sebab biskut double chip coklat yang saya buat semalam agak keras, jadi saya tertanya-tanya apa masalahnya dengan biskut yang saya buat kerana saya dah ikut satu persatu resepi seperti yang dikongsikan.


Rupa-rupanya ada perkara yang saya terkurang masukkan. Dan perkara ini menyebabkan biskut saya jadi keras walaupun rasanya sedap. Apa kesannya jika saya terlebih masukkan bahan atau terkurang bahan? Jom baca info kat bawah ini satu persatu.

Biskut Raya Tak Jadi? Ini Tips Asas Buat Biskut

  • Tepung - Biskut akan menjadi leper, kekuningan, berminyak dan rangup sekiranya kekurangan tepung. Meskipun rangup tetapi biskut kelihatan kurang menarik kerana leper dan nipis. Jika terlebih menambah tepung, biskut akan kelihatan membukit (tidak turun), dan mempunyai rasa yang keras apabila digigit. Ia juga kering dan rapuh serta tidak keperangan apabila siap dibakar.

  • Baking soda - Terlebih menambah baking soda menyebabkan biskut menjadi rata dan kental. Jika menambah terlalu banyak pula, rasa biskut akan menjadi pahit.

  • Mentega - Jika terlebih menambah mentega, boleh menyebabkan biskut menjadi rata dan berminyak. Jika terkurang pula akan menyebabkan biskut menjadi keras dan mudah pecah berderai.

  • Gula - Kekurangan gula dalam biskut akan mempengaruhi tekstur dan rasanya. Namun jika ditambah gula secara berlebihan pula tentunya biskut akan menjadi manis. Bayangkan jika ditambah pula coklat chips, bimbang boleh jadi punca potong kaki pula. Menambah terlalu banyak gula juga  menyebabkan biskut menjadi rapuh.

  • Telur - Menambah telur secara berlebihan boleh menyebabkan permukaan atas biskut kelihatan seperti kek dengan permukaan rata yang leper. Apabila digigit, rasanya kurang manis dan bergetah. Menambah terlalu sedikit telur pula akan menyebabkan biskut menjadi hancur dan kering.

  • Suhu membakar terlalu rendah atau bakar terlalu cepat - Biskut akan jadi lembut dan warnanya nampak pudar. Permukaan biskut nampak seperti keras namun pada bahagian dalam, biskut masih lagi lembut dan nampak basah.

  • Membakar terlalu lama - Macam biasa, biskut hangit tu yunk oiiii, keluarkan cepat. Kalau dah hangit, memang tak terliur nak makan lagi. Rasa pahit, bau menyakitkan hidung dan warna pun kehitaman.

Meskipun kedengaran ayat saya macam sangat expert buat biskut tapi hakikatnya saya masih sangat sikit ilmu membaking. Saya masih zero ilmu dan baru belajar memasak. Mohon kasi tunjuk ajar ye sifu sekalian.


Cumanya pada pendapat saya, tips paling penting adalah yang ketiga ni, jangan terlebih dan terkurang masukkan bahan. Nak elakkan dari terkurang atau terlebih guna bahan, jadi kita gunakan tips nombor satu pula. Guna alat sukatan yang betul iaitu guna cawan penyukat yang spesifik untuk menyukat, bukan guna cawan minuman. Tips nombor dua pula membantu dalam memudahkan proses membuat biskut.


Apa yang paling penting dalam membaking ni, pada pandangan saya adalah teruskan membaking walaupun biskut yang kita hasilkan tak menjadi (sayalah tu..hehe). Kerana setiap satu yang kita buat itu adalah learning proses. Buat kali ini mungkin tak jadi, jadi lepas ni kita cuba buat cara lain pula. Jangan putus asa dan teruskan buat sampai jadi. Doakan saya boleh dapat level master untuk skill membaking saya pada masa akan datang ye. Banyak benda lagi tak tau ni..


Taknak membebel panjang lebar, tapi nak ajak awak subscribe channel youtube saya kat atas tu la pulak. Tengok satu atau dua video masak kat situ, kemudian like, komen dan subscribe ye. Almaklumlah orang pun baru belajar masak, jadi kalau ada salah silap kat mana-mana dalam video tu, komen je, Tapi jangan kecam. Tak baik tau buat orang sakit hati, doserrr. 


Kalau nak buat biskut almond london dengan sukatan cawan yang confirm rangup dan sedap, klik sini okeh >> Resepi Biskut Almond London Rangup. Selamat mencuba :)

Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. baik saya akan ingat tips ni bila saya baking nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahhaha..takyah ingat, kalau lupa boleh refer balik kat sini wak :P

      Padam
  2. Wah dah ada channel youtube . Hehe

    BalasPadam
  3. Kita dah subscribe youtube youtube hehe. Nanti subs la jugak youtube kita 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak, nama apa wak? Takut terlepas pandang. Youtube tak naik noti..sesekali je dapat noti orang subs

      Padam
  4. Teruskan menambah kemahiran dlm bidang ni. Mn tau, blh start bisnes cookies & cakes satu hari nanti. 👍😉

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin tapi sekarang pun dah lama tak baking kak

      Padam
  5. Wah. Thanks for the sharing.. actually kalau guna cawan minuman sebagai sukatan memang agak susah sebab nanti kuantiti gramnya tak sama. Jadi macam Cik TK ni, sama ada timbang guna sukatan gram atau memang guna cawan sukatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Saya baru tau sebab masa kecik tengok mak dan kakak guna cawan je. Taktau wujud pun cawan penimbang tu..ngee

      Padam
  6. sy laa tu buat biskut selalu x jadi hehehe mungkin sbb sy ni jenis tak sabar kot hahaha

    BalasPadam
  7. bukan main lagi ye memuji kesedapan cookies tersebut...

    apapun semoga semuanya lancar dan sukses

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahahha..kalau tak angkat bakul sendiri, siapa nak angkat kan betul tak? :P

      Padam
  8. sedap tengok biskut red velvet tu... kdg kala main blasah jer tu yg tak jadi... hehe.... nice sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samala kak, sebab tu saya senang pilih yang timbang cawan je sekarang. Takyah sukat2 dah

      Padam